Wednesday 17 August 2016

Jalan Jalan Ke Labuan Sabah






Percutian ke Labuan Tempat Menarik Pantai Layang Layang

Awal tahun baru ni saya ke Labuan atas urusan keluarga. Jadi trip singkat ke Labuan ni boleh di katakan trip Jalan Jalan cari Makan di Labuan. Juga satu trip yang tidak dirancang di mana tiket penerbangan di beli hanya sehari sebelum berlepas. Hanya saya, isteri dan 2 anak yang belum bersekolah.


Parking Kereta Murah KLIA / KLIA2

Seperti biasa, saya akan park kereta di Park n Ride Putrajaya. Dari situ saya akan menaiki train terus ke KLIA. Caj parking di Parn n Ride Putrajaya hanya RM 4 sehari... jauh lebih jimat jika park kereta di KLIA / KLIA2 atau pun park di KL Sentral.




mat-drat.blogspot.my
Train menuju ke KLIA

mat-drat.blogspot.my
KUL - Labuan



Tiket Penerbangan Murah Air Asia Kuala Lumpur – Labuan

Sebenarnya agak sukar untuk mendapatkan tiket ke Labuan, tidak seperti mencari tiket penerbangan ke Kota Kinabalu Sabah atau ke Kuching Sarawak. Hasil carian, saya dapati Air Asia hanya menawarkan satu penerbangan sehari, MAS pula 2-3 penerbangan sehari manakala Malindo tidak menawarkan penerbangan ke sana. 

Jadi perbangan MAS yang menjadi pilihan kami kali ini memandangkan beza harga dengan AirAsia tidak terlalu ketara untuk ke Labuan. Selain lebih selesa dengan turut disajikan makanan, serta ada 'entertainment'... luggage 30 kg diberikan.

Pilihan lain untuk ke Labuan adalah adalah dengan mengambil penerbangan MAS dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu atau Miri dan kemudian sambung ke Labuan. Cuma akan mengambil masa yang agak lama sedikit.

Penerbangan  MAS saya berlepas dari Kuala Lumpur pada jam 4.45 petang dan tiba di Labuan pada jam 7.10 malam.



KL - Labuan : Menjelang senja

Tiba di sana, suasana sudah agak gelap. Jika di Semenanjung, kegelapannya seperti sudah jam 8 malam lebih kurang. Kedai-kedai juga sudah banyak ditutup.

Penginapan telah ditempah oleh adik saya yang menetap di sini. Penginapan dipilih adalah Apartment Beta Service yang terletak di Ujana Kewangan (Labuan Financial Park Complex). 2 unit Beta Apartment 3 bilik yang ditempah cukup selesa dengan setiap unit tersedia ruang tamu dan juga kemudahan dapur. Berkumpulah kami adik beradik di sini serta kedua orang tua saya. Mereka telah tiba awal sehari.
Beta Service Apartment


Ujana Kewangan Labuan

Di Ujana ini banyak terdapat kedai bebas cukai. Nak cari coklat, minyak wangi murah bolehlah ke sini.

Dari Airport ke Beta Apartment hanya mengambil masa kurang dari 10 minit.

Sebelum tiba di Beta Apartment, kami singgah makan di JJ Naza yang terletak di Jalan Bunga Tanjung. Kira okey la…. Lagi pun adik saya yang bawa. Pilihan kedai makan tak banyak bila dah malam. JJ Naza ni kiranya ala-ala restoran mamak la.





Selesai makan, adik saya bawa ke Utama Jaya Superstore. Dia kata ini lah tempat utama orang Labuan membeli barang keperluan harian. Lagi pun hari dah malam, tak banyak kedai buka. Tak la besar mana Utama Jaya Superstore ini tetapi ingin mencari barang keperluan tiada masalah.

Berehat sebentar di apartment sebelum terasa sedikit lapar di tenagah malam.

Jadi kami ke Medan Selera yang terletak berhampiran Datarn Mereka untuk minum-minum sambil berbual adik beadik. Bukan Kuala Lumpur sahaja yang ada Dataran Merdeka ye....

Kereta Sewa Murah Labuan

Kereta yang saya tempah telah sedia menanti di Beta Apartment. Boleh dikatakan harga sewa kereta di sini agak murah …. Honda Jazz yang saya tempah hanya RM 100 sehari. Tempahan saya buat melalui online diwww.greenmatrixcarrental.com

Saya bukan nak promote link ni ye… Cuma kebetulan syarikat ni sahaja yang ada kereta yang dalam range bawah RM 100 tetapi bukan kereta ‘kecil’. Beberapa syarikat yang saya hubungi , tiada kenderaan yang available atau ada pun harga agak mahal. 

Lagipun esok nak pakai kereta, hari ni baru nak cari kereta sewa…. memang tak banyak la pilihan yang masih ada.



- Day 2 -

Sebenarnya tujuan kami ke sini untuk menghadiri majlis pernikahan adik saya. Asalnya saya tak dapat hendak pergi kerana ada masalah dan urusan yang tidak dapat dielak, tetapi hati cukup tak seronok kalau tidak dapat turut sama memeriahkan majlis adik sendiri. Alhamdulillah, 2 hari sebelum majlis, urusan dapat diselesaikan dan sebab itulah tiket penerbangan hanya saya beli sehari sebelum berlepas.

Majlis pernikahan berjalan lancar di sebuah masjid di sini. Cantik masjid ni, berdekatan dengan pantai.



Pembawa dulang hantaran


Pantai di belakang masjid... Nyama....


Selesai majlis pernikahan.


Kemudian kami bergerak ke rumah pengantin perempuan yang terletak di Kampong Sungai Labu. Meriah dengan konvoi kelab kereta Lancer Labuan. Tak tahu adik saya ada plan konvoi dengan kelab Lancer dia, kalau tahu awal, boleh saya sewa Lancer dan join konvoi sekali.

Nak jadi cerita, pada malam tadi pengapit maklumkan terpaksa mengundur diri kerana ada kes kecemasan di kampung, jadi terpaksa saya menjadi pengapit bidang terjun. Adik beradik lelaki lain tak ada yang bawa persalinan baju melayu lengkap. Kebetulan isteri saya bawa siap-siap baju melayu sepasang beserta sampin dan songkok sekali. Macam tahu-tahu je…

Tapi tetap saya minta kebenaran dari isteri dulu.... he he he...

Si isteri menghantar pengantin... pengantin punya pengapit!

Biasa pengapit ni orang yang bujang teruna, ini laki orang da…. Dah malu-malu pengapit perempuan. He he he.... sekali sekala...





Selesai majlis sekitar pernikahan dan persandingan sekitar jam 3 petang. 

Seterusnya kami terus ke Beta Apartment untuk bertukar pakaian dan memulakan sessi jalan jalan cari makan di Labuan ini. Melawat tempat yang sempat sahaja la petang ni, masa sangat singkat sebab pagi-pagi esok saya dan isteri terpaksa balik ke Kuala Lumpur. Kami masih ambil penerbangan paling awal dengan MAS.






Kenapa saya pilih MAS??? Pastinya kerana luggage allowance 30 kg ( 30kg X 4 orang) serta harga yang lebih kurang dengan harga tiket Air Asia serta itulha penerbangan paling awal.


Pasar Basah Labuan atau Labuan Wet Market


Tujuan di sini tak lain tak bukan untuk cari ikan dan makanan laut fresh. Hari pun sudah agak lewat sekitar jam 5 petang. Tidak banyak gerai yang di buka. Tetapi tetap sempat beli 1 box polestrine untuk kami isi dengan ikan, udang, sotong dan segala benda yang muat. Segar dan murah tetapi tidak semurah di Kota Kinabalu.
Pasar Basah Labuan


Pasar Basah Labuan

Di sini, sempat juga isteri saya singgah di kedai menjual cenderamata (tingkat atas) untuk tambah koleksi brooch dia serta boleh la jadikan buah tangan kat kawan-kawan dia.

Ikan-ikan di sini cukup fresh sebab bot-bot nelayan memang berlabuh betul-betul berhampiran pasar basah ni.

Oleh kerana jarak pasar ni dengan apartment yang tak sampai 10 minit, semua ikan-ikan kami letak dahulu di fridge yang disediakan di apartment sebelum kami meneruskan aktiviti jalan jalan cari makan kami.



Pantai Layang-Layangan Labuan / Pantai Damai


Tujuan saya ke sini hanyalah semata-mata hendak menikmati keindahan sunset. Keindahan menikmati saat matahari terbenam memang sangat mengasyikkan. Walau pun agak jauh dari apartment, kami pergi juga. Sebenarnya tak la jauh sangat, lebih kurang 20 minit perjalanan sahaja.

Pantai Layang-Layangan ini bersebelahan dengan Kampung Sungai Labu, berdekatan dengan rumah pengantin perempuan adik saya tadi. Sampai sahaja di sana, apa lagi… paksa la adik yang baru nikah untuk turut serta minum-minum dengan kami di sini.


Sunset di Pnatai Layang-Layangan Labuan




Pantai Layang-Layangan


Gerai Makan di Damai Park ( Peace Park )

Di Pantai Layang-Layanagn an ini juga terdapat gerai-gerai makanan…. Boleh la minum air kelapa muda di sini. Di sini juga terdapat 3 tempat bersejarah/menarik,  iaitu Surrender Point , Peace Park dan Anjung Budaya.

Selesai minum-minum kami terus bergerak balik ke Beta Apartment.

Kedai Duty Free Labuan.


Di Ujana Kewangan ( Labuan Finacial Park Complex) ini terdapat beberapa kedai duty free. Tapi kami hanya 'melawat' ke dua kedai ini sahaja untuk memborong coklat dan juga beli minyak wangi. Kira malam tu kami habiskan masa kami dengan aktiviti 'melawat' 2 kedai ni

Kedai duty free coklat Skypark yang kami kunjungi ni memang banyak coklat dan harga memang murah. Memang banyak terborong coklat di sini.

Kedai semua dah nak tutup baru kami balik ke Apartment Beta, jam dah 10 malam dan bersiap packing barang untuk balik ke Kuala Lumpur pagi-pagi esok.

Skypark - Kedai bebas cukai 


Sebenarnya Labuan ni banyak tempat-tempat menarik untuk di lawati, tetapi memandangkan trip saya ni terlalu singkat….. jadi tak dapat la melawat semua tu.

Saya senaraikan tempat-tempat menarik untuk dilawati jika ke Labuan di Entry berikutnya.



.
.
.
.

Dan pagi Ahad jam 6.30 pagi kami telah berada di Airport Labuan. Penerbangan MAS jam 7.40 pagi dan tiba di Kuala Lumpur jam 10.00 pagi.

Tamat satu trip yang singkat. Yang penting, dapat hadiri majlis pernikahan adik sendiri sambil Jalan Jalan Cari Makan di Labuan.


~mat-drat~

No comments:

Post a Comment

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.