Friday, 5 August 2016

Pantai Rompin Pahang - Rompin Beach Resort

Sambungan dari entry sebelum ni... hari pertama di Rompin Beach Resort

Pagi ni tak ada apa apa aktiviti, sekadar beriadah di pantai Rompin ni.

Sebelum tu sempat bersarapan di resort dulu. Package bilik yang saya ambil, setiap chalet dengan 4 sarapan. Dan menu sarapan tidak la banyak pilihan tetapi masih di kira okey.

Sarapan dulu..

Kita makan dulu...

Dari Rompin Beach Resort ni untuk ke pantai memang ada laluan yang disedaikan.  Sampai di pantai, terdampar pantainya yang cukup luas.



Kalau datang bukan musim tengkujuh, mesti terasa lebih mendamaikan... tak ada la dipukul angin yang kuat seperti sewaktu kami ke sini.

Koleksi gambar kami di pagi yang mendung di Pantai Rompin ... di awal musim tengkujuh.


Kiri nampak awan gelap, kanan nampak langit cerah.

Masa di pantai Rompin ni, betul-betul buat saya teringat masa kami berdua di Main Beach Gold Coast Australia beberapa tahun dahulu. Pantainya yang luas, memanjang dan tak ada pengunjung lain hanya kami berdua.

>> Entry Gold Coast Australia << 

Seronok di pantai Rompin ni.. sunyi tanpa gangguan

Kat Main Beach dulu jumpa pacuan 4 roda meronda pantai untuk bersihkan dari sampah yang hanyut.

Tiada apa apa aktiviti yang boleh dibuat. Nak main air laut, ombak kuat. Nak main layang-layang, angin pun terlalu kuat. Jadi sekadar berjalan di persisir pantai sambil merehatkan minda.

Bersiar di pantai... hanya kami
Kenape la ayah aku bawa ke pantai musim tengkujuh????
"Lain kali kita repeat ye... " pujuk si ayah

Dan menunjukkan memang tiada orang lain di pantai ini, kami boleh but pelbagai aksi bergambar tanpa rasa segan... tanpa gangguan....


Bagi peluang anak beraksi .... tanpa gangguan
Pantai Rompin - Rompin Beach Resort

Bebas....





Langit yang tadi sedikit cerah mulai gelap kembali. Gumpalan awan hitam mulai datang. Jadi kami bersiap-siap untuk balik ke bilik untuk elak dibasahi hujan.


Pantai Rompin

Di sepanjang jalan dari chalet ke pantai, kawasannya cukup luas. Kalau nak buat aktiviti sukaneka cukup sesuai.

Beberapa pondok juga ada disediakan. Bawa makanan dan nak buat BBQ senang.


Pondok yang disediakan
Laluan chalet ke pantai.... cukup luas padang lapang di dalam kawasan resort
Buai tayar untuk yang nak bergayut...

Padang mini untuk bola pantai pun ada, juga dalam kawasan resort

Padang bola pantai

Gelanggan bola tampar pantai pun ada...
Sesuai untuk sukaneka... titian atas kayu bulat


Padang sukaneka
Pokok kelapa cukup banyak... rendah dan rendang pula tu

Ni sisa kelapa muda... bukan kami yang punya. Chalet bawah punya kerja


Siap-siap kemas pakaian dan ready untuk check out. 2 hari 1 malam je, cukuplah sebab musim tengkujuh... nak buat apa lama lama.

Entry berikutnya.... Restoran Udang Galah ...

3 comments:

  1. TQ Art..Mana entry Restoran Udang Galahnyer.. nak g terjah ke Rompin ni.. hehehe

    ReplyDelete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.