Thursday, 2 June 2016

Snorkeling lihat penyu di Turtle Bay Pulau Perhentian

Sumber gambar : Mrkumai.blogpot

dari entry sebelum... Snorkeling di Teluk Keke dan Shark Point

Aktiviti snorkeling kami bersambung di Point 3 ini....


3. Snorkeling di Turtle Point / Turtle Bay

Dari Shark Point jurupandu bot terus membawa kami ke Turtle Point pula. Katanya di sini kita boleh melihat penyu dan hanya di sini penyu-penyu kurang ‘malu’. 10 minit kami sampai di Turtle Point.


Bahang matahari sudah mula terasa. Nasib baik semua kami dah sapu dengan lotion sun block. Sudah agak banyak bot-bot lain yang tiba di sini… dan ada yang sudah bergerak ke point lain.

Turtle Point atau juga di kenali sebagai Turtle Bay terletak berhampiran Teluk Pauh. Dan di Teluk Pauh ni juga terletaknya Perhentian Island Resort (PIR) dan jeti PIR. 

Entry saya sebelum ini berkaitan 

    👉👉 snorkelling di Teluk Pauh - Day 1


 
Penyu memang akan sentiasa berlegar di sekitar kawasan ini kerana sumber makanannya berada di dasar laut di sini. Hanya kawasan ini merupakan port utama untuk aktiviti snorkelling melihat penyu. 

Kata jurupandu bot, tempat lain ada juga tetapi tempatnya agak jauh ke tengah laut. Jadi tak sesuai untuk aktiviti snorkelling dengan ombak yang kuat dan laut yang dalam. 



Apabila bot mula berlabuh, kelihatan beberapa kumpulan pengunjung berenang ke sana ke sini mengikut arahan juru pandu bot masing yang menunjukkan lokasi penyu.

Pesan jurupandu bot kami, kalau penyu muncul di permukaan jangan sekali-kali pegang penyu. Kita kena respect la penyu tu… penyu tu berani timbulkan diri, jadi jangan la stresskan penyu tu dengan pegang ‘dia‘ pulak. Cukuplah sekadar melihat sahaja.


Oleh kerana teruja melihat beberapa kumpulan lain sibuk menjejaki penyu, sampaikan saya terlupa untuk merakam gambar di kawasan ini, juga terlupa untuk pesan kepada isteri untuk merakam gambar semasa kami melakukan aktiviti snorkelling.


Kami hanya dapat melihat penyu di dasar laut… jelas kelihatan kerana air di sini cukup jernih. Cuma sewaktu snorkeling kena peka apabila jurupandu bot tunjukkan lokasi penyu.

Agak meletihkan juga snorkelling di sini tetapi tidak lah semencabar snorkeling di Shark Point.

Selepas hampir 20 minit, penyu masih tidak mahu timbul-timbul. Kami hanya dapat lihat di dasar sahaja. Jurupandu bot kata kadang-kadang hampir sejam pun belum tentu penyu akan naik. Jika hendak tunggu, dia boleh tunggu.


Memandangkan anak-anak saya yang kecil seakan keboringan berada di atas bot tanpa melakukan apa-apa aktiviti (dari Shark Point sehingga ke sini), jadi saya rasa cukup lah kami di sini.








Boleh kata di sini juga lebih sesuai untuk mereka yang pandai berenang. Untuk yang kurang pandai tu, boleh la snorkelling berhampiran bot dan berpegang kepada tali-tali yang diberikan oleh jurupandu bot.

Kalau yang hebat menyelam dan tahan lama nafas di dalam air, boleh la menyelam ke dasar dan bermesra dengan penyu di dasar sambil temankan penyu mencari makanan.


Gambar yang saya kongsikan ini adalah koleksi dari blogger lain… mrkumai.blogspot. Tempat sama, lokasi sama, cerita sama cuma masa berbeza.


Sebelum ke Pulau Perhentian hari tu, blog mrkumai ni memang saya baca.



Keadaan pengunjung sedang menjejaki penyu
Sumber gambar : Mrkumai.blogpot
Keadaan pengunjung sedang menjejaki penyu 
Sumber gambar : Mrkumai.blogpot

Penyu timbu. Untung sapa yang dapat lihat penyu timbu.
Sumber gambar : Mrkumai.blogpot

Gambar penyu di dasar laut. Saya pun tak sempat rakam. Dapat lihat pun dari permukaan laut sahaja. Kalau nak lihat penyu jelas macam ni di dasar laut, kena menyelam.

Tapi pastikan nafas cukup panjanggg untuk mengikut jejak penyu menyelam ke dasar laut.


Juga gambar dari MrKumai.blogspot


Penyu sedang menikmati makanan di dsar laut.
Sumber gambar : Mrkumai.blogpot



Baca di entry ke-7 berikutnya untuk perkongsian kami mengenai 
👉👉 Snorkeling di tempat paling best dan menarik 




Boleh baca entry-entry lain untuk pengalaman percutian kami di Pulau Perhentian.

👉👉 Aktivit di Pulau Perhentian Besar

👉👉 Snorkeling di Teluk Pauh
👉👉 Long Beach Pulau Perhentian





~mat-drat~


2 comments:

  1. Saya pun berpeluang jumpa penyu kat sini.. macam tak percaya pun ada sebab first time jumpa penyu berenang live depan mata..

    ReplyDelete
  2. untung la dapat lihat penyu ... masa kami, penyu tak nak timbul

    ReplyDelete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.