Thursday 2 June 2016

Pakej Snorkeling Murah Pulau Perhentian - Trip Perhentian



Snorkeling Pakej Murah Pulau Perhentian - Trip Perhentian



sambungan dari entry ke-4 sebelum ini.... Snorkeling di Teluk Pauh



Pagi Day 2.... 


Aktiviti utama yang dinanti oleh kami di Pulau Perhentian iaitu aktiviti snorkeling pun bermula.

Pakej Snorekling Murah Pulau Perhentian

Pakej snorkeling yang saya ambil dengan ejen Pulau Perhentian (Mie) agak murah sedikit berbanding harga iklan-iklan pakej yang saya jumpa di Pulau Perhentian. 

Jadi saya cadangkan, untuk dapatkan pakej harga snorkeling yang lebih murah, cuba la contact ejen-ejen percutian Pulau Perhentian dan ambil pakej yang disediakan beserta add on lain. Bila kita ambil item-item lain, baru lah kita boleh tawar menawar sedikit harga.


Saya rasa seelok-eloknya cubalah  berurusanlah dengan ejen percutian yang berdaftar atau sekurang-kurangnya ejen yang mempunyai syarikat/perniagaan.

Dengan Dnamie Leisure ini aya ambil pakej snorkeling + tiket bot pergi balik + parking 3 hari, jadi ejen tersebut dapatlah bagi sedikit diskaun kepada saya. Saya telah kongsikan contact nombor Dnamie Leisure and Tour S/B di entry sebelum ini di entry 
👉👉 Perjalanan dan Pengangkutan Ke Pulau Perhentian.


Petang sehari sebelum, jurubot yang akan membawa kami untuk aktiviti snorkeling telah hubungi saya dan maklumkan akan ambil kami pada jam 10 pagi. Saya minta awal sedikit tetapi dia kata biasanya aktiviti snorkeling di Pulau Perhentian ini memang biasanya bermula jam 10 pagi. Saya pun kata okey la..... ikut je la.


Semasa snorkeling di Pulau Manukan dan Pulau Sapi di Kota Kinabalu dahulu, aktiviti bermula lebih awal. Mungkin kerana di sana matahari terbit lebih awal sejam, jadi untuk mengelak panas terik...kena bermula awal

👉👉Snorkeling di Pulau Sapi, Pulau Manukan dan Pulau Mamuntik - Trip Kota Kinabalu 



9.45 pagi kami telah bersiap-siap menunggu bot di hadapan resort. Jurubot hubungi dan maklumkan bot dia hadapi sedikit masalah kerana tidak dapat menghampiri ke resort kami kerana air surut. Dia minta kami menunggu di jeti PIR (Perhentian Island Resort). Terpaksa la kami menapak sedikit ke jeti......

Sebenarnya dengan pihak Dnamie Leisure kami belum tetapkan sama ada hendak snorkeling di 3 atau 4 point. 

Biasanya kalau kita minta point snorkeling lebih, kita juga perlu bayar lebih. Tapi pihak Dnamie kata walau pun pakej saya ni untuk snorkeling 3 point, dia kata jika ingin snorkeling di 4 poin maklumkan sahaja kepada jurupandu bot.


Dalam jam 10 pagi, bot tiba seperti dijanjikan. Terasa beruntung kerana DNamie Leisure berikan kami satu bot tanpa perlu berkongsi dengan pengunjung lain. Privasi sikit dan senang kami nak arrange masa kami dengan jurubot.



Snorkeling Pulau Perhentian
Menunggu bot di Jeti PIR

Snorkeling Pulau Perhentian
Bot yang ditunggu sampai

Antara soalan pertama jurupandu bot adalah "ingin snorkeling di 3 point atau 4?".

Saya cakap 3 point cukup tapi masa setiap satu lama. 


Biasanya kalau snorkeling banyak point / tempat, kita akan bersnorkeling di satu-satu point itu sekejap sahaja. Kadang-kadang tak sempat nak bermesra dengan ikan-ikan, dah kena naik bot semula untuk ke destinasi lain.

Jurupandu bot (nama dah lupa) cadangkan 3 tempat yang bersesuaian dengan kami memandangkan 'rombongan' kami ni juga ada kanak-kanak kecil berumur 6 & 8 tahun. Dia juga maklumkan biasanya sekitar jam 1.30 atau selewat-lewatnya jam 2 petang, semua aktiviti snorkeling dah tamat di sini. 

Saya minta sampai pukul 4 petang untuk kami, dia kata petang-petang orangtak snorkeling dah kat sini. hu hu huuuuu. Ikut je la..

3 point snorkeling yang di cadangkan kepada kami adalah :
  1. Teluk Keke
  2. Shark Point
  3. Turtle Point
Dan sebenarnya saya dapat satu point extra .... tempat paling best di Teluk 'Rawan' . Saya kongsikan kemudian.




1. Snorkeling di Teluk Keke - Pulau Perhentian Besar

Dari Jeti PIR  ke Teluk Keke mengambil masa lebih kurang 5-10 minit sahaja. Jangan lupa minta safety jacket sebelum bot bergerak. Tak salah beringat kerana malang itu tak berbau. Ini sebagai langkah keselamatan lagi-lagi jika membawa anak-anak kecil.

Kata jurubot saya juga, Teluk Keke ni memang sesuai untuk anak-anak berlatih snorkeling  kerana aktiviti snorkeling dilakukan di pantai. Untuk yang dewasa juga sesuai disini jika tak pandai berenang. Ikan-ikan cukup banyak berkeliaran berhampiran pantai, memang seronok anak-anak.









Bot kami mula berlabuh di Telek Keke

Pantai di Teluk Keke ini agak landai, dan sesuai untuk aktiviti berkelah. Pokok-pokok banyak dan menjadikan kawasan ini cukup redup. Banyak juga kelihatan family-family datang berkelah di sini tanpa melakukan aktiviti snorkeling. 

Terdapat juga beberapa khemah didirikan, hasil bual dengan salah seorang dari mereka, mereka telah bermalam di sini. Kata dia, bermalam di sini sangat sunyi dan perlu bawa makanan secukupnya kerana kawasan ini jauh dari kedai atau restoran. Kalau nak bermalam, bermalam la dengan kumpulan yang agak ramai sebab tempat ni terlalu sunyi pada waktu malam.



Teluk Keke Pulau Perhentian
Pantai Teluk Keke

Snorkeling Teluk Keke Pulau Perhentian
Aktiviti snorkeling bermula
Snorkeling Teluk Keke Pulau Perhentian



Ikan-ikan di pantai sini boleh dikatakan agak 'mesra'. Untuk jadikan ikan-ikan ni lebih mesra, jangan lupa taburkan roti-roti kosong untuk ikan-ikan ni. Ikan-ikan ni akan berenang di celah-celah kaki dan tangan kita untuk berebut roti yang kita berikan. Di sini sahaja habis sebuku roti Gardenia yang kami bawa. Memang bawa siap-siap untuk diberikan kepada ikan-ikan.


Untuk lihat ikan yang lebih cantik dan pelbagai jenis, perlu ketengah sikit iaitu ke arah sekumpulan batu karang. Di situ lebih banyak ikan tetapi airnya juga lebih dalam dan juga perlu lebih berhati-hati kerana batu karangnya masih hidup dan agak tajam. Boleh terluka kaki kalau terpijak.



Snorkeling Teluk Keke Pulau Perhentian
Bermesra dengan ikan

Snorkeling Teluk Keke Pulau Perhentian
Seronok sangat si kecil dapat bermain dengan ikan

Snorkeling Teluk Keke Pulau Perhentian
Roti di tangan pun ikan-ikan ni sambar
Snorkeling Teluk Keke Pulau Perhentian
Tak perlu menyelam di sini... ikan-ikan akan datang apabila roti di campak 

Snorkeling Teluk Keke Pulau Perhentian



Di hujung Teluk Keke ni terdapat kawasan batu-batu besar dan cukup cantik untuk aktiviti bergambar terutama sewaktu hampir matahari terbenam. Rasa menyesal pula semalamnya saya tak kesini dengan bot.

Apabila melihat gambar-gambar koleksi pengunjung yang berkongsikan gambar mereka di Instagram dengan hashtag #TelekKeke, rupanya gambar di sini memang cukup menarik.


Amaran : Kaca Pecah
Cuma satu pesanan saya, seeloknya pakai selipar dan berhati-hati kalau berjalan atau melompat di kawasan batu ini. Saya perasan ada kaca-kaca botol bersepah di celah-celah batu dan juga di atas batu-batu tersebut. Berhati-hati!!

Mungkin perbuatan sesetengah pengunjung yang tidak beretika dan kurang sivik, minum minuman keras dan memecahkkan botol-botol minuman di situ. 



Snorkeling Teluk Keke Pulau Perhentian


Snorkeling Teluk Keke Pulau Perhentian



Snorkeling Teluk Keke Pulau Perhentian

Snorkeling Teluk Keke Pulau Perhentian


Seperti saya maklumkan kepada jurubot tadi, saya mahu masa snorkeling disini lama kerana tempat ini lebih sesuai untuk anak-anak. Lebih kurang 1 jam kami di sini, jurubot memanggil kami untuk ke destinasi berikutnya.



2. Snorkeling di Shark Point - Pulau Perhentian Besar


Point ke-2 snorkeling kami adalah di Shark Point, berhampiran dengan Teluk Keke. Lokasinya lebih ke selatan sedikit dari Teluk Keke.


Jurubot maklumkan dikawasan ini ada jerung tetapi jerung di sini jenis yang tidak makan daging. Emmm... 1st time dengar jerung tak makan daging. 

Tapi memandangkan snorkeling di 'shark point' memang sudah menjadi point wajib dan utama untuk snorkeling di Pulau Perhentian, jadi kami percayalah kata-kata dia. Kami yakin sepenuhnya jerung di sini tidak bahaya.

Sampai di Shark Point, jurubot cari port yang sesuai untuk berlabuh. Dijatuhkan sauh untuk elak bot beralih kerana di sini ombak agak kuat dan lokasinya agak jauh dari pantai. Airnya pula betul-betul dalam. Jika di pantai, kita nampak airnya kehijau-hijauan... di sini, airnya kebiru-biruan... tak nampak dasar  laut jika berada di atas bot.



Snorkeling Shark Point Pulau Perhentian
Beberapa bot berlabuh dan jurupandu bot sedang memerhati pengunjung-pengunjung menjejaki jerung.
Snorkeling Shark Point Pulau Perhentian
Dah ready katanya untuk turun ke laut mencuba menjejaki jerung


Jurubot siap pesan awal-awal, kanak-kanak kecil amat tidak digalakkan terjun untuk snorkeling disini sebab sangat tak sesuai kecuali anak-anak tu memang pandai berenang. Sebelum kami turun dari bot, jurubot siap lemparkan tali ke laut untuk kami berpaut sekiranya terjadi sesuatu nanti.... letih atau krem kaki atau sebagainya...

Baru je saya nak turun dari bot, terdengar seorang pengunjung wanita dari bot berhampiran yang sedang berenang menjerit 'kaki krem'... Belum apa-apa... Debusss.... seorang jurupandu bot terjun untuk menarik wanita tadi ke bot. Perghhhh ngeri pulak tengok.


Kami tak lama di sini kerana hampir 20 minit berenang dan menyelam, kami tak jumpa kelibat jerung. Kata jurubot, untuk melihat kelibat jerung kita perlu berada jauh sedikit. Ada beberapa pengunjung yang stamina kuat bolehlah berenang ke hulu ke hilir untuk menjejaki jerung.


Air di sini sangat dalam, rasanya melibihi 10 meter dalamnya. Ikan-ikan di dalam air disni lebih cantik tetapi tidak semesra di Teluk Keke.



Snorkeling di Sharpk Point Pulau Perhentian
Masih tak jumpa jerung yang di cari
Snorkeling di Sharpk Point Pulau Perhentian
Masih mencuba menjejaki.... letih ke hulu ke hilir
Snorkeling di Sharpk Point Pulau Perhentian
Air yang agak dalam di sini

Selepas 20 minit, saya terpaksa surrender dan ajak jurubot ke tempat lain. Kesian juga kepada anak-anak yang kecil saya yang lain kerana hanya melihat kami berenang ketengah laut, siap menangis nak terjun jugak. Jadi terpaksa tamatkan aktiviti snorkeling di Shark Point awal dan beralih ke destinasi seterusnya iaitu ke Turtle Point.


Letih bang.... kami surrender. Tak jumpa jerung. Jom gerak tempat lain

Anak saya sorang ni masih tetap mencuba walau pun yang lain dah naik ke bot


Saya kongsikan catatan snorkeling di Point 3 (Turtle Point)  & Point 4 (Teluk Rawan) di entry berikutnya. 
👉👉 snorkeling melihat penyu di Turtle Point.





Boleh baca entry-entry lain untuk pengalaman percutian kami di Pulau Perhentian.

👉👉 Aktivit di Pulau Perhentian Besar

👉👉 Snorkeling di Teluk Pauh
👉👉 Long Beach Pulau Perhentian



~mat-drat~



2 comments:

  1. Saya pernah terserempak jerung di Shark Point. Time tu saya ditolak arus yang agak kuat jauh daripada yang lain. Sedang asyik tengok 'Nemo', tuuu diaaaaaa.... dua ekor jerung beso betul-betul kat kaki saya. Lemah kaki tangan nak swim pastu... T-T

    ReplyDelete
    Replies
    1. untung la.... kami tak jumpa. Tapi baru ni saya ke Pulau Redang, dapat bernang dengan ikan Yu dan Penyu... rasa berbaloi

      Delete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.