Tuesday, 10 July 2018

PERCUTIAN KE BANDUNG : TIPS DAN PANDUAN MELANCONG




Percutian Ke Bandung - Tips dan Panduan
Glamping Lakeside Rancabali Bandung



PERCUTIAN KE BANDUNG

Kali ni Mat Drat nak berkongsi sikit mengenai trip percutian Mat Drat bersama family ke Bandung. Ni kira trip bercuti je, nak kata melancong tu macam tak sesuai pulak....

Macam biasa lah, kalau trip family ni....biasa last minit baru plan. Dah dapat confirm jadual cuti semester salah seorang anak, baru Mat Drat boleh decide berapa hari nak bercuti dan nak bercuti kemana. Dalam 2 minggu Mat Drat settlekan semua , buat itinerari dan buat booking apa yang patut (hotel dan transport).

Masa nak decide tempat nak bercuti tu pun sebenarnya berbelah bagi sama ada nak ke Bangkok atau Bandung...

Beberapa bulan sebelum ke Bandung ni, Mat Drat dah ke Bangkok dengan rakan-rakan, jadi  macam teringin ke Bangkok pula bawa isteri dan anak-anak. Tapi pada masa sama terasa macam nak ke Bandung pula sebab Mat Drat ada seorang kenalan di Facebook yang buat biznes transport di Bandung, selalu dia invite Mat Drat melawat Bandung dan selalu lihat dia share trip-trip yang dia bawa pelancong dari Malaysia... Selalu terlintas di fikiran... "Menarik juga Bandung ni!!"

Tapi pilihan mana nak pergi, Mat Drat bagi pada isteri yang pilih....

Isteri kata..."Kita pergi Bandung la, sebab abang dah pergi Bangkok kan baru ni, kesian pulak abang kalau pergi Bangkok lagi..."

Nak baca Trip Mat Drat ke Bangkok, boleh baca di link ni...
Sebelum Mat Drat cerita panjang....Nak bagi tahu yang Bandung ni best sebab ada percutian tanah tinggi, ada kawah gunung berapi , ada taman tema yang murah, dan orang kata syurga membeli belah... !! dan Mat Drat kenal sorang kawan yang dah 3 tahun turut-turut dia bawa family bercuti ke Bandung!!



Update (10 Oct 2019)

InsyaAllah hujung tahun ni sekali lagi ke Bandung... buat trip shopping ke Bandung je dengan wife. 😉
Tapi trip ni lain sikit, InsyaAllah Mat Drat turun Jakarta dulu. Kira Percutian Jakarta dan Bandung. Tunggu ye, nanti Mat Drat kongsi di blog.


Sebelum tu...jemput singgah IG Mat Drat dan kita saling follow memfollow



PENERBANGAN KE BANDUNG

Penerbangan Kuala Lumpur - Bandung

Bila dah pilih destinasi, tugas utama kenalah cari tiket dulu. Nasib  tak berapa baik, waktu tu tak ada sebarang promosi dari Air Asia atau pun Malindo. Jadi terpaksa beli return tiket lebih kurang RM 500++ seorang. 

Kalau promosi, tiket AirAsia boleh dapat lagi murah rasanya.



Mat Drat ambil penerbangan AirAsia awal pagi (6:30AM) dari Kuala Lumpur. Dan tiba di Bandung jam 7:55AM selepas 2 jam 25 minit penerbangan.

Pesawat akan mendarat di Hussein Sastranegara International Airport, Bandung. Ia International airport cuma agak kecil, kecil dari airport Langkawi atau airport KK/ Kuching.

Untuk ke Bandung, hanya AirAsia dan Malindo yang menawarkan penerbangan Kuala Lumpur - Bandung ye.
Ada 2 penerbangan sehari oleh AirAsia (sewaktu Mat Drat tulis ni), boleh pilih penerbangan
  1. 6:30 am ( sampai Bandung 7:55am) atau 
  2. 6:10 pm (sampai Bandung 7:35pm)

    Malindo pun ada tawarkan penerbangan, boleh pilih penerbangan
    1. 8:05 am ( sampai Bandung 9:20am) atau 
    2. 12:05 pm (sampai Bandung 1:20pm)


    Penerbangan ambil masa 2 jam 25 minit ( Malindo = 2 jam 15 minit). Dan waktu di Bandung lewat 1 jam ye berbanding Kuala Lumpur.

    Jom layan gambar sikit....


    Percutian Ke Bandung - Tips dan Panduan
    Penerbangan KL - Bandung
    Bangga sorang ni sebab masih tak tidur.
    Yang lagi 3 hujung tu dah tertidur. Maklumlah, 3am dah gerak dari rumah.

    Percutian Ke Bandung - Tips dan Panduan
    Tapi akhirnya tewas jugak....terlentok jugak..

    Percutian Ke Bandung - Tips dan Panduan
    Turn abang n kakak dia pulak berjaga...


    Percutian Ke Bandung - Tips dan Panduan
    Pesawat mula menghampiri Bandung....Kelihatan gunung ganang...

    Percutian Ke Bandung - Tips dan Panduan
    Pesawat bersedia mendarat. 
    Nampak kepadatan Bandaraya Bandung

    Alhamdulillah...safely landed

    Percutian Ke Bandung - Tips dan Panduan
    Rombongan Mat Drat...

    Percutian ke Bandung Murah
    Belakang tu airport Hussein Sastranegara International Airport


    Penerbangan Balik Bandung - Kuala Lumpur

    Okey, untuk penerbangan balik, Mat Drat ambil penerbangan sebelah petang (malam).  

    Nak ambil penerbangan 8:00 am ke Kuala Lumpur rasanya awal sangat, jadi Mat Drat ambil penerbangan sebelah malam - 8:00 malam. Lagipun ambil penerbangan sebelah petang, kita dapat lagi 1 hari jalan-jalan di Bandung.

    Bagasi / Beg / bagggage allowance
    Penerbangan Kuala Lumpur - Bandung, Mat Drat tak beli 'baggage allowance', tak ada check-in luggage , kira isteri dan anak-anak bawa beg masing-masing cara 'hand carry' je. 

    Mat Drat tak bawa baju banyak sebab memang akan plan beli sehelai dua di Bandung untuk pakai di Bandung. Bandung baju memang murah-murah.
    Tapi balik, kena la ambil 'baggage allowance'... 7kg hand carry seorang mana cukup kalau pergi Bandung ye.
    Dan untuk balik ni, Mat Drat beli luggage allowance 40 kg!!! Untuk sumbat macam-macam pakaian / kain / telekung yang dibeli di sini selain 7kg X 7 orang hand carry.

    Beli Bagasi Tambahan Air Asia / Baggage allowance
    Yang nak beli bagasi tambahan, belilah secara online sebelum menaiki pesawat. Kita boleh add-on walaupun tiket dah beli lama.

    Jika tak boleh beli (top-up) di website, boleh beli di kaunter AirAsia di airport (bukan beli di kaunter check-in atau kaunter drop beg ye).

    Yang nak beli tu kena sampai awal, paling kurang 4 jam sebelum penerbangan. Beli waktu ni masih dapat harga murah.

    Jika kurang dari 4 jam, tak dapat beli dengan harga 'awal' yang lebih murah di kaunter AirAsia. Nanti redha je lah kena bayar masa timbang sewaktu drop beg... waktu ni nanti harga memang kena bayar ikut rate yang agak mahal..... memang mahal.
    Ingat, nak beli bagasi tambahan AirAsia di airport, boleh beli di kaunter sales n service Air Asia. Jangan sampai kena beli di kaunter check-in (drop beg) ye. Di kaunter tu kalau masa timbang beg dan berat terlebih, jadi kena bayar caj berat beg tambahan. Memang 'berat' la rasa nak bayar masa tu nanti.....
    Sebenarnya Mat Drat nak beli online je tambahan berat bagasi (baggage allowance) pagi hari terakhir, tapi tak dapat nak beli dan berkemungkinan sistem ada masalah waktu tu. Biasalah, bila dah packing barang-barang, baru tahu baggage allowance yang dibeli sebelum ni tak cukup. Jadi terpaksa datang awal ke airport untuk beli bagasi tambahan ni secara manual.
    Kalau sampai awal di airport, boleh timbang berat beg di penimbang yang disediakan... dah timbang boleh decide berapa kg lagi perlu beli. Penimbang ada di kawasan dalam terminal (depan kaunter drop beg). 


    In-flight Meal
    Jangan lupa, order in-flight meal awal-awal, nanti dalam flight tak lapar bila lihat jiran sebelah (depan/belakang) makan nasi lemak!!  Bau nasi lemak Pak Nasir AirAsia ni memang cukup menusuk hidung. 

    Lagi pun, sampai di Bandung nanti tak ada la tercari-cari nak makan kat mana. Perut dah kenyang, boleh teruskan itinerari di Bandung.






    Parking Murah di KLIA / KLIA2

    Okey sebelum tu, yang nak ke KLIA/KLIA2 dengan kos murah boleh baca perkongsian Mat Drat sebelum-sebelum ni.

    Mat Drat pernah share di blog ni tempat parking murah jika ingin ke KLIA / KLIA2. 
    Boleh baca  
    1. 👉 Parking Murah di Putrajaya Sentral
    2. 👉 Parking Murah di Salak Tinggi


      Jika ingin Park di TBS (Terminal Bersepadu Selatan) pun boleh, boleh juga gunakan tips yang Mat Drat share untuk bayar murah menaiki Tren KLIA Transit. Ada Mat Drat share di link atas juga. Kalau tak ikut tips pun okey, cuma bayar harga tiket tren yang mahal sahaja la....
      Kalau nak murah lagi, boleh je naik bas dari KL Sental atau destinasi lain untuk ke KLIA/KLIA2. Tak silap dari One Utama ada bas terus ke KLIA/KLIA2. Mat Drat pun pernah beberapa kali naik bas dari KL Sental ke KLIA, tapi naik bas kalau trip sorang-sorang la...

      TETAPI...
      Walaupun Mat Drat share 3-4 tips untuk ke KLIA/KLIA2 dengan cara jimat (termasuk parking murah), tapi trip ke Bandung kali ni Mat Drat parking di KLIA2 sahaja. Nak tahu sebab apa... ni alasan di setiap 3 tempat pilihan yang ada .

      1. Salak Tinggi Park n Ride
      Memandangkan Mat Drat tarvel dengan 5 adult + 2 child, jadi tambang tren kena kira untuk 7 orang. 

      Kos tiket tren + parking (5 hari ++) lebih kurang RM 100-RM110 kalau Mat Drat park kat sini.  Kos agak murah.

      Tapi kalau park dan naik tren dari sini, 2 pilihan yg ada :
      1. Tren terakhir ke KLIA2 (tengah malam) : Mat Drat tak berapa 'selesa' berada di Salak Tinggi Park N Ride ni tengah-tengah malam dengan anak-anak kecil dan kemudian perlu menunggu di airport dalam 5 jam. Kesian anak-anak.
      2. Tren pertama ke KLIA2 (awal pagi) : Takut tak sempat nak kejar fligh. Lagi-lagi bila naik Air Asia dengan ada check-in luggage. Kalau sempat pun perlu terkejar-kejar.

        Kesimpulannya faktor keselesaan untuk anak-anak sebabkan Mat Drat tak pilih park kereta di sini. 
        1. 'keselesaan' di kawasan parking waktu tengah malam 
        2. keselesaan anak-anak sewaktu menunggu penerbangan 6 pagi

        2. Putrajaya Sentral /Putrajaya Park n Ride
        Kalau park di Putrajaya Sentral pula,  tambang tren KLIA Transit untuk 5 Dewasa + 2 Child pergi balik sahaja pun dah hampir RM 120, tambah lagi  kos parking RM30 (RM 6 X 5 hari). Total lebih  kurang RM 150.

        Di sini mungkin selesa, tapi Mat Drat pun kena ambil tren tengah malam (tren terakhir / kedua terakhir) untuk ke KLIA2. Dan terpaksa la anak beranak berkampung di KLIA2 beberapa jam sebelum flight berlepas. Pun tak selesa kpd anak-anak (kesian lama kat airport).

        Nak naik tren awal pagi (tren pertama), rasanya macam tak sempat.

        3. Parking terus di KLIA2
        Kos parking (parking rate) di KLIA2 adalah RM46 sehari dan selepas hari ke-3, flat parking akan dikenakan adalah RM20 sehari. 

        Macam Mat Drat yang akan ke Bandung untuk 5 hari ++, jadi parking yang perlu dibayar adalah RM 160++ ( RM 46 + RM46+ RM 46 + RM20 + ikut jam).

        Total kos parking lebih kurang macam kos parking di Putrajaya Sentral tapi dengan park di KLIA2 ni Mat Drat rasa lebih selesa. Mat Drat tak perlu bertolak tengah malam, sebaliknya Mat Drat bertolak 3am dari rumah ke airport. (sampai 2 1/2 jam sebelum penerbangan kira okey sebab Mat Drat dah check-in online dan tiada drop bag)
        Tambahan pula, Mat Drat bayangkan balik dari Bandung nanti mesti beg bertambah, dan sampai pula tengah malam dan pasti letih. Jadi senag kalau park di sini sahaja, ambilbes masuk kereta dan terus jalan balik rumah!



        Airport Bandung - Hussein Sastranegara International Airport

        Okey... sampai di Bandung... 


        Ini 'International Airport' ye. Walau pun agak kecil, tapi kemudahan cukup lengkap. Dulu mungkin agak kecil, tapi selepas disambung bangunan dan ditambah baik, ia semakin besar dan cukup selesa.

        Airport ni terletak di 'kem askar'. Bandung ni tiada airport lain, hanya ada airport tentera' ni sahaja. Ini pun Mat Drat perasan waktu nak balik ke Malaysia bila nak masuk ke kawasan ni perasan 'abam-abam' askar mengawal di pintu masuk dan juga terdapat banyak rumah-rumah kediaman askar menuju ke terminal. 
        Boleh la dan dapatkan info lebih mengenai airport ni .. boleh baca di sini https://www.bandungairport.com/

        Kuala Lumpur-Bandung
        Selesai pemeriksaan imigresen, Mat Drat terus keluar ke Arrival Hall. Arrival Hall kecik je tak macam KLIA/KLIA2. Jika yang ada check-in beg tu, jangan lupa ambil beg dulu ye sebelum keluar.

        Keluar sahaja dari gate, Encik Gunawan (kenalan di Facebook) terus berteriak memanggil nama Mat Drat. Kami dah saling mengenali di Facebook dan juga dah berurusan di Whatsapp... jadi muka dah kenal antara satu sama lain.
        Encik Gunawan ni merupakan pemandu kami (supir) sepanjang Mat Drat di sini.

          Bandung - Kuala Lumpur
          Jika nak nalik ke Malaysia nanti, jangan risau kalau terpaksa menunggu lama sebelum pesawat berlepas. Di dalam ni agak selesa.

          Di luar terminal terdapat banyak cafe dan restoran jika ingin makan terlebih dahulu.

          Bila dah masuk melepasi pemeriksaan kastam dan imigresen, ruang menunggu memang agak selesa dan tidak ramai penumpang.  Airport ni tidak sibuk. 

          Ada ruang rehat di bahagian dalam boarding area yang cukup seles. Anak-anak siap main game dan layan youtube di komputer-komputer yang disediakan.

          Dulu-dulu orang kata kena sediakan duit cash untuk bayar airport tax, tapi sekarang dah tak perlu lagi. Tak silap mulai tahun 2015, airport tax dah termasuk dalam harga tiket.
            Cukup selesa menunggu penerbangan. 
            Waktu anak-anak yang lebih besar,
            layan youtube dan game di komputer yang disediakan di ruang menunggu ni.





            Loading...




            GROUND TRANSPORT  

            BAS
            Sebelum ke Bandung, Mat Drat ada baca juga beberapa blog, ada yang datang ke sini menggunakan public transport untuk bergerak kesana kesini. Guna public transport macam bas tu memang murah kat sini tapi bagi Mat Drat kurang selesa dan akan membuang masa yang agak banyak. Tapi kalau nak menikmati suasana dan meneroka kehidupan penduduk di Bandung, boleh la cuba 'bas' mereka di Bandung ni. 
            Dari pemerhatian Mat Drat, naik bas di sini agak melecehkan kerana terpaksa melompat satu 'bas' ke 'bas' lain. Rugi masa yang sepatutnya kita boleh guna untuk menikmati banyak tempat yang menarik di Bandung ni.
            Tu belum lagi lihat keadaan 'bas' di sini... Kalau nak travel ala-ala backpacker mungkin boleh, tapi kalau datang bawa anak-anak kena fikir 3-4 kali ye kalau nak naik bas. Jika yang pernah naik bas mini di Kuala Lumpur zaman 80-an dan 90-an, bas mini di KL lebih selesa berbanding 'bas' di sini.

              Sewa Van
              Okey... Mat Drat guna ground transport yang disediakan oleh Encik Gunawan. Tak boleh panggil dia Pak Gunawan....sebab dia ni muda lagi. Very friendly person....senang berurusan dan dia ni memang orang tempatan, jadi tahu persekitaran di sini dan ramai kenalan.
              Sebelum ke sini, Mat Drat ada juga bertanya kepada 2-3 ejen lain untuk tanya kadar seva van... harga yang diberi lebih kurang semuanya, jadi Mat Drat ambil dengan Gunawan Transport sahaja. Kenal pun dah kenal (kenal di FB...)
                Dengan Gunawan ni, Mat Drat bila dah confirm dengan dia, dia tak minta bayar deposit. Semua bayar bila di Bandung sahaja. 
                Dan baru-baru ni ada kawan Mat Drat pergi ke Bandung (pergi dengan big family), juga ambil transport dengan Encik Gunawan ni walau dia dah survey 2-3 ejen transport yang lain.

                Baca status di FB Gunawan ni di Facebook, memang ramai yang guna perkhidmatan dia.
                  Untuk trip Bandung ni, destinasi lawatan agak jauh terutama untuk 2 hari lawatan.... jadi Mat Drat ambil van yang agak besar. Toyota Hiace.  Jadi anak-anak memang selesa.  

                  Jangan lupa baca catitan masa Mat Drat ke Glamping Area, ni antara tempat yang wajib dilawati jika ke Bandung... menarik sangat tempat ni sebenarnya macam Tanah tinggi macam Cameron Highland

                  Sewa Van Jimat
                  Jika hari pertama atau hari terakhir tidak mahu menyewa van,  kerana hanya ingin aktiviti santai sahaja, mungkin untuk hari pertama atau terakhir tersebut tidak perlu menyewa van.

                  Cuma ambil airport tranfer dari airport ke hotel atau sebaliknya. Dan van sewa hanya mula diambil keesokkan hari.
                  Tapi pastikan hotel yang dipilih berdekatan dengan tempat makan, nanti tak ada lah susah nak makan sebab hari pertama/ terakhir tak ada transport.
                  Untuk airport transfer (teksi) saya tak pasti tambangnya, tapi saya semak di laman web KLOOK, ada yang hanya RM78 untuk 4 orang satu kereta. 

                  Saya ke Seoul Korea pun banyak membeli tiket/pakej menggunakan KLOOK ni, harganya kira murah juga 
                  Boleh klik Link KLOOK ni 👉👉Private Husein Sastranegara International Airport Transfers (BDO) for Bandung 
                    Klook.com





                    Gunawan Transport

                    Kalau yang contact En Gunawan ni, cubalah sebut nama Mat Drat... mana tahu dia bagi special price.... Mana tahu kan..... Cakap Mat Drat rekemen kat blog.

                    Untuk tempahan, boleh hubungi dia di  :  https://www.facebook.com/reffan.gunawan.5

                    atau Whatsapp sahaja dia di nombor +6282240025477.
                    Ingat lagi antara perbualan awal masa naik van dengan dia.... dia tanya biasa Mat Drat makan di Malaysia ni di restoran macam mana? harga yang macam mana biasa kalau sekali makan?

                    Dia nak tahu range harga untuk mudah dia bawa kita ke tempat yang dalam range kita biasa makan. Tempat-tempat yang dia bawa memang tak mengecewakan lah.... 

                    Nak berbual dengan dia sepanjang perjalanan pun tak ada masalah.... very friendy dan kita akan rasa cukup selesa....
                    Dan satu lagi, senang pakai van ni (dengan driver), kita boleh arrange jadual kita ikut kesesuaian kita . Itinerari dia dah bagi tapi kita boleh sesuaikan ikut kita. Inform awal-awal, tak ada masalah. Kita senang dan dia pun senang.

                    Itinerari dia sediakan, Mat Drat follow je cuma adjust sikit-sikit ikut kesesuaian Mat Drat dan family. Apa apa pun, kena inform sebelum tiba untuk memudahkan semua.
                    Kos sewa van ni  dah termasuk petrol, tol (kalau ada), tips penjaga parking.  Tapi parking kalau kena caj, kita kena bayar ye. Ada tempat lawatan yang kenakan caj parking.

                    Banyak berjalan ni Mat Drat lihat bukan Malaysia je ada tol, pergi Australia... Mat Drat lalu higway ber'tol'. Pergi Singapore, lagi mahal tol. Korea pun sama...Bangkok pun ada tol... Cuma pergi Europe je dulu tak jumpa (tak lalu jalan ber'tol').
                    Ni dia Gunawan pemandu / pemandu pelancong kami di Bandung ni.



                    Sim Kad Murah di Bandung (Kartu Sim)

                    Memandangkan roaming data telco diluar negara agak mahal, jadi buat masa sekarang lebih murah dan berbaloi beli sim kad di Bandung. 

                    Celcom atau Maxis pun untuk pakej data termurah sehingga entry ni ditulis adalah plan RM 38 sehari. 
                    Hotel memang ada sediakan wifi, tapi data pun penting juga sewaktu berjalan ni. Nak WhatApps Supir atau nak cari info-info tempat lawatan boleh bila-bila masa kalau ada data. Kalau terpisah dengan ahli rombongan, pun senang nak berhubung antara satu sama lain.
                    Mat Drat beli di airport sahaja Sim Kad (Kartu Sim) ni, ada lelaki bawa sim kad tourist ni di terminal. Harga yang dijual juga sama macam yang Mat Drat baca, jadi Mat Drat terus beli dengan dia.

                    Harga sim kad untuk tourist/pelancong di Bandung Indonesia ini agak murah. Mat Drat beli sim kad (Kartu Sim) XL dengan harga IRD 65,000 = RM 18

                    Cukuplah 4G data untuk pakai 4 hari. Ini pun tak habis diguankan walau pun data dikongsi dengan anak-anak juga. (Tapi Mat Drat siap pesan awal-awal pada anak-anak " jangan tengok You Tube!!). Kalau tengok youtube, satu hari boleh habis data 4GB tu....

                    Kalau nak senang, boleh juga minta Pak Supir tolong belikan. Jadi bila sampai je di Bandung,  sim kad dah ada dan terus boleh guna. Kalau ambil van dengan En Gunawan, boleh minta dia belikan terus.





                    Itinerari 4H3M di Bandung

                    Ini itinerari yang Gunawan beri.  Boleh ikut kalau rasa bersesuaian

                    Day 1
                    - Sampai di airport
                    - Dusun Bambu
                    - Lunch
                    - Check In Hotel
                    - Relax
                    - Pekan Baru - Shopping

                    Day 2
                    - Transtudio Theme Park
                    - Toko Jeans - Shopping Jeans
                    - Factory Outlet Jalan Riau - Shopping 
                    - Dinner
                    - Balik Hotel

                    Day 3 - Kawasan Selatan
                    - Kawah Putih
                    - Glamping Area
                    - Ladang Tea
                    - Straberry Farm
                    - Lunch
                    - Bergerak ke Bandung
                    - Jalan Cibaduyut - Shopping Barangan Kulit (kasut, jacket dll)

                    Day 4 - Kawasan Utara
                    - Gunung Tangkubanperahu
                    - Kopi Luwak (Kopi Musang)
                    - Lunch
                    - Floating Market
                    - Farm House Susu Lembang (Ada rumah Hobbit)
                    - Gerak ke Airport


                    Memandangkan Mat Drat dengan anak-anak kecil, sikit perubahan yang Mat Drat buat dari itinerari yang dia bagi. 
                    1. Lawatan Kawasan Utara Day 4, Mat Drat buat di Day 1 ... dan sebaliknya.
                    2. Sampai di airport terus gerak ke utara, kami tak ke hotel dulu.
                    3. Tempat shopping pun sedikit berubah
                    4. Di kawasan Selatan, ada tempat yang tak pergi untuk sesuaikan dengan masa dan 'kesesuaian anak-anak'.


                    Asalnya hari pertama dia cadangkan banyak masa dihabiskan untuk shopping, tapi Mat Drat kata nak terus jalan-jalan. Shopping Mat Drat minta dibuat hari akhir sahaja dan selit sebeah petang hari-hari lain kalau sempat. Niat datang nak jalan-jalan dan niat shopping tu nombor 2 atau 3.  

                    Mat Drat memang bagi tahu En Gunawan ni awal-awal apa antara barang yang ingin di cari.... dia tahu je mana nak di bawa. Contohnya Mat Drat kata nak shoppinng kain telekun, nak shopping kain pasang 'lis', nak shopping jeans dan nak cari t-shirt souvenior.

                    Nasib tak berapa untung untuk Cik Isteri sebab di hari akhir tu (hari ke-4) kami semua dah terlalu letih untuk menyopping di 'Pasar Baru. Mampu habiskan masa 2-3 jam je kat situ... Tak dapat meronda lama-lama di situ... 

                    Dan bila saya cakap kami tak mampu nak jalan lagi, dah terlalu letih, ingat lagi Gunawan cakap, "sebab tu saya letak shopping di hari pertama bang...."

                    Nanti Mat Drat share entry khas untuk tempat shopping murah di Bandung ni... Boleh baca di 
                    👉👉  Tempat Shopping Murah di Bandung - Syurga Membeli Belah





                    Glamping Lakeside Rancabali... Berdekatan Kawah Putih

                    Di Floating Market

                    Di Farm House Susu Lembang

                    Kebun Bunga Begonia 

                    Sebelum habiskan 1 hari di Transtudio




                    Itinerari Bandung 4H3M 

                    Ni itinerari yang Mat Drat beri kepada Pak Gunawan (selepas adjust), bersesuaian dengan Mat Drat dan anak-anak. Tempat-tempat yang Mat Drat pergi ni, nanti Mat Drat share detail di entry berikutnya.....


                    Day 1 - Kawasan Utara (Lembang)
                    - Kopi Luwak
                    - Lunch
                    - Begonia Garden
                    - Floating market
                    - Farm House Susu Lembang
                    - Check in hotel (7pm)
                    - Shopping area Cihampelas, Teras Cihampelas dan jalan area CIWALK

                    * Tangkuban Perahu, Mat Drat tak melawat. Selain faktor masa agak tak mengizinkan, juga harga yang perlu dibayar agak tak berbaloi (sebab bawa anak-anak, mereka tak dapat memahami dan menikmati pemandangan sightseing)


                    Day 2
                    - Transtudio (satu hari di sini sampai lewat petang)
                    Toko Jeans - Shopping Jeans
                    - Factory Outlet Jalan Riau - Shopping 
                    - Dinner

                    Day 3
                    - Glamping Area
                    - Kawah Putih
                    - Ladang Tea dan Straberry Farm Mat Drat keluarkan  Cameron Highland ada)
                    - Rumah Mode - shopping kain telekung dan kain pasang
                    - Kain Sulam
                    - Dinner

                    Day 4
                    - Pasar Baru - shopping
                    - Alun - Alun
                    - Masjid Bandung
                    - Lunch
                    - Airport


                    Klook.com





                    HOTEL DI BANDUNG

                    Sampai di Airport tadi, Gunawan dan sedia menunggu. Dari airport kami tak terus ke hotel sebab masih awal. Kami terus dengan itinerari lawatan dan check-in agak lewat.

                    Hotel Murah dan Menarik di Bandung

                    Trip Bandung ni Mat Drat menginap 
                    • 2 malam di Hotel Promenade Jalan Cihampelas
                    • 1 malam di Hotel Karmila Jalan Dago
                      Setiap hotel Mat Drat ambil 3 bilik untuk keselesaan anak-anak, lagipun hotel di sini agak murah berbanding rate hotel di Malaysia.
                      Mat Drat senaraikan 3-4 hotel yang agak menarik bagi pandangan Mat Drat di Bandung ni (3 lokasi berbeza) . Mat Drat pilih berdasarkan harga dan lokasi (kriteria utama) selain rating dan review yang diberikan oleh pelanggan-pelanggan sebelum ini.


                      1. Hotel Murah -  Jalan Cihampelas Bandung

                      Mat Drat pilih hotel di area Cihempelas ni sebab tempat ni memang antara tumpuan pengunjung.

                      Sebab dipilih :
                      1. Shopping souveniour atau mencari t-shirt senang di sini, banyak kedai-kedai murah. 
                      2. Ada CIWALK (Cihampelas Walk). CIWALK ni shopping complex yang sangat ramai pengunjung.
                      3. Banyak fast food dan restoran/cafe (di CIWALK), senang nak makan.
                      4. Teras Cihampelas juga tempat menarik untuk disinggahi kalau menginap di sini.

                          • Dan Mat Drat pilih The Promonade Hotel sebab harga yang agak murah dan suka konsep dia yang agak kotemporari, simple tapi selesa. Ala-ala iBIS Hotel.
                          Hotel Murah di Jalan Cihampelas Bandung
                           The Promonade Hotel

                          Hari tu ada beberapa hotel yang Mat Drat intai-intai di kawasan ni, antaranya, 
                          Tapi sebab last minit, banyak yang dah fully booked... Mat Drat pilih The Promonade Hotel  sebab yang ni je available 3 bilik untuk 2 malam.
                          LOKASI - JALAN CIHAMPELAS

                          Hotel Murah di Jalan Cihampelas Bandung

                          Hotel Promonade





                          -Hotel 3 Bintang
                          -Rating tinggi (7.0 ++)
                          -minit je dari Cihampelas Walk

                          -Mengadap jalan utama
                          -Design kotemporari
                          - arga RM 100++ shj



                          Hotel Murah di Jalan Cihampelas Bandung

                          Aston Tropicana


                          -Hotel 4 Bintang
                          -Rating agak tinggi (7.8)
                          -1 minit je dari Cihampelas Walk

                          -Mengadap jalan utama
                          -Bersebelahan Promenade Hotel
                          -Harga murah RM 150++

                          Hotel Murah di Jalan Cihampelas Bandung

                          De Batara Hotel


                          -Hotel 3 Bintang
                          -Rating tinggi. (7.5)
                          -Harga murah
                          -Boleh dapat below RM100 (asal RM 300++)

                          Hotel Murah di Jalan Cihampelas Bandung

                          The Regia


                          - Hotel 2 Bintang
                          - Rating tinggi 8.0
                          - Harga murah. Bwh RM 100





                          Hotel Murah di Jalan Ir Hj Djuanda , Dago Bandung

                          Mat Drat ambil 1 malam di area Jalan Dago (Jl Ir H Djuanda - lebih tepat) ni konon-kononnya nak menyopping di sini di malam akhir. Tapi petang hari kedua terakhir dan malam tu Mat Drat dah tak sanggup nak berjalan, dah terlalu letih. Tak dapatlah nak berjalan dan menyopping di area sini.
                          Katanya di sini banyak Factory Outlet, tapi tak lah sebesar JPO atau GPO. Ada beberapa factory outlet seperti NIKE, Adidas dll. Harga tak sure sejauh mana murahnya sebab Mat Drat tak sempat nak singgah.

                          Hotel area sini agak sunyi kalau bandingkan area Cihampelas

                          Bab Shopping ni baca kat link atas tu nanti ye.
                          Mat Drat pilih hotel Karmila Hotel  ,boleh kata hotel budget la...sangat sempoi. Tapi kalau untuk bermalam sahaja, kira okey la. Mat Drat pun chec-in sekitar 8 malam dan esok awal paginya sudah keluar check-out.
                          Kat area sini, hotel-hotel lain yang mungkin boleh di pilih:




                          Jalan Ir H Djuanda Dago


                          Jalan Ir H Djuanda Dago


                           Dago




                           Dago



                          Hotel Murah di Jalan Setiabudi

                          Sebenarnya pada hari pertama, sewaktu 'turun' dari melawat Farm House, Begonia Garden dan Floating Market, Mat Drat juga tertarik dengan hotel-hotel yang terdapat di kawasan Jalan Setiabudi di utara Bandung ni. 

                          Banyak hotel-hotel di kawasan ini yang agak menarik dan 'lebih sejuk' suasananya kerana berada di atas bukit. 

                          Mat Drat siap cakap kat Pak Gunawan, next time Mat Drat nak menginap di kawasan ni pulak bila datang ke Bandung.

                          Lihat hotel-hotel di sini memang namoak menarik, harga pun tak mahal mana....

                          4 hotel yang agak menarik... boleh dapat di bawah RM150, dan silap hari bulan boleh dapat below RM 100 ( untuk review baca di setiap link hotel ye)



                          Setiabudi



                           Setiabudi



                           Setiabudi



                           Setiabudi




                          TEMPAT MENARIK DI BANDUNG

                          Bandung ni memang banyak tempat menarik untuk di lawati. 

                          Tempat yang menarik untuk dilawati di Bandung ni boleh dipecahkan kepada 3 kawasan:
                          • Kawasan Utara (Lembang dan sekitar)
                          • Kawasan Selatan (Ciwadey)
                          • Bandaraya Bandung
                          Untuk tempat menarik yang Mat Drat lawati, boleh baca di travelog trip Bandung ni, Mat Drat akan cerita lebih detail.
                          Nanti baca di link yang Mat Drat share di akhir entry ni mengenai Tempat Menarik di Bandung

                          TEMPAT MAKAN MURAH DAN SEDAP  DI BANDUNG

                          Kalau sewa van di sini, bab makan boleh minta pemandu bawakan tempat yang biasa dikunjungi pelancong

                          Nasi padang dan nasi minang antara pilihan yang selalu menjadi pilihan.

                          Senarai tempat makan yang sedap dan murah, Mat Drat share kan di link di bawah.

                          Kalau boleh elakkan makan dengan beli di geri-gerai tepi jalan ye, takut perut kita tak tahan dengan makanan yang dijual di situ.
                          Nanti baca di link yang Mat Drat share di akhir entry ni mengenai Tempat Makan Sedap di Bandung


                          Tempat Makan Murah dan Sedap Di Bandung


                          TEMPAT SHOPPING MURAH  DI BANDUNG

                          Kalau ke Bandung tak menyopping kira tak sah la kan.... Jadi Mat Drat share tempat-tempat yang 'wajib' disinggahi untuk memenuhi aktiviti shopping di Bandung ni.
                          Nanti baca di link yang Mat Drat share di akhir entry ni mengenai Tempat Shopping Murah di Bandung
                          Update (Oct 2019)
                          InsyaAllah hujung tahun ni sekali lagi ke Bandung... buat trip shopping je dengan wife.


                          Masa memborong...





                          ~Mat-Drat ~

                          Kalau rasa bermanafaat, boleh share. 👇👇👇

                          Wednesday, 30 May 2018

                          Hutan Lipur Sungai Sedim, Kulim Kedah

                          Hutan Lipur Sungai Sedim, Kulim Kedah

                          Hutan Lipur Sungai Sedim berada didalam kawasan Hutan Simpan Gunung Inas yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Terdapat pokok hutan seperti Meranti seraya, Meranti tembaga, Meranti melantai, Kulim, Terap, Keledang dan Bintangor boleh didapati di sini.

                          Sungai Sedim yang mengalir sepanjang 15 km yang berarus deras serta mempunyai beberapa buah jeram sesuai untuk aktiviti lasak berkayak. Antara 8 anak sungai yang mengalir sepanjang Sungai Sedim adalah Sungai Reyau, Sungai Merbok, Sungai tebuan, Sungai Karangan, Sungai Terona, Sungai Bekui, Sungai Bikan dan Sungai Buloh.

                          Hutan lipur ini sinonim sebagai tapak perkelahan Di Raja Kedah. Di sini juga kerap berlangsungnya pertandingan kayak arus deras diperingkat antarabangsa.

                          Lawatan ini dianjurkan oleh Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan (FHPK) dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) selama 3 hari 2 malam. Seramai 40 orang pelajar diiringi oleh 2 orang pensyarah daripada Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan (FHPK) yang mengikuti lawatan ini. Tujuan lawatan ini adalah untuk melengkapkan tugasan berkaitan “Pengurusan Senggang dan Rekreasi”.






                          HUTAN LIPUR SUNGAI SEDIM, KULIM, KEDAH

                          Pada jam 5.30 pagi, kami bertolak ke destinasi yang dituju dengan menaiki bas yang disediakan oleh pihak universiti. Perjalanan untuk sampai ke destinasi yang dituju mengambil masa 8 jam.
                          Pada pukul 2 petang, kami tiba di Hutan Lipur Sungai Sedim. Kami perlu berjalan kaki menyusuri Sungai Sedim kerana bas tidak dapat menghantar kami terus ke kawasan penginapan kami di Tree Top Walk.  Ini kerana dahan-dahan pokok disepanjang jalan berturap akan merosakkan bas.

                          Disana, kami mengadakan sesi “ice breaking” yang dikendalikan oleh Encik Azman selaku coach kami selama kami berada disana. Setelah itu, kami memasang khemah di tapak perkhemahan yang disediakan. Pada waktu petang, kami mengikuti taklimat “Basic First Aid” sebagai langkah berjaga-jaga sebelum kami melakukan aktiviti lasak.




                          Pada malam hari, kami bermain satu permainan untuk menguji kepekaan dan leadership kami. Setelah itu, kami meneruskan aktiviti “night walk” di trek yang disediakan. Disinilah peranan ketua selaku yang berjalan dihadapan sekali untuk memberitahu halangan yang berada dihadapan. Kepekaan ahli kumpulan dan peranan leadership amat penting selain dari kerjasama yang kuat untuk menempuh halangan denai-denai hutan.


                          Hutan Lipur Sungai Sedim, Kulim Kedah




                          Pada keesokkan harinya, kami melakukan aktiviti “jungle trekking” di Gunung Bintang. Kami dibekalkan dengan peralatan memasak dan bahan-bahan mentah seperti sayur, sardin, beras, garam, gula dan telur untuk dimasak di sana sebagai makanan tengahari kami. Perjalanan kami untuk kesana mengambil masa kira-kira 45 minit. Kami disambut oleh pacat- pacat yang dahagakan darah kami. Sepanjang perjalanan, kami menikmati permandangan hutan yang kaya dengan pelbagai jenis flora dan fauna.

                          Apabila kami tiba di destinasi, kami terpegun dengan keindahan air terjun di Gunung Bintang. Airnya sungguh jernih sehingga dasar sungainya kelihatan. Kami dipecahkan kepada beberapa kumpulan untuk memudahkan kami bergilir-gilir melakukan aktivit water abseiling dan juga memasak. Aktiviti memasak sangat memerlukan kesabaran kerana kami perlu memasak menggunakan cara tradisional. kami perlu mencari kayu-kayu hutan untuk dijadikan bahan bakar. Selesah aktiviti memasak, kami menjalankan aktivit water abseiling. Aktiviti ini sangat ekstrem dan mencabar kerana memerlukan kekuatan mental dan fizikal. Berkat tunjuk ajar trainer disana, tiada seorang pon yang cedera.


                          Pada malam hari, kami melakukan aktivit BBQ yang dikendalikan oleh para pelajar dan juga pensyarah. Kami juga mengambil kesempatan menemurah En. Azman untuk mendapatkan maklumat bagi melengkapkan tugasan kami. Aktivit BBQ selesai pada pukul 12 tengah malam.


                          Pada 8/4/2018, setelah selesai bersarapan, kami semua diarahkan berkumpul untuk mendengar taklimat mengenai aktiviti yang bakal dijalankan pada pagi itu. Aktiviti yang kami jalankan pada pagi itu ialah ‘water tubing’ dan berjalan di atas Tree Top Walk. Kami diterangkan cara-cara mengendalikan tiub seperti cara-cara kayuhan, cara menstabilkan tiub dan cara berpegang pada tiub jika terjatuh. Oleh kerana terdapat dua aktiviti yang perlu dijalankan serentak, kumpulan kami memilih untuk menjalankan aktiviti water tubing dahulu.


                          Seterusnya. Untuk pertama kalinya kami mencuba aktiviti water tubing. Pada permulaannya kami menempuhi cabaran dengan air yang sederhana deras dan likuan kecil dengan pelampung yang disediakan pihak resort sedim. Kemudiannya aliran sungai semakin deras dan mencabar. Pelbagai halangan seperti batuan dan ranting kayu di sekitar sungai menjadikan aktiviti ini lebih menarik kepada kami. Setibanya di penamat kami dibantu oleh para jurulatih untuk ke tebing sungai dan akhirnya kami berjaya menamatkan cabaran dengan menggunakan kekuatan mental dan fizikal kami..

                          Selain itu, kami juga diberi kesempatan untuk merasai pengalaman berharga untuk berjalan di atas “ Tree Top Walk “ sebagai aktiviti terakhir kami sebelum pulang ke Kelantan Darul Naim. Untuk pengetahuan semua “ Tree Top Walk “ merupakan jejantas besi yang terpanjang di dunia bagi kategori buatan manusia dan mempunyai laluan kanopi sepanjang 1.5 km. Apabila berjalan di atas sana, kami dapat melihat pelbagai jenis spesis flora dan fauna sekitar Hutan Lipur Sedim dan terdapat juram yang besar yang menjadi tarikan di sana.


                          Hutan Lipur Sungai Sedim, Kulim Kedah



                          Akhir kata, kami mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjalankan lawatan ke Hutan Lipur Sedim, Kedah terutamanya kepada fakulti, pensyarah, rakan-rakan dan fasilitator aktiviti rekreasi. Selama 3 hari 2 malam di Hutan Lipur Sedim, kami telah belajar pelbagai ilmu tentang pelancongan rekreasi dan ekopelancongan di Malaysia. Di samping itu, kami juga dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan di kalangan kami dalam Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan UMK.

                          Kami pelajar tahun 3 kos pelancongan berharap aktiviti baik yang dianjurkan oleh fakulti dapat dikekalkan untuk adik-adik kami bagi memberi peluang kepada mereka merasai keunikan industri pelancongan di Malaysia. Diharap Hutan Lipur Sedim dapat mengekalkan keistimewaan mereka dan mampu bersaing di peringkat yang lebih tinggi.


                          " Better Tourism With Our University "

                          - JAZLI -



                          Nota :

                          Artikel di atas adalah perkongsian sekumpulan pelajar Tahun 3 yang menuntut di Jurusan Pelancongan di Fakulti Hospitaliti, Pelancongan & Kesejahteraan Universiti Malaysia Kelantan. Bagi menyiapkan tugasan yang diberikan, mereka dikehendaki membuat perkongsian di media sosial (blog) setelah mereka membuat lawatan ke destinasi ekopelancongan dan rekreasi yang dipilih.


                          Mereka telah memilih Hutan Lipur Sedim, Kedah dan telah melakukan lawatan pada 6-8 April yang lalu.

                          ~Mat Drat~

                          Friday, 25 May 2018

                          TIPS DAPATKAN FREE SEAT AIRASIA



                          Saya nak kongsi sikit tips nak dapat tiket FREESEATS ni.

                          PROMO FREE SEAT AirAsia KEMBALI.😃
                          Air Asia menawarkan 5 juta seat percuma sempena ia dah melepasi #halfabillion guest,.
                          Setengah BILLION ye, bukan setengah JUTA!! #halfabillion

                          5 JUTA seats tu banyak, TAPI nak dapat tu kena la rajin sikit mencari dan kena la guna 'teknik' tertentu.

                          Yang nak cari free seats ni, boleh la guna teknik (tips) saya ni. Harap-harap ada yang berjaya.

                          1. Pilih Waktu Off-Peak👌
                          Nak dapat FREE SEATS waktu cuti sekolah atau public holiday tu memang sangat susah. Mungkin FREE SEATS yang ditawarkan pun tak banyak, jika ada pun awal-awal lagi dah disambar orang lain. Jadi plan la bercuti SELAIN CUTI SEKOLAH atau SELAIN PUBLIC HOLIDAY. Jadi mereka yang bujang atau yang masih tiada anak bersekolah, cari la tarikh off-peak ni. Cuba la, mesti boleh jumpa FREE SEATS yang ditawarkan.

                          2. Minimakan 'Guest' 👌
                          FREESEATS ni ada limit utk setiap flight. Mungkin waktu kita cari tu, tarikh yang kita nak tinggal berapa seats sahaja.

                          Jika flight yang kita nak tu hanya tinggal 4 FREESEATS sahaja tapi kita nak travel 6 orang. Mesti semua (6 orang) tak akan dapat FREESEATS tu.

                          Apa yang biasa saya buat, saya pecahkan bilangan guest kepada 2 kumpulan kecil untuk buat booking berasingan. Jika tadi kita try cari FREESEATS untuk 6 orang tak dapat (sbb ada 4 je FREESEATS), bila kurangkan ahli kumpulan dapat 4 FREESEATS. Dan saya  bookingkan dulu 4 orang pertama untuk dapat FREESEATS tu, dan baki 2 orang saya beli tiket dengan harga yang di’offer’. Jadi.dapatlah kita  travel pada tarikh dan masa yang kita pilih pada kos yang murah walau pun tak dapat semua FREESEATS

                          3. Booking Awal 👌
                          Promo ni dah start 21.05.2018 hari tu lagi, patutnya yang nak merebut FREESEATS ni kena tempeh awal-awal. Tapi yang masih belum, masih boleh mencari FREESEATS yang ada. Orang kata Better Late Than Never.

                          4. Senangkan Proses Booking 👌
                          Nak cepatkan proses booking ( untuk elak time-out), elok kita log-in dan masukkan maklumat mereka-mereka yang akan terbang bersama kita (ahli keluarga atau sahabat).

                          Bila dah jumpa FREESEATS, untuk next steps kita perlu klik je nama penumpang (guest). Kan cepat, tak ada la masa tu baru nak key-in satu-satu nama penumpang. Kena macam saya yang biasa tempah 8 tiket, memang ‘masak’lah nak key-in satu-satu nama tiap kali nak beli tiket.

                          5. Sediakan Beberapa Pilihan Destinasi dan tarikh. 👌
                          Jangan masa nak cari FREESETAS tu baru nak fikir destinasi dan tarikh. Plan awal-awal dan buat 2-3 pilihan.

                          PENING atau tak tahu nak pergi mana?? 😏

                          Boleh tengok gambar-gambar yang saya kongsikan, ni semua antara destinasi yang saya dah sampai dan AirAsia menawarkan penerbangan terus dari Kuala Lumpur.







                          Nak bercuti “CUTI-CUTI MALAYSIA”, boleh intai-intai tiket ke Langkawi, Kuching atau pun Kota Kinabalu. Nak jauh sikit, boleh intai-intai tiket ke Bangkok, Pattaya atau Bandung. Nak lagi jauh, cuba pula ke Gold Coast, Seoul atau Busan. Ini semua contoh… Saya cadangkan je..

                          Nak tips bercuti ke salah satu tempat ni, google je… tak pun singgah blog saya www.mat-drat.blogspot.com, semua tempat ni saya dah share pengalaman percutian saya.

                          DESTINASI saya yang saya rebut dalam promosi sekarang ni…. Saya rahsiakan dulu, tapi tak dekat dan tak berapa jauh. Penerbangan ambil masa 5 jam 30 minit je. Boleh la agak-agak kemana saya akan bercuti nanti… 😄🤭

                          Saya pernah share di blog dulu, cara nak rebut FREESEATS ni, boleh la jug baca di http://mat-drat.blogspot.my/2016/06/tips-nak-dapatkan-tikets-free-seats.html

                          DAN INGAT….👇👇

                          Booking hanya boleh dibuat/ditempah dari 21 to 27 May 2018 di website  AirAsia www.airasia.com dan

                          Travel period adalah dari 1 November 2018 to 13 August 2019.

                           #AirAsiaFreeSeats #halfabillion #AABC #MATDRATBLOGGER

                          Monday, 7 May 2018

                          Tiket Murah USS Universal Studio Singapore 2018

                          Tiket Murah USS Universal Studio Singapore 2018



                          Kali ni Mat Drat nak share sikit tips beli tiket USS Universal Studio Singapore dengan harga murah.

                          Nak murah, biasanya orang akan beli online. 

                          Kalau nak beli online, boleh beli terus di Laman web USS atau pun melalui beberapa laman web 3rd party yang menjadi ejen seperti  👉👉 KLOOK


                          Mat Drat kalau bercuti tak kira oversea atau local, kebanyakan tiket entrance untuk tempat yg nak dilawati, Mat Drat beli secara online dilaman web KLOOK ni.



                          Beli online dan bila sampai di kaunter hanya tunjuk printed voucher atau hp. Ada tempat boleh masuk terus  dan ada tempat perlu redeem tiket dahulu. Di USS Singapore ni ada kaunter / gate khas untuk pemegang tiket KLOOK. mUDAH LA SIKIT.


                          Harga Published Rate Laman Web USS


                          Harga tiket (published rate) untuk masuk ke USS mengikut laman web UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE adalah:
                          • Dewasa (13-59 tahun) = SGD 76 
                          • Kanak Kanak (4 12 tahun) = SGD 56
                          • Veteran (60 tahun ke atas) = SGD 38
                          • Universal Studios Singapore™ - Express Pass = SGD 70  50
                          Express Pass

                          • Express Pass ni pass yang bolehkan kita 'naik' ride tertentu dengan express tanpa beratur panjang.
                          • Tiket biasa kena beratur, kalau ada Express Pass ni tak perlu beratur ataupun dapat express lane.
                          • Jangan beli express pass tapi tak beli tiket pulak ye.
                          • Pengalaman Mat Drat, tak ada Express Pass ni boleh je, cuma kena banyak bersabar beraturrrrr panjangggg untuk ride tertentu.


                          Tiket Annual Pass
                          Kalau yang rasa akan selalu ke USS tu boleh lah ambil tiket annual pass yang dijual pada harga /;
                          • Adult (Age 13-59) - SGD 318
                          • Child (Age 4-12) - SGD 288
                          • Senior (Age 60 and above) - SGD 288
                          Boleh semak dan boleh beli di laman web USS 


                          Harga Diskaun di KLOOK

                          Satu option untuk tiket murah adalah di KLOOK.

                          Memang tak banyak beza, SGD 4 je (SGD 76 - SGD72), tapi convert dengan RM dah lebih RM 10. Dan kalau beli tiket untuk family yang agak ramai...banyak  juga jimat tu.


                          Harga tiket USS di KLOOK pula adalah  
                          • Dewasa (13-59 tahun)        = SGD 76  SGD 72
                          • Kanak Kanak (4 12 tahun)   = SGD 56  SGD 53
                          • Veteran (60 tahun ke atas)  = SGD 38

                          Kupon Diskaun Klook 
                          Nak lagi jimat, beli di KLOOK dan guna kupon diskaun. Dah dapat harga murah, dapat diskaun lagi.  Memang untung.

                          Mat Drat akan share dari masa ke semasa kupon diskaun KLOOK yg terkini di link ini
                          👉👉 KUPON DISKAUN KLOOK  👈👈



                          Dapat Kredit KLOOK
                          Lagi satu, bila beli di KLOOK ni kita akan dapat kredit dan kredit tu boleh guna untuk offset dengan next purchase. 

                          Kredit ni boleh guna untuk next purchase untuk mana-mana pembelian, tak semestinya utk destinasi sama.

                          Boleh klik link KLOOK di bawah untuk dapatkan tiket USS murah 


                          Klook.com




                          Ramai juga yang pm Tanya pasal beli tiket KLOOK ni.

                          Ini Mat Drat screenshoot kan (bertarikh 23.08.2018)
                          - dah lebih 940,000 yg beli melalui KLOOK
                          - beli terus confirm
                          - tiket (baucer) kita 'open date'
                          - boleh masuk terus dengan baucer (mobile or printed)



                          Cara Pembelian di KLOOK

                          1. Pembelian akan di caj dalam SGD. Bayar guna kredit card/ debit card.
                          2. Dah beli USS ni tak boleh cancel.
                          3. Tiket adalah open date (tapi lihat term - ada tarikh validity)

                          4. Selesai pembelian, kita akan terima confirmation email dan baucer serta merta.
                          5. Check folder SPAM kalau tak terima email
                          6. Print baucer dan tunjukkan printer baucer untuk masuk atau install app KLOOK di mobile phone dan tunjukkan baucer di app handphone.

                          * Mat Drat lebih suka gunakan printed baucer sebab boleh print 2-3 keping dan tak perlu risau bateri hp habis waktu nak masuk ke USS.



                          Tips Masuk USS
                          Ni Mat Drat nak share sikit mengenai tips kalau nak masuk ke USS.
                          1. Datang Awal ke USS. Paling kurang 30 minit sebelum dibuka. Biasa orang ramai sudah Q sebelum ia di buka. 
                          2. Datang awal, boleh bergambar dahulu di hadapan trademark USS - Globe Universal Studio. Di sini memang ramai orang nak bergambar.
                          3. USS akan crowded apabila Public Holiday atau pun musim cuti sekolah lagi-lagi kalau bertembung cuti sekolah Malaysia dan Cuti Sekolah Singapore.
                          4. Makanan dan minuman luar tak boleh bawa masuk. Di dalam banyak menjual makanan dan minuman. Ada beberapa restoran makanan halal di sini. Rujuk pamplete map USS ni, cukup senang mencari restoran halal.
                          5. Surau juga ada disediakan di sini, jangan risau.



                          Fast food ada... antara halal food yang disediakan di sini


                          7. Kalau orang terlalu ramai, boleh beli Express Pass. 
                          8. Lihat jadual show " jangan terlepas" terutama Magical Hollywood Dream Parade dan juga Pertunjukan Bunga Api Lake Hollywood Spectacular. Tak semua hari ada pertunjukkan ni, jadi semak jadual di laman web kalau nak tengok. Datang pilih hari yang ada pertunjukkan.

                          https://www.rwsentosa.com/en/attractions/universal-studios-singapore/plan-your-visit

                          9. Pertunjukkan stunt juga jangan lupa tonton, sangat menghiburkan.



                          ~Mat-Drat ~

                          Kalau rasa bermanafaat, boleh share. 👇👇👇