Thursday, 27 December 2018

Warkah Kekanda Untuk Adinda

Warkah Kekanda Untuk Adinda


Sehari dua ni, Viral pulak #kekanda dan #adinda. Kat laman sosial, sana sini sibuk komen pasal warkah terbuka dari YB Mujahid kepada YB Nurul Izzah, sampai kena troll pak menteri kita yang sorang tu.

Cuma 'kekanda Mat Drat' agak tertarik apabila kekanda Mujahed mengutuskan warkah untuk 'adinda' Izzah dalam perjalannya dari Cordova ke Madrid.

Bila ternampak di akhir warkah dia, tertulis catatan dalam perjalanan darat dari Cardova ke Madrid, terus Mat Drat teringat percutian Mat Drat ke Sepanyol (Spain) 2-3 tahun lalu.

Dalam percutian tu Mat Drat tidak dapat menjejak kaki ke bumi Cordova dan Madrid. Kedua-dua ni masuk dalam perancangan awal tetapi memandangkan masa yang hanya ada 10 hari untuk cover Doha (Qatar), Barcelona dan Paris, jadi terpaksa Mat Drat abaikan 2 lokasi ni.

Menjadi impian waktu tu masa nak ke bumi Andalusia, nak jejakkan kaki ke Cordova untuk melihat peninggalan sejarah keagungan tamadun Islam di situ suatu waktu dahulu. Dan Mat Drat ingin ke Madrid, lain dan tak bukan kerana nak ke Stadium Santiago Bernabeu. Peminat Real Madrid la katakan.... 

Kalau ada kekanda adinda yang dah baca warkah YB Kekanda Mujahid kepada YB adinda Nurul Izzah, apa kata baca pula  travelog kekanda Mat Drat bercuti ke Barcelona... dan seterusnya bersambung ke Kota Cinta, PARIS....

👇👇👇👇












Warkah Kekanda Untuk Adinda 

Sedikit petikan warkah dari Kekanda Mujahid kepada Adinda Nurul Izzah

Ke hadapan adinda Nurul Izzah yang dikasihi, 

Kekanda kini dalam perjalanan darat tiga jam dari bandar bersejarah Cordova ke Madrid. 
Kekanda tidak boleh tidur kerana bimbangkan keadaan adinda setelah keputusan adinda tempoh hari. 
Semoga adinda berada dalam keadaan sihat dan tenang menghadapi berbagai cabaran selaku 'Puteri Reformasi'.
......
.....
.....

Adindaku Nurul Izzah,

Nama adinda ialah cahaya (Nur) yang penuh dengan kemuliaan (Izzah). 
Ayahanda adinda tinggi peradabannya malah kekanda yakin setiap nama yang diberikan kepada zuriat yang dikasihi adalah doa agar kekal nama itu sepadan dengan tuannya. 
Kita dilahirkan dalam rumah yang tidak terpisah dengan kerjaya ayahanda kita iaitu ahli dan tokoh siasah (politik). 
Sememangnya benar kata pepatah orang tua-tua kita : "ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi?"
......
.....
.....
 
Adindaku, 
Sejak kekanda mengenali adinda, adinda masih remaja dan amatlah kekanda bersedih dan bersimpati betapa remaja seperti adinda terpaksa melalui saat-saat duka menanggung kepedihan fitnah ke atas ayahanda yang dikasihi.
.....
.....
.....

Adinda Nurul Izzah,
 
Kekanda hanya mahukan kebaikan untuk masa depan politik adinda, maaf kerana warkah ini ditulis cara terbuka tetapi kekanda rasa adinda adalah 'Puteri Reformasi' milik generasi baru yang akan mencorakkan Malaysia baru.
.....
.....
.....
 
Adinda Nurul Izzah, 
Akhir kalam terimalah salam kekanda dari hati yang merindui Malaysia Baru tanpa kebencian kaum dan agama, Malaysia baru yang melimpahkan kekayaannya buat golongan mustadafin dan Malaysia baru yang melahirkan generasi baru yang progresif dan inklusif. Alangkah bahagianya saat Malaysia baru jadi kenyataan ketika itu.
.....
.....
.....






Dan Mat Drat share  lirik Kekanda Adinda ni...seronok pulak layan lagu ni...

Lirik Lagu Kekanda Adinda – Monoloque & Atilia


Oh kekanda jangan iri hati
Dinda naik pangkat lagi
Oh adinda kanda mana dengki
Malah kanda support bini

Jadi dinda mahu mengambil masa
Tapi kanda mahu segera
Dinda ingin berjaya dalam kerjaya
Tapi kanda mahu cahaya mata

Dinda belum bersedia
Kanda dah beria ria
Jadi yang mana satu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Oh adinda tolong jangan lekas curiga
Lekas cemburu buta
Oh kekanda dinda perlu berhati-hati
Tak rela dikongsi

Kanda kerja overtime terlebih masa
Itu yang dinda harus berwaspada
Ini semua demi masa depan keluarga
Dengan dinda atau sebaliknya

Kanda kerja malam
Dinda kerja siang
Jadi bila nak bertemu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Oh adiwira dewataku
Mari ikut cara Dinda
Oh Tun Teja intan permata
Mari ikut cara kanda
Bagaimana bagaimana kita nak selesaikannya
Apa keputusannya

Oh kekanda mari nyawa
Kita cuba komunikasi
Oh adinda mari sayang
Kita cuba toleransi

Walau kita janji sehidup semati
Kita berlainan
Kanda polar kutub utara
Dinda kutub selatan
Komunikasi sikap toleransi
Itu yang kita perlu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Walau kita sering dengan cara masing-masing
Kanda yang perdana
Dinda yang utama
Kanda segalanya
Dindalah nyawa
Kita tetap bahagia bila bersama sama
Bahagia bersama
Bersama selamanya
Bahagia selama-lamanya

-ikhlas... 

Kekanda Mat Drat




Monday, 10 December 2018

Firefly Airlines : Jom Jalan bersama Firefly Holiday


Firefly Airlines : Jom Jalan bersama Firefly Holiday



Firefly Airlines (Firefly) melancarkan kempen Jom Jalan melalui portal travelnya iaitu Firefly Holiday bersama  GuQuo. 

Firefly Holiday yang merupakan portal travel pertama yang mula diperkenalkan 8 tahun lalu, kini melangkah setapak lagi dengan bekerjasama dengan GuQou.

Melalui Firefly Holiday, para pelanggan dapat merancang percutian mereka dengan cara DIY dengan lebih flexible dan mengikut keperluan sendiri. Kiranya  dengan Firefly Holiday ni, kita boleh plan itinerari kita dari tempahan masa penerbangan, penginapan dan juga keperluan airport transfer, transport dan juga tour. Jadi lebih memudahkan sebab tempahan dibuat di satu portal sahaja.

Ketua Eksekutifnya, Ignatius Ong  berkata, "usaha sama (dengan GuQuo) ini adalah bukti komitmen Firefly dalam menawarkan perkhidmatan yang menyeluruh dan terbaik kepada pelanggannya".

Ignatius Ong juga berkata buat masa ini Firefly menjalin kerjasama dengan GoQuo dan akan memeterai beberapa usaha sama lain dengan KTM Holidays dan Tourism Malaysia.

Turut hadir adalah Pengasas GoQuo, Ron Ramanan.

GuQou pula merupakan 'rakan' partner Firefly Airline sejak sekian lama dimana ia adalah platform online sektor penerbangan yang menawarkan pelbagai perkhidmatan pelancongan seperti tempahan hotel, sewa kereta, lawatan bandar, insurans dan pengangkutan.



Firefly Airlines : Jom Jalan bersama Firefly Holiday
Ignatius Ong dan Ron Ramanan bersama melancarkan kempen JOM JALAN


Firefly Airlines : Jom Jalan bersama Firefly Holiday
JOM JALAN 



Firefly Airlines : Jom Jalan bersama Firefly Holiday
Jangan lupa update gambar percutian anda di Instagram dengan hashtag #JomJalan #FlyFirefly #FireflyHoliday


Firefly Airlines : Jom Jalan bersama Firefly Holiday
Jom Jalan....Dengan Firefly




~Mat Drat~























Selain itu, katanya, Firefly juga akan bekerjasama dengan banyak lagi pemain industri sektor pelancongan berpotensi dalam sektor pelancongan perubatan pelancongan eko, makanan dan beli-belah.




xxxxxxxxx

Wednesday, 5 December 2018

Itinerary Ke Seoul Korea 5/ 6 Hari : Trip Bajet


Itinerary Ke Seoul Korea  5/ 6 Hari : Trip Bajet



Entry ni Mat Drat share sikit pasal itinerari Mat Drat ke Seoul. Mat Drat share ringkas-ringkas je. 

Untuk detail itinerari, boleh refer travelog Mat Drat. Panjang Mat Drat cerita kat situ, dari Day 1 sehingga Day 5. Ada 11 part semuanya.

Untuk info, tips dan panduan, boleh baca perkongsian Mat Drat di  ðŸ‘‡ðŸ‘‡





INTRO TRIP PERCUTIAN KE SEOUL


Ini adalah trip Mat Drat bersama 17 orang. Boleh la kata ni lebih kurang trip 'budget'.  

Kira Mat Drat buat pakej percutian 5H 4M. 4 hari lawatan di Seoul, 1 hari (hari akhir) adalah hari perjalanan balik ke Malaysia.

Penerbangan dengan MAS
Berlepas    - Isnin 11:30 pm, tiba di Seoul Selasa 7:10am
Balik          - Sabtu 11:00 am, tiba di KL 4:30 pm

Kos 
Total kos tak sampai RM 2,550 seorang termasuk flight, makan, hotel, tiket entrance, airport transfer dan tiket tren. 

Kos untuk seorang (lebih kurang)
  • Flight  RM 1,200 - beli Online MATTA Fair
  • Hotel  RM   400 - 4 malam (bilik twin single RM 200/nite)
  • Makan RM  250 
    • Budget RM 50 sehari (X 5 kali)
    • Makan di restoran sekali sehari sahaja (lunch atau dinner)
    • Lunch/dinner lagi sekali makan bekalan
    • Breakfast (bekalan ready To Eat)
  • Bekalan Makanan RM 50 
    • Makanan Ready To Eat (Brahim's, My Chef dan Adabi)
  • T Money Card RM 100 
    • Mudah pergerakan guna subway
    • Lebih jimat dari beli tiket setiap kali naik subway
  • Tiket Entrance RM 550 
    • Kos untuk tiket ke lokasi yang dilawati
    • Everland Theme Park, N Tower, River Cruise, Nami Island, Gravin Museum 
  • Dapat jimatkan kos tiket entrance sebab banyak order melalui KLOOK . Memang banyak jimat... Menyenangkan pulak tu, tak payah nak beratur beli tiket.
  • Antara aktivit / tiket entrance yang boleh dibeli di KLOOK

NOTA :

  • Entry perkongsian ni secara ringkas sahaja.
  • Untuk detail perjalanan dan gambar-gambar setiap lokasi, boleh baca dan lihat di posting Mat Drat sebelum ni.
  • Posting-posting sebelum ni Mat Drat kongsi secara travelog - day by day.
  • Link setiap tempat di lawati, Mat Drat kongsikan di akhir entry ni.
.............................................................................. 


Nota : ( Edited 13.10.2019)
Mat Drat rasa perlu kongsi juga perkara ni.. Kepentingan Travel Insuran / Takaful yang 'cashless'

TRAVEL INSURAN / TAKAFUL 

Mat Drat biasanya ambil ETIQA Takaful kalau ke oversea, tak pernah rasanya ambil insurance dengan airlines atau third party masa beli tiket tu. 

Kita pastinya buat segala persiapan untuk mengharapkan perjalanan dan percutian kita lancar tanpa sebarang perkara yang tidak diingini. Jika berlaku juga sesuatu, kita tak boleh elak, tapi sekurang-kurangnya kita ada perlindungan untuk meringankan bebanan kita.

Apa pun, Mat Drat harap semua yang baca blog ni dan bercuti, sentiasa dalam peliharaan Ilahi di dalam perjalanan pergi dan balik serta semasa percutian.


Okey, coverage Etiqa Takaful ni rasanya lebih kurang sama dengan takaful/insuran lain tapi 3 faktor ni jadi sebab Mat Drat ambil dengan ETIQA Takaful ;

1. TAKAFUL. 
Kita muslim, seboleh-bolehnya ambillah product takaful. Tinggalkan product konventional.

2. Cashless. 
In case kena masuk hospital, kita tak perlu nak bayar dahulu dan kemudian baru claim. Kat overea, kos hospital dan perubatan sangat lah mahal.
Kalau kena bayar deposit je dulu pun, susah juga nak cari duit on the spot tu.

Dan dah biasa juga rasanya kita dengar dan terbaca kes-kes rakyat kita terpaksa minta bantuan sebab kos perubatan terlalu mahal di oversea.

3. Rebate 25%. 
Beli online, kita dapat rebat 25%, banyak tu.
Terbaru, Mat Drat baca kisah En Kamarol Khahar, pengalaman ayah beliau dimasukkan ke hospital di Seoul.

Alhamdulillah, urusan beliau sekeluarga dimudahkan kerana banyak pihak hulurkan bantuan (wang ringgit, nasihat dan kepakaran).

Bila baca ni, memang betullah insurance yang 'cashless' ni sangat penting. 




..............................................................................

ITINERARI 5H 4M

Okey, sebagai panduan asas bagi mereka yang akan berada di Seoul 5 atau 6 hari.

Kalau yang buat trip Seoul dan Busan,  boleh baca juga di akhir entry ni Mat Drat share link ke pengalaman Mat Drat ke Busan (Tajaan Astro sempena Filem Train To Busan)


DAY 1


07:10 am : Tiba di Seoul
08:30 am : Gerak ke Hotel - Check In
10:30am :   Morning Sky Hotel Check In / Drop beg. 

Mat Drat dapat check-in awal 3 bilik dari 10 yang di booked. Jadi dapatlah berehat di hotel sekejap sebelum mulakan aktiviti di Seoul. Sempatlah kami lunch dengan bekalan makanan Ready To Eat yang di bawa.

Tips 1 : 
Cuba tanya hotel kalau dapat check in awal. Bagi yang sampai sebelum waktu check in. Mat Drat dah try minta sehari sebelum tiba di Seoul

Tips 2 :
Masa berehat di Hotel tu cuba settlekan/beli T Money (kad transport). Pergerakan di Seoul akan gunakan subway, jadi T Money sangat diperlukan untuk jimatkan kos dan memudahkan pergerakan.


01:30 pm : gerak ke Subway Station Eilji-ro 4 sa (Ga) 700 meter. 
03:30 pm : Cable Car untuk ke Namsan Tower
04:00 pm : Namsan Tower/ Seoul Tower

06:00 pm : Turun dari Namsan Tower/Seoul Tower
06:30 pm : Lunch di Restoran Kampungku (Myeong-dong)

07:30 pm : Shopping di Myeng-dong Market
09:30 pm : Gerak balik ke Hotel

10:30 pm : Mat Drat sambung ke Dongdaemun. Shopping dan ronda-ronda. Kalau tak letih dan minat menikmati suasana malam, boleh la sambung aktivit malam.  


Kos Day 1
Kos per head, lebih kurang (dah converted to RM)

RM 60 Airport Transfer: Murah booking kat  ðŸ‘‰ KLOOK.  Naik Starex.
RM 35 Cable Car ke Namsan Tower - Beli di kaunter
RM 22 Namsan Tower. Murah beli online kat  ðŸ‘‰ KLOOK Namsan.
RM 40 Dinner di Rest Kampungku

Kos hari ni dalam RM150 tak termasuk shopping di Myeong-Dong Market dan tak termasuk T-Money Card.

Nak jimat untuk airport transfer boleh naik Airport Tren (AREX) berbanding naik private airport transfer. Tapi cuma letih sikit la nak menapak ke hotel, tukar tren di station subway dengan bagasi, dah la letih baru sampai Seoul. 

Tambang biasa KRW 9,000 (RM 36). Tapi nak jimat, beli melalui 👉👉 KLOOK. Boleh dapat lebih 15% diskaun, KLOOK offer harga RM36 RM24

NOTA:
Kalau beli di KLOOK, untuk lebih diskaun, boleh dapatkan kod diskaun di blog Mat Drat. Taip je "Diskaun Kupon KLOOK Mat Drat"

Klook.com


Klook.com


.



DAY 2

Untuk hari ni Mat Drat dan rakan akan ke Nami Island, Morning Calm Garden dan ber'cruise' di Han River.  

Nami Island ni kira destinasi WAJIB la kalau ke Seoul. Tak pergi Seoul la orang kata kalau tak ke Nami Island.

  • 7:00 am : Gerak dari hotel ke Subway Station Eilji-ro 4 sa (Ga)
  • 9:00 am : Tiba di Station Gapyeong (Tren ITX) lepas 3 train.
  • 9:15 am : Naik Bas ke Nami Island (Gapyeong Shuttel Bas ) 
  • 9:30 am : Naik Feri ke Nami Island
  • 10:00 am : Nami Island   - 4 jam
  • 02:30 pm : Gerak dari Nami Island
  • 03:00 pm : Naik Gapyeong Shuttle Bas ke Morning Calm Garden
  • 03:15 pm : Morning Calm Garden  - 1 jam
  • 04:30 pm : Morning Calm ke Gapyeong Station
    • (Sepatutnya naik shuttle bas, tapi terlepas bas) 
    • Jadi  terpaksa naik local bas)
  • 05:00 pm : Tiba di Cheongpyeong Station
  • 05:15 pm : Bergerak ke Seoul dengan tren.
  • 06:30 pm : Tiba di Yeouinaru Station
  • 07:30 pm : Hangan River Cruise
    • Moonloight Rainbow Pakej
    • 1 Jam cruise
  • 08:30 pm : Balik ke Hotel
  • 09:00 pm : Relax di hotel..Tidor, kalau nak tidur.
  • 09:30 pm : Boleh sambung ke Namdaemun atau ke Dongdaemun.
    • kalau tak letih  dan minat.  
    • Mat Drat sambung ke Namdaemun sebelum ke Dongdaemun.




Nota  :
Pergerakan kami pagi tu menuju Nami Island agak leceh sebenarnya pilihan transport yang kami ambil.... 

Perjalanan melebih 2 jam dari hotel ke Nami Island (kaunter tiket) menggunakan tren dan bas. Tu belum lagi ambil kira masa menunggu feri untuk ke Nami Island.

Mencabar dan agak leceh sebab kami perlu tukar tren dan transport. Lagi-lagi bila bilangan kami agak ramai ni, jadi pergerakan sedikit perlahan. Waktu pagi tengah peak hour, jadi tren memang penuh. Terpaksa la kami berdiri hampir sejam dalam tren.

Dan masa balik pula, kami terlepas bas yang sepatutnya kami naik. Jadi terpaksa naik bas 'lompat-lompat', kira bas local kerana ingin mengejar masa. 

Sepatutnya balik dari Morning Calm Farden ke Gapyeong Station naik Gapyeong Shuttle Bas. Tiket dah beli (return tiket). Nak buat macam mana, bas terlepas, nak tunggu next bas (shuttle bas lambat lagi, dalam 1jam), Jadi terpaksa naik bas local ke station terdekat. Terpaksa la kena bayar tiket bas lain.

Tapi pengalaman buat decision last minit tu (naik bas local) sebenarnya satu pengalaman yang sangat menarik.


'Kelecehan naik subway-tren-bas'

1. Naik subway dari Station Eilji-ro 4 sa (Ga)

2. Tukar tren yang menuju ke Station Sangbong
Mat Drat terpaksa tukar 2 tren dan mungkin ada yang perlu tukar sehingga 3 tren, bergantung kepada lokasi hotel. Waktu pagi naik subway, memang mencabar. Penuh sepanjang perjalanan, dan kena berdiri hampir sejam.

3. Naik Tren ITX Korail : Gyuongchun Line ke Gapyeong Station. 
Tren ni tak silap setiap 45 minit sekali, kami terlepas tren yang rancang untuk naik, jadi  terpaksa menunggu tren berikutnya. Agak lama menunggu. 
3. Shuttle Bas Station Gapyeong ke Nami Island bus stop. 
Perlu menunggu turn untuk naik bas. Kami pergi bukan weekend, tapi tiba terlewat sikit. Jadi orang sudah agak ramai menunggu shuttle bas.
Bas ni akan pusing ikut route dia. Plan jadual ikut time table bas, kalau terlepas memang kena tunggu bas berikutnya la... 

4. Feri : Ke Nami Island
Feri memang akan penuh. Feri setiap 10-20 minit. Check jadual.

baca travelog untuk detail perjalanan Mat Drat


Macam Mat Drat cakap, naik tren dan bas ni memang agak melecehkan sikit terutama kalau ada anak-anak kecil dan orang tua. Kalau lagi ramai, lagi leceh sebab takut terpisah dalam tren. Ye la, peak hour kan waktu awal pagi.

Kalau nak jimat masa dan tenaga (kurang berjalan kaki dan naik tangga) boleh la consider guna shuttle bas dari Seoul ke Nami Island. Kami hari tu nak kurangkan kos, tu yangnaik tren. 

Naik shuttle ni, cuma perlu bayar lebih sikit, dalam KRW 17,000. Boleh intai di ðŸ‘‰ðŸ‘‰ KLOOK : Nami Island Shuttle Bus .

Mat Drat lihat dah lebih 45k yang beli tiket shuttle bas Seoul -Nami Islmad ni


Klook.com



Nota / cadangan:
Boleh juga ke Petite France kalau tak nak ke Morning Calm Garden. Kalau nak ke dua-dua ni, mungkin tak sempat rasanya. Lagipun kedua-dua ni (Petite France & Morning Calm ) lebih kurang sama je...  taman dan banyak bunga.


Kos Day 2

Kos per head, lebih kurang RM 230 (dah converted to RM), tak termasuk shopping di Namdaemun Market dan Dongdaemun Market.


RM 52 (KRW 13,000) Nami Island (Feri)
RM 50 Lunch di Rest Nami Island
RM 24 (KRW 6,000)   Gapyeong Shuttle Bus
RM 35 (KRW 9,000)   Morning Calm Garden 
RM 8 (KRW 2,000)   Local bas ke Cheongpyeong Station 
RM 72 (KRW 18,000) Hangan River Cruise. Murah beli online kat  ðŸ‘‰ KLOOK Hangan River Cruise.


Klook.com


DAY 3

Untuk hari-3 ni Mat Drat dan rakan akan ke Everland.  


Bila ke Everland, memang tak boleh kemana mana lagi dah lepas tu sebab masa dan jarak. Masa perjalanan lebih kurang 2 jam dari hotel ke Everland. Tukar tren dan naik shuttle bas. 

Kemudian kaki akan semestinya letihsebab perlu berjalan di dalam Everland, tersangat lah luas.

Tapi yang masih mampu melangkahkan kaki, boleh sambung je ke Namdaemun... Yup, Namdaemun lagi hari ni. 2 hari sebelum ni, Mat Drat sampai Namdaemun dah agak lewat. Jadi hari ni dapat ke situ awal sikit dan lengkapkan shopping souvenior.


Dan kaki Mat Drat mampu lagi berjalan malam tu, jadi ke Dongdaemun lagi.


Nota / cadangan:

Selain Everland, Lotte World juga menjadi pilihan orang Malaysia bila ke Seoul.
Jika Everland adalah outdoor taman tema terbesar di Asia, Lotte World pula indoor theme park terbesar.
Pilih lah mana yang berkenan.



07:00 am : Gerak dari hotel ke Subway Station Eilji-ro 4 sa (Ga)
09:30 am : Everland - 6 jam
04:00 pm : Gerak balik dari Everland
06:30 pm : Namdaenmun Market - Shopping Souveniour
09:00 pm : Dongdaemun Design Plaza


Pagi seperti biasa, tren penuh. Tukar tren di station terdekat untuk ambil Tren Bundang Line sebelum tukar lagi ke  Yongin Everline dan setrusnya naik Shuttle Bas untuk ke Everland. 3 tren kena tukar, turun naik tangga.

Kalau tak nak naik tren, boleh pilih naik shuttle bas. Tambang dalam KRW 10,000 sahaja.


Kos Day 3
Kos per head, lebih kurang (dah converted to RM) adalah RM 170. 

RM 120 (KRW 30,000) Everland
RM 50 - Duit makan. Masa sendiri di Namdaemun

Harga tiket untuk masuk ke Everland KRW 54,000 (RM 210). Tetapi Mat Drat beli di KLOOK, dapatlah harga KRW 30,000 je (lebih kurang RM111 ). Banyak jimat


Klook.com






Klook.com




Bagi yang nak ke LOTTE WORLD pula, boleh beli tiket murah di sini


Klook.com


DAY 4

08:00 am : Gerak ke Subway Station Eilji-ro 4 sa (Ga)
09:00 am : Gwanghwamun Square
09:30 am : Gyeongbokgung Palace
12:00 am : Myeong-dong Tourist Centre
01:30 pm : Grevin Museum 
02:30 pm : Namdaemun Market - shopping brooch

04:30 pm : Lunch di Itawon - Restoran Eid
05:30 pm : Solat di Grand Mosque Seoul Itawon
06:30 pm : Insadong - shopping

09:00 pm : Balik bilik. Packing barang.

Selesai packing barang, Mat Drat ke Dongdaemun lagi. Habiskan Korean Won yang masih ada.


Kos Day 4
Kos per head, lebih kurang (dah converted to RM)

RM 4 (KRW 1,000) Gyeongbokgung Palace
RM 48 (KRW 12,400) Grevin Museum. 
RM 48 (KRW 12,000) Dinner di Eid Rest


Nak Murah :

Tiket Grevin, Mat Drat beli di KLOOK je, dapat harga KRW 12,400 je berbadning KRW 18,000 kalau beli di situ.







DAY 5

06:00 am : Gerak ke Airport - Airport Transfer (Starex)
11:00 am : Seoul ke Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR



Ini perkongsian ringkas Itinerari 5H4M Mat Drat di sini. Harap perkongsian ini membantu yang nak ke Seoul.

Boleh sambung baca travelog Mat Drat di link di bawah ye.... Untuk tips, panduan dan travelog





Percutian ke Seoul

Tips dan Panduan 

 Travelog Seoul - Day 1 


 Travelog Seoul -Day 1


 Travelog Seoul -Day 1


Travelog Seoul -Day 2


Travelog Seoul -Day 2

Morning Galm Garden 
Han River Cruise

Travelog Seoul -Day 3

Travelog Seoul -Day 4

Travelog Seoul -Day 4

Travelog Seoul -Day 4
Travelog Seoul -Day 4

Travelog Seoul -Day 5


Tempat Shopping di Seoul
Itenerary Ke Seoul 5H4M



~Mat-Drat ~



Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡