Sunday, 5 August 2018

Percutian Bandung Day 4 - Pasar Baru dan Alun-Alun Bandung





Ini entry ke-6 untuk 'travelog' Trip Bandung ini.  Destinasi untuk hari ke-4 yang juga hari terakhir kami di Bandung adalah ke Pasar Baru dan Alun-Alun Bandung.

Sebelum tu, entry ni bersambung dari entry sebelum ni...
👉👉 Percutian Bandung Day 3 - Glamping Lakeside Bandung



Hotel Karmil yang kami menginap di malam terakhir ni agak 'budget' di mana untuk sarapan kami dikehendaki membuat pilihan menu sama ada Set A, Set B atau Set C. Pilihan menu kena bagi tahu malam tadi, jadi pagi ni sarapan akan dihantar terus ke bilik.

Mat Drat order yang menu yang agak selamat...set roti bakar dan set bubur nasi. Dihantar lebih kurang 7am ke bilik. Siap-siap sarapan, kami hanya menunggu Gunawan tiba untuk kami memulakan perjalanan kami ke destinasi kamu yang berikutnya.


Lebih kurang jam 8, Gunawan datang. Kami selesaikan urusan check-out dan terus menuju ke destinasi pertama....Pasar Baru

Flight balik ke Kuala Lumpur adalah jam 8.00 malam, lambat lagi dan kira satu hari yang agak panjang untuk kami.



PASAR BARU


Tidak ada niat lain ke sini selain untuk menyopping apa lagi yang kurang. 

Pasar Baru ni kira antara shopping mall yang cukup terkenal untuk membeli belah jika ke Bandung, terkenal dengan pelbagai barangan yang disini pada harga yang agak murah.

Nak tahu murah atau tidak, datang la kesini...

Asalnya Gunawan letakkan destinasi Pasar Baru ni di itinerari Hari Pertama, tapi Mat Drat minta tukar ke hari terakhir. Sebab datang ke Bandung ni tujuan shopping tu tujuan ke dua...

Pasar Baru ni agak luas, ada beberapa tingkat. Telekung ada, pakaian siap ada, jeans ada, kain pasang ada....macam-macam lagi la...

Waktu sampai di sini, sekitar jam 9 pagi...Gunawan kata dia akan tunggu sahaja sehingga kami selesai shopping. Dia kata dalam 4-5 jam kalau tak siap shopping kat sini, dia tunggu sampai siap. Tapi Mat Drat cakap, apa yang kami nak beli semuanya dah beli di hari pertama, hari kedua dan hari ketiga, jadi di sini mungkin tak lama....dalam 1 jam sahaja. Konon-kononnya lah... Lagi pun dah tak ada apa nak dibeli, dan duit shopping pun dah macam kurang.


Bodyguard / pembantu shopping
Gunawan (supir kami) kata, bila dia park van nanti akan datang seorang lelaki yang akan menjadi ascort kami sepanjang kami shopping di sini. Sebut sahaja nak cari apa, dia akan bawa ke kedai yang menjual apa kita cari. Gunawan kata yang dia orang ni akan jaga kita dan bawa barang-barang kita, dan mereka ni sebenarnya dah dibayar oleh tokey kedai. TAPI terpulang pada kita nak bagi upah seikhlas hati berapa.... Rp 2,000...Rp 5,000 terpulang.

Mat Drat bagi sikit sebagai upah tunjuk kedai dan bawakan barang yang dibeli. Walau pun 'askar-askar' ramai nak bawa barang sendiri, tapi dia bertegas nak bawakan...Jadi Mat Drat bagi je la kat dia 


Kain Pasang / Kain Sulam / Telekong Murah
Cukup banyak pilihan di sini, cukup banyak kedai. Harga pun memang murah... Rasanya telekung sebaik kualiti 'Siti Khadijah' boleh dapat lagi murah dari yang Mat Drat beli di Rumah Sulam M-Colection. Tapi dah beli, nak buat macam mana.

Kain pasang, kain sulam, kain lace, pelikat dan batik dah beli sebelum ni jadi di Pasar Baru ni tak ada apa sangat yang nak di cari sebenarnya. 

Akhirnya tejumpa kedai menjual pakaian kanak-kanak, yang anak lelaki kecil (7 tahun) seronok sangat dapat baju tidur 3 pasang kat sini... Satu baju Superman, satu Spiderman, satu Ultramen....convert tak sampai RM 20 sepasang. 

Yang anak pompuan pulak entah baju apa yang dibeli pun tak tahu, nak yang itu, nak yang ini...belikan aje la...murah.

Lama juga kami kat kedai pakaian kanak-kanak ni....sorang 2-3 pasang, nak test try lagi...memang lama.

Kemudian terlama pulak kat kedai jeans..... yang lelaki pompuan dapatlah jaket jeans, kain jeans...cantik dan murah.

Tak cukup duit kat sini jangan risau, kat Pasar Baru ni ada ATM mesin. Yang penting sebelum keluar negara, kita dah aktifkan kad debit kita.

Seronok juga Mat Drat keluar duit di mesin ATM di sini, sekali keluar Rp 2,000,000...... jutawan tu... he he he

Dalam tak ada apa nak beli tu, banyak juga yang kami membeli di sini sampai Mat Drat kena cucuk duit di ATM.

Lebih kurang 2 jam, selesai kami di sini. Nasib baik dah membeli awal-awal, kalau tak 5-6 jam tak tentu siap membeli di sini.

Nota : Gambar di sini hilang bersama rosaknya hpyang digunakan ambil gambar di sini.









LUNCH - KFC INDONESIA je


Jam baru 11am lebih, Gunawan bercadang nak bawa kami ke Rumah Mode pula. Mat Drat cakap awal-awal, yang kami dah surrender untuk membeli belah di Bandung hari ni. Kaki dah terlalu letih....tersangat letih sehingga nak menapak pun dah tak larat.

Jadi Gunawan kata elok berehat sambil makan tengah hari.... Dan Mat Drat terpaksa cakap pada Gunawan, kami tak nak makan masakan Sunda atau Padang dah hari ni, kami nak makan KFC sahaja. Masuk hari ke-4 dah tak nak makan masakan Padang atau Sunda dah... Perut dah tak tahan dengan 'pedas' dia, lain macam perut meragam.

Kami singgah makan KFC , lepak dalam 1 jam lebih untuk hilangkan lenguh kaki sebelum meneruskan ke destinasi berikutnya.



Datang jauh-jauh, makan KFC!!!

Budak-budak...KFC je suka....




ALUN-ALUN BANDUNG & MASJID BANDUNG


Memandangkan kami dah keletihan nak menapak dan jam pun baru sekitar jam 12 tengah hari, jadi Gunawan cadang kami ke Masjid Bandung dan ke Alun-Alun Bandung.

Dua-dua ni bersebelahan, dan kami boleh berehat (melunjur kaki) di perkarangan masjid.

Di kaki lima masjid ini dipenuhi dengan orang ramai, kebanyakkan orang Indonesia sendiri yang datang ke Bandung. Alun-Alun ni kiranya macam pusat Bandung, pusat hentian bas jadi orang akan mengambil kesempatan berehat di sini.

Jika berehat di perkarangan masjid ni ( dikaki lima), jaga barang persendirian dengan elok-elok dan kasut juga. Jangan tinggalkan sesuka hati, hilang nanti menangis tak berlagu.








Selesai solat Dzuhur, kaki pun dah hilang lenguh, kami mula berjalan di sekitar Alun-Alun Bandung ni, menarik juga rupanya di sini.

Berdekatan Alun-alun ni ada satu kawasan menjadi tempat berkumpul 'artis tempatan' dengan kostum yang cukup menarik, terutamanya kepada kanak-kanak. Teringat masa Mat Drat ke Barcelona beberapa tahun dahulu, semasa bersiar  di La Rambla juga terdapat artis yang mencari rezeki dengan kostum yang menarik. Tapi di sana pastinya mereka lebih kreatif.

Jom lihat apa yang ada di Alun-Alun Bandung ni...



ALUN-ALUN



BANDUNG




Selain di Masjid, boleh juga berehat di sini...


Tak tahu apa maksud ASIA AFRIKA ni

'Artis' jalanan yang lengkap kostum ni akan sedaya upaya mengajak anak-anak kita bergambar dengan mereka. Dan setiap kali bergambar, kita kena hulurkan tips/token kepada meraka...Rp 2,000 atau Rp 3,000 atau Rp 5,000... Ikutlah.

Anak-anak ni kalau boleh, semua karektor tu dia nak bergambar.

Bumblebee...

Geng Avengers
Iron-Man dan Kapten America


Dia kata tak payah bayar pak.... mari bergambar !!


Kesian Hello Kitty


Adoi...dengan Thor pulak


Geng Hantu (Hantu kepala 3 ) sedang berehat



Geng Hantu sedang menyiapkan diri...ni untuk shift petang kot
.


Kartika Sari : Beli Oleh-Oleh Terakhir

Dari Alun-Alun Bandung kami singgah ke Kartika Sari sebelum ke Airport Bandung.


Singgah sini sebab masa pun masih agak panjang dan dapatlah Mat Drat beli sedikit oleh-oleh Bandung ni.  

Oleh-oleh / makanan yang di jual di sini kebanyakkannya ada juga di Malaysia, cuma ia agak special sebab di beli di Kartika Sari !!!

Mat Drat pun tak ingat sangat apa yang isteri beli di sini, tapi tak silap kek lapis pun ada, kek Kartika Sari, pisang salai dan entah apa lagi la....

Apa yang ada kat sini, kena google lebih ye, mungkin ada blogger lain yang tulis.



Airport Bandung - Hussein Sastranegara International Airport

Memandangkan Mat Drat punya beg/bagasi bertambah lepas balik dari Pasar Baru, jadi Mat Drat perlu ke airport awal untuk beli baggage allowance tambahan.

Yang nak beli bagasi tambahan, belilah secara online sebelum menaiki pesawat untuk lebih memudahkan. Jika tak boleh beli (top-up) di website, boleh beli di kaunter AirAsia di airport TAPI  bukan beli di kaunter check-in / drop beg ye.

Memandangkan nak beli baggage allowance tambahan kena beli  paling kurang 4 jam sebelum penerbangan, jadi terpaksa Mat Drat datang ke airport agak awal. Jam baru 4pm lebih.

Mat Drat beli bagasi tambahan AirAsia di airport, boleh beli di kaunter sales n service Air Asia. Boleh tanya petugas airport jika tak jumpa, sales n service ni bukan di dalam kawasan boarding, tak perlu melepasi imigresen.

Di luar terminal terdapat banyak cafe dan restoran jika ingin makan terlebih dahulu kalau sampai awal di airport.


Airport ni tidak sibuk. Ada ruang rehat di bahagian dalam boarding area yang cukup selesa. Anak-anak siap main game dan layan youtube di komputer-komputer yang disediakan.

Dulu-dulu orang kata kena sediakan duit cash untuk bayar airport tax, tapi sekarang dah tak perlu lagi. Tak silap mulai tahun 2015, airport tax dah termasuk dalam harga tiket, jadi tak perlu bayar tunai lagi.


Cukup selesa menunggu penerbangan. Waktu anak-anak yang lebih besar,
layan youtube dan game di komputer yang disediakan di ruang menunggu ni.




Selepas flight delay dalam 1 jam, akhirnya kami berlepas balik ke Kuala Lumpur.

Sampai di KLIA2 sekitar 11pm lebih, selesai ambil beg dah hampir jam 12am. Nasib baik Mat Drat decide park di KLIA2 sahaja. Jadi terus bawa beg yang beranak pinak beserta anak-anak ke kereta.

Masuk beg....start kereta dan terus drive balik kerumah.


Selesai trip Bandung yang dirancang last minit ni. Satu trip yang menyeronokkan kepada anak-anak dan kepada isteri...





~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. 👇👇👇


7 comments:

  1. Biasanya ada lagi tempat yang menarik selain telah dilawati ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada a few lagi... Tangkuban Perahu dan Dago dream Park antara yg menarik Tapi saya tak pergi.

      Delete
  2. Maksud daripada Asia-Afrika https://en.wikipedia.org/wiki/Bandung_Conference

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih atas info Rizki Maulana atas info

      Delete
  3. maaf ya, boleh saya tahu total perbelanjaan sepanjang saudara berada di sana?

    ReplyDelete
  4. maaf, boleh saya tahu berapa total kos selmaa 6 hari tu?

    ReplyDelete
  5. Tamaff cik ieda... Tak ingat sbb tak buat catitan.

    Tapi secara kasarnya.
    Kos hotek lagi murah dari Malaysia.
    Kos sewa van + supir, lagi murah dari di Langkawi.

    Kos makan, dlm 120-150 sehari, utk 8 pax. Saya maklumkan supir, budgert makan.

    Kos kos tiket entrance + souveniour + shopping... Bergantung kpd individu dan itinerari yg dibuat

    ReplyDelete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.