Wednesday 28 November 2018

Tempat Shopping Murah di Seoul - 6 Pilihan


Tempat Shopping Murah di Seoul



Kalau ke Seoul ni ada beberapa barang yang 'seakan' wajib di shopping. Semuanya bergantung kepada budget masing-masing. Dan ada juga yang terpaksa 'menyopping' sebab ada kawan-kawan atau adik beradik kirim barang.


Barang Wajib di beli di Seoul (Must-buy Item di Seoul )

Dan biasanya barang-barang yang akan dibeli jika ke Seoul ni adalah

1. Barang kosmetik
Korea cukup terkenal dengan kualiti product kecantikan / kosmetik. Memang jadi kebiasaan, orang kita ke Seol akan beli product kosmetik seperti Mask, pencuci muka, serum dll.

2. Souveniour
Dan jadi amalam orang kit ajuga, pergi melancong kena beli souveniour untuk kawan-kawan opis, untuk adik beradik. Yang biasa melancong, akan tahu betapa perit juga nak allocate kan sebahagian budget untuk souveniour ni.

Beli souveniour tu jangan lupa souveniour untuk diri sendir, dan ibu bapa. Teringat kat Iqram Dinzly (masa dia masih 'waras'), Mat Drat jumpa dia di Airport CDG, Paris.... kelam kabut dia kat Airport mencari souveniour untuk mak dia. Dia mesti akan beli souveniour untuk mak dia kalau dia ke oversea.

Antara souveniot boleh difikirkan
  • stokin (ramai tahu minat stokin Korea ni)
  • fridge magnet (dah biasa) - boleh dapat KRW 10,000 = 30 keping
  • key chain
  • pengepit kuku
  • t-shirt
  • seewed kering
  • set chopstik dan sudu Stainless Steel (Korea ni sudu dia unik, panjangggg)


3. Brooch
Ni pun barangyang 'wajib' dibeli kalau ke Seoul. Murah dan cantik-cantik. Pearl Korea pun cantik.
Boleh baca di part "Namdaemun' di bawah untuk detail.


4. Hanbook (baju tradisional)
Ni baju tradional Korea. Kalau ada budget, boleh la beli. Bukan senang nak beli baju ni. Nnati kalau opis ada buat annual dinner dengan tema pakaian tradisional, boleh la pakai baju ni.

5. Pakaian (fashion)
Seoul ni pun terkenal dengan fashion dia. Pergi ke arae Dongdaemun akan jumap banyak shopping mall dan dikenali juga kawasan tu sebagai Fashion Town.
Kalau minat up to date dengan fashion (terutamanya fashion Korea - Kpop), boleh consider beli pakaian di sini.


Keluarkan Tunai di Seoul

Market-market seperti Myeong-dong, Namdaemun, Dongdaemun dan Itaewon, peniaga hanya menerima tunai.
Kalau kehabisan  cash,  jangan risau. Pergi mana-mana bank yang terdekat yang ada simbol CIRCUS/ VISA Plus...Keluarkan cash di situ. Tapi jangan lupa aktifkan dulu kad debit sebelum ke luar negara.

Mat Drat dah agak biasa withdraw duit kat liar negara, tak suka bawa cash banyak-banyak. Yang Mat Drat ingat, Mat Drat pernah keluarkan duit cash di Indonesia, di Korea dan di Qatar.



xxxxxxxxxxx



Tempat Shopping Murah di Seoul


1. Myeong-Dong Market

Kalau ke Seoul, orang kata tak sah singgah di Myeong Dong Market ni untuk beli barang kosmetik. Perempuan mesti dah tahu apa yang nak dibeli.

Product untuk dibeli

  • Paling product yang biasa dibeli di sini adalah seperti mask, pencuci muka, serum dan krim aloevera.  
  • Kualiti bagus pada harga murah.

Kedai Murah

  • Ada banyak pilihan kedai. Masuk la 3-4 kedai dan compare harga.
  • Nak murah, beli dalam kuantiti banyak. Kebanyakan kedai ada sediakan bundle pack.
  • Kedai paling ramai pengunjung adalah "Natural Republic". Natural Republic ni pun ada beberapa kedai di sini. Yang paling besar, yang berhampiran dengan EXIT 6 subway.

Budget berapa nak belanja kat sini

  • Budgetkan la nak belanja berapa kat sini. Macam Mat Drat limit RM300-400 je...
  • Percayalah, kalau limitkan RM1,000....RM1,000 tu boleh habis dalam masa tak sampai 3 jam kat sini.

Makanan Halal di sini

  • Di Myeong-Dong market ni nanti akan jumpa beberapa gerai yang ada tulisan 'halal'.
  • Bergantung, kalau rasa yakin nak makan....makan lah. Mat Drat tak yakin nak makan. Jadi ambil gambar je lah.
  • Ada juga baca kat blog-blog, ada blogger yang makan.... Pilihan individu.


Cara nak Kesini
  • Subway Line 4, station Myeong-Dong - keluar di EXIT 6 atau EXIT 7. 
  • Subway Line 4, station Hoeyheon - keluar EXIT 5 atau EXIT 6
  • dan tuju ke Pacific Hotel. Nanti ada 2 simpang di kiri dan kanan Pacific Hotel. Ambil kiri. Simpang kanan menuju ke Namsan Tower.

Link berkaitan :
https://mat-drat.blogspot.com/2018/11/trip-seoul-travelog-percutian-myeong-dong-market.html

Sedikit gambar semasa Mat Drat di Myeong-Dong Market


Myeong-Dong Market Shopping Kosmetik Trip Percutian Seoul
Bismillah.....mulakan aktiviti menyopping di Myeong-Dong Market


Myeong-Dong Market Shopping Kosmetik Trip Percutian Seoul
Natural Republic...antara pilihan utama jika nak beli product kosmetik.
Banyak pilihan dan harga pun agak murah.

Myeong-Dong Market Shopping Kosmetik Trip Percutian Seoul
Nak murah...beli yang dah pack banyak-banyak.
Tapi puas lah nak habiskan nanti.



2. Namdaemun Market

Namdaemun Market ni pun antara 'market' yang ramai peminat. 


Product untuk dibeli
Namdaemun Market ni tempat tumpuan untuk beli pelbagai souveniour dan brooch pada harga murah. Souvenior tu boleh la consider beli  stokin,
fridge magnet , key chain, pengepit kuku, t-shirt,  set chopstik dan sudu Stainless Steel

Kedai Murah
Ada beberapa kedai agak murah.
Untuk senang membeli, cari yangboleh berbahasa Inggeris. Kedai brader yang bolehcakap Melayu tu pun agak murah harga di kedai dia.

Brooch Murah
Nak beli brooch ni kena datang siang sebab 'kedai-kedai' menjual brooch ni terletak dalam bangunan LENGDDANG ACCESSORY
Satu level tu kira penuh dengan kedai-kedai kecil memasang barangan perhiasan korea termasuk brooch.

Nak beli brooch ni, kena pergi kedai yang Mat Drat share kat bawah ni sebab dia je yang boleh berbahasa Melayu / Inggeris. 2 kedai sebelah menyebelah, boleh survey harga.
Dalam Lengddang Accecory ni ada banyak lorong, dan setiap lorong ada banyak kedai-kedai/kiosk-kiosk kecil. Jadi nak senang, tengok map yang Mat Drat share dan terus tuju kedai brooch tu.

Budget berapa nak belanja kat sini
Budgetkan la nak belanja berapa kat sini. Macam Mat Drat limit RM300-400 je... Anak ramai, kawan opis ramai, adik beradik pun ramai.

Makanan Halal di sini
Di Namdaemun Market ni nanti juga akan jumpa beberapa gerai yang ada tulisan 'halal'.
Bergantung, kalau rasa yakin nak makan....makan lah. Mat Drat tak yakin nak makan. Jadi ambil gambar je lah.

Cara nak Ke sini
Turun di Station Hoehyeon dan keluar di EXIT 5.
Keluar je EXIT 5, sebelah kanan (jalan menurun) tu mula lah Namdaemun Market.


Malam Pertama Mat Drat ke Namdaemun Market.
Jam dah pukul hampir pukul 9 malam, kedai hampir semua dah tutup dan tinggal gerai-gerai bergerak (kereta sorong) di tengah jalan ni je.


Antara gerai yang masih dibuka.
Dan antara item yang wajib dibeli jika ke Korea.
KRW 10,000 dapat 13 pasang.

Malam ke-dua di sini.
Gerai-gerai bergerak (kereta sorong) yang dibelakang Mat Drat belum dibuka, mungkin tunggu kedai-kedai ditutup.

Banyak-banyak kedai kat sini, rasanya macam kedai dia ni yang murah. Jadi Mat Drat beli semua souvenoiur dan t-shirt dari kedai dia ni je.

Tak banyak kedai offer 3 set untuk KRW 10,000

Kedai  'mamat' ni pun agak murah. Brader ni boleh cakap Melayu sikit-sikit, jadi senang nak tawar menawar




Nak senang beli BROOCH,  
masuk melalui GATE 1 di Lengddang Accesory ni


Kedai brooch Lot 165 dan 172 yang berwarna kuning.

Punya banyak kedai/kiosk di setiap lorong dalam ni.
Kalau tak tengok map, memang tak jumpa kedai tu.

Wife menyopping di sini... Lot 165

Dan sebelah 165, lot 172.. Harga lebih kurang sama.
Satu geng je mereka berdua ni.


Kalau ke sini, jangan lupa cari 'Duit Kertas' RM1
yang Mat Drat tinggal kat sini sebagai kenangan.

Selesai beli brooch, masa mencari anting-anting dan cincin silver Korea





3. Itaewon Market

Mat Drat hanya singgah sekejap sahaja, sekadar nak jejakkan kaki ke Itaewon Market.
Kebanyakkan barang di sini lebih kurang sama dengan di Namdaemun.
Ada orang suka shopping di sini, dan ada juga yang suka shopping di Namdaemun.

Masjid dan Restoran Halal
Di area Itaewon ini juga terdapat Masjid Seoul. Jadi nak cari makanan halal di sini tidak menjadi masalah, banyak restoran halal/muslim friendly di sini.


Cara nak Ke sini

Turun di Station Hoehyeon dan keluar di EXIT 5.
Keluar je EXIT 5, sebelah kanan (jalan menurun) tu mula lah Namdaemun Market.




4. Dongdaemun 

  • Dongdaemun ni dikenali sebagai Dongdaemun Fashion Town di mana kawasan ini tumpuan mereka mencari fashion dan fabrik.
  • Ada banyak shopping mall besar di sini. 
  • Mat Drat suka ke sini sebab malam di sini 'hidup' dan Dongdaemun Design Plaza (DDP) tu cantik.
  • Antara shopping Mall yang besar di sini, ada Lotte Fitin, apM Place,Maxtyle, Migliore.

Apa yang best
  • Banyak mall
  • Dongdaemun Design Plaza agak unik dan ada beberapa ikon yang cantik
  • Gerai khemah tepi jalan agak menarik. Dan berjalan digerai-gerai sepanjang jalan (khemah kuning) cukup untuk habiskan masa 1-2 jam di sini. Banyak pilihan, ada harga yangh agak murah dan ada harga yang biasa-biasa.

Nak ke sini:
  • Turun di Station Dongdaemun History dan Culture Park
  • Kalau naik subway Line 2 (hijau) boleh keluar di 
    • EXIT 11, 12, 13 atau 14 dihadapan Lotte Fittin.
    • EXIT  1 kalau nak ke Dongdaemun Plaza terus dan area gerai khemah kuning.
  • Kalau naik subway Line  4 (biru), keluar di EXIT 9 atau 10


Tempat Menarik di sekitar sini:
  • Heunginjimun Gate
    • Juga di gelar Dongdaemun Gate
    • Khazanah utama Seoul ni
    • Ada kubu / kota di sini.
    • Exit 6 / 7 Dongdaemun Station (Line 1 or 4)
  • Dongdaemun Design Plaza
    • Mat Drat suka sebab designnya yang unik
    • Ada spot yang cantik untuk bergambar terutama taman rose LED
    • Exit 1 atau 2 Dongdaemun History & Culture Park (Line 2, 4 or 5)
  • Pyeonghwa Market
    • Banyak baju-baju , harga borong
    • Luas, lebih 2000 gerai. Kebanyakkannya baju dan pakaian sahaja.
    • Dibuka 10mlm - 6pm (esoknya). Sabtu tutup.
    • Exit 8 Dongdaemun Station (Line 1 or 4)
  • Gwangjang Market
    • Market wholesale yang berusia lebih 100 tahun.
    • Mula dibuka tahun 1905
    • Kebanyakkannya gerai pakaian, nak cari Hanbook boleh ke sini.
    • Gerai makan, Mat Drat tak berani nak rekeman di sini sama seperti gerai di Myeong-Dong dan Namdaemun
    • Ada 2nd hand market (preloved), di Guje Market
    • Exit 7 or 8 Jongno 5(o) ga Station (Line 1)
  • Dongdaemun Shopping Mall / Apparel Mall
    • Macam shopping complex biasa.... Pavillion, Suria KLCC dll
    • Antara yang ada Lotte Fitin, apM Place,Maxtyle, Migliore.
    • Mat Drat masuk Lotte Fitin dan apM Place (sebab dekat EXIT Subway)






Dongdaemun Design Plaza ni cukup dikenali dengan 'taman rose kristal'
Dongdaemun Design Plaza ni cukup dikenali dengan 'taman rose kristal'



Lotte Fittin dan amP Place

Deretan gerai khemah kuning. Ala-ala up-town la.

Contoh harga kat sini...
Ni antara yang sempat Mat Drat sambar.



5. Insa-dong


  • Dikatakan tempat paling ramai minat untuk membeli souveniour dan produk Korea.
  • Mat Drat tak sempat ke sini.
Nak ke sini:
  • EXIT 2 atau 6 di Station Anguk (LINE 3)


6. Gangnam & Starfield COEX Mall


  • Tempat ni antara Shopping Area di suggestkan oleh pamplete yang dikeluarkan oleh KTO
Nak ke sini:
  • EXIT 10 atau 11 di Station Gangnam (LINE 2)



Ini sahaja 6 tempat yang Mat Drat rasa sentiasa menjadi pilihan pengunjung yang ke Seoul.

Mat Drat hanya sempat ke 3 tempat sahaja.


Boleh sambung baca travelog Mat Drat di link di bawah ye.... 




Percutian ke Seoul

Tips dan Panduan 

 Travelog Seoul - Day 1 


 Travelog Seoul -Day 1


 Travelog Seoul -Day 1


Travelog Seoul -Day 2


Travelog Seoul -Day 2

Morning Galm Garden 
Han River Cruise

Travelog Seoul -Day 3

Travelog Seoul -Day 4

Travelog Seoul -Day 4

Travelog Seoul -Day 4
Travelog Seoul -Day 4

Travelog Seoul -Day 5


Tempat Shopping di Seoul
Itenerary Ke Seoul 5H4M



~Mat-Drat ~



Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

10 comments:

  1. Info yang bermanfaat untuk yang nak ke Korea. Bagi yang tak berkemampuan tu, masih boleh berbelanja murah & jimat produk produk asli Korea online saja di dua mall online Korea, Atomy & Aza Mall

    ReplyDelete
  2. salam.. nak cari lycra. tahu ka tempat tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasallam... maaf, tak pasti pula di Seoul di mana lokasinya.

      4 bulan sebelum ke Seoul, kami dah memborong di Bandung (kualiti Bandung )

      Delete
  3. SALAM, BERAPA BNYK DUIT YANG PERLU KITA BAWAK, KALAU PERGI KOREA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasallam. Seribu cukup kot kalau tak banyak shopping. Tapi elok activatekan debit card juga, kalau tak cukup cash, boleh keluarkan duit di sana.

      Delete
  4. berapa kos pergi dan perbelanjaan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam 2,500 termasuk flight MAS, ground transport, hotel, tiket tempat lawatan dan makan. Tak termasuk shopping

      Delete
  5. terimakasih, sangat rekomendasi banget untuk liburan ke korea, jangan lupa kunjungi juga website kami entrybuana.com

    ReplyDelete
  6. ada ke kedai di namdaemun yang buat borong online?

    ReplyDelete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.