Tuesday, 30 July 2019

PERCUTIAN KE KUCHING - Tips & Panduan Bercuti


Percutian ke Kuching



PERCUTIAN KE KUCHING

Intro

Kali ni kamek (saya) share berkaitan Percutian ke Kuching pula sebagai panduan kepada mereka yang ingin ke Kuching, tak kira lah untuk percutian atau atas urusan kerja.

Mat Drat dan Kuching ni agak 'rapat' sebenarnya sebab boleh kata agak kerap juga Mat Drat ke sini. Jun 2019 baru ni, seminggu Mat Drat berada di sana. Tahun 2018 pula, 2 kali ke Kuching. Dan begitulah untuk tahun-tahun sebelumnya.

Mat Drat ke sini atas urusan kerja dan biasanya seminggu, dan Mat Drat akan lajak 1-2 hari untuk jalan-jalan sekitar Kuching dan kawasan berkaitan.



Percutian ke Kuching
Aktiviti malam-malam di Kuching... bersiar di Waterfront




Cuma ada satu tahun tu, Mat Drat di sini agak lama iaitu hampir 3 bulan. Tapi waktu tu memang rezeki tiket KUL-KCH bawah RM100 sehala sahaja (MAS, AirAsia atau pun Malindo). Boleh kata hampir tiap-tiap minggu Mat Drat balik KL. 

Memang ramai sebenarnya orang Semenanjung yang berulang tiap minggu antara Kuching - KL. Biasa tiket penerbangan petang/malam hari Jumaat,  akan cepat habis sebab mereka yang berulang akan beli awal.

Okey ... tu intro sikit.

Sebelum tu...jemput singgah IG Mat Drat dan kita saling follow memfollow

https://www.instagram.com/art_matdrat

Instagram : art_matdrat


.............................................................................

Bagi yang nak ke Miri, Sarawak, jemput singgah di entry Mat Drat sewaktu ke Miri dahulu.

Update 2021 : "Cliff 'kepala kuda' kat gambar bawah ni dah tak ada, Runtuh akibat hakisan ombak sewaktu PKP tahun 2020 lepas.

Percutian Ke Miri


.............................................................................

Penerbangan Ke Kuching
  • Boleh pilih Malaysia Airline, Malindo atau Air Asia
  • Air Asia paling banyak flight KUL - KCH. Harga ketiga-tiga ni lebih kurang je, yang membezakan waktu kita beli.
  • Jika beli awal atau ada promosi, boleh dapat murah.
  • Penerbangan ambil masa dalam 1 jam 50 minit -+
  • Mat Drat biasa terbang dengan MAS, cuma kalau waktu yang nak tu tak ada, baru Mat Drat pilih Air Asia. Naik MAS, boleh collect Miles Point.
  • Berlepas dari KLIA atau  KLIA2 
    • KLIA : MAS dan Malindo
    • KLIA2 : Air Asia

    Malaysia Airlines 
    - Malaysia Airlines sekarang tiket ekonomi dah ada 3 option ye, macam Malindo juga.
    - Rancang sebelum beli.
    - 3 kategori tiket ekonomi :
    1. Economi Lite (cabin bagagge 7kg, tak ada check-in bagasi)
    2. Economi Basic (cabin bagasi 7kg, check in bagasi 20kg)
    3. Economi Flexi (cabin bagasi 7kg, check -in bagasi 25kg)
    • Semua class economi ada makan dalam flight ye.

      Malindo
      1. Super Saver (cabin bagagge 7kg, tak ada check-in bagasi)
      2. Value (cabin bagasi 7kg, check in bagasi 20kg)
      3. Flexi (cabin bagasi 7kg, check -in bagasi 25kg)
      • Semua class economi, kena ordel meal ye kalau nak makan semasa dalam flight.
      Nota :
      Untuk parking kereta yang ingin KLIA/KLIA2 (lebih murah), boleh baca juga perkongsian Mat Drat sebelum ni

      -Parking di Putrajaya Sentral - Park n Ride

      -Parking di Salak Tinggi - Park n Ride

      .............................................................................


      Airport Kuching (Kuching International Airport - KIA )
      • KIA (Kuching International Airport) ni merupakan 'international' airport ye.
      • Kemudahan boleh kata seperti airport lain, dan cukup selesa.

      Kuching International Aairport
      Selamat Datang ke Kuching, Sarawak.
      " Borneo To The World"

      1. Slip Pass Lawatan Sosial (IMM 114)
      • INGAT ni ye. Kena ingat betul-betul !!
      • Bagi warga Semenanjung yang ingin masuk ke Sarawak (dan Sabah), mereka akan diberikan satu slip pass lawatan sosial.  Jika kita bawa passport dan gunakannya di kaunter imigresen, kita  tidak akan diberikan pass ni tetapi passport akan ci chop. 
      • Pass IMM 114 ni saiznya kecil je, jadi simpan dan jangan hilangkan sebab sewaktu nak balik ke Semenanjung nanti pihak imigresen akan minta semula.
      • Slip ini akan diberikan di kaunter imigresen sewaktu ketibaan di Kuching (atau mana-mana lapangan terbang di Sarawak).
      • Jika hilang slip tu, perlu buat report di balai polis. Kalau tak, susah nak berlepas balik ke Semenanjung. Kalau bernasib baik, atas budibicara mungkin boleh lepas. Boleh lepas balik ni kes-kes tertentu la.
      • Dan slip pass lawatan sementara ni membolehkan kita berada di Sarawak (dan Sabah) sehingga 3 bulan.
      • Mat Drat kadang-kadang masuk Kuching pakai passport sebab malas nak simpan slip ketibaaan tu (pass lawatan). Lagi pun boleh la penuhkan passport dengan chop.
      2. Pemeriksaan Kastam
      • Sewaktu terbang balik, kita perlu scan dahulu beg di kaunter kastam. Laluan scanner berhampiran dengan kaunter check-in/drop beg.
      • Tak kira beg yang dibawa tu check-in luggage atau pun hand carry beg.
        3. Check-in dan drop beg
        • Airport ni tak la sibuk macam KLIA / KLIA2.
        • Jadi kaunter check-in tidak akan beratur panjang biasanya (kecuali ptg jumaat dan malamnya dan cuti panjang).
        • Pengalaman Mat Drat, cukup tiba 1 1/2 - 2 jam awal sebelum perlepasan.
        • Tapi ingat ye, di Kuching ni sama juga seperti bandar-bandar lain, sebelah petang akan alami sedikit kesesakan. Jadi rancang perjalanan dan tiba awal lebih bagus.
          4. Surau 
          • Ada 2 di KIA ni, tak ada masalah nak solat. 
          • Di area departure hall /gate terletak di sebelah kiri selepas kita turun escalator. 
          • Di lobby pula terletak bersebelahan McD di tingkat bawah.
          5. Restoran 
          • Nak makan di sini pun tiada masalah. 
          • Arrival Hall : Biasanya Mat Drat akan makan di McD sahaja, terutama jika tiba awal di airport.
          • Departure / Boarding area : pilihan Mat Drat MarryBrown biasanya.
          Kuching Airport
          Tempat biasa kalau sampai awal di airport - sebelum fly balik ke KL

            6. Kedai Kek Lapis di Airport Kuching
            • Kalau nak balik Semenanjung JANGANlah lupa bawa balik kek lapis ye.
            • Kalau terlupa atau tak sempat nak beli masa di Bandaraya Kuching, atau pun nak tambah yang dah beli, boleh ke kedai Kek Lapis Hamidah.
            • Kedai Kek Lapis Hamidah ni terletak di departure hall sebelah dengan kedai perfume 'Fragrances & Cosmetic'.
            • Berhampiran pintu keluar, terdapat juga kios Kek Lapis Hamidah ni. Tapi pilihan tak banyak, nak banyak boleh ke kedai.
            • Harga lebih kurang macam di Kuching. 
            • Mat Drat tak pernah beli di sini, singgah sini dengan kawan je.
            • Biasanya memang dah beli siap-siap di Kuching dan pack elok-elok dalam kotak. Senang nak budget berat luggage.
            • Di akhir posting ni, Mat Drat share senarai kek lapis di Kuching Sarawak.

              Kek Lapis Hamidah Kuching Airport
              Kek Lapis Hamidah - Di tingkat atas (Departure Hall)

              Kek Lapis Hamidah Kuching Airport
              Banyak juga pilihan.



              Kek Lapis Hamidah Kuching Airport
              Kiosk Kek Lapis Hamidah
              - berhampiran pintu keluar di Departure Hall




              .............................................................................

              Transport di Kuching - Airpoort Transfer

              • Airport Transfer : Teksi / Grab Car ke Bandar Kuching
              • Tiada masalah nak dapatkan Teksi atau Grab di KIA ni. 

              Teksi
              • Tidak perlu menunggu lama. Setiap kali Mat Drat ke Kuching, memang teksi banyak standby di luar arrival hall.
              • Biasa teksi-teksi ni dah tahu jadual penerbangan, dan penerbangan paling lewat yang tiba pun akan ada teksi menunggu.
              • Pengalaman Mat Drat naik flight paling lewat ke Kuching, sampai di sini tiada masalah nak ambil teksi ke Kuching.
              • Untuk dapatkan teksi, perlu beli kupon teksi dahulu di kaunter teksi. 

                Grab
                • Dalam 7-10 minit, grab car akan sampai di airport selepas booking dibuat. 
                  • Tambang Airport Kuching - Bandar Kuching (Waterfront) 
                    • Teksi = RM 30
                    • Grab = RM 12- RM 18
                  • Pengalaman Mat Drat, nak guna Grab Car di Bandaraya Kuching pun tak ada masalah, senang dapat.

                  Teksi Taxi Grab Car Kuching Airport
                  Kaunter Teksi di Kuching Airport



                  .............................................................................

                  Kereta Sewa di Kuching

                  • Bagi yang bercuti di Kuching dan menyewa kereta, elok deal untuk ambil dan pulangkan kereta di airport.
                  • Senang bila sampai, kereta sewa dah ready.
                  • Sebelum berlepas, just inform sekali lagi untuk remind tuan kereta untuk standby kan kereta.
                    • Masa perjalanan dari KIA (Kuching International Airport) ke Bandaraya Kuching hanya ambil masa dalam 20-30 minit sahaja. Cuma kalau peak hour, akan ambil masa sedikit
                      • Antara nombor telefon Kereta Sewa Kuching yang ada dalam simpanan Mat Drat
                        • 019-7585 978 Iman Kereta Sewa
                        • 012-624 9441 Trans Rezqey 
                        • 017-844 9993 Car Rental Kuching
                        • 016-891 1376 Farhanjaya
                        • 011-317 000 37 Kereta Sewa Kuching

                        • Mat Drat hanya senaraikan sahaja nombor2 ni untuk pembaca, boleh cuba tanya direct kepada mereka. 
                        • Dah WhatsApp tu, minta lah link ke website/ FB Page mereka, bacalah dulu review dan komen sebelum deal.

                        Ingatan Sebelum Drive Kereta Sewa
                        • Mat Drat kalau sewa kereta, memang akan ambil gambar keadaan kereta depan, belakang, kiri dan kanan kereta. 
                        • Ada owner / syarikat yang sangat detail dan mereka akan check any scratch dan seumpamnya apabila kita pulangkan kereta. 
                        • Mana tau scratch tu berlaku  sewaktu penyewa sebelum kita, jadi elok kita periksa dahulu kereta tu betul-betul supaya kita tak kena tanggung.

                          Adab dan Tips Memandu di Kuching - Pesanan Ikhlas 
                          • Tahun 2013 dulu, Mat Drat ke sini lagi selepas lebih 10 tahun tak jejakkan kaki ke sini.  Boss Mat Drat di sini bagi sedikit pesanan mengenai memandu di Kuching. 2 -3 kali dia ingatkan....
                          • JANGAN gunakan hon di sini. Orang sini tak suka di hon. Elakkan seboleh-bolehnya.
                          • JANGAN memotong melulu terutama di Bandaraya Kuching
                          • Kalau kereta hadapan slow, sabar.... nanti ada 2 lane, baru memotong.
                          • Contoh kalau di traffic light, ada kereta agak lambat bergerak, jangan buat perangai di KL. Sikit-sikit nak hon. Sini mereka lebih tenang dan cool...
                          • Jangan amalkan zip zap macam drive di KL/
                            • Bagi yang memandu di Kuching ni, akan dapat rasakan beza suasana memandu di sini.

                              .............................................................................










                              .............................................................................

                              Bahasa Sarawak di Kuching

                              • Jangan risau la, Bahasa Sarawak ni tak jauh sangat pun dengan Bahasa Melayu.  Mereka guna bahasa Melayu Sarawak tetapi sedikit berbeza untuk beberapa perkataan. Kita akan tetap boleh faham.
                              • Mat Drat kadang kala rasa mereka di sini lebih Malaysia dari orang di Semenanjung dari aspek penggunaan bahasa sebab mereka guna bahasa yang satu walaupun dari pelbagai bangsa.
                              • Jarang Mat Drat jumpa mereka berbahasa Ingeeris, tak kira lah mereka ni Melayu, Cina, Iban, Bidayuh, Dayak atau bangsa/kaum lain. Tu yang seronok di sini...  seronok dengar mereka berbual.


                              Mat Drat senaraikan beberapa perkataan yang mungkin kita akan selalu dengar apabila ke sini

                              Kamek = Saya
                              Kitak = Awak
                              Sidaknya = Mereka
                              Nya = Dia

                              Sitok = Sini
                              Sia = Itu
                              Sine = Mana

                              Aok = Ya
                              Sik Ada  (Sekda) = Tidak Ada

                              Kelakar = Bercakap
                              Kacak = Cantik / Handsome
                              Nyaman = Sedap
                              Gerek = Boyfriend / Girlfriend
                              Belon = Kapal Terbang 


                              Contoh Ayat Yang Biasa (kalau selalu bergaul dengan penduduk tempatan)

                              Kacak na kitak aritok = Awak nampak cantik hari ni 

                              Camne nak jumpa kitak = Macam mana nak jumpa awak

                              Kitak gi sine? = Awak pergi mana?

                              Kitak apa polah? = 
                              Awak buat apa?

                              Kitak dah makan? 
                              Awak dah makan?

                              .............................................................................

                              HOTEL MURAH DI KUCHING

                              • Mat Drat cadangkan, menginap lah di hotel sekitar Waterfront,  sebolehnya cuba lah cari yang walking distance je.
                              • Waterfront Kuching ni antara lokasi tempat lawatan yang 'wajib' disinggahi jika ke Kuching
                              • Rata-rata rate hotel di Kuching tidak la mahal, lagi-lagi kalau bukan cuti sekolah.
                              • Kalau datang waktu cuti sekolah pula, macam biasa kena booking awal-awal ye sebab hotel berdekatan waterfront biasanya akan habis cepat.
                              • Di bawah ni Mat Drat cadangkan 3 kategori hotel
                                • Hotel bawah RM 200 di Waterfront (Riverside).
                                • Hotel RM 200- 300 berdekatan waterfont
                                • Hotebawah RM 200 berdekatan Waterfront
                                • Rate ni pun berubah-ubah ye, ikut hari dan musim. Mungkin akan turun dan mungkin akan naik.
                                • Jadi kena intai-intai juga. 
                                • Hotel 5 star macam Pullman, silap-silap boleh dapat dalam RM200 shj per nite.
                                • Hotel 'Waterfront' yang Mat Drat senaraikan di bawah, tidak jauh dari Waterfront. Semuanya walking distance sahaja, dalam 200-300 meter ke Waterfront.
                                • Mat Drat paling suka Riverside Hotel. Senang nak cari makan dan senang nak ke Waterfront. Sekarang dah ada 'wing' baru (block baru). Hotel ni memang antara yang sering jadi pilihan mereka yang ke Kuching. Cuba lah minta river view, view waktu malam atau awal pagi memang cantik.



                                1. Hotel bawah RM 200/nite  di Waterfront (Riverside) 


                                PERCUTIAN KE KUCHING Hotel Murah
                                Riverside Majestic 
                                Hotel Astana Wings
                                Wings (block) baru


                                Riverside Majestic Hotel
                                Puteri Wings


                                Imperial Riverbank Hotel


                                Grand Margherita Hotel



                                2. Hotel RM 200-RM350/nite  berdekatan Waterfront  

                                3. Hotel  RM 100-RM200/nite  di area Waterfront  




                                .............................................................................

                                  Airbnb (dengan diskaun kredit )    

                                Bagi yang nak booking melalui airbnb, boleh redeem kupon diskaun dengan link ni di bawah.

                                Bagi yang belum tahu, Airnb ni platform booking 'homestay' asalnya. Kini  Airbnb tawarkan pelbagai service di platform mereka. Hotel pun dah ada yang iklankan bilik mereka di Airbnb.

                                Mat Drat kalau nak jimat, kadang-kadang tu mencari penginapan di Airbnb sahaja. boleh dapat apartment atau kondo yang selesa pada harga murah.

                                  Airbnb (dengan diskaun kredit )    

                                Bagi yang nak booking melalui airbnb, boleh redeem kupon diskaun dengan link ni   Claim rebate diskaun Airbnb RM 165. 

                                Nilai kupon ni berubah-rubah, bergantung pada waktu promosi.

                                Tips dan Syarat nak RM 165
                                Ada 2 diskaun yang boleh dituntut
                                1. Rebat RM 120 untuk penginapan yang jumlah booking melebihi RM 290.
                                2. Rebat RM 45 untuk tempahan aktiviti di Airbnb.


                                Kredit diskaun ni untuk 1st time user je. Kalau dah ada akaun, daftar la pakai nama wife ke, tak pun create je akaun baru dengan email lain. Kalau dapat RM 165 diskaun, banyak jimat tu... 

                                Ingat...  
                                kena daftar dalam masa 30 hari. Dah daftar,  kredit akan masuk ke akaun dan valid untuk tempoh 1 tahun.

                                Pilih lah nak booking unit melalui airbnb di apartment/homestay mana. Ikut berkenan yang mana satu.

                                Jadi nak dapat RM 120 tu, 
                                - Klik LINK di atas dan daftar akaun
                                - Buat tempahan dalam masa 1 tahun.
                                - Nilai reservation melebihi RM 290 (termasuk fee-fee lain)
                                - Jadi, tempahlah unit (cari yang mahal sikit atau tambah hari) untuk jadikan lebih RM290.

                                - Pastikan bila nak bayar, jumlah bayaran dah ditolak dengan kredit yang diberi

                                Mat Drat senaraikan 2 unit, ada banyak lagi unit di airbnb ni, piliha la mana yang berkenan. Dan jangan lupa baca review sebelum buat reservation.



                                ............................................................................

                                TEMPAT MENARIK DI KUCHING

                                Banyak tempat dan aktiviti menarik yang sesuai bagi mereka yang datang ke Kuching

                                Mat Drat senarai antara tempat yang boleh dilawati di bawah , tetapi senarai ni tak ikut ranking ye.

                                1. Tugu Kuching
                                2. Waterfront
                                3. Jambatan Hana
                                4. River Cruise
                                5. Kampung Budaya Sarawak
                                6. Medan Niaga Satok
                                7. Masjid Bandaraya Kuching
                                8. Taman Buaya Jong
                                9. Sarawak Regata
                                10. Rainforest World Music Festival
                                11. Little India
                                12. Pasar Serikin
                                13. Fairy Caves
                                14. Rumah Panjang Annah Rais
                                15. Pusat Hidupan Liar Semenggoh
                                16. Taman Negara Bako
                                17. Gunung Santubong
                                18. Pantai Damai


                                Mat Drat kongsi detail mengenai tempat-tempat ni di entry berikutnya. Jemput baca....

                                  Percutian ke Kuching
                                  Tugu Kuching


                                  Jambatan Hana Kuching Tempat Menarik Percutian ke Kuching
                                  Jambatan Darul Hana dan Astana
                                  (view waktu malam dari Waterfront)

                                  Waterfront Kuching Tempat Menarik Percutian ke Kuching
                                  Persembahan tradisional (ala busker) di Waterfront

                                  .............................................................................

                                  TEMPAT MAKAN BEST DAN SEDAP DI KUCHING

                                  Banyakj tempat makan sedap di Kuching ni, bergantung kepada citarasa masing-masing.

                                  Jangan lupa bila ke sini rasa beberapa hidangan yang cukup sinonim dengan Kuching seperti Laksa Sarawak, Mee Kolok dan pucuk midin.

                                  Jangan juga lupa try teh o peng 3 layer.

                                  Mat Drat share  di entry berikutnya detail mengenai tempat makan sedap ni. Jemput baca......

                                  Tempat Makan Best Sedap di Kuching Percutian ke Kuching
                                  Deretan gerai makan di Waterfront

                                  Tempat Makan Best Sedap di Kuching Percutian ke Kuching
                                  Ayam Penyet antara menu paling 'top' di sini.
                                  Nanti Mat Drat akan share tempat yang best...

                                  Tempat Makan Best Sedap di Kuching Percutian ke Kuching
                                  Salah satu restoran yang 'wajib' Mat Drat singgah jika ke Kuching.
                                  .............................................................................





                                  .............................................................................

                                  Kek Lapis Sarawak Sedap di Kuching

                                  Antara kek lapis yang biasa dikunjungi
                                    • Kek Lapis Dayang Salhah
                                    • Kek Lapis Liza
                                    • Kek Lapis Mira
                                    • Kek Lapis Asma
                                    • Kek Lapis Diwanie
                                    • Kek Lapis di Waterfront
                                  Mat Drat update detail termasuk lokasi di entry

                                  .....

                                      


                                  👉👉 Kek Lapis Sedap Di Kuching   



                                  Percutian ke Kuching Kek Lapis Sarawak
                                  Kek Lapis...Jangan balik Semenanjung tanpa kek lapis ye

                                  .............................................................................

                                  Souveniour / Oleh-Oleh Kuching

                                  Kalau ke kuching, di bawah ni antara barang-barang atau buah tangan yang biasa dibeli 
                                  • Kek Lapis
                                  • Ikan Terubuk
                                  • Lada Hitam/Lada Putih
                                  • Kain Batik/Kain Songket
                                  • Tikar Sarawak
                                  • Pasu Sarawak / Barangan Tembikar
                                  • Barangan Kraft
                                  • T- Shirt
                                  Mat Drat share di link berikut..




                                  👉👉 BELI SOUVENIOUR DI KUCHING  



                                  ~Mat-Drat ~

                                  Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

                                  Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !! 

                                  AL SULTAN ABDULLAH : Maksud Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

                                  Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah






                                  AL-SULTAN...

                                  Jika sebelum ni kita biasa menyebut Sultan, tepai mulai awal tahun ni, kita telah dibiasakan dengan sebutan 'AL-SULTAN'.

                                  Penggunaan perkataan 'Al' di hadapan nama Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah adalah mengikut nahu Arab yang tepat sebenarnya.

                                  Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkata Al-Sultan Abdullah telah mempersetujui penggunaan nama itu kerana mengambil kira ketepatan nahu Arab, berbeza daripada kebiasaan orang Melayu yang terus menyebut 'Sultan'.

                                  "Penggunaan 'Al' ini adalah disebabkan nahu Arab seperti mana perkataan 'the' di dalam bahasa Inggeris memandangkan Abdullah adalah kata nama khas."

                                  "... itu yang dipersetujui tuanku (cara penggunaan dan sebutannya) supaya nahu dalam bahasa Arab juga tepat," katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.


                                  Al-Sultan Abdullah yang dimasyhurkan pada Januari lalu, merupakan Sultan Pahang keenam selepas mengambil alih takhta pemerintahan daripada Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah ekoran keadaan kesihatan baginda yang gering pada waktu itu.


                                  Istiadat pemasyhuran berlangsung di Balairung Seri Istana Abu Bakar di Pekan, tiga hari selepas Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah mengumumkan pelantikan itu yang dibuat mengikut Perkara 9A Bahagian 1 Undang-undang Tubuh Negeri Pahang.

                                  Tengku Abdul Rahman seterusnya memaklumkan nama Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.



                                  Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiusaha Sulit Sultan Pahang Kolonel Nazim Mohd Alim, gelaran itu membawa maksud Sultan Abdullah pembela agama yang dipilih Allah.



                                  Al-Sultan Abdullah yang diputerakan pada 30 Julai 1959, di Istana Mangga Tunggal Pekan adalah cahaya mata keempat dan putera sulung Sultan Ahmad Shah dan Almarhum Tengku Ampuan Afzan Tengku Muhammad.


                                  Kali pertama baginda memangku jawatan itu ialah ketika berusia 20 tahun pada 28 April 1979 semasa ayahanda baginda ditabal Yang di-Pertuan Agong pada 1979-1984. - BERNAMA



                                  Nama Rasmi Agong dan Permaisuri

                                  Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-252 (Khas) sempena Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada Mac lalu telah memperkenankan penggunaan nama rasmi Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.

                                  Datuk Pengelola Bijaya DiRaja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan penggunaan nama rasmi Yang di-Pertuan Agong adalah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.


                                  “Manakala, nama rasmi Raja Permaisuri Agong adalah Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj,” katanya dalam kenyataan Istana Negara hari ini. - UTUSAN ONLINE

                                  xx