Wednesday 3 August 2016

Cuti Cuti ke Pulau Perhentian - Nak Balik Dah



Hari terakhir di Pulau Perhentian... hanya sedikit catatan ringkas untuk dikongsi


Tangkap Gamat di Pulau Perhentian

Selama ni yang saya tahu gamat banyak di Langkawi. Tak sangka pula di Pulau Perhentian ni banyak juga gamat, besor-besor pulak tu.

Sambil lihat anak-anak main pantai, nampak gamat di air jernih... apa lagi ajak anak tangkap. Sekadar suka-suka.

Dah tangkap, lepaskan balik... nak buat ubat tak pandai... nak makan, tak sanggup

Ni waktu air surut.... kalau air pasang, tempat saya duduk ni air la....

Sambil lihat anak-anak main pantai... mandi-mandi sebelum check out

Asalnya nampak budak (anak sape entah), yang kutip gamat.... anak-anak saya pun joint

Mengajar diri dan anak-anaka melwan rasa geli geleman

Dah berani pegang gamat dengan tangan je....


Besor-besor gamat.... ada yang saiz lengan budak lagi.... 

Tamat masa bermain dengan gamat... masa untuk lepaskan kembali ke air

Check Out Time

Sekitar jam 10 pagi , kami dah bersiap-siap untuk check-out. Bot untuk ke Kuala Besut telah ditetapkan jam 12 tengah hari.

Sebenarnya kita boleh pilih 3 waktu sahaja untuk ke Kuala Besut dari resort-resort di Pulau Perhentian ini, sama ada trip pertama jam 8 pagi, atau 12 tengah hari atau trip terakhir jam 4 petang. Kita kena arrange dengan pihak resort pada malam sebelum check out untuk mereka panggil operator-operator bot. ( So resit bot yang kita beli kena simpan, pihak resort akan panggil bot operator yang sama).

Pilihan naik trip 12 tengah hari adalah pilihan paling sesuai... dan paling ramai. Jadi bot akan penuh sedikit la.

Sewaktu anak-anak tangkap gamat, ada juga kami lihat yang ambil trip ke Kuala Besut jam 8 pagi. Mungkin mengejar masa atau mengejar flight.

Jam 11 pagi sudah agak ramai pengunjung ...yang ingin check out dan masih menunggu bot jam 12 tengah hari. Juga yang ingin check in, yang sampai awal dari Kuala Besut.


Pengunjung sudah mula menunggu bot...check out dari resort dan lepak2 hirup udara pantai

Anak mat salleh mana entah,,,, sibuk nak joint group family kami

Sempat la snap gambar sekitar The Barat sementara menunggu bot sampai...

Dengan anak bujang

Nasib baik anak-anak dah tempah buaian siap-siap.... lama gak menunggu bot ni
Muka boring menunggu bot

Sebelum meninggalkan Pulau Perhentian

Cek kasut... lengkap 7 pasang. Boleh gerak balik!!

Dengan adik angkat mat salleh.....sempoi...

Bot dari Pulau Perhentian ke Jeti Kuala Besut

Dalam 12.30 baru bot kami sampai, mesti pi ambil penumpang dari resort lain dulu ....

Oleh kerana The Barat Perhentian ni tiada jeti, jadi kami kena naik bot kecil ke tengah sedikit untukmenaiki bot yang lebih besar untuk ke Kuala Besut. Bot kecil ni setakat 10 orang boleh la naik, ini pun dah macam crowded sangat dengan kami dan 2 couple mat salleh lain.


Bot kecil ke point pertukaran bot.
 Air memang sangat cetek, kalau jalan kaki paras pinggang sahaja...  Dalam 2 3 minit sampai ke bot besar yang sedia menunggu berhampiran jeti terapung The Barat Perhentian.

Bot besar yang bawa kami ke Kuala Besut, dah hampir penuh. Kami terus naik ke bot tanpa ke jeti terapung... tak ada la kena dua kali pindah. Rasa la jugak tukar-tukar bot tengah laut.


Kami bertukar bot ke bot yang lebih besar

Pergi pulau, guna backpack macam ni, jangan macam pi bercuti kat hotel dengan beg beroda

Couple ni dengan anak-anak agak lama menunggu di jeti terapung, Kesian pulak,
Mungkin ternaik bot awal ke jeti terapung.

Perjalanan dari Pulau Perhentian ke Jeti Kuala Besut mengambil masa lebih kurang 45 minit. Bot kami kali ni lebih kecil berbanding bot kami datang ke Pulau Perhentian tempoh hari. Tapi bot ni 'open' tanpa dinding, jadi dapat la lihat pemandangan sepanjang perjalanan ke Kuala Besut.

Naik bot, simpan siap-siap topi.... memang boleh terbang. Speed bot, agak laju dan terumbang ambing sedikit bila terlanggar ombak dari bot lain.

Dalam bot besar ke Kuala Besut

Berselisih dengan beberapa bot nelayan

Menghampiri Jeti Kuala Besut

 Jeti Kuala Besut

Sampai di Jeti Kuala Besut selepas 45 minit meredah Laut Cina Selatan.  Di sini, boleh la nak beli souveniour seperti t-shirt, key chain atau fridge magnet. Harga memang murah. Pilih ikut mana yang berkenan.


Jika sampai tengah hari, elokrasanya  makan dulu di sekitar jeti Kuala Besut ini. Bukan apa, macam kami apabila dah mulakan perjalanan, agak sukar nak berhenti makan. Anak-anak bila masuk dalam kereta semua terus tidur... jadi nak berhenti makan rasa kasihan pula. Terpaksa la makan tengah hari hampir jam 4 petang.

Kami balik ni hari Jumaat, jadi untuk lelaki untuk solat jumaat tiada masalah. Berhampiran jeti ada masjid, hanya walking distance sahaja. Bot 12 tengah hari dari Pulau Perhentian tu kira sempat untuk kita solat jumaat di Kuala Besut.

Jeti Kuala Besut

Jeti Kuala Besut
Jeti Kuala Besut

Berkahir Cuti-Cuti Malaysia kami di Pulau Perhentian.


Boleh baca entry-entry lain untuk pengalaman percutian kami di Pulau Perhentian.

👉👉 Aktivit di Pulau Perhentian Besar

👉👉 Snorkeling di Teluk Pauh
👉👉 Long Beach Pulau Perhentian
~mat-drat~



Booking.com

3 comments:

  1. Salam, saya dah baca semua entri tentang Perhentian. Maklumat berguna yg sangat lengkap yg memang boleh dijadikan panduan. Terima kasih saya ucapkan atas usaha tuan menulis blog ini.

    ReplyDelete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.