Tuesday 14 August 2018

Tempat Makan Sedap Di Bandung

Tempat Makan Sedap Di Bandung


Jika bercuti ke Bandung, masakan Padang dan masakan Sunda adalah antara menu yang perlu di cuba. 

Terdapat banyak restoran yang sedap dan di rekemenkan untuk menjamu selera di Bandung. Sedap itu agak subjektif kerana selera dan cita rasa berbeza setiap orang.

Mat Drat senaraikan 4 sahaja, kerana 4 ini termasuk di dalam itinerari yang diberikan leh supir kami pada awalnya. Lokasi yang dibawa memang tidak mengecewakan.


RESTO DSDL (D'SAUHAH DA LADA) 

Tempat Makan Sedap Di Bandung Resto DSDL D Sauhah Da Lada Bercuti Bandung
Resto DSDL (D'Sauhah Da Lada)

Resto DSDL (D'Sauhah Da Lada) ini walau pun namanya seakan nama Mat Salleh, tetapi sebenarnya ia diambil dari perkataan Sunda. Dan semestinya menu utama di sini adalah masakan Sunda (terkenal dengan lalapan dan sambal goreng sunda). 

Pelanggan boleh memilih untuk makan di gazebo (tingkat bawah atau atas) mahu pun di dalam bangunan. Sudah pasti makan di gazebo menjadi pilihan.

Lokasinya yang terletak di Lembang sudah pasti amat sesuai untuk mereka yang ingin menjamu selera selepas melawat kawasan sekitar Lembang.

Untuk menu dan harga, boleh semak di laman web mereka. 

Website : http://www.restodsdl.co.id/

Lokasi  : 👉 Google Resto D'Sauhah Da Lada

Address : Jl. Raya Lembang No. 121 Lembang, Bandung Barat.

Tel : (022) – 2786325 atau 089636564588 (WhatsApp)

WaktU Operasi :07:00 – 21.00 , Isnin - Ahad

.




.

BOEMI MITOHA - Restoran Masakan Sunda

Tempat Makan Sedap Di Bandung Boemi Mitoha Bercuti Bandung
Antara pilihan lauk yang ada...

Boemi Mitoha
merupakan salah satu restoran yang menyajikan masakan Sunda di Kota Bandung yang sering menjadi tumpuan warga tempatan dan juga pengunjung luar.

Agak menarik motonya 
"Melestarikan buaya masakan tradisional Indonesia, melalui hobi sang menantu kesayangan'.


Mengikut cerita asalnya kecintaa si ibu (Boemi Mitoha) memasak untuk keluarga di teruskan oleh menantunya. Resepi-resepi si ibu diwariskan kepada si menantu dan menantu. berkongsi pula dengan para pelanggan di restoran inii. Justeru, Boemi Mitoha mengharapkan para pelanggan dapat makan di sini dalam suasana nyaman dan seperti makan di rumah sendiri.

Untuk menu dan harga, boleh semak di laman web mereka. 

Website : http://boemi-mitoha.com/


Lokasi  : 👉 Google Restoran Boemi Mitoha

Address : Jl. Ciliwung No.15, Cihapit, Bandung Wetan, Kota Bandung

Tel :  +62 22 7279176

WaktU Operasi :10:00am – 10.00pm , Isnin - Ahad




RESTORAN SA SEDERHANA MASAKAN PADANG 

Percutain bandung Tempat Makan Sedap Murah Di Bandung Restoran SA sederhana Masakan Padang


Boleh di katakan Restoran SA Sederhana Masakan Padang antara restoran masakan Padang yang paling banyak cawangan di seluruh Indonesia. Cukup di minati oleh warga tempatan dan juga pelancong luar.

Supir Mat Drat di Bandung tidak mengecewakan dengan membawa kami ke sini.

Makan di Restorsan ini, lauk yg dipilih akan diletak dalam piring-piring kecil, dan kita cuma perlu bayar jika lauk dalam piring tu kita sentuh dan luak isinya.

Tips : Makan di siang hari lebih baik berbanding malam untuk menu lauk yang lebih pelbagai dan 'baru'.


Untuk menu dan harga, boleh semak di laman web mereka. 

Website : http://boemi-mitoha.com/




Lokasi  : 👉 Google Restoran SA Sederhana Masakan Padang

Address : Jl. W.R. Supratman No.41, Cihapit, Bandung Wetan, Kota Bandung

Tel :  +62 811 2244 458

WaktU Operasi :





RESTORAN KAMPUNG DAUN

Percutain bandung Tempat Makan Sedap Murah Di Bandung Restoran SA sederhana Masakan Padang

Restoran Kampung Daun bukan sahaja restoran yang di suggest untuk sesetengah blogger / website untuk mejamu selera, malahan juga di cadangkan sebagai tempat yang wajib dilawati.

Ambiance di sini agak mendamaikan di mana sambil makan dapat menikmati pemandangan dan suasana menenangkan. Suasana makan di sini nyaman di kelilingi suasana menghijau menjadikan ia satu tarikan. 

Lokasinya yang juga terletak di Lembang sudah pasti amat sesuai untuk mereka yang ingin menjamu selera selepas melawat kawasan sekitar Lembang.


Website (bukan rasmi) : https://www.qraved.com/bandung/kampung-daun-lembang


Lokasi  : 👉 Google Restoran Kampung Daun

Address : Villa Triniti, Jalan Sersan Bajuri KM. 4,7, Cihideung, Cigugur Girang, Parongpong, Cigugur Girang, Parongpong, Kabupaten Bandung Barat

Tel :  +62 22 2787915

WaktU Operasi : Mon - Fri 11:00 - 23:00, Sat - Sun 11:00 - 00:00





~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡




4 comments:

  1. Hi Mat Drat, sepanjang di bandung.. ada x kene cirit birit atau muntah2? 4 restoran yg mat drat recommend ni ok x dari segi kebersihan? maaf la sebab saya br 1st time nk pergi bawa anak2 kecil jd kene ambil kira semua faktor especially kebersihan. harap sangat mat drat dpt membantu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, seingat saya tak ada.
      kami tak mkn di gerai bergerak tepi jln, takut perut tak tahan

      Delete
    2. saya pun baru balik Bandung lagi ni, baru 3 hari balik. Alhamdulillah tak kena, mmg pesan dgn Gunawan bawa restoran yang okey sikit

      Delete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.