Friday, 16 November 2018

Travelog Trip Seoul Part 3 : Day 1 - Myeong-Dong Market Shopping Kosmetik



Myeong-Dong Market Shopping Kosmetik Trip Percutian Seoul




Travelog Seoul Day 1 bersambung lagi...

Entry ni bersambung dari entry sebelum ni 


Ikut itinerari, selepas melawat Namsan Tower, Mat Drat dan rakan-rakan akan ke 
  1. Restoran Kampungku (early dinner) dan 
  2. Myeong Dong Market (shopping barang kosmetik)
  3. Cheonggycheon Stream (menyusuri tebing sungai)


Makanan Halal Seoul 

Untuk yang masih belum tahu, di Seoul ni umat Islam adalah sangat sedikit, tetapi nak mencari restoran makanan halal tidak la susah sangat.

Tourism Seoul pun ada buat directori restoran halal di Seoul dan Korea secara amnya, boleh dapatkan pejabat di KTO (Korea Tourism Organization) atau semasa MATTA Fair.

Restoran 'muslim-friendly' di Seoul (dan Korea keseluruhannya) dikategorikan kepada 4 ketegori:
  1. Halal Certified
  2. Self Certified
  3. Muslim Friendly
  4. Pork Free

Nak cari yang kategori 1 dan 2, agak susah kerana bilangan tak banyak dan lokasi mungkin agak susah dituju. Walau bagaimana pun, Mat Drat akan cari yang kategori 2. Kalau agak susah nak jumpa, harga agak mahal dan lokasi jauh, yang kategori 3 pun okey.  Kita tengah merantau, yakin Halal .....Mat Drat akan makan. (Tapi tengok juga keadaan penyedia dan suasana kedai/gerai).

Restoran sajikan makanan India, Arab dan Timur Tengah la palong senang nak cari. Tapi Mat Drat dan kawan-kawan dan decide akan makan di restoran yang sajikan makanan korea sahaja semasa di sini. 

Jadi ini destinasi pertama  untuk makan-makan Mat Drat dan rakan-rakan untuk trip Seoul ni



Restoran Kampungku

Restoran Kampungku Halal Trip Percutian Seoul


  • Turun dari Namsan Tower kami terus menuju ke Restoran Kampungku.
  • Restoran Kampungku ni dimiliki oleh rakyat Malaysia dan pekerjanya terdiri dari beberapa orang pelajar yang menuntut di sini.

Cara nak Kesini
  • Subway Line 4, station Myeong-Dong - keluar di EXIT 3. 
  • Ambil susur ke sebelah kiri menuju ke Pacific Hotel.
  • Sampai Pacific Hotel, ada 2 simpang.  Ambil susur kiri menuju Restoran Kampungku, susur kanan menuju ke Namsan Tower.
  • Dalam 200 meter akan jumpa Restoran Kampungku.
  • Jelas nampak restoran ni sebab warnanya yang terang dan 2 tingkat. Tak akan terlepas kalau melalui depannya.
  • Mat Drat ke sini dari Namsan Tower (cable car)
  • Menuruni kembali jalan/lorong yang Mat Drat naik tadi sampai ke Pacific Hotel.

Menu
  • Makanan Korea dan makanan Malaysia
  • Takkan datang Korea nak makan makanan Malaysia kan....
  • Makanan Malaysia tu bagi lah kat orang-orang Malaysia yang lama duduk kat Korea dan rindu makan makanan Malaysia macam nasi lemak ke, sate ke...nasi goreng ke...

Harga
  • Harga average dalam KRW 8,000 - 13,000. Ikut menu.
  • Hidangan kat sini macam hidangan orang Asia ye, portion dia kecil. satu set untuk sorang makan je.  Bukan macam portion kat restoran arab atau di europe yang portion agak besar.


Lokasi : Jong-ro 20-gil, Namsandong 2(i)-ga, Jongno-gu, Seoul

Tel :  +82 2-310-9249


Google Map : 👉👉 Lokasi Google Map 

Facebook Page : https://www.facebook.com/kampungkumyeongdong/



Restoran Kampungku Halal Trip Percutian Seoul
Kiri ke Restoran Kampungku
Kanan ke Namsan Seoul Tower





Restoran Kampungku Halal Trip Percutian Seoul
Lorong menuju ke Restoran Kampungku


Restoran Kampungku Halal Trip Percutian Seoul
Sampai sudah ke Kampungku


Restoran Kampungku Halal Trip Percutian Seoul
Semua dah keletihan...touch down awal pagi tadi, terus ke hotel sebelum terus ke Namsan Tower. Ni baru nak berehat sekejap.



Restoran Kampungku Halal Trip Percutian Seoul
Antara hidangan yang ada



Restoran Kampungku Halal Trip Percutian Seoul
Bulgogi
Orang Malaysia la katakan..... tetap order set menu yang ada nasi... Sedap


Restoran Kampungku Halal Trip Percutian Seoul
Bibimbap pun sedap...




Myeong-Dong Market

Kalau ke Seoul, orang kata tak sah singgah di Myeong Dong Market ni untuk beli barang kosmetik. Perempuan mesti dah tahu apa yang nak dibeli.

Product untuk dibeli
Paling biasa dibeli adalah mask...kualiti bagus pada harga murah. 

Kalau tak beli, nanti dah balik Malaysia rasa menyesal pulak tak beli...jadi kalau ada budget, beli je....

Mat Drat beli 3 product kosmetik je...mask, pencuci muka dan krim aloevera.  Barang-barang lain macam souveniour, kerongsang dll  Mat Drat beli kat tempat lain.

Kalau berkesempatan ke Namdaemun, Dondaemun, Itawon atau Insadong...barang-barang lain boleh beli di situ nanti. Di Myeong-Dong ni product  kosmetik je tak apa.

Mat Drat datang Seoul bukan waktu winter, bulan 4 tu dah kira Spring Season  tapi bila malam sangat sejuk.  Kalau datang malam, elok pakai baju tebal sebab sejukkk, Mat Drat hari tu malam mencecah 13℃


Kedai Murah
Ada banyak pilihan kedai. Masuk la 3-4 kedai dan compare harga.
Nak murah, beli dalam kuantiti banyak. Kebanyakan kedai ada sediakan bundle pack.
Kedai paling ramai pengunjung adalag "Natural Republic". Natural Republic ni pun ada beberapa kedai di sini. Yang paling besar, yang berhampiran dengan EXIT 6 subway.


Budget berapa nak belanja kat sini
Budgetkan la nak belanja berapa kat sini. Macam Mat Drat limit RM400 je... percayalah, kalau limitkan RM1,000....RM1,000 tu boleh habis dalam masa tak sampai 3 jam kat sini.


Makanan Halal di sini
Di Myeong-Dong market ni nanti akan jumpa beberapa gerai yang ada tulisan 'halal'.
Bergantung, kalau rasa yakin nak makan....makan lah. Mat Drat tak yakin nak makan. Jadi ambil gambar je lah.
Ada juga baca kat blog-blog, ada yang makan.... Pilihan individu.



Cara nak Kesini
  • Subway Line 4, station Myeong-Dong - keluar di EXIT 6 atau EXIT 7. 
  • Subway Line 4, station Hoeyheon - keluar EXIT 5 atau EXIT 6
  • dan tuju ke Pacific Hotel. Nanti ada 2 simpang di kiri dan kanan Pacific Hotel. Ambil kiri. Simpang kanan menuju ke Namsan Tower.


Sedikit gambar semasa Mat Drat di Myeong-Dong Market





Myeong-Dong Market Shopping Kosmetik Trip Percutian Seoul
Bismillah.....mulakan aktiviti menyopping di Myeong-Dong Market


Myeong-Dong Market Shopping Kosmetik Trip Percutian Seoul
Natural Republic...antara pilihan utama jika nak beli product kosmetik.
Banyak pilihan dan harga pun agak murah.



Myeong-Dong Market Shopping Kosmetik Trip Percutian Seoul
Nak murah...beli yang dah pack banyak-banyak.
Tapi puas lah nak habiskan nanti.



Myeong-Dong Market Shopping Kosmetik Trip Percutian Seoul
Krim Alloevera
KRW 13,500 untuk 4 botol. Agak murah juga... (jangan convert ke RM )


Myeong-Dong Market Shopping Kosmetik Trip Percutian Seoul
Nampak macam murah....tapi ada tempat lagi murah... jadi tak payah la beli kat sini.
Tempat yang Mat Drat beli lagi banyak pilihan, lagi murah..
Sangat banyak pilihan ....macam kat warehouse.


Myeong-Dong Market Shopping Kosmetik Trip Percutian Seoul
Tapi kalau tak sempat nak ke tempat lain, beli kat sini pun masih dikira murah...


Myeong-Dong Market Shopping Kosmetik Trip Percutian Seoul
Wow....Sotong  'HALAL". Nak try???


Myeong-Dong Market Shopping Kosmetik Trip Percutian Seoul
Halal ni...kawan Mat Drat si Lan ni kata.
Mat Drat kata, sila lah makan...Mat Drat ambil bau je la ...


Myeong-Dong Market Shopping Kosmetik Trip Percutian Seoul
Pancake dan Fishcake 'Halal'.
Bau dia memang menggoda, lagi-lagi dalam kesejukan...
Tapi Mat Drat ambik bau je... 



Myeong-Dong Market Shopping Kosmetik Trip Percutian Seoul
Tengok....orang Korea pun dah pandai jual KEBAB...
Nampak je pelancong muka Malaysia / Indonesia.....cepat je dia jerit....
"Kebab...Kebab..Halal.."
Pun sama....Mat Drat ambil bau je..



Myeong-Dong Market Shopping Kosmetik Trip Percutian Seoul
Okey...yang ni satu-satunya Mat Drat yakin nak beli.
Macam mee, tapi dibuat dari tepung beras kalau tak silap.
Tepung semata-mata dia kata.
Mamat ni pulak boleh cakap melayu sikit-sikit....



Myeong-Dong Market Shopping Kosmetik Trip Percutian Seoul
Skillfull dia ni, terpegun dia uli dan jadikan helaian dan untaian halus ni pakai tangan je.
JANGAN lupa tengok skil dia. Menarik ...



Myeong-Dong Market Shopping Kosmetik Trip Percutian Seoul
Sementara kawan-kawan perempuan menyopping lagi, kami para lelaki setia menunggu dalam kesejukan.



Okey, selesai aktiviti shopping di sini...malam pun dah agak lewat. Jadi itinerari nak menyusuri Cheonggycheon Stream (sungai) tak diteruskan.

Tapi ada beberapa kawan Mat Drat yang kesana, dan yang lain balik terus ke bilik.

Mat Dart balik bilik sekejap sebelum keluar semula ke Dongdaemun. Malam pertama ni Mat Drat intai-intai je, sebab dah letih. Malam ke dua, Mat Drat ke sini lagi. Dan malam ke tiga juga. Ni Mat Drat share di next entry.


Boleh sambung baca travelog Mat Drat di link di bawah ye.... 





Percutian ke Seoul

Tips dan Panduan 

 Travelog Seoul - Day 1 


 Travelog Seoul -Day 1


 Travelog Seoul -Day 1


Travelog Seoul -Day 2


Travelog Seoul -Day 2

Morning Galm Garden & 
Han River Cruise

Travelog Seoul -Day 3

Travelog Seoul -Day 4

Travelog Seoul -Day 4

Travelog Seoul -Day 4
Travelog Seoul -Day 4

Travelog Seoul -Day 5


Tempat Shopping di Seoul
Itenerary Ke Seoul 5H4M



~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. 👇👇👇

Monday, 12 November 2018

Travelog Trip Seoul Part 2 : Day 1 - Namsan Tower


Trip Percutian Seoul Namsan N Seoul Tower



Travelog Seoul bersambung lagi...masih di hari pertama Mat Drat di Seoul. 

Entry ni bersambung dari entry sebelum ni 


Ikut itinerari untuk petang / malam ni, Mat Drat dan rakan-rakan akan ke 
  1. Namsan Seoul Tower (N Seoul Tower).
  2. Restoran Kampungku (early dinner)
  3. Myeong Dong Market (shopping barang kosmetik)
  4. Cheonggycheon Stream (menyusuri tebing sungai)
Memandangkan masa agak lama diluangkan menyopping kat Myeong Dong Market tu dan malam semakin sejuk (below 10℃), jadi aktiviti menyusuri Cheonggycheon Stream tak dapat diteruskan... sejuk sangat, waktu tu dah sekitar 9:30pm


N SEOUL TOWER (NAMSAN TOWER)

N Seoul Tower juga dikenali sebagai Namsan Tower.

Sedikit fakta mengenai Namsan Tower ni
  • Antara tempat paling best nak lihat panaromic view Seoul.
  • Top 5 tempat yang dilawati jika ke Seoul.
  • Namsan Tower merupakan menara ke 10 tertinggi di dunia.
  • Ketinggian menara ni 480meter  dari atas paras laut. Namsan Mountain 243 meter, dan N Tower 236.7 meter.
  • Ada lift elavator untuk naik ke observation deck.
  • Ia sebenarnya menara telekomunikasi dan ada observation deck.
  • Ada lift elavator untuk naik ke observation deck.
  • Dibukit ini dibina station "Smoke-signal" masa era Joseon. Kalau kita perhati, Seoul di seakan di apit / dilindungi dan dikelilingi oleh gunung-gunung dan bukit tinggi.

Sebelum ke sini, kena ambil tahu info-info ni juga
  1. Pemandangan dari Deck memang memukau, waktu siang cantik dan malam pula memukau 
  2. Di dataran cantik terutamanya musim autumn.
  3. Di dataran ada ketikanya ada pertunjukkan culture Korea, jangan lepaskan peluang.
  4. Terdapat 'Tree of Love Paddlock" Boleh la bawa kunci dan kunci la apa yang patut kat sini.
  5. 3:00pm - 4:00 pm ada pertunjukkan traditional (Namsan Bongsudae Traditional Cultural Performance) di perkarangan Namsan Tower.  Cuba susun itinerari untuk ke Namsan Tower waktu ni
Untuk lain-lain info dan tips, boleh juga klik LINK KLOOK di bawah (tiket Namsan Tower),  mereka ada kongsikan di situ.

Alamat Namsan Towe: 
105, Namsangongwon-gil, Yongsan-gu, Seoul  
서울특별시 용산구 남산공원길 105 (용산동2가)

Waktu Operasi : [Observatory]
Sunday-Friday: 10:00-23:00
Saturday: 10:00-24:00
* Last admission 30 minutes before closing.
* Operating hours are subject to change depending on weather or business schedules.

Admission Fees (Harga Tiket Namsan) : 
- Observatory: Adults 10,000 won / Children 8,000 won
Mat Drat beli tiket melalui KLOOK sebab lagi murah. KRW 5,500 je. 

- Hello Kitty Island : Adults 8,000 won / Children 7,000 won
- Ssentoy Museum : Adults 8,000 won / Children 7,000 won
- Package Kombo (Observatory + Ssentoy Museum + Hello Kitty Island): Adults & Children 15,500 won

Nota : 
  • Kanak-kanak 3 tahun dah kena beli tiket ye.
  • Mat Drat beli tiket melalui KLOOK sebab lagi murah. 
  • Mat Drat bei tiket "observation deck' je, boleh beli kombo dengan Hello Kitty kalau bawa anak-anak.
  • Senang pakai KLOOK sebab sampai, terus tunjuk printed voucher di kaunter masuk. 
  • Tak perlu beratur nak beli tiket. Lagi pun, bila beli dapat kredit, dan kredit tu boleh guna untuk offset dengan next purchase.
  • Beli, terus dapat confirmation email. 
  • Print la 2 copies voucher. (1 backup)
  • Tukar baucer dengan ticket masuk dikaunter tiket.
  • Dah lebih 240,000 tiket dibeli kat KLOOK ni...memang ramai yang beli guna KLOOK.



Klook.com




CARA KE NAMSAN TOWER

Sebelum ke sini, pilih cara nak ke sini. Namsan Tower ni terletak di atas bukit, jangan buang masa menapak dari bawah ke atas.... tinggiiiii, memang hebat la siapa yang menapak ke sini.

Pilih nak guna cara mana ... boleh rujuk di sini untuk maklumat lanjut mengenai Namsan Tower (getting here) http://www.nseoultower.co.kr/eng/visit/floor.asp


1. NAMSAN SUNHWAN SHUTTLE BAS.
- Naik bas nombor 02, 03 atau 05. 
- Bas setiap 15-20 minit. 
- Tambang KRW 1,200. / KRW 1,100 (T-Money Card)
- Untuk naik bas ni boleh tunggu di ;
  • Kalau guna Subway Line 3, Turun Dongguk University Station, Exit 6,  tunggu bas nombor 02/03/05 (Strongly Recommend)
  • Subway Line 3/4, Chungmuro Station, Exit 2 (in front of Daehan Cinema), take the bus 02/05
  • Subway Line 4, Myeongdong Station, Exit 3, take the bus 05


2. CABLE CAR - (Pilihan Mat Drat)
Ramai suka menaiki Cable Car ni.
Waktu public holiday, agak ramai dan kena beratur sedikit.
Station Subway metro terdekat adalah Station Myeong-Dong.
Ada 2 laluan nak ke Cable Car ni dari Myeong-Dong Station, sama ada nak terus mendaki ke cable car atau nak gunakan Escalator Orumi 


  Pilihan Mat Drat - mendaki terus 
Pilihan ni kena mendaki sedikit ye dan bukan di jalan utama.
  1. Untuk ke sini, ambil metro Line  4 dan turun di Station Myeong Dong. 
  2. Kemudian keluar melalui EXIT 3.
  3. Di sebelah kiri ada 7E. Jalan menuju ke 7E. Akan nampak Pacific Hotel.
  4. Pacific Hotel di apit dua persimpangan. Ikut susur kanan terus mendaki menuju ke Cable Car Station.
  5. Laluan ni kira jalan yang agak kecil tetapi tidak sunyi.
  • Ingat Pacific Hotel ni !!!.... susur ke kiri ke Restoran Kampungku... Kami makan lepas turun dari Namsan Tower.

  Pilihan Guna Escalator Namsan Orumi 
Laluan ni kurang mendaki, tetapi sedikit jauh dan akan melalui tepi jalan utama.
Boleh guna Escalator ke Cable Car
  1. Untuk ke sini, ambil metro Line  4 dan turun di Station Myeong Dong. 
  2. Kemudian keluar melalui EXIT 4. (pilihan Mat Drat tadi EXIT 3)
  3. Jalan terus sehingga melepasi McDonald's (disebelah kiri)
  4. Jalan terus sehingga melepasi New Oriental Hotel (disebelah kiri). Jangan belok di simpang sebelah New Oriental Hotel ini. Terus lagi.
  5. Disebelah kanan, kita akan perasan Day Hotel (opposite New Orintal Hotel), Ediya Coffee dan Starbuck.
  6. Belok kiri di simpang besar yang jumpa seterusnya. Seberang simpang ni ada bangunan SHINSAGAE.
  7. Selepas belok kiri, jalan terus (sedikit mendaki tetapi landai) sehingga kita berjumpa Quiznoz & 7E dan Balai Boma 119.
  8. Selepas bomba 119 , akan ada susur ke Escalator Orumi untuk ke Cable Car.
Ingat
Keluar EXIT 4, jalan terus dan akan jumpa McDonals dan New Oriental Hotel. Belok kiri di simpang yang terdapat Bangunan SHINSAGE di seberangnya. Mendaki sedikit sehingga jumpa susur ke escalator.




Operating hour Cable Car: 
10:00-23:00 
* Hours may vary on the day before holidays and Friday and Saturday depending on situations.

Tambang (Tiket) Cable Car: 
Round-trip (Adults 9,500 won / Children 5,500 won)
One-way (Adults 6,000 won / Children 3,500 won)

Nak jimat ambik tiket return, balik boleh makan terus di restoran Kampungku macam Mat Drat.


Nota : 
  • Tiket boleh di beli waktu sampai.
  • Jangkakan perlu beratur untuk beli tiket dan untuk menaiki cable car.
  • Mungkin perlu beratur sehingga 30 minit pada weekend dan terutama sebelah lewat petang.
  • Mat Drat datang weekday, perlu beratur sekitar 10-15 minit untuk naik naik cable car.
  • Cable car ambil masa dalam 7 minit ke atas.



3. SEOUL CITY TOUR
  • Yang ambil pakej bas Seoul City Tour, boleh terus ke sini. Lihat route dan jadual yang disediakan.



How to go to Namsan Tower  Cable Car
2 laluan berbeza dari Myeong Dong Station ke Namsan Cabel Car
- Merah : Laluan Mat Drat
- Biru : Laluan guna escaltor Orumi

Trip Percutian Seoul Namsan N Seoul Tower
Line 4 subway station Myeong-Dong, keluar EXIT 3, dihadapan 7E.
Arah kiri menuju Pacific Hotel. Jangan lupa belok kanan bila sampai Pacific Hotel.

How to go to Namsan Tower  Cable Car
Laluan dari depan 7E. Akan nampak Pacific Hotel


Trip Percutian Seoul Namsan N Seoul Tower
Kanan ke Namsan Tower / Cable Car
Kiri ke Restoran Kampungku
How to go to Namsan Tower  Cable Car
Laluan ke Cable Car. Bukan jalan utama.



How to go to Namsan Tower  Cable Car
Ini pula bagi yang nak pilih ke Cable Car dengan menggunakan Escalator Orumi.
Ini persimpangan ke-2 selepas keluar EXIT 4.
Nampak bangunan SHINSEGAE tu, kita kena belok ke kiri

How to go to Namsan Tower  Cable Car
View landscap. Ini memang jalan besar

How to go to Namsan Tower  Cable Car
Selepas berjalan seketika, kita akan jumpa balai bomba 119 di sebelah kiri. Susur ke escalator selepas bangunan ni je.
Mat Drat cadangkan, view la dulu di google map, untuk biasakan laluan ni,

How to go to Namsan Tower  Cable Car
Escalator ke Cable Car. Atas tu Namsan Tower
How to go to Namsan Tower  Cable Car
Escalator Uromi
Photo by Wei-Te Wong/ CC BY-SA 2.0




Namsan Bongsudae Traditional Culture Performance
- Merupakan pertunjukkan tradisional budaya seperti folk performance (tradisional music) dan seni pertahanan diri, pahlawan untuk Bongsudae Guard
- Waktu 3:00pm - 4:00 pm




Mat Drat kongsikan gambar-gambar di Namsan Seoul Tower.

Trip Percutian Seoul Namsan N Seoul Tower
Sessi mendaki bermula..nasib baik agak landai dan baru smapai Seoul, kira kaki masih kuat menapak.


Trip Percutian Seoul Namsan N Seoul Tower
Letih dan dahaga...ada kedai kalau nak beli air.
Makanan tak jumpa la pulak (yang halal)


Trip Percutian Seoul Namsan N Seoul Tower
Ni rupanya cable car ke Namsan Tower.
Beli tiket tak beratur (sebab banyak kaunter), TAPI kena beratur agak lama nak naik cable car ni.


Trip Percutian Seoul Namsan N Seoul Tower
Tak rasa 'ngeri' cable car ni.. biasa je. Kalau naik cable car Genting tu rasa jugak gayat. Kalau cable car Langkawi, tu gayat campur ngeri...


Trip Percutian Seoul Namsan N Seoul Tower
Lepas keluar dari cable car station, berehat hilangkan lelah di area love padlock.


Trip Percutian Seoul Namsan N Seoul Tower
Bawak la padlock siap-siap dari Malaysia kalau rasa nak 'lock' apa yang patut kat sini...
Tapi tak boleh lawan LOVE padlock di Pont de Art Paris...sana  lagi banyak, sepanjang jambatan di lock. 


Trip Percutian Seoul Namsan N Seoul Tower
Pandangan dari area love padlock

Trip Percutian Seoul Namsan N Seoul Tower
Cari lah tempat mana nak lockkan padlock yang di bawa...
Ini dari love padlock tadi menuju ke Namsan Tower.




Masa menapak tangga ke Namsan Tower pulak..


Trip Percutian Seoul Namsan N Seoul Tower
Kami tiba di Seoul waktu full blossom dah 2-3 hari berlalu... tapi masih banyak , jadi sakura je la dikeliling kami.

Trip Percutian Seoul Namsan N Seoul Tower
Kebetulan ada pertunjukkan pahlawan Korea di dataranhadapan N Seoul Tower ni... Kami layan dulu.


Trip Percutian Seoul Namsan N Seoul Tower
Tengok silat dah biasa.... Kungfu dah biasa... ni lihat 'pendekar' korea pulak...


Trip Percutian Seoul Namsan N Seoul Tower


Trip Percutian Seoul Namsan N Seoul Tower
Dia sorang ni je layan bila di ajak bergambar, yang lain 'kerek' semacam.Mungkin letih lepas perform pertunjukkan kot..




Memandangkan hari dah agak petang dan pemandangan di sekeliling dataran ni sangat la cantik denga suasana dan sakura-sakuranya, jadi Mat Drat nikmati dahulu sebelum naik ke Namsan Tower. Takut nanti bila turun dari Tower, hari dah mulai gelap....gambar pun jadi gelap...



Trip Percutian Seoul Namsan N Seoul Tower
Tree of  Love Padlock. Tepi entrance Namsan Tower

Trip Percutian Seoul Namsan N Seoul Tower
Nikmati dulu pandangan sakura di perkarangan Namsan Tower ni..


Trip Percutian Seoul Namsan N Seoul Tower




Trip Percutian Seoul Namsan N Seoul Tower




Masa untuk naik ke Namsan Tower


Trip Percutian Seoul Namsan N Seoul Tower
Namsan Tower di lindungi sakura ....

Trip Percutian Seoul Namsan N Seoul Tower
View dari Observation Deck.
Kalau betul-betul tengah full blossom, mesti lagi cantik 'tompok-tompok'  pokok sakura  di bawah tu...


Trip Percutian Seoul Namsan N Seoul Tower
View dari Observation Deck

Berangan  satu hari nanti nak jejakkan kaki Rio De Janeiro....
tak jauh, nun 18,098 km di sana je


Cik Puan pun berangan jauh,  nak jejakkan kaki ke Vancouver....
tak jauh, nun 8,277 km di sana je


Sydney
Yang ni pun tak jauh... boleh la berangan dan jadikan realiti dalam waktu terdekat ,
sebab tak jauh...


Secara kesimpulan nya....Mat Drat lebih suka habiskan masa di perkarangan Namsan Tower ni berbanding berada ni Observation Deck.

Tapi dah alang-alang sampai Seoul, dan plan hari ni nak makan di Restoran Kampungku dan shopping di Myeong Dong, jadi itinerari disusun dengan melawat juga ke Namsan Tower ni.

Boleh baca sambungan entry trip Seoul berikutnya di 

Trip Seoul Day 1 (Part 2) : Myeong Dong Market



Boleh sambung baca travelog Mat Drat di link di bawah ye.... 





Percutian ke Seoul

Tips dan Panduan 

 Travelog Seoul - Day 1 


 Travelog Seoul -Day 1


 Travelog Seoul -Day 1


Travelog Seoul -Day 2


Travelog Seoul -Day 2

Morning Galm Garden & 
Han River Cruise

Travelog Seoul -Day 3

Travelog Seoul -Day 4

Travelog Seoul -Day 4

Travelog Seoul -Day 4
Travelog Seoul -Day 4

Travelog Seoul -Day 5


Tempat Shopping di Seoul
Itenerary Ke Seoul 5H4M



~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. 👇👇👇