Monday, 23 April 2018

TIPS PERCUTIAN KE KOREA




Ini draft sahaja.. Mat Drat cuma nak share beberapa info yang dapat membantu..
Mat Drat baru je balik dari Seoul, tak sempat nak menulis dan berkongsi detail.


  • Ni trip Mat Drat bersama 17 orang... Boleh la kata ini lebih kurang ini adalah trip 'budget' mengejar Cherry Blossom. Last year Mat Drat ke Busan, Korea tapi terlewat 2 minggu...semua bunag sakura dah gugur.
  • Trip ni 6H4M
    • Berlepas            Isnin 11:30 pm, tiba di Seoul Selasa 7:10am
    • Bertolak Balik     Sabtu 11:00 am, tiba di KL 4:30 pm
  • Penerbangan dengan MAS
  • Total Kos tak sampai RM 2,550 all in termasuk tiket flight, makan, hotel, tiket entrance, airport transfer dan tiket tren. Pecahan kos lebih kurang (bundarkan ke ratus)  , tapi ini tak termasuk kos shopping souveniour dll ye.
    • Flight  RM 1,200 - MAS beli waktu MATTA Fair Online
    • Hotel  RM   400 - seorang utk 4 malam (bilik twin single RM 200/nite)
    • Makan RM  250 - Kami makan di restoran sekali sehari sahaja (lunch atau dinner sahaja)
    • Makan RM 50 -  Makanan Ready To Eat (Brahim's, My Chef dan Adabi
    • T Money Card RM 100 - Beli T Money untuk memudahkan bergerak menggunakan subway metro.
    • Tiket Entrance RM 550 - Everland Theme Park, N Tower, River Cruise, Nami Island, Gravin Museum 
  • Mat Drat dapat jimatkan kos tiket sebab banyak order melalui KLOOK untuk tiket entrance. Banyak jimat...
  • Untuk senang kira... Mat Drat gunakan currency rate 10,000 KRW = RM40 untuk entry Travelog Ke Seoul ini ye (tapi waktu tukar hari tu, 10,000 KRW = RM37.77)


AIRPORT TRANSFER

Dari Incheon Airport boleh pilih nak ke Seoul samaada nak menaiki Airport Tren Arex, bus limousine atau teksi. Grab car di sini agak susah dan sangat limited rasanya, jadi kami tak guna grabcar sebab mereka ada hailing app Korean sendiri.


1. Airport Tren (AREX)
  • Nak paling jimat dan mungkin paling cepat, naik Airport Tren AREX.
  • Tren akan berlepas dari Terminal 2, singgah di Terminal 1 dan menuju ke Seoul Station.
  • Tambang tren : KRW 9,000 (Dewasa) / KRW 7,500 (Kanak-kanak)
  • Nak jimat, beli melalui 👉👉 KLOOK. Boleh dapat lebih 15% diskaun. Masa Mat Drat ke Seoul hari tu, KLOOK offer harga RM24  RM30 sahaja. 
  • Dari Incheon Airport boleh naik tren sama ada
    • Tren non-stop Incheon Airport - Seoul
    • Tren berhenti-henti Incheon Airport - Seoul
  • Masa perjalanan (Express Tren Non-Stop)
    • Dari Terminal 2 ke Seoul Station = 51 minit
    • Dari Terminal 1 ke Seoul Station = 43 minit
  • Masa perjalanan Tren berhenti-henti
    • Dari Terminal 2 ke Seoul Station = 66 minit
    • Dari Terminal 1 ke Seoul Station = 59 minit
  • Pengalaman Mat Drat naik tren di Korea (Busan dan Seoul), sangat tepat. Nak jumpa tren lambat 1 minit pun sasah.
  • Tapi yang 1st time sampai Seoul, Mat Drat rasa mungkin tak sesuai sebab mungkin perlu kan masa bawa untuk sesuaikan dan memahami system metro di Seoul.
  • Dari Airport Tren (AREX) kita perlu menukar tren metro untuk lane dalam Seoul. Mungkin 1 atau 2 kali tukar bergantung kepada kedudukan hotel yang kita pilih.
  • Kalau tiba dengan anak-anak dan beberapa luggage, Mat Drat pun tak sarankan sebab kita mungkin perlu bertukar tren untuk tiba ke last station yang hampir dengan hotel.
  • Bayangkan juga perlu angkat beg yang besar dan berat (dalam keadaan letih 5-6 jam penerbangan), menaiki tangga di station metro. Station metro di sini ada yang sampai 3 layer ye. 1 layer tu macam naik tangga 2-3 tingkat bangunan ye. Lift biasa digunakan untuk mereka yang OKU, Warga tua da ibu mengandung ye. 
  • Dan tren metro di sini, sangat padat untuk sesetengah lane terutama awal pagi dan sebelah petang.
  • Dan dari last station metro, kita perlu menapak dengan beg (berat dan besar) ke hotel. Kalau hotel sebelah station tak ada masalah sangat.
  • Maklumat lanjut untuk menaiki tren ni boleh layari laman web 👉👉 Airport Tren AREX



2. KAL Bus Limousine
  • Nak jimat dan lebih selesa boleh juga consider naik bas Limousine yang disediakan dari airport.  
  • Tambang dalam KRW 15,000 (RM 60).
  • Nak jimat, beli melalui 👉👉 KLOOK macam Mat Drat bagi tahu awal tadi. Ada diskaun disediakan. Masa Mat Drat ke Seoul hari tu, KLOOK offer RM52 RM60 sahaja. 
  • Naik bas limousine ni, kita tak pening-pening nak fikir angkat beg naik tangga dan tukar tren. Kira tak letih sangat berbanding naik tren.
  • Bas Limousine ini adalah perkhidmatan bas Airport ke Bandar Seoul yang cukup selesa.
  • Bas berhenti di station-station atau bus stop yang ditetapkan. Kalau hotel depan bus stop tu, senang naik bas ni dari naik tren. Kalau naik tren, kena tukar tren...kena naik tangga ....akan meletihkan jika bawa beg. lagi-lagi jika tren tu penuh dan crowded.
  • Boleh layari laman web rasmi untuk detail  http://www.airportlimousine.co.kr/html/index.php


3. Teksi / Private Van
  • Kalau datang beberapa orang, dari naik bas mungkin boleh consider naik teksi/private van.
  • Bila kongsi-kongsi kos, akan lebih kurang harga naik basa sahaja. Lebih pun mungkin beberapa ringgit sahaja TETAPI lebih selesa.
  • Mat Drat naik airport tarnsfer yang disediakan oleh 3rd party. Tak nak letih-letih naik tren dan tak nak letih menapak dari bus station/stop ke hotel walaupun jarak tak jauh.
  • Maklumlah baru sampai awal pagi, nak terus ke hotel. Badan pun letih lepas 6 jam penerbangan.
  • Mat Drat ambil Large Taxi ( kita boleh pilih saiz transport). Harga pun tak mahal, kongsi 6-7 orang jatuh dalam RM 60 je, macam tambang naik bas limousine je. Yang ni Mat Drat ambil Starex, sesuailah untuk bilangan 6-7 orang. Naik di airport depan gate dan berhenti depan puntu hotel. Tak letih.
  • Cuma kalau tiba awal pagi (flight tengah malam), traffic ke SEOUL memang agak jem. Mat Drat hari tu Airport ke Hotel di Myeondong hampir 1 jam 30 minit. Memang jem.

  • Boleh pilih beberapa operator yang sediakan, boleh pilih di 👉👉 KLOOK. Order - print voucher. 

Klook.com



HOTEL DI SEOUL

Area yang paling digemari untuk menginap adalah di sekitar Myeong-dong. Kira kawasan tumpuan pelancong dan berdekatan dengan tempat-tempat tarikan untuk dilawati.  Di kawasan Myeong-dong ni pun ada 1 restoran Makanan Halal yang dimiliki rakyat Malaysia yang menyajikan masakan Korea. Restoran Kampungku - terletak di jalan menuju ke Namsan Tower.

Dan di area Myeong-dong ni, nak shopping senang. Beberapa stops (station) sahaja jika nak ke Myeong-dong market, Namdaemung Market, Insadong Market atau pun ke Dongdaemun Shopping District. Ni semua tempat tumpuan pelancong dan orang tempatan 'menyopping'

Memilih hotel di SEOUL ni kena perhati juga, ada sesetengah hotel tak terima kanak-kanak bawah 7 tahun. 


Morning Sky Hotel
  • Mat Drat menginap di Morning Sky Hotel sbb murah dan konsep dia macam IBIS Hotel. Simple dan kontemporari.
  • Rate satu malam dalam RM 200 untuk twin single / deluxe


  • Depan Hotel ada mini park
  • 200 meter dari bus stop untuk naik Bas Airport (Di panggil Limosuine Bus)
  • 350-400 meter dari station Metro terdekat iaitu station Euiljiro 4(sa) Ga. Di sini ada 2 line metro, iaitu Line 2 (Hijau) dan Line 5 (Purple)
  • 700-800 meter dari station metro Dongdaemun History & Culture Park. Di sini ada 3 line metro, iaitu Line 2 (Hijau) dan Line 5 (Purple) dan Line 4 (Biru)
  • Tiap-tiap malam Mat Drat melepak di Dongdaemun History n Culture Park ni...
Jika nak pilih hotel bolej consider juga hotel-hotel lain yang sempat Mat Drat 'intai' hari tu....


Hotel di area Myeong-Dong 
  • Mat Drat senaraikan beberapa hotel di area Myeong-Dong
  • Mat Drat suka area ni sebab 
    • Dekat dengan restoran Kampungku
    • Dekat dengan Metro station
    • Dekat dengan Namsan Tower
    • Dan paling seronok, dekat dengan Myeong-dong Market







TEMPAT MENARIK DI SEOUL

Okey.... Trip ni Mat Drat dapat jimakan kos sebab sebahagian tiket entrance Mat Drat beli melalui KLOOK

Itinerari dan buat siap-siap, jadi tempat nak tuju dah tetap. Jadi tak risau nak beli tiket melalui KLOOK ni. Lagi pun, kebanyakkan tiket untuk entrance tempat menarik tu 'open ticket'.

Nanti di entry-entry berikutnya baru Mat Drat share travelog Mat Drat dengan kawan-kawan meAlwat tempat menarik di Seoul ni. Sangat enjoy dengan pemandangan yang sangat menarik. Sehari menapak 15,000 - 20,000 step pun tak terasa...

Antara tempat menarik yang sempat disinggahi

1. Namsan Tower
2. Gyeongbokgung Palace
3. Nami ISland
4. Morning Calm Garden
5. Everland
6. Han River Cruise
7. Myeon-dong Tourist Centre
8. Gravin Museum
9. Cheonggycheon Stream
10. Dongdaemun Historical & Culture Park
11.Grand Mosque -Itawon

12. Myeong-dong Market- shopping
13. Namdaemun Market - shopping
14. Insadong - shopping
15. Dongdaemun District - shopping

Klook.com
Klook.com


TEMPAT MAKAN HALAL DI SEOUL

Nak cari makanan halal di Seoul ni tidak lah terlalu sukar. Cuma kena pandai susun itinerari supaya tidak buang masa menuju ke restoran halal. Cari restroran halal berhampiran tempat kita nak tuju atau pun di sepanjang jalan menuju ke situ.

Masakan arab/india banyak tapi kami hanya mencari Restoran yang menyajikan masakan korea. Memang dah azam, datang Seoul kali ni tak nak makan di restoran India/arab dan tak nak makan kebab. Nak cari makanan Korea sahaja.

Antara tempat kami makan adalah di Restoran Kampungku, Myeongdong, Restoran di Nami Island dan juga Restoran Eid di Itawon.

Nanti di entry berikutnya, Mat Drat share detail mengenai tempat makanan halal di Seoul ini, lengkap dengan gambar dan lokasi.

Selain tu makanan yang kami bawa dari Malaysia menjadi santapan kami setiap hari. Macam Mat Drat bagi tahu awal tadi, di sini kami hanya makan sekali sehhari di retoran dan sekali lagi makan makanan Ready To Eat. Antara yang Mat Drat bawa adalah makanan jenama Brahim's, My Chef dan juga Adabi.

My Chef ni pertama kali Mat Drat bawa produk dia ke luar negara. Kawan yang kenalkan produk ni sebab dia biasa bawa produk ni kalau travel ke luar negara.

Untuk info lanjut, boleh layari laman web rasmi My Chef, tempah online dan product akan sampai dalam beberapa hari. Beli online lagi jimat. Sesuailah dengan Tag Line dia HALAL, MUDAH dan LAZAT.

Kali ni Mat Drat bawa ketiga-tiga nasi My Chef ni iaitu Nasi Arab Ayam Kabshah, Nasi Biryani Kambing dan Nasi Biryani Ayam. 

Ni semua tak perlu nak masak-masak, semua dah ready untuk di makan. Cuma perlu masukkan di dalam microwave untuk panaskan dan makan. Ada masa tu, bila dah malam dan lapar....malas nak masukkan dalam microwave, Mat Drat masukkan dalam kettle yang air tengah mendidih je. Sedap je makan...

Satu lagi, biasa Mat Drat ke luar negara akan bawa juga rendang/ kari yangdah ready dalam tin tu. Biasanya jenama Adabi, dan beli roti di luar negara untuk makan dengan rendang/kari ayam atau daging tu. Kali ni Mat Drat bawa nasi putih My Chef, juga dah siapa masak...cuma perlu panaskan je. senang....dan jimat.





ITINERARI SEOUL 5H4M

Sebagai panduan asal, itinerari kami

Day 1
7:10 am : Tiba di Seoul
Gerak ke Hotel - Check In

Namsan Tower
Dinner di Restoran Kampungku
Shopping di Myeong-dong Market - shopping alat solek
Cheonggycheon Stream


Day 2
Nami Island 
Lunch di Nami Island
Morning Calm Garden
Han Rainbow 
River Cruise
Dongdaemun District - shopping

Day 3
Everland
Namdaemun Market - shopping

Day 4
Gyeongbokgung Palace
Myeong-dong Tourist Centre
Namdaemun Market
Dinner di Itawon
Itawon - Grand Mosque
Insadong - shopping

Day 5
06:00 am : Gerak ke Airport
11:00 am : Seoul ke Kuala Lumpur


Okey, ini dulu untuk draft...Nanti Mat Drat update dengan gambar sekali beserta travelog.


~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. 👇👇👇


1 comment: