Tuesday 8 January 2019

PERCUTIAN KE PULAU REDANG : Pakej Laguna Redang Island Resort ( Part II )




PERCUTIAN KE PULAU REDANG : Pakej Laguna Redang Island Resort ( Part II )

Entry ni bersambung dari 
👉👉   Percutian Ke Pulau Redang : Laguna Redang part I   





Snorkeling Sessi 3 : Day 2 - Deep Sea

  • Pagi tadi Mat Drat dah ber'snorkeling' di Redang Island Marine Park, dan sebelah petang pula kami bersnorkeling di 'Deep Sea'
  • 'Deep Sea' bukanlah di laut dalam tengah laut yang betul-betul  jauh, tetapi lokasi nya boleh lah kata agak jauh dan kedalaman airnya agak dalam.
  • Jika pagi tadi waktu snorkeling ke Marine Park agak ramai yang menunggu bot tapi untuk sessi ni Mat Drat lihat agak berkurangan bilangan yang ikut trip snorkeling ni. Mungkin sebab
    • pagi tadi dah letih, jadi petang dah tak larat
    • ada yang agak kurang confident untuk bersnorkeling di 'deep sea'
  • Ada juga antara kawan-kawan Mat Drat yang tak join untuk sessi snorkeling ke deep sea ni, dan ada juga yang sampai di lokasi tak jadi terjun ke laut. 
  • Mat Drat pun pada awal, hanya bersnorkeling berhampiran bot je, sebab masih ingat waktu di Pulau Perhentian 2 tahun lalu, kaki 'terkrem' sekejap masa snorkeling di laut yang agak dalam (shark point).
  • Lokasi ke sini agak jauh, dan bot akan berlabuh berhampiran dengan sebuah pulau. Pulau ni tak berpenghuni.

Tips / Ingatan
  • Laut ni kedalamannya memang dalam. Perlukan keberanian dan confident. Bagi yang tak biasa, try dulu berdekatan dengan bot.
  • Yang tak tahu berenang, pastikan life jacket diikat kemas dan diklip dengan betul.
  • Kalau boleh, snorkeling bersama sama rakan.
  • Jangan jauh sangat dari lokasi bot atau jauh dari kelompok ramai.


Kami masih bertenaga untuk sessi seterusnya di deep sea


Sebenarnya Mat Drat pun risau jugak nak terjun ke deep sea ni...
Maklumlah jarang  ke laut



Yang kurang confident, boleh biasakan diri dulu di sekitar bot 

Dah agak confident...boleh la ke tenga sikit. Jangan jauh sangat !


Yang jauh ni, semua agak pro.
Walau pun pro, mereka masih bergerak berteman.


Selesai sessi snorkeling di deep sea...Puas walau pun letih


Selesai sessi petang ni...










Snorkeling Sessi 4 : Day 2 - Turtle Point

  • Sampai sahaja di jeti Laguna Redang Island Resort, Mat Drat dan beberapa rakan lain sambung pula untuk sessi ke turtle point (Penyu).
  • Yang ni tak termasuk dalam pakej Laguna Redang, Mat Drat ambil pakej ke sini dengan Adli. No phone di entry sebelum ni.

AMARAN : JANGAN SENTUH HIDUPAN LAUT / PENYU ye.
Hormati mereka.


Kami sambung ke Turtle Point


PERCUTIAN KE PULAU REDANG
Hanya bot kecil...

PERCUTIAN KE PULAU REDANG
sessi berenang bersama penyu...


PERCUTIAN KE PULAU REDANG
Geram je tengok penyu ni yang tak segan...




AKTIVITI LAIN


Aktiviti Pantai
  • Pada sebelah petang, boleh la buat aktivit lain di sini...boleh main volleyball pantai, bola pantai, main pasir macam budak-budak dan lain lain.
  • Kalau 3H2M, banyak masa. Boleh cari masa yang sesuai.

Riadah petang... 

Steady...

Tak salah jadi budak-budak kita main pasir...




Swimming Pool
  • Swimming Pool pun ada kat resort ni. 
  • Malas masuk swimming pool, order je aiskrim sambil tengok kawan-kawan yang lain berendam dalam ni.

Slurppppp....



Ronda-ronda Pantai
  • Pantai kat pulau tak seperti biasa sangat tenang, bukan macam pantai di tanah besar yang selalunya ramai orang.
  • Jadi rugi kalau tak ambil peluang bersiar di pantai, tak kiralah sebelah pagi atau petang.

PULAU REDANG
Awal pagi. Kalau matahari baru terbit, lagi cantik ni


PULAU REDANG
Ambil peluang bersantai di sini.


PULAU REDANG
Pantai cukup tenang di awal pagi. 


PULAU REDANG
Tenang...damai...

Banyak kemudahan Lagun Redang sediakan... 



AKTIVITI MALAM

  • Bila malam, tak banyak aktiviti boleh buat di sini.
  • Long Beach di sini, tak la sehappening macam di Long Beach Pulau Perhentian.
  • Mat Drat suka suasana tenang-tenang macam ni...kita pun relax je...
  • Boleh la buat aktiviti berikut ...mana yang sesuai, jangan lepak kat bilik je sudah la...
    1. Layan live performance kat cafe
    2. Lepak di lobby, berbual santai...Lobby sangat selesa
    3. Karaoke. Tapi tak silap ada 3-4 bilik sahaja, mungkin perlu booking awal kalau nak.

Buat la aktiviti sendiri..kalau datang ramai.


He ...He...He...



Layan Live Performance...boleh lah santai-santai...



Malam masih muda la katakan...
Karaoke pun boleh tahan pilihan lagu... 




BALIK

  • Hari ke-3 balik dah... Hari ni tak ada aktiviti apa-apa, cuma santai dan ronda-ronda di pantai sahaja.
  • Kena ambil tahu waktu feri balik.
  • Jangan sampai tertinggal feri, biar awal
  • Yang check out akan ramai, jadi awal tak salah.


PERCUTIAN KE PULAU REDANG
Dah check-out, naik la tractor ni ke jeti.
Tak payah jalan kaki la, buat berpeluh je.

PERCUTIAN KE PULAU REDANG
Ruang menungu... Menunggu dibenarkan masuk ke feri



Pasar Payang
Sampai di KT, jangan lupa ke Pasar Payang

Telur Penyu
Mat Drat tak beli... tak suka ...
Tak suka makan, tak suka menggalakkan telur penyu di ambil

Pasar Payang
Pelbagai product tempatan

Pasar Payang
Pasar Payang



Selesai percutian Mat Drat ke Pulau Redang....sangat berbaloi, terutama pengalaman di turtle point.

~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

1 comment:

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.