Kalau ke Bandung tak menyopping tu kira tak sah. Barang di sini terutamanya pakaian yang produk dari sini agak murah, agak juah lebih murah berbanding di Malaysia.
Antara item yang 'wajib' dibeli apabila ke sini antaranya adalah kain pasang, kain pasang bersulam, telekung dan pakaian / produk kulit.
Faktor tukaran matawang juga memihak kepada kita turut menjadikan faktor kita merasakan barang di sana cukup murah.
Mat Drat kongsikan beberapa tempat yang sempat Mat Drat singgah untuk teman isteri menyopping dan juga premis-premis lain yang tak sempat di singgahi tetapi dikatakan antara tempat yang perlu disinggahi jika ke sini.
PASAR BARU
Ini lokasi wajib jika ke Bandung terutama wanita. Bangunan yang terdiri dari 8 menyediakan pelbagai barangan terutamanya pakaian.
Sebut sahaja kain telekung, kain batik, kain pasang, kain pelikat, kain bersulam, pakaian kanak-kanak, jeans semua semua ada. Bukan sahaja ada, malahan harganya juga agak murah.
Disini jangan segan silu untuk tawar menawar. Orang Malaysia kan terkenal dengan sikap nak menawar harga tak kira pergi kemana.
Apa bila datang ke sini, biasanya akan ada seorang 'pembantu' atau 'body guard' yang akan membantu kita sepanjang masa kita menyopping di sini. Tanpa kita pinta dia akan membawa/mengangkat barangan yang kita beli. Sebut sahaja kepada dia kita nak beli apa, dia akan tunjukkan kedai yang biasa dikunjungi orang. JANGAN lupa, dah selesai shopping, hulurkan sedikit saguhati/ tips kepada dia, ini cara dia mencari rezeki.
Di sini juga nak makan tiada masalah. Ada banyak kedai makan atau restoran di sini, pilih sahaja nak makan Masakan Sunda atau Masakan Padang.
Waktu Operasi : 10am - 5:00pm
Alamat : Jl. Otto Iskandar Dinata, Kb. Jeruk, Andir, Kota Bandung, Jawa Barat
Lokasi : Google Map Pasar Baru
RUMAH MODE FACTORY OUTLET
Rumah Mode Factory Outlet antara lokasi yang turut dikunjungi jika ke Bandung. Walaupun ia berkonsepkan factory outlet, tetapi boleh kata ia juga sebagai 'one stop shopping centre'. Ala-ala JPO la kalau di Malaysia.
Antara yang terdapat di sini pastinya adalah pakaian, beg tangan, kasut dan aksesori perhiasan wanita terutamanya.
Butik berjenama turut terdapat di sini.
Waktu Operasi : 9:00 am - 9:00pm
Alamat : Jl. DR. Setiabudhi No.41, Pasteur, Sukajadi, Kota Bandung, Jawa Barat
Lokasi : Google Map Rumah Mode Factory Outlet
RUMAH KAIN SULAM M-COLLECTION
Memilih kain di Rumah Sulam M-Collection cukup selesa. |
Selain ke Pasar Baru, Rumah Kain Sulam M-Collection ini juga antara premis jika ingin mencari kain pasang dan kain sulam pada harga yang murah.
Kedai yang berkonsepkan rumah, sudah pasti memberikan sedikit keselesaan jika berkunjung ke sini. Jika datang dengan membawa anak-anak kecil tak jadi masalah di sini kerana sambil ibu bapa memilih kain anak-anak boleh rileks di sofa tanpa gangguan.
Selain kain pasang dan kain sulam, juga terdapat di sini telekung, kain pelikat dan kain batik.
Selain kain pasang dan kain sulam, juga terdapat di sini telekung, kain pelikat dan kain batik.
D' FASHION TEXTILE & TAILOR
D' Fashion Textile & Tailor ini dibawa oleh supir Mat Drat ketika kami di Bandung. Kami minta dia bawakan kami ke kedai yang menjual kain lace yang harga murah' dan banyak pilihan. Ini kedai yang dia bawa.
Jika mencari kain lace atau pun kain pasang pada kuantiti yang banyak, sini mungkin pilihan yang tepat. Cukup selesa membeli belah di sini, dan pekerja dan staff cukup mesra melayan pelanggan.
Mereka juga menyediakan perkhidmatan menjahit baju kurung, kebaya atau baju melayu ke mereka yang ingin membuat tempahan.
Lokasi : Google Map ke D' Fashion Textile & Tailor
KARTIKA SARI
Bagi yang berhajat mencari oleh-oleh atau buah tangan dari Bandung, Kartika Sari adalah antara tempat yang dituju.
Oleh-oleh / produk makanan yang paling di gemari di sini adalah seperti cookies, kek pisang 'bollen'nya (seperti pisang salai) tetapi dengan pelbagai perasa.
Pisang 'salai' yang dijual memang sedap dan tidak rugi jika dibeli kerana tidak dapat ditempat lain.
Selain itu, terdapat kek-kek dan kuih tempatan. Kek Lapis Kartika Sari juga boleh dibeli untuk dijadikan buah tangan dari Bandung.
Lokasi : Google Map Kartika Sari Bandung
TOKO JEANS ( Tiga Original Jeans Center)
Toko Tiga atau juga disebut Toko Jeans merupakan kedai yang menjual jeans-jeans original pada harga yang agak murah.
Ikut pengalaman Mat Drat di sini, harganya tidak lah murah sangat. Kalau nak beli Levi's rasanya beli kat JPO lagi puas hati.... harga lebih kurang sahaja di JPO dan kita tidak perlu gunakan limit 'baggage alowance' untuk jeans ini.
Alamat : Jl. A. Yani No. 112-116, Malabar, Lengkong, Bandung
Lokasi : Google Map Toko Jeans
JALAN CIBADUYUT
Jalan Cibaduyut merupakan tempat tumpuan jika ingin mencari barangan kulit, terutamanya kasut. Terdapat beberapa kedai yang sering menjadi tumpuan pengunjung di sini.
Kasut kulit atau pun boot dengan kualiti jahitan yang agak baik dan berkualiti boleh didapati dengan harga yang agak murah. Cuma ia bukanlah jenama terkenal tetapi sebaliknya adalah buatan tempatan.
Selain kasut (kasut lelaki dan wanita) , di sini juga menjadi tumpuan mereka yang mencari beg tangan, dompet dan juga wallet.
Lokasi : Google Map Jalan Cibaduyut
Mat Drat juga kumpulkan semua entry berkaitan trip Bandung ni di bawah ini.
|
|
|
|
| |
|
|
|
|
~Mat-Drat ~
Kalau rasa bermanafaat, boleh share. 👇👇👇
Salam bang..kalo sy solo nk p tpt2 di utara dan selatan tu sesuai naik motor x...ke sewa moto sdri bawa sdri moto tu.atau ade ke sewa moto dgn pilot skli??
ReplyDeletewasallam. tak tahu pulak bab2 naik motor di area sana. ikhlasnya tak pernah baca pulak ada yang dah sampai bandung dan sewa motor di sana.
Deletetapi ikut borak2 dengan Gunawan yang jadi pemandu kami, di Bandung mereka nak 'hidupkan' industry sewa kenderaan. Jadi org luar susah sikit nak menyewa kenderaan.
Dan Mat Drat pun tak Nampak(mungkin tak perasan) tourist2 sewa motor di sini.
Mungkin boleh try app GOBIKE (Mcm grab tapu untuk motor) .Rasanya di Indonenesia mcm Bangkok juga, banyak perkhidmatan ni. Tapi agak risiko la...
Salam Mat Drat,boleh recommend hotel dibandung utk family 5 org . Lokasi baik
ReplyDeleteTIA
wasallam.
Deletesaya tak berani nak komen, tapi utk panduan area mana...mungkin boleh baca di entry saya "Percutian Bandung : Tips dan Panduan"
Asaalam Mat. Akak nak mintak no contact pak Gunawan. Biasanya satu hari mobil & supir dikira berapa rm?
ReplyDeleteWasallam. Saya ada letak mombor contact pak Gunawan di entry pertama (Tip Percutian Ke Bandung).
DeleteBerapa rate sehari, saya tak ingat la kak. Ada beberapa pilihan 'van'. Lain2 harga
Salam Mat... Sya akan ke Bandung.. Mana tempat shopping paling murah kt sana
ReplyDeleteAssalammualaikum en Mat. Ada tak transport yg mudah dr Jakarta nk ke Bandung? Memandangkan flight sy ke Jakarta sahaja. Nk cr pengalaman. Tqvm for respond🤗
ReplyDeleteWaalaikumussalam... Paling senang naik train.
DeleteBagi saya tu pilihan terbaik
Naik train jer dr jakarta ke bandung.. perjalanan 2 jam ...
Delete