Wednesday 3 August 2016

Tempat Makan Murah di Pulau Perhentian Terengganu (Entry 10)

sambungan dari entry ke 9...  (Long Beach)

Lebih sebulan baru dapat sambung pasal trip Pulau Perhentian ni... Ramadhan dan Syawal sedikit membataskan masa untuk blogging.

Okey....entry ni saya nak berkongsi berkaitan tempat makan di sekitar Pulau Perhentian ini.


Restoran di Kampung Nelayan Pulau Perhentian Kecil

Kampung Nelayan ni boleh dikatakan satu-satunya penempatan yang ramai penduduk di Pulau Perhentian, yang lengkap dengan pelbagai kemudahan. Jadi kedai-kedai runcit dan kedai makan juga banyak di sini. Jika ingin membeli bahan makanan boleh juga dapatkan di sini. Harga cuma agak mahal sedikit dari tanah besar. Kena faham la kan,  sebab kos pengangkutan melalui bot perlu mereka tampung untuk membawa semua bekalan ke sini.

Terdapat beberapa kedai makan berhampiran jeti Kampung Nelayan.  Juga ada 2-3 gerai menjual keropok lekor berhampiran jeti ini, jadi kalau kesini selepas snorkeling, perut lapar tengah lapar dan dapat makan keropok lekor panas memang best..... cepat je habis.


Kalau ambil package snorkeling, cuba la tanya operator snorkeling atau tanya sahaja juru pandu bot kalau boleh bawa terus ke Kampung Nelayan selepas snorkeling. Biasa kalau snorkeling 3-4 jam, confirm perut lapar. Jadi sini pilihan sesuai la sebab nasi berlauk sudah tersedia, sampai boleh pilih lauk dan terus makan.

Seperti entry saya sebelum ini, kami membeli makanan untuk makan tengah hari di sini. Harga boleh kata agak murah jika berbanding makan di restoran/cafe di resort penginapan. 

Tempat Makan Murah di Kampung Nelayan Pulau Perhentian Terengganu
Gerai Makan / Restoran di Kampung Nelayan Pulau Perhentian Kecil

Tempat Makan Murah di Kampung Nelayan Pulau Perhentian Terengganu
Gerai Makan / Restoran di Kampung Nelayan Pulau Perhentian Kecil
Tempat Makan Murah di Kampung Nelayan Pulau Perhentian Terengganu
Gerai Makan / Restoran di Jeti Kampung Nelayan Pulau Perhentian Kecil

Restoran di Pantai Coral Bay Pulau Perhentian Kecil

Bagi mereka yang menginap di resort di area Coral Bay ini, bab makanan tiada masalah. Selain cafe/restoran di resort masing-masing, terdapat beberapa kedai makan/restoran di sepanjang pantai Coral Bay ini.

Kalau datang ke sini semata-mata untuk melihat sunset, pun tak ada masalah. Sambil menunggu matahari terbenam, boleh makan dan minum di restoran di sepanjang pantai Coral Bay ini Ada 3 restoran tak silap saya.

Bila malam pula, mereka akan mula menyediakan sajian ikan segar. Boleh pilh dan minta mereka masak atau bakar sahaja. 



Tempat Makan Murah di Coral Bay Pulau Perhentian Terengganu
Gerai Makan / Restoran di pantai Coral Bay

Tempat Makan Murah di Coral Bay Pulau Perhentian Terengganu
Gerai Makan / Restoran di pantai Coral Bay
Tempat Makan Murah di Coral Bay Pulau Perhentian Terengganu
Ikan-ikan fresh sedia untuk di bakar 
Tempat Makan Murah di Coral Bay Pulau Perhentian Terengganu
Gerai Makan / Restoran di pantai Coral Bay - Sambil tunggu sunset boleh minum kelapa muda fresh

Tempat Makan Murah di Coral Bay Pulau Perhentian Terengganu
Gerai Makan / Restoran di pantai Coral Bay
Harga Makan Murah di Coral Bay Pulau Perhentian Terengganu
Harga di sini (plus minus)

Harga Makan Murah di Coral Bay Pulau Perhentian Terengganu

Harga Makan Murah di Coral Bay Pulau Perhentian Terengganu
Harga (2016)




Bagi mereka yang menapak dari Long Beach ke sini,  sebelum tiba di Ombak Resort akan jumpa Cafe Ewan. Cukup besar dan luas. Nak makan di sini pun boleh cuma pemandangan tak cantik la, sebab mengadap bukit dan ladang getah.


Harga Makan Murah di Coral Bay Pulau Perhentian Terengganu
Gerai Makan / Restoran di tepi laluan Long Beach - Coral Bay

Harga Makan Murah di Coral Bay Pulau Perhentian Terengganu
Add caption


Restoran di Long Beach Pulau Perhentian Kecil

Bagi mereka yang menginap di Long Beach, terdapat beberapa restoran berhampiran resort. Di sini suasana agak berbeza pada waktu malam. Selain agak 'happening', suasana juga agak sedikit bising.
Selain gerai makan/ cafe tepi pantai, terdapat juga cafe-cafe di resort-resort di sini.

Harga makanan di sini rata-rata sedikit mahal sedikit dari Kampung Nelayan dan Coral Bay.


Harga Makan Murah di Long Beach Pulau Perhentian Terengganu
Gerai Makan / Restoran di pantai Long Beach


Harga Makan Murah di Long Beach Pulau Perhentian Terengganu
Gerai Makan / Restoran di pantai Long Beach

Makan di Pulau Perhentian Besar

Kami menginap 2 malam di Barat Perhentian Resort di Pulau Perhentian Besar. Di kawasan ini tidak ada penempatan penduduk kecuali resort-resort sahaja. Jadi bekalan makanan boleh diperolehi dari kedai di resort itu sendiri.

Untuk makan pula, The Barat sendiri menyediakan cafe untuk tetamu mereka. Harga makanan kami lihat boleh tahan juga. Tapi tiap-tiap malam kami lihat sentiasa penuh. Boleh pilih makan di dalam cafe atau di luar cafe. Di luar suasana makan memang cukup romantik, makan malam di temani cahaya lilin sambil dibuai alunan ombak. 

Tempat Makan Murah di Perhentian Besar Pulau Perhentian Terengganu
Cafe The Barat

Tempat Makan Murah di Perhentian Besar Pulau Perhentian Terengganu
Cafe The Barat - Minum petang sambil di buai angin laut

Tempat Makan Murah di Perhentian Besar Pulau Perhentian Terengganu
Antara menu dan harga di Cafe The Barat

Tempat Makan Murah di Perhentian Besar Pulau Perhentian Terengganu
Menjelang maghrib, meja-meja di Cafe The Barat telah di booking

Tempat Makan Murah di Perhentian Besar Pulau Perhentian Terengganu
Menjelang maghrib, meja-meja di Cafe The Barat telah di booking

Tapi, cafe di The Barat bukan pilihan kami sebab harganya yang sedikit mahal. Jadi kami makan di restoran sebelahnya....The Mama Cafe

Di sebelah kiri, The Barat Perhentian adalah Mama Chalet. Di sini terdapat Mama Cafe yang harganya sedikit murah berbanding cafe di The Barat tadi. Jadi kami makan di sini atas faktor harga. 



Tempat Makan Murah di Perhentian Besar Pulau Perhentian Terengganu
Menu dan harga di Mama Restoran (2016)
Tempat Makan Murah di Perhentian Besar Pulau Perhentian Terengganu
Menu di Mama Restoran

Di sebelah kanan The Barat pula ada satu restoran, tapi pemiliknya seperti chinese. Jadi saya tak suggest la untuk muslim.

Atau boleh juga menapak ke Coral View, di sini restorannya cukup luas dan selesa.  

Kalau malam minggu atau cuti sekolah, elok datang awal atau cuba buat tempahan meja dahulu. Oleh kerana restoran di sini tidak banyak, jadi waktu selepas maghrib sehingga 9 malam tu adalah waktu puncak kerana semua pengunjung akan tertumpu di sini.



TIPS :
Kebanyakan tempat makan di sini hanya menerima cash, cuma di cafe-cafe tertentu kad kredit di terima. Jadi bawa duit secukupnya. untuk transaksi di Pulau Perhentian.




Boleh baca entry-entry lain untuk pengalaman percutian kami di Pulau Perhentian.

👉👉 Aktivit di Pulau Perhentian Besar

👉👉 Snorkeling di Teluk Pauh
👉👉 Long Beach Pulau Perhentian




~mat-drat~

4 comments:

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.