Monday, 11 July 2016

5 Perkara Yang Boleh Saya Lakukan Dengan Microsoft Wise Pad W7




Microsoft akan memperkenalkan gadget terbaru mereka, 'Microsoft Wise Pad W7' di pasaran Malaysia. Gadget ini di kategorikan sebagai phablet dimana ia merupakan kombinasi phone dan tablet. Ia merupakan Phablet pertama di Asia Pacific dengan 4G Windows 10.

Pastinya kemunculannya amat dinantikan oleh pengguna di Malaysia terutama mereka yang sentiasa mengharapkan sesuatu yang mampu memudahkan kerja dan tugasan mereka.

Microsost Wise Pad W7 ini akan dipacu oleh pemproses Qualcomm 1.3GHz dengan 2GB RAM. Ia didatangkan dengan saiz skrin 7 inci beserta 16 GB ruang storan dalaman dan slot luaran MicroSD menyokong sehingga 64 GB ruang storan tambahan. Dan apa yang paling penting adalah ia menggunakan Windows 10!

Selain itu, ia dikuasakan dengan bateri 3200mAH, mempunyai 2 kamera iaitu kamera utama dengan 5MP auto fokus serta kamera hadapan 2MP dan turut mempunyai sokongan Wireless Display.

Sebenarnya saya cukup berminat untuk menjadi salah seorang pemilik awal Microsoft Wise Pad W7 ini apabila Lazada menawarkan harga yang cukup istimewa dimana harga pengenalan hanyalah RM599 berbanding harga pasaran adalah RM999. Ya !Harga RM599 ini hanya boleh didapati di Lazada!

Untuk melihat tawaran istimewa dari Lazada ini, boleh klik di link di bawah :

LAZADA : Microsoft Wise Pad W7 hanya RM599!! 



5 Perkara Yang Boleh Saya Lakukan Dengan Microsoft Wise Pad W7


Apabila memiliki Microsoft Wise Pad W7 ini nanti, saya sudah membayangkan 5 perkara utama yang pasti akan saya lakukan dengannya.

1. Melakukan Tugasan Lebih Mudah dan Cepat.

Dengan bantuan Windows 10 serta Microsoft Office seperti ExcelWord dan Powerpoint, skrin 7 inci phablet ini pastinya amat membantu saya di dalam menyiapkan tugasan saya.  Saya tidak lagi perlu membawa laptop yang agak berat kehulu kehilir apabila perlu menjalankan tugasan di luar.

Memandangkan ia didatangkan dengan Windows 10, pastinya memudahkan saya mengakses email 'pejabat' saya menerusi Outlook Mail yang ada di phablet ini. Saya tidak lagi akan terlepas pandang email-email yang penting kerana segalanya akan dihubungkan dengan komputer pejabat saya.

Keupayaannya untuk menjalankan 'multi task' juga pasti akan mempercepatkan tugasan saya. Saya boleh melakukan lebih dari satu tugas pada satu masa dengan phablet ini.. Oleh itu, saya yakin a menggunakan phablet ini tidak akan menjejaskan produktiviti saya.


2. Mengamaskini Blog Dimana Sahaja, Bila-Bila Masa

Sebagai travel blogger satu kekangan untuk update blog adalah kesukaran untuk membawa laptop bersama apabila bercuti atau mengembara. Agak kurang praktikal untuk membawa laptop yang agak besar dan berat kesana kemari. Untuk mengemaskini blog menggunakan telefon pintar pula adalah agak kurang sesuai dan kurang 'user friendly'

Jadi dengan adanya phablet seperti Microsoft Wise Pad W7 ini pastinya ia sangat mebantu kerana ianya mudah dibawa kemana sahaja serta saiznya skrinnya yang besar pasti amat membantu.

Oleh itu, sebagai  travel blogger dapatlah saya kemaskini entry di blog berkaitan percutian atau pengembaraan saya tanpa perlu tertangguh lagi.



3. Berkongsi Keseronokan Menonton Video dan Movie

Menonton movie atau video samaada di applikasi YouTube, Iflix, Netflix atau seumpamanya pasti lebih menyeronokkan dengan paparan besar 7 inci skrin Wise Pad W7 ini. Dengan ciri tambahan gadget ini yang turut menyokong Wireless Display, keseronokan menonton boleh dikongsi bersama orang lain dimana ia memudahkan kita berkongsi paparan di skrin Wise Pad W7 ini dengan skrin yang lebih besar. Hanya perlu peranti Penyuai Wireless Adapter, keseronokan menonton pasti bertambah apabila keseronokan turut dikongsi bersama teman lain.


4. Mudahnya Mengakses Maklumat, Informasi dan Berita.

Memandangkan Microsoft Wise Pad W7 ini ringan, skrinnya 7 inci yang besar dan ianya mudah dipegang dengan satu tangan sahaja, pastinya ia pilihan utama saya untuk mendapatkan info, maklumat atau berita di awal pagi. Setiap pagi ketika bersarapan bersama rakan sekerja, mengakses maklumat dan berita pasti cukup menyenangkan. Sambil menikmati hidangan, saya hanya perlu letakkan Microsoft Wise Pad W7 ini di atas meja dan paparan dari skrin 7 incinya pasti jelas kelihatan tanpa perlu saya memgang sentiasa seperti mana menggunakan telefon biasa.




5. Sentiasa Berhubung Tanpa Gangguan

Perkara ke-5 yang akan saya lakukan ini pasti sangat bermakna kepada ahli keluarga dan rakan saya apabila saya dapat berhubung melalui panggilan video atau di Skype dengan terang dan jelas. Oleh kerana saya selalu melakukan kerja luar dan juga selalu bercuti, maka panggilan melalui Skype pastinya selalu saya gunakan.

Skrin Microsoft Wise Pad W7 ini yang lebar memberikan saya pandangan 'pihak sana'  dengan lebih jelas. Manakala kamera hadapan dengan 2MP pasti tidak mengecewakan 'pihak sana pula apabila mereka dapat meilhat saya dengan jelas. Dan pastinya, dengan sokongan 4G LTE, panggilan video melalui Skype pasti tidak akan mengecewakan kedua-dua pihak.

Kini, saya boleh 'Skype' walau pun saya sedang bercuti ditepi pantai untuk berkongsi saat indah bersama ahli keluarga dan teman saya.





Tawaran harga RM 599 hanya boleh didapati di LAZADA !




This post is an entry for the InvolveAsia x Lazada MY blogger contest. Microsoft Wise Pad W7 sponsored by Lazada Malaysia and shopcoupons.

No comments:

Post a Comment

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.