Friday, 23 September 2016

8 Sebab untuk Dapatkan Huawei Honor 8

Syarikat pengeluar telefon bimbit dari China iaitu Huawei telah memperkenalkan di pasaran telefon pintar terbarunya iaitu Honor 8. Untuk yang belum mengenali jenama Huawei, Huawei merupakan salah satu 3 pengeluar telefon pintar terbesar di dunia. Jadi tidak hairanlah model-model telefon keluaran Huawei sentiasa menarik minat pembeli dari serata dunia.

Model Honor 8 yang baru berada di pasaran ini cukup menarik minat saya untuk menjadi salah seorang pemiliknya. Biasanya agar sukar bagi saya untuk membuat pilihan apabila ingin membeli sesebuah telefon pintar, tetapi kali ini agak berbeza di mana sukar untuk saya mengatakan tidak kepada Huawei Honor 8 ini. Saya senaraikan 8 sebab mengapa saya rasa saya perlu dapatkan telefon Huawei Honor 8 ini.

Huawei Honor 8
Honor 8

8 Sebab untuk Dapatkan Huawei Honor 8


1. Rekabentuk bergaya

Sekali pandang telefon Huawei Honor 8 ini membuatkan saya terus terpikat dengan 'ketampanan' rekabentuknya. Rekebentuk Honor 8 yang menampilkan padanan kaca di hadapan dan belakang serta kekemasan logam di sekelillingnya membuatkan ia kelihatan sungguh bergaya, elegan dan ergonomik. Direka dengan dwi-kaca 2.5D dan lengkung penjuru yang kemas serta ketebalannya yang hanya 7.55 mm membuatkan telefon ini cukup selesa berada di tapak tangan atau pun di dalam poket seluar saya. 


Honor 8 ini turut dikemaskan dengan 15 lapisan kerja-tangan yang menyerlakan gayanya yang tersendiri. Ke'tampanann'ya tetap terserlah walau di pandang dari sudut mana sekali pun, lebih-lebih lagi jika terpantul biasan cahaya di permukaan kacanya.


Honor 8 - 15 Lapisan kerja-tangan

Apabila memilikinya nanti, pastinya saya tidak akan berasa segan untuk meletakkan telefon ini di atas meja untuk tatapan rakan-rakan lain samaada semasa makan ataupun ketika bermesyuarat!


2. Bateri yang sungguh berkuasa

Sesuatu yang menyakitkan hati apabila telefon kehabisan bateri ketika saya sangat ingin menggunakannya. Saya pula jenis yang tak suka membawa power bank kehulu kehilir. Nampaknya Honor 8 ini pilihan yang tepat untuk saya.

Honor 8 ini yang dilengkapi dengan bateri berkapasiti 3000Ah dan disokong oleh Smart Power yang mampu memaksimumkan stand-by time sehingga 1.77 hari bagi penggunaan biasa dan 1.22 hari bagi penggunaaan berat. Jadi nampaknya dengan keupayaan bateri sebegini tidak perlulah lagi saya kerap mengecas bateri di pejabat dan tidak juga perlu lagi saya ke hulu ke hilir dengan power bank di poket seluar saya.

Kapasiti serta ketahan bateri Honor 8 ini sebenarnya mampu untuk menonton video secara offline sehingga 10 jam. Jadi  sangat sesuai untuk saya yang selalu membuat perjalanan jauh. Tidak lah terasa boring kerana saya boleh menonton koleksi movie di Honor 8 di sepanjang perjalanan di dalam bas mahu pun di sepanjang penerbangan saya.

Honor 8 turut dilengkapi dengan teknologi cas pantas 9V/2A yang mampu meningkatkan kuasa bateri sehingga 47% dalam masa 30 minit sahaja. Perghhh, pantas sungguh!! Saya juga tidak perlu risau jika kesuntukan masa kerana dengan hanya mengecas selama 10 minit sahaja sudah cukup untuk ia memberikan saya kuasa bateri yang mampu untuk bercakap di talian sehingga 2 jam. Memang power!!

Huawei Honor 8
Huawei Honor 8 - Bateri yang berkuasa


3. Kamera yang hebat

Salah satu minat saya adalah mengambil gambar terutama ketika bercuti atau pun semasa mengembara. Biasanya beratus gambar akan saya ambil walaupun hanya untuk satu percutian pendek. Ketika menikmati suasana matahari terbenam di pantai pula, biasanya beratus keping gambar yang akan saya ambil untuk saat itu sahaja. Jadi saya memang amat memerlukan telefon dengan kamera yang hebat.

Honor 8 seperti memahami kehendak saya apabila ia dilengkapi dengan  kamera  dwi-lensa 12 megapixel yang menjanjikan kualiti gambar menakjubkan. Didatangkan dengan 1 lensa kamera warna dan 1 lagi adalah lensa kamera monochorme, ia mampu menghasilkan gambar berwarna yang lebih menyerlah walaupun di dalam keadaan pencahayaan yang kurang.

Honor 8 ini juga turut di lengkapi dengan ciri Dual ISP yang mampu membuat penilaian mendalam serta fokus dengan lebih pantas untuk menghasilkan gambar sempurna. Dengan mengaktifkan Professional mode di Honor 8 ini, saya mampu menghasilkan gambar seperti seorang jurugambar yang hebat. 

Dengan Wide Aperature Mode pula saya boleh menetapkan bukaan antara F0.95 sehingga F16 untuk menghasilkan gambar yang menakjubkan. Tambahan pula saya juga boleh menetapkan semula fokus walau pun selepas gambar di ambil. Sungguh menyenangkan.


Huawei Honor 8
Huawei Honor 8 - Dwi Kamera dan  Kamera hadapan

Jadi kepada mereka yang suka menikmati keindahan sekeliling dan merakamkannya di kamera seperti saya, Honor 8 pasti satu pilihan yang tepat.

Suka berselfie seperti saya tetapi kurang berpuas hati dengan kualiti gambar selfie anda?  
Jangan risau kerana Honor 8 juga memenuhi keperluan penggemar selfie. Kamera hadapan dengan 8 megapixel mampu menghasilkan gambar selfie yang pasti tidak akan mengecewakan walaupun di dalam keadaan pencahayaan yang kurang. Hanya aktifkan Perfect Selfie Mode untuk dapatkan gambar selfie yang lebih jelas dan memukau, tanpa perlu lagi menggunakan aplikasi kamera 360.

Nampaknya dengan Honor 8  ini dapatlah saya berselfie ketika bercuti dengan lebih kerap tanpa rasa kecewa dengan kualiti gambar yang diambil.




4. Prestasi yang lancar 

Ketampanan rekebentuk, ketahanan bateri dan kehebatan kamera sahaja tidak cukup bagi saya jika ia tidak dapat berfungsi dengan lancar. Sekali lagi Honor 8 memenuhi kriteria telefon yang saya cari.

Telefon pintar Honor 8 ini beroperasi menggunakan Android 6.0 Marshmallow dengan pelancaran EMUI 4.1. Ia dikuasakan dengan pemprosessan CPU Octa-Core 2.3 GHz yang pasti akan melancarkan operasinya walaupun pelbagai tugasan dilakukan atau aplikasi dibuka serentak. Mereka yang suka bermain permainan di telefon pintar seperti saya pasti tahu betapa pentingnya faktor kelancaran pemprosesan untuk menjamin permainan tidak terganggu.

Chipset CPU yang dikuasakan oleh i5 co-processor dan Kirin 950 SoC pula turut membantu kelancaran operasinya, memendekkkan masa tindak-balas serta memanjangkan jangka hayat bateri. Pasti segalanya akan menyeronokkan.


Selain itu, Honor 8 turut menyokong penggunaan dua SIM bersaiz nano dan dipadankan dengan RAM sebesar 4 Gigabyte serta storan dalaman sebanyak 32 Gigabyte. Jika merasakan 32 Gigabyte ini tidak mencukupi, jangan risau kerana Honor 8 juga menyediakan sokongan kad MikroSD sehingga 256 Gigabyte



Huawei Honor 8 - Lancar

5. Sentuhan yang menakjubkan

Saya juga sungguh tertarik dengan ciri pengimbas cap jari (fingerprint scanner) yang cukup pantas dan tepat di Honor 8 ini. Sambil memegang Honor 8 ini, unlock telefon dapat saya lakukan cukup pantas dengan hanya menyentuh jari di pengimbas cap jari yang terletak di bawah kamera belakang. Sepantas 0.4 saat, telefon telah di unlock. Sungguh pantas.

Ciri pengumpulan Algoritma Level-4 di Honor 8 ini pula mempu mengumpul maklumat 3-D cap jari untuk menjamin keselamatan telefon. Jadi saya tidak perlu risau telefon diaccess oleh orang lain!

Bukan itu sahaja, pengimbas cap jari ini juga boleh diubah tetapannya untuk berfungsi sebagai smart key bagi melancarkan sesuatu aplikasi. Set sahaja kepada sentuhan pendek, dwi-sentuhan atau pun sentuhan panjang untuk melancarkan applikasi yang berbeza. Jelas sekali Honor 8 ini mudah dan amat  memudahkan saya.

Huawei Honor 8 Fingerprint scanner
Huawei Honor 8 - Pengimbas cap jari (fingerprint scanner)

6. Paparan skrin (Display) yang mempersonakan 

Dahulu saya kerap menggunakan telefon saya untuk menonton video clip di YouTube. Tetapi kini saya lebih banyak habiskan masa dengan menonton movie di iflix atau di Astro On The Go. Skrin dan paparan yang jelas akan pastinya menambahkan keseronokan saya menonton .

Honor 8 di datangkan dengan paparan 5.2 inci FHD (1080p) yang turut dilengkapi dengan 96% warna gamut tinggi (NTSC), penambahbaikan warna serta teknologi dynamic pixel-contract adjustment  yang akan memberikan pengalaman menonton yang mempersonakan. Warna yang lebih terang dan paparan yang lebih jelas pasti akan memukau mata.

Honor 8 juga menyediakan tapisan eye-care mode untuk mengelakkan ketegangan mata dan pastinya tontonan video, bermain permainan dan membaca e-book dapat dinikmati dengan lebih selesa. 

Huawei Honor 8
Huawei Honor 8 - Paparan skrin

7. Kawalan jauh yang menyeronokkan

Satu masalah apabila ketika saya seronok menonton televisyen, saya terpaksa bangun untuk mengambil alat kawalan jauh untuk memperlahankan kipas atau pun penyaman udara. Satu lagi masalah semasa menonton adalah tercari-cari di mana alat kawalan jauh tv, dvd player atau pun dekorder Astro. Ketika tengah sedap menonton dan terpaksa beralih kedudukan untuk mencari alat-alat kawalan jauh ni, memang akan menggangu sedikit keasyikan menonton.

Honor 8 dilengkapi ciri Smart Control 4.0 yang menyokong peralatan elektronik lebih dari 5,000 jenama antarabangsa dan lebih 230,000 model antarabangsa. Menjadi kebiasaan walau pun sedang menonton, telefon pintar akan sentiasa berada di sebelah saya. Jadi dengan ciri Smart Control 4.0 ini, keseronokan saya menonton tidak akan terganggu kerana semuanya boleh saya kawal dari satu peranti saya sahaja iaitu Honor 8

Huawei Honor 8 - Control



Terdapat juga beberapa ciri tambahan yang turut manmbah minat saya untuk memilikinya. Honor 8 ini turut dilengkapi dengan dual-band antenna untuk resepsi WiFi yang lebih baik. Sokongan NFC, LTE, Wi-Fiac, Bluetooth 4.2, GPS dan pemancar infra merah juga disertakan untuk menambahkan kelebihan kepada telefon pintar ini.


8. Harga yang memukau 

Saya pasti tiada jenama lain yang mampu menawarkan telefon bergaya dan sehebat Honor 8 pada harga yang kurang dari RM 2,000. Harga yang ditawarkan oleh Lazada pasti memukau tambahan pula promosi sekarang ia turut didatangkan dengan hadiah istimewa.

Huawei Honor 8 dengan 4 Pilihan warna



Honor 8 didatangkan dengan 2 variasi iaitu 32 GB dan 64 GB.

Honor 8 32GB (Black / White) pada harga RM 1,699
FREE Honor Hybrid Earphone AM175 + Tempered Glass (Total Worth RM326)

Honor 8  64GB (Blue/Gold) pada harga RM 1,899
FREE Honor Power Bank +Honor Hybrid Earphone AM175 + Tempered Glass (Total Worth RM575)


Jadi memiliki Honor 8 ini adalah pilihan yang bijak kerana kita tidak perlu bayar lebih untuk mendapatkan telefon yang mepunyai pelbagai ciri hebat sepertinya. 


Honor 8 is available in Lazada now! 
Click here <HONOR 8> to shop!







Dan rebut juga peluang membeli di dalam kempen My CyberSale. 
Lazada's My Cybersale akan berlangsung mulai 26 - 30 September 2016. 

Pelbagai tawaran menarik ditawarkan oleh Lazada. 
Click here http://ho.lazada.com.my/




~mat-drat~

Friday, 16 September 2016

Perjalanan Yang Menyeramkan di Jalan Lama

Satu Perjalanan Yang Menyeramkan

Tak pernah rasanya saya berkongsi kisah seram di blog ini tetapi kali ini saya pecah rekod sendiri kerana kebetulan saya baru sangat merasai satu pengalaman yang agak sedikit menyeramkan. Jadi saya terpanggil juga untuk berkongsi kisah saya.

Wanita dan anaknya di tepi Jalan Lama KL - Karak


Sewaktu balik ke kampung sempena AidilAdha baru baru ini. saya terpaksa melalui Jalan Lama KL - Karak. Seingat saya ini adalah kali ke dua saya melalui jalan ini, dan kali ke dua juga melaluinya pada waktu malam..... waktu tengah malam!!!  Berkebetulan pula AidilAdha tahun ini jatuh pada cuti sekolah kali, jadi kesesakan kali ini agak teruk sedikit. 

Pada petang Jumaat di hari akhir persekolahan itu, saya menunggu anak saya di asramanya di sebuah sekolah di Selangor. Sepatutnya anak perempuan saya bersama beberapa orang rakannya akan tiba di asrama sekitar jam 7 petang. Mereka sudah seminggu di utara tanahair kerana menghadiri satu kem badan beruniform. Tetapi faktor kesesakan menyebabkan bas yang membawa anak saya dan rakan-rakannya hanya tiba di asrama sekitar jam 10 malam. 

10 malam di asrama sudah agak sunyi kerana pelajar-pelajar lain telah pulang ke kampung masing-masing pada siang harinya. Terpaksa saya meminta isteri menemani anak saya ke 'dorm'nya yang terletak di tingkat 3 untuk mengambil barang-barang untuk dibawa balik. Tiada apa-apa sebenarnya , sekadar peringatan maklumlah asrama sudah kosong dan hari pula sudah agak lewat.... lagi-lagi pula anak saya tu perempuan. 

Dari sekolah anak saya, kami terus bergerak pulang ke kampung yang terletak di Jengka. Sewaktu kami menghampiri Batu Caves sekitar jam 11.30 malam, kesesakan di Lebuhraya MRR2 menuju ke Lebuhraya Karak masih tidak berubah seperti siang tadi. Jem tahap melekat!!!

Applikasi 'Waze' mencadangkan saya menggunakan jalan lama iaitu Jalan KL - Karak. Beza masa hampir 1 jam berbanding melalui Lebuhraya KL -Karak, jadi memang saya perlu gunakan jalan lama kali ni. 

Kalau yang belum pernah melalui jalan ini, boleh la bayangkan jalan yang berselekoh, sempit dan sunyi seperti menuju ke Bukit Fraser, cuma jalan ni lebih sempit, selekohnya lebih tajam dan jalannya lebih sunyi.

Teringat lebih 15 tahun dahulu, saya melalui jalan ini juga di waktu malam. Ketika itu berlaku tanah runtuh di susur ke Genting Highland yang telah menutupi sebahagian Lebuhraya KL - Karak. Tak silap saya, salah seorang mangsa yang tertimbus oleh tanah runtuh itu masih belum dijumpai sehingga kini. Berkubur jasadnya di situ. 

Fasa pertama perjalanan adalah dari Gombak ke Genting Sempah agak 'okey' kerana kereta masih banyak yang melalui jalan ini. Berderet kereta di hadapan kami, dan masih berjujut kereta di belakang kami. Perjalanan lancar cuma ada sekali kami terpaksa berhenti kerana berselisih dengan lori di satu selekoh. Jalan sempit la katakan, terpaksa bertolak ansur.

Tengah-tengah malam ni di tengah-tengah hutan boleh pula ternampak satu kereta berhenti kerana penumpangnya membuang air. Berani giler kereta ni....  Dah tak tahan sangat la tu sampai sanggup berhenti. Tapi mesti dia ada rasa sikit takut-takut kot sebab si  lelaki tu terpaksa membuang air kecil tak jauh dari kereta dia. He he he. Berani dalam takut.

Sampai di Genting Sempah dan kami terus memasuki Lebuhraya KL- Karak, lebuhraya masih sesak. Dan 'Waze' masih mencadangkan kami meneruskan perjalanan dengan menggunakan laluan lama sehingga ke Bentong. Jadi kami keluar dari lebuhraya di persimpangan Bukit Tinggi dan menuju ke Bentong.

Sewaktu kami mula memasuki jalan lama, kami baru perasan hanya kereta kami sahaja yang melalui jalan ini pada waktu ini!!!

Lantas secara spontan isteri saya berkata " Kita patah balik la bang, tak ada orang lain pun lalu sini. Dah tengah malam ni, apa-apa nanti susah."

Saya faham maksud 'apa-apa' isteri saya tetapi saya menjawab " InsyaAllah tak ada apa-apa, kereta dah servis dan highway tu jem sangat"

Jadi perjalanan di teruskan menuju ke Bentong membelah kegelapan dan kesunyian malam....... Anak-anak semuanya telah tidur dan hanya isteri yang masih gagah menemani saya sepanjang perjalanan itu.

Perjalan menuju ke Bentong ketika itu hanya ditemani bacaan ayat-ayat Al-Qurran dari CD Player. Bagi saya tak 'manis' pula dengar radio di kawasan macam ni.




Sampai di satu selekoh, kelihatan beberapa kenderaan telah berhenti di hadapan dan beberapa orang sedang mengerumuni sesuatu di tepi jalan. Kerana perasaan ingin tahu, saya turut memberhentikan kenderaan dan sama-sama menuju ke tempat mereka berkumpul.

Terkejut saya!!! Rupa-rupanya di situ kelihatan seorang wanita yang sedang terbaring sambil memeluk erat anaknya. Saya berpendapat anaknya mungkin baru berumur sekitar 1-2 tahun. Yang menyedihkan wanita itu telah meninggal dunia berdasarkan keadaannya yang sudah mereput. Mungkin sudah berhari mayatnya di situ. Bau pun sungguh menusuk hidung....

Orang ramai hanya datang untuk melihat seketika dan berlalu pergi dengan menutup hidung kerana tidak tahan dengan bau mayat itu. Saya bersama seorang lelaki, bersama-sama mengangkat mayat dan diletakkan di atas satu kain dan kami turut mengutip cebisan-cebisan daging yang telah mereput.

Ketika mengutip cebisan daging mayat wanita itu sambil membaca 'sesuatu', tiba-tiba bahu kiri saya di cuit oleh seseorang "Abang, bangun bang!! Abang mengigau ni"

Rupanya isteri saya mengejutkan saya kerana dia agak gusar melihat saya membaca 'sesuatu' yang tidak berapa jelas. Pada waktu itu, apa sahaja ayat Al Qurran yang terlintas, itulah yang saya baca. 

Apabila sedar kembali dari terlelap, baru saya teringat rupanya tadi saya berhenti sebentar di stesyen minyak Petronas Bentong untuk berehat kerana keletihan. Mana tak letihnya, awal pagi telah ke pejabat, kemudian balik ke rumah untuk mengambil isteri dan anak-anak, dan kemudian teraksa menunggu anak di asrama sehingga 10 malam. Oleh kerana terlalu letih, saya terlelap seketika di dalam kereta.... terlelap sehingga termimpi sesuatu yang agak 'misteri' bagi saya.
Volksvagen Kuning
Tak semua berani turun dari kereta di tengah malam di jalan sunyi!!



Wanita Tinggi Berbaju Biru di Jalan Jengka

Sedar dari mimpi itu tadi, jam sudah menunjukkan jam 2 pagi. Perjalanan ke Jengka perlu diteruskan. Dari Bentong saya terus memasuki lebuhraya Kuala Lumpur - Karak dan seterusnya memasuki Lebuhraya LPT sebelum perlu keluar di Exit Chenor dan meneruskan perjalanan dengan melalui Jalan Jengka yang kiri dan kanannya adalah ladang sawit. 

Sepanjang perjalanan di lebuhraya itu beberapa kali terimbau kembali pengalaman saya terserempak dengan seorang wanita di Jalan Jengka di tengah malam beberapa tahun dahulu. Wanita lagi.....

Kisahnya begini, beberapa tahun dahulu, saya menghantar adik ipar saya ke rumah sahabatnya di salah sebuah Felda Jengka XX dengan ditemani ibu mertua saya. Kami terpaksa ke sana pada lewat malam kerana adik ipar saya akan menumpang sahabatnya untuk balik ke UUM. Siang harinya, rumah sahabat adik ipar saya itu ada majlis kenduri kahwin, jadi terpaksa dia bergerak agak lewat sedikit ke UUM. Adat menumpang orang, jadi kena ikutkan sahaja waktu yang ditetapkan oleh sahabatnya.

Dalam perjalanan pulang, seperti biasa jalan di Jengka agak sunyi dan tidak banyak kenderaan pada waktu malam dan lebih-lebih lagi tengah malam. Sebagai anak Jengka, saya sudah biasa melalui jalan di sini pada waktu malam. Tiada perasaan takut atau seumpamanya,

Perjalanan cukup mendamaikan dengan ditemani DJ radio iaitu DJ Lyn dari Suria FM. Lagu yang mendayu-dayu dan langit cerah serta bulan penuh cukup mendamaikan. Memandu sambil layannnn....

Ketika menghampiri satu selekoh, dari jauh saya nampak seperti ada seseorang di tepi jalan. Tanpa berfikir apa-apa, saya merendahkan lampu kereta dan kemudian saya menaikkan 'high beam' semula untuk mengesahkan memang ada orang di hadapan sana. Yup, memang betul apa yang saya nampak, ada seorang wanita berbaju biru di  hadapan sana.

Cuma terdetik pada waktu itu...."apa la yang dia buat tengah-tengah malam ni" 

Apabila saya semakin menghampiri 'dia', terpancul dari mulut saya Ya Allah! Tingginya!!

Terkejut saya kerana apa yang saya nampak tadi adalah seorang wanita berbaju biru tetapi sangat tinggi. Sewaktu saya melintasinya, sedikit pun saya tidak berani menoleh ke kanan untuk melihatnya. Seperti nafaz tersekat dan tergamam seketika.

Tiada apa yang terlintas ketika itu kecuali teus saya memainkan CD Player untuk mendengar bacaan ayat-ayat Al Qurran sambil mulut saya tidak putus-putus membaca apa-apa sahaja ayat yang terlintas di kepala pada waktu itu.  Saya tak tahu ibu mertua saya di belakang sudah tertidur atau tidak, sama ada dia perasan apa yang saya nampak atau pun tidak, Saya teruskan sahaja perjalanan tanpa berani melihat cermin belakang kereta saya... Toleh ke kiri kanan pun saya dah tak sanggup.





Keesokkanya ketika bersarapan pagi, ibu mertua saya bertanya "Kenapa malam tadi tiba-tiba mengaji dan pasang ayat-ayat Al Qurran?"

Dan terpaksalah saya menceritakan apa yang saya nampak kepada dia dan juga kepada isteri saya.

Kisah wanita berbaju biru ini tidak habis di situ sahaja sebenarnya. Seminggu selepas saya balik ke rumah di ibukota, kelibat wanita itu masih saya rasai akan kewujudannya. Di rumah dan di pejabat sentiasa saya terasa macam ternampak-nampak sahaja wanita itu. Yang lebih saya rungsing, sehingga saya ke masjid sekali pun, kelibat wanita itu seakan masih ada.

Tak boleh jadi ni....

Dan hujung minggu berikutnya, atas nasihat isteri saya kami pulang semula ke kampung di Jengka. Kali ini saya pulang ke rumah saya dan bukannya ke rumah ibu mertua saya. Kononnya untuk bertanya kepada yang arif ... apa yang perlu saya buat. Saya ceritakan segalanya kepada ayah saya... dari kisah saya ternampak wanita itu sehingga saat saya masih terbayang akan kelibatnya. Siapa lagi tempat kina hendak mengadu kalau bukan orang tua kita.

Ayah saya mengambil segelas air dan membacakan ayat-ayat suci Al Qurran dan menghembuskan ke air dan menyuruh saya meminumnya. Sedikit renjisan ke muka saya dan dia berkata " tak ada apa-apa, ni la upah kalau suka sangat berjalan malam". 

Memang saya tak nafikan saya memang suka memandu di waktu malam terutama untuk perjalanan jauh kerana lebih sejuk dan selesa disamping tiada speed trap.

Alhamdulillah, selepas itu kelibat wanita berbaju biru itu terus saya lupakan sehingga kini. Sebenarnya ini juga adalah kali pertama saya nampak ayah saya 'mengubat' orang. Mungkin ada ilmu yang disimpan oleh ayah saya....dan mungkin juga hanya kebetulan kelibat wanita itu hilang begitu sahaja. 

Tetapi kini kisah wanita berbaju biru itu muncul kembali apabila saya bermimpi ketika melalui Jalan Lama KL - Karak ini. Misteri sungguh kerana muncul selepas beberapa tahun.

Perjalan kami ke Jengka malam iu selamat tiba tanpa apa-apa peristiwa yang tidak menyenangkan. Keesokan harinya, saya post kisah yang sama ini di Facebook dan antara komen rakan-rakan saya adalah mengenai wujudnya Filem seram Karak dan Jengka. Baru saya tahu rupanya ada kisah seram yang telah difilemkan mengenai misteri Jalan Karak dan Jengka itu sendiri. 

Bagi saya...yang misteri biarkan ia terus menjadi misteri


Dan sehari dua ni saya perasan di TV ada iklan mengenai Filem Volkswagen Kuning. Segalanya menjadi segar kembali di ingatan dan berkebetulan pula saya terbaca dan rasa tertarik dengan post Bro Framestone   di blognya mengenai Filem Volkswagen Kuning. Nasib baik la kedua-dua pengalaman saya ini tidak ada kelibat Volkswagen Kuning. He he he .... kalau tak panjnag cerita.

Filem Volkswagen Kuning ini merupakan keluaran MIG Picture dan dibintangi oleh Pekin Ibrahim dan Atikah Suhaimie. Melihat kepada Trailer filem ini, perghhhh.... meremang jugak bulu roma.

Filem ini bakal di tayangkan pada 22 September ini. Nampaknya filem ini akan menjadi filem seram tempatan pertama yang akan saya tonton di pawagam.

Volksvagen Kuning
Volksvagen Kuning


Sinopsis Volkswagen Kuning

Filem Volkswagen Kuning ini mengisahkan sepasang kekasih yang telah bertunang, Fuad dan Sarah, yang dalam perjalanan untuk pulang ke kampung Fuad. Mereka mengalami gangguan apabila tersesat selepas senja semasa mencari kedai makan. Gangguan itu menyebabkan mereka mengalami kemalangan dan Sarah mula berubah. Semuanya gara-gara Volkswagen kuning!


Fuad ditahan di wad, manakala Sarah langsung tidak mengalami kecederaan. Raudhah, kakak Sarah, datang untuk menjemput Sarah pulang ke bandar, sementara menunggu Fuad pulih dari kecederaan. Tanpa diduga, Sarah membawa pulang ‘sesuatu’ bersamanya.
Volksvagen Kuning
Filem Volksvagen Kuning 

Filem Volkswagen Kuning





Apa kata tonton dahulu trailer dan juga klip behind the scene dengan klik pautan di bawah.


Link Trailer : https://www.youtube.com/watch?v=m02a-R7nWlQ
Link Behind the Scene : https://www.youtube.com/watch?v=Oqkvx0cuZ4A




Kisah seram saya ni tak berapa seram sebenarnya...  mungkin pembaca lain mempunyai pelbagai pengalaman yang  yang lebih menyeramkan.

Kalau ada pembaca yang mempunyai kisah seram, apa kata kongsikannya di blog anda dan sertai contest yang dianjurkan oleh Bro Framestone dengan kerjasama pihak MIF Picture Sdn Bhd. Hadiah telefon pintar Oppo F1s ditawarkan oleh Oppo Malaysia. Jadi boleh la share cerita sambil menyertai contest ini.



Untuk menyertainya, boleh klik pautan ini
http://www.broframestone.com/2016/09/bloggers-contest-filem-volkswagen-kuning/


Dan juga jangan lupa upload gambar di bawah ni di Instagram/ Facebook anda dengan hashtag
berikut :  #OppoF1s #SelfieExpert #VolkswagenKuning #MiGOnline#VKBloggerReview #BlogRetis





Dan sekali lagi ....... Biarkan Misteri Terus Menjadi Misteri.....


~mat-drat~


Wednesday, 14 September 2016

Contest Kia Rio #CallRio - Melancong ke Brazil

Contest Kia Rio #CallRio - Melancong ke Brazil



Walaupun Sukan Olimpik Rio 2016 telah tamat dan Sukan Paralympik Rio 2016 semakin menuju hari penutup, kehangatan Rio masih belum berakhir.


Kia Malaysia memberi peluang untuk pemenang bertuah melancong ke Brazil di dalam peraduan #CallRio.

Untuk menyertai peraduan ini, peserta hanya perlu memuat naik video dengan menunjukkan sedang memanggil  #Rio dengan cara kreatif.

3 Langkah untuk berikut akan membawa pemenang bertuah bersama pasangan ke Brazil


Step 1.
Rakam video dengan menunjukkan anda sedang memanggil "Rio!".

Muat naik video tersebut dengan hashtag #CallRio #Malaysia #CallRioMY di akaun Facebook anda dan/atau di akaun Instagram anda.


Step 2.
5 Peserta bersama pasangan akan di panggil untuk merasai pandu-uji istimewa Rio.


Step 3.
Pasangan terakhir akan di pilih sebagai pemenang dan akan di bawa ke Brazil.



Untuk maklumat lanjut sila ke FB Kia Malaysia https://www.facebook.com/kiamalaysia/

Video perlu di muat naik sebelum 11.59pm, 5 September 2016. Kia telah melanjutkan tempoh peraduan sehingga 18 September 2016.


Selamat Mencuba

~mat-drat~

Tuesday, 13 September 2016

Larangan Guna Telefon Samsung Galaxy Note 7 di dalam pesawat.

Larangan Guna Telefon Samsung Galaxy Note 7 di dalam pesawat.


Baru-baru ini diberitakan Samsung telah memanggil balik model telefon Samsung Galaxy Note 7 kerana telefon pintar terbaru ini mempunya masalah berkaitan bateri. Dipercayai masalah bateri pada telefon ini boleh menyebabkan kebakaran.

Sehubungan itu, Federal Aviation Administration (FAA) telah mengeluarkan nasihat agar penumpang tidak menggunakan atau pun mengecaj telefon ini di dalam pesawat. Penumpang juga dinasihatkan untuk tidak meletakkan telefon model ini bersama-sama ‘check-in luggage’.




Beberapa syarikat penerbangan telah mengeluarkan larangan berkaitan penggunaan telefon ini di dalam pesawat sama ada di gunakan atau di caj. Juga larangan dari di ‘check-in’ bersama luggage lain.

Beberapa syarikat penerbangan yang telah mengeluarkan arahan adalah Malaysia Airlines, Qantas Airline, Qatar , American Airline dan Malindo Air.

Jika anda pengguna telefon Samsung Galaxy Note 7, larangan ini akan menyebabkan anda tidak dapat menggunakan telefon anda di dalam pesawat. Anda mungkin rasa kurang selesa jika tidak dapat menggunakan telefon sekiranya menaiki penerbangan untuk jangka masa panjang, jadi mungkin perlu bawa telefon lain bersama ( untuk mengambil gambar, bermain game, mendengar muzik dan sebagainya)

Kebiasaannya larangan ini akan di war-warkan kepada penumpang semasa ‘check-in’ luggage , sebelum menaiki pesawat dan juga semasa di dalam pesawat sebelum penerbangan. Jadi sama-sama bekerjasama untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Nampaknya pengguna Samsung Galaxy Note 7 terpaksa bekorban sedikit demi keselamatan penumpang lain.

Antara pesanan dan amaran oleh syarikat penerbangan yang dikeluarkan


Larangan Samsung Note 7

Larangan Samsung Note 7
Larangan Samsung Note 7 di Pesawat

Larangan Samsung Note 7
Larangan Samsung Note 7 di dalam Pesawat







~mat-drat~

Promosi Tiket Murah VietJetAir

Terjumpa iklan VietJetAir di Facebook tadi. Menarik juga promosi tawaran harga tiket serendah RM0.


Promosi VietJetAir bagi penerbangan  Kuala Lumpur - Ho Chi Minh City


Dan rupanyaa VietJetAir ni sedang mengadakan promosi tambang murah untuk tempoh 3 hari iaitu 13-15 September 2016. Untuk dapatkan tambang pada harga RM 0, perlu buat tempahan pada jam 1 petang hingga 3 petang. Ada masa masa tertentu pula, tidak di buka sepanjang masa promosi ini.

Untuk kita dari Malaysia, dari Kuala Lumpur hanya ada penerbangan Kuala Lumpur - Ho Chi Minh City, tiada destinasi lain dengan VietJetAir yang ditawarkan. Tambang yang ditawarkan untuk promosi ini adalah serendah RM 0 (tidak termasuk VAT, Airport fees and other surcharges)

Saya cuba membuat tempahan sebelum 1 petang semalam (13.09.2016),  harga tiket terendah yang saya jumpa adalah RM 10 sehala tidak termasuk VAT, airport fees dan surcaj lain. Tiket RM10 ini adalah bagi kategori ‘Eco” dengan 7 kg carry-on luggage sahaja. Untuk check-in luggage dikenakan dengan bayaran, macam Air Asia.

Jika ada yang bercadang untuk ke Ho Chi Minh City, boleh la intai-intai tiket yang ditawarkan oleh VietJetAir ini di laman web mereka http://www.vietjetair.com

VietJetAir ni merupakan syarikat penerbanagn tambang murah antarabangsa dari Vietnam.

~mat-drat~



BOOK YOUR FLIGHT WITH KLM
 http://invl.co/rxn

Saturday, 10 September 2016

Renew Passport di UTC Sentul

Renew Passport UTC Sentul
UTC Sentul


Sebenarnya hujung minggu lepas saya ke UTC Sentul untuk membuat Kad Pengenalan anak yang berumur 12 tahun.

Apabila selesai urusan sekitar jam 11 pagi dan dalam perjalanan menuju ke lif, ternampak Pejabat Imigresen yang masih ramai orang. Teringat pengalaman saya buat dan renew passport di UTC Sentul ni.....

1 kali ke Pejabat Imigresen pada hujung minggu dan 2 kali ke sini pada hari bekerja. Masa menunggu dan bilangan orang yang berurusan di sini sangat berbeza di kedua-dua hari.

Saya kongsikan......

Buat Passport di UTC Sentul pada hari Sabtu dan Ahad


Saya ke sini untuk renew  passport saya dan isteri. Kononnya nak datang awal dan sampai sebelum jam 7 pagi, tapi tersampai di sini sekitar jam 7.30 pagi. Asalnya kami sangka kira 7.30 ni masih awal memandangkan pejabat Imigresen UTC Sentul ni hanya akan di buka pada jam 8.30 pagi.

Sangkaan kami meleset sama sekali, 7.30 pagi tu bukan awal rupanya, dah ramai yang beratur di luar pejabat. Terpaksa la mengikut aliran barisan yang dah berlingkar tu untuk jumpa penghujung barisan dan join barisan. Dan terpaksa la kami beratur dalam keadaan berdiri statik tanpa bergerak sementara menunggu pintu pejabat di buka. Orang ramai yang datang semakin ramai dan barisan semakin panjang dan barisan mula menyelinap di ruang gerai di medan selera berhampiran.

Dah ramai yang beratur ...
Renew Passport UTC Sentul
Ingatkan pendek - panjang rupanya Q ... hu hu hu

Renew Passport UTC Sentul
Terpaksa beratur d celah-celah meja makan 

Apabila pintu pejabat mula di buka, mula la yang beratur masuk seorang demi seorang untuk dapatkan nombor giliran. Masa ni ada la pulak yang tak faham bahasa dan tak ada sivik, main potong barisan menyelinap masuk tanpa rasa bersalah kepada yang dah beratur berjam-jam di luar.

Dalam 15 minit , sampai turn kami dan dapatlah kami nombor giliran. Baru nombor giliran !!!

Dan kami menunggu hampir 2 1/2 jam untuk nombor kami di panggil. Dipanggil untuk proses mengambil gambar dan serahan borang. Bab ni sekejap je, tak sampai 5 minit selesai ambil gambar. Kemudian menunggu dalam 10 minit untuk nombor di panggil bagi membuat bayaran.






Selesai bayaran dibuat, kami diberi masa untuk mengambil passport yang siap iaitu pada jam 2.30 petang. Makk aiiiii.... lama lagi. Masak nak menunggu kat sini.

Jadi sementara nak menunggu siap pada petang tu, kami menapak ke stesyen lrt sentul dan naik tren ke Sogo KL. Dalam jam 4 petang kami balik dan ambil passport. Passport lama kami serahkan, di gunting sedikit oleh pegawai dan dipulangkan semula kepada kami.

Untuk makluman, passport hendaklah diambil dalam masa 30 hari dari tarikh siap dan waktu Pejabat Imigresen di buka sehingga 9:30 malam.


Rumusan nya untuk urusan kami pada hari Sabtu tu....
7:30 - Sampai UTC Sentul
7:30 - 8:30   ; Fasa beratur menunggu pintu pejabat di buka.
8:30 - 8:45   ; Fasa menunggu dapat nombor giliran.
8:45 - Dapat Nombor Giliran
8:45 - 11.15 ; Fasa menunggu dipanggil untuk mengambil gambar dan serah dokumen
11:30 Serah Dokumen., ambil gambar dan buat bayaran
11:45 - 2:30 ; Fasa menunggu passport siap
2:30 - Passport Siap

Satu masalah di UTC Sentul ni adalah mencari lot parking kosong. Jadi elok datang awal atau pun menggunakan lrt dan turun di Stesyen Sentul. Di tingkat bawah UTC Sentul ni merupakan pasar, jadi pada hari Sabtu dan Ahad memang ramai orang.

Kalau datang pada hari Sabtu atau Ahad, elakkan datang lewat kerana kemungkinan nombor giliran untuk hari itu telah habis. Maknanya kena datang di hari lain la....

Kalau sampai sini jam 11 pagi dan  kebetulan orang ramai pagi tadi, jangan terkejut la bila nombor giliran habis.




Satu alternatif, sekarang boleh renew passport secara online mulai 1 September 2016 tempoh hari.






Buat Passport di UTC Sentul pada hari bekerja


Saya ke sini nak buat passport untuk dua orang anak saya, kononnya nak bawa mereka berdua yag paling kecil sahaja ke Singapore. Tapi datang ke sini dengan 3 orang anak!!

Ini last year punya cerita sebenarnya.  Buat passport anak untuk trip ke Singapore atas tajaan Marina Bay Sands.




Kebetulan hari tu ada program sign report card di sekolah, jadi dapat la bawa anak-anak untuk urusan buat passport di UTC Sentul. 

Pada asalnya, pagi itu masih berbelah bahagi sama ada hendak ke UTC Sentul atau Pejabat Imigresen Kuala Kubu Bharu. Saya memang tahu di Pejabat Imigresen Kuala Kubu memang tak ramai orang yang berurusan, jadi passport boleh siap cepat. Tapi memikir jarak perjalanan yang agak jauh, jadi decided ke UTC Sentul sahaja. Ada juga terlintas hendak ke Pejabat Imigresenn di Kompleks Kementerian Dalam Negeri yang terletak berhampiran Jalan Duta / Dutamas. Tetapi pengalaman kali pertama ke sana beberapa tahun dahulu, membuatkan saya kata pada diri sendiri "baik pergi UTC Sentul"




Kami sampai sekitar jam 10 pagi dan mencari ryang parking kosong tidak terlalu sukar seperti datang pada hari Sabtu/Ahad. Proses membuat passport cukup lancar pada hari ini kerana memang tak ramai orang.

Dalam menunggu nombor giliran di panggil untuk serahan dokumen dan mengambil gambar, kasihan pula saya lihat si abang. Mesti dia tertanya-tanya kenapa dia tak di bawa sekali ke Singapura....

Nak buatkan passport dia masa tu, sijil kelahiran dia saya tak bawa bersama pula, yang bawa hanyalah MyKid dia sahaja.  Apabila ditanya kepada pegawai bertugas sama ada saya boleh buatkan passport dia tanpa Sijil Kelahiran ( dengan MyKid sahaja), pegawai kata memang tak boleh. Tapi dia menyuruh saya ke Pejabat Pendaftaran Negara yang terletak di tingkat atas untuk buat Salinan Sijil Kelahiran. Dengan Salinan Sijil Kelahiran itu nanti permohonan passport anak boleh di buat.

Salinan Sijil Kelahiran ini sebenarnya nama sahaja 'salinan' tetapi sama macam Sijil Kelahiran Asal, seperti salianan baru. Bukan salinan macam di kedai photocopy yang 20 sen tu. Bayaran untuk 
Salinan Sijil Kelahira ni tak silap saya adalah RM 5 . 

Buat Salinan Sijil Kelahiran ni tak lama sebab kebetulan hari bekerja, jadi dalam masa 20 minit selesai urusan di Pejabat Pendafatarn Negara.

Proses buat passport cukup cepat, kami sampai sahaja terus dapat nombor giliran. Pelanggan di dalam pejabat pun saya lihat tak sampai 10 orang. Tak sampai 15 minit, nombor giliran saya di panggil. Selesai serah dokumen, ambil gambar dan terus saya buat bayaran, semuanya dalam masa lebih kurang 10 minit sahaja.

Saya di beri masa untuk mengambil  passport anak 1 jam dari sekarang iaitu sekitar jam 11:30 pagi dijangka siap.

Urusan passport si abang yang sedikit lambat di proses (lewat 30 minit) kerana urusan dapatkan Salinan Sijil Kelahiran di Pejabat Pendaftaran Negara. Jadi untuk si abang di jangka siap sekitar jam 12 tenagh hari.

Sementara menunggu passport siap tu, boleh la makan nasi lemak yang sedap di sini. Gerai akak nasi lemak tu terletak di hujung sekali berhampiran tangga berhampiran BSN. Perhatikan kaunter/barisan untuk BUNGKUS dan MAKAN DI SINI. Saya tak tahu ada kaunter ekspress untuk yang makan di situ, terberatur panjang di barisan yang nak bungkus.

11:30 pagi saya mengambil passport anak saya (2 orang ) dan bertanya status passport abangnya. Alhamdulillah, passport abangnya juga telah siap.... mngkin kerana pada hari itu memang tak ramai orang.

Selesai urusan passport anak-anak saya....

Selain ke UTC Sentul, boleh juga ke UTC Pudu, UTC Keramat .



panduan (panduan sahaja), apa -apa pun kena semak selalu di laman web rasmi Jabatan Imigresen Malaysia.

Waktu Operasi UTC Sentul : 

Isnin - Khamis, Sabtu dan  Ahad   : 8:30AM–7PM, 8–9:30PM
Jumaat  :   8:30AM–12:15PM, 2:45–7.00PM, 8.00–9:30PM
- Waktu mungkin berubah, jadi kena semak selalu. Hari Cuti Umum juga di tutup ye.


Bayaran Passport : 

RM 200 : Pemohon biasa (13 tahun hingga 59 tahun)
RM 100 : Warga emas (60 thn ke atas), Kanak-kanak (12 thn dan ke bawah)
RM 100 : Pelajar mengikuti program ijazah di luar negara ( 21 tahun dan ke bawah)
RM 100 : Jemaah Haji ( surat pengesahan dari Tabung Haji atau agensi yang dilantik)
Percuma : Orang Kelainan Upaya ( OKU ) 


Dokumen Passport : 

A) Pemohon 18 tahun dan ke atas
i.MyKad pemohon
ii.Sekiranya tidak memiliki MyKad, Kad Pengenalan Sementara


B) Pemohon bawah 18 tahun
MyKad / MyKid pemohon
Sijil lahir pemohon
MyKad bapa/ibu (ibu atau bapa perlu hadir sama)



~mat-drat~

Friday, 9 September 2016

Panduan Memandu ke Thailand - Hatyai - Krabi



Baru-baru ni di dalam group whatsapp saya, salah seorang ahli group telah berkongsi beberapa keping gambar semasa dia Thailand. Katanya ini kali ke 3 dia ke sana dalam tahun 2016 ini sahaja, tetapi berlainan destinasi.

Memang seronok tengok gambar dia menunggang ke sana bersama motorsikal BMW F800R nya. Dan dia turut berkongsi info berkaitan beberapa restoran makanan menyediakan makanan halal di sana terutama di Bangkok dan sarankan saya menulis di blog. Saya kata okey sahaja jika saya dapat info lebih dan minta  dia kongsikan sedikit gambar.

Sehingga hari ini gambar masih belum saya dapat, cuma nama-nama restoran sahaja yang dia beri kepada saya. Jadi gambar saya kena cari di sendiri di Google ataupun di laman sosial.

Saya ada bertanya juga kepada dia mengenai beberapa tips menunggang ke Thailand. Saya juga sebenarnya dah banyak juga ambil tahu tips dan prosedure nak memandu masuk kenderaan ke Thailand sebab memang dah masuk dalam perancangan percutian untuk memandu ke Karbi Thailand. Cuma masa tak mengizinkan....juga poket turut menjadi penghalang.

Sebenarnya sudah 2 kali cuti hujung tahun, perancangan saya dan beberapa rakan untuk memandu ke Thailand tidak menjadi. Rancangan 2 tahun lepas, di batalkan kerana masalah banjir melanda negeri sebelah utara dan selatan Thailand. Tahun lepas pula saya batalkan kerana kekangan budget sebab 2 bulan sebelum nak pergi, duit dah habis banyak bawa anak-anak ke Singapura.

Paling jauh pun merasa seberang ke sempadan beberapa tahun lalu di Wang Kelian... itupun seberang dengan jalan kaki beli barang-barang.








Berdasarkan pembacaan dan 'research' di google, saya kongsikan tips Panduan Memandu / Menunggang ke Thailand .... juga sebagai panduan unuk saya dan juga untuk project manager geng kami yang akan mengetuai trip kami kesana... plan hujung tahun ni.

1. Bawa Geran Kereta Bersama

Perkara pertama, geran kereta kena bawa sekali jika ingin memasuki Thailand. Jika pemilik kenderaan tiada bersama, bawa sekali surat dari pemilik kenderaan membenarkan membawa kenderaan tersebut ke Thailand. Tak dapat bawa  asal geran, bawa salinan geran yang di cop oleh pihak bank atau oleh pihak polis. Ini untuk tujuan membeli insuran nanti.

2. Beli Insuran

Kereta atau motorsikal kita semestinya ada insuran, tetapi insuran kita tidak melindungi apa-apa kejadian jika berlaku di Thailand. Tidak seperti memandu di Singapore, kenderaan kita masih dilindungi jika berlaku sesuatu di Singapore.

Di pekan berhampiran sempadan seperti di Changlon, Bukit Kayu Hitam atau pun di Padang Besar terdapat banyak ejen yang menawarkan perkhidamatan untuk kita mendapatkan insuran untuk memasuki Thailand. Sesetengah stesyen minyak juga ada menawarkan perkhidmatan ini.

Harga insuran sekitar RM 16 ( THB 160) untuk tempoh 9 hari. Ini yang paling murah dan sudah boleh melepasi sempadan. Dapat cover note /polici insuran tu nanti simpan elok-elok dalam kereta.

Tapi seeloknya ambil insuran dengan perlindungan tambahan seperti melindungi kenderaan, kenderaan kenderaan yang dilanggar dan juga orang yang dilanggar. Atau boleh juga tambah PA jika rasa perlu sebab malang tidak berbau.  Insuran asas yang murah tu macam kita ambil insuran 3rd party insuran la, perlindungan tersangat sedikit dan terhad.

3. Passport dan Visa

Jangan buat-buat lupa bawa passport. Jangan ingat naik kapal terbang je kena passport ye. Selagi merentasi sempadan, kena la bawa passport. 

Pastikan passport ada tempoh sahlaku sekurang-kurangnya 6 bulan lagi.

Jika dari negeri bersempadan dengan Thailand seperti Kedah dan Kelantan, boleh gunakan Pas Sempadan / Boarder Pass (passport biru) tapi tak boleh pergi jauh... Ini untuk sekitar sempadan sahaja...Krabi tak boleh ye.. Hatyai oleh lagi rasanya.

Kalau tak ada passport dan  pergi berkumpulan, boleh guna Dokumen Perjalanan Kumpulan. Untuk apply, kena perjalanan untuk minima 5 orang dan maksima 20 orang. Boleh diguanakn untuk negara ASEAN kecuali Filipina dan Indonesia dan sekali guna sahaja.

Untuk memasuki Thailand, kita tidak perlu mendapatkan VISA. Jadi tak perlu la pening-pening fikir nak dapatkan Visa di mana.


Baca entry saya >>   Beza Passport dan Visa


4.  Arrival  & Departure Card

Minta siap-siap di kedai semasa buat insuran. Nanti tak kelam kabut nak isi masa di gate sempadan. Isi dan declare apa  betul-betul.

5. Bawa Bekalan Makanan Secukupnya
Jika memandu kesana dan pergi bersama ahli keluarga, bawa la sekali makanan segera lebih sedikit. Mana lah tahu dalam perjalanan nanti terasa lapar, boleh la kunyah-kunya apa yang ada di dalam kereta. Takut perut dah lapar sampai berkeroncong tetapi restoran halal masih belum kelihatan.... kan dah tak khusuk memandu . Lagi-lagi kalau bawa anak-anak sekali.

Harus di ingat juga, memasuki Thailand tidak terlalu ketat peraturan membawa bekalan makanan tidak seperi ingin memasuki Australia. Jadi bawa lah apa yang sesuai selagi ia bukan bahan larangan.

Makanan halal di Thailand senang di cari Krabi atau Hatyai tetapi harga sedikit mahal dari Malaysia.





6. Tukar Wang RM kepada THB
- Tukar siap-siap RM kepada THB (Thai Bath). 
- Tapi kalau bawa USD pun tak ada masalah, di sana USD di terima. 
- Ringgit Malaysia juga di terima tetapi tengok tempat tujuan. 

7. Penuhkan tangki petrol
- Penuhkan tangki kereta sebab di sana harga petrol lagi mahal dari di Malaysia.
- Penuhkan di stesyen yang paling hampir dengan sempadan. Jangan penuhkan di Sungai Petani plak kalau yang ikut Bukit Kayu Hitam tu...  

8. Beli Sim Kad dan off data roaming
- Beli sim kad untuk di guanakn di sana. Beli top up dan boleh terus guna WhatsApp untuk perhubungan dan juga nak guna google map atau waze.
- Sim kad dengan top up 1G dah cuku untuk beberapa hari di sana.Tak mahal cuma dalam RM 30 ( 270 bath) .
- Kurangkan upload gambar dari sana kecuali guna wifi hotel punya. Jimatkan penggunaan data internet.
- Ini sangat la penting.... off kan data roaming jangan lupa. Bukan sahaja off di hp, call juga call centre untuk disablekan data roaming jika sebelum ini kita selalu ke luar negara. 
- Data roaming tersangat mahal dan jangan terkejut bil boleh mencecah ribuan ringgit jika terlupa off dan handphone asik download data je di sana. Ini untuk pengguna Postpad.

9. Pintu sempadan
- Untuk ke Krabi boleh pilih 2 laluan sama ada melalui Bukit Kayu Hitam atau pun Padang Besar.

- Bukit Kayu Hitam :  6-7 jam perjalanan dari sempadan dan akan melalui    

   >>> Hatyai - Pathalung - Trang dan Krabi


- Padang Besar Perlis : 4-5 jam perjalanan dari sempadan dan akan melalui
  >>>  Cha Lung - Thung Wa - Trang dan Krabi


10. Pandu dengan berhemah

Jika memandu harus di ingat... anda memandu di tempat orang.

Rasanya ramai masih ingatkan kes tahun ni bagaimana seorang penunggang motorsikal dari Malaysai yang ditembak kerana katanya penembak tidak berpuas hati dengan cara tunggangan mangsa. 

Jadi

- Pandu dengan berhemah.
- Beri laluan untuk kenderaan laju dari belakang.
- Jangan bawa perangai buruk suka cucuk belakang kenderaan lain di sini.
- Lebih berhati-hati kerana kata kawan saya, di sana penunggang motorsikal lebih selamba dari di Malaysia.
- Dan yang penting, sebelum memulakan perjalanan,,, baca doa dahulu.






Jika yang nak tambah... boleh tinggalkan komen, boleh jadikan panduan untuk saya dan pembaca lain juga. Thankssss....


~mat-drat~




Booking.com