Untuk entry ke-3 ini, Mat Drat sambung 'travelog' day 1 Trip Bandung ni dengan kongsi destinasi berikutnya iaitu Floating Market Lembang.
Entry ni bersambung dari entry sebelum ni...
👉👉 Trip Bercuti Bandung Day 1 - Kopi Luwak dan Kebun Begonia
Entry ni bersambung dari entry sebelum ni...
👉👉 Trip Bercuti Bandung Day 1 - Kopi Luwak dan Kebun Begonia
FLOATING MARKET (Destinasi Ketiga)
Keluar dari Kebun Begonia, kami terus menuju ke Floating Market. Jarak tak jauh mana, tak sampai 1km pun...
Floating Market ni agak luas sebenarnya, kalau nak 'meronda' puas-puas dalam ni dan bersantai-santaian, rasanya akan ambil masa lebih kurang 3-4 jam.
Kami tak lama di sini, hanya sekitar 1 3/4 jam je. Itupun ada tempat tak pergi, dan banyak aktiviti / ride tak naik. Mat Drat pesan kat anak-anak, kat sini tak boleh lama-lama sebab lepas ni nak ke Farm House (yang ada Rumah Hobbit tu).
Kalau yang dah pernah ke 'Floating Market' di Thailand atau Vietnam, Floating Market Lembang ni lain sikit ye... Di Thailand dan Vietnam tu, floating market kita akan menyusuri sungai/terusan dan banyak kedai/gerai disepanjang sungai/terusan tu. Di sini pula, tasik buatan ni mereka sediakan bot kecil/sampan dan kita boleh ke kedai/market yang terletak di tebing tasik ni.
Sepanjang 1 jam lebih Mat Drat di sini, tak nampak ramai pun yang naik bot/sampan kecil ni. Rata-rata lebih suka berjalan disekitar Floating Market ni....
Dalam 1 jam 1/2 tu, Mat Drat sempat
- minum-minum santai tepi tasik tu (sebelah pintu masuk)
- meronda di taman bunga (Rainbow Garden). Kat sini paling lama, sebab mak , ayah dan anak2 semua 'mabuk' nak bergambar.
- lepak santai di Kota Mini / Miniatur Keretapi'
Kira Mat Drat menjelajah sebahagian sahaja dari Floating Market ni... malas nak jalan jauh-jauh ke dalam. Sampai di area Kota Mini, kami rileks sekejap dan naik ride/main game apa yang ada sebelum patah balik untuk keluar.
Jadi di sini ada beberapa aktiviti yang menarik, nak 2 jam boleh....3 jam pun boleh...ikut minat dan kesesuaian masing-masing.
Sedikit info mengenai Floating Market ni:
Lokasi : 👉 Google Map Floating Market Lembang
Address : Jalan Grand Hotel No.33E, Lembang, Kabupaten Bandung Barat, Jawa Barat.
Telepon:+62 22 2787766
Bayaran Tiket : (Tak kira umur ye)
Weekend - Rp 15,000 seorang (+- RM 4.20)
Weekday - Rp 10.000 seorang (+- RM 2.80)
Tiket ni layak dapat air secawan ye...free je. Kat kaunter tu kita boleh pilih air apa yang nak.
Tiket ni layak dapat air secawan ye...free je. Kat kaunter tu kita boleh pilih air apa yang nak.
Bayaran Parking: (Ini tak termasuk harga sewa van ye)
Bas - Rp 20,000
Kereta - Rp 10,000
Sewa Stroller
Ada kaunter yang sediakan perkhidmatan sewa stroller dan basikal. Kaunter terletak di sebelah kanan selepas memasuki Floating Market ni.
Waktu Mat Drat masuk ke sini, anak kecil dah tidur, jadi perkhidmatan sewa stroller ni sangat-sangatlah membantu.... Tak mahal pum, jangan risau.
Sewa Stroller
Ada kaunter yang sediakan perkhidmatan sewa stroller dan basikal. Kaunter terletak di sebelah kanan selepas memasuki Floating Market ni.
Waktu Mat Drat masuk ke sini, anak kecil dah tidur, jadi perkhidmatan sewa stroller ni sangat-sangatlah membantu.... Tak mahal pum, jangan risau.
Secara amnya Mat Drat rasa tempat ni juga sangat sesuai untuk dilawati lagi-lagi kalau bawa anak-anak... Tiket nya murah, dan pemandangan di sini juga cantik. Ada aktiviti yang menggembirakan anak-anak.. Kita bercuti ni, lihat anak-anak happy, kita pun akan rasa happy juga.
Jangan lupa masuk ke sini dengan handphone dan power bank yang cukup bateri ye...
Jom layan sikit gambar Mat Drat n family di sini... cerita kat gambar lagi senang
(maaf lah...entry trip Bandung ni memang banyak gambar ....)
(maaf lah...entry trip Bandung ni memang banyak gambar ....)
Boleh naik bot yang bersambung tu... ikut masa yang ditetapkan. Kaunter tiket dijual di hadapan 'jeti' kecil ni |
Sambil menunggu bot...boleh lepak minum di sini dahulu. Tengah-tengah minum, kami decide 'tak payah' la naik bot panjang tu, lambat sangat nak menunggu. |
Selfie satu..... |
Kota Mini
Kat sini ada beberapa aktiviti yang pasti menyeronokkan anak-anak..... jom
Kota Mini...Bermain...Belajar...Berfoto Ria!!! Ayoooo |
Kota Mini...Bermain...Belajar...Berfoto Ria!!! Ayoooo |
Sekali sekala jadi macam budak0budak makan gula-gula kapas... |
Seronok juga kayuh beca ni.... lagi seronok kalau duduk ada yang kayuhkan... |
Memang meletihkan..... lagi lagi kalau bawa yang dewasa!! |
Seronok akak-akak ni datang jauh dari Jakarta |
Masa bermain dengan kambing biri-biri pulak... |
Anak-anak sekarang yang boleh kata dah susah nak jumpa biri-biri |
Lapar biri-biri ni... untung tokey, pengunjung beli makanan dan bagi makan pada biri-biri mereka. |
Senyum Kambing... |
Landskap yang cukuop menarik... |
Nasib baik ada stroller untuk di sewa di sini...selesa 'baby' tidur.. |
Rileks sekejap dengan ikan.... |
|
Rainbow Garden
Kat sini tak ada apa selain bunga...bunga...bunga... Yang minat bunga tu pasti seronok....
Jadi layan gambar la lagi ye...
Welkam to Rainbow Garden |
Ingat ...jangan memetik bunga yang ada walau segeram mana pun nanti. |
Memang mendamaikan pemandangan dari atas ni... latar belakang yang cantik |
Drama..... |
Terpersona bila dikelilingi bunga -bunga |
Drama lagi... |
Menikmati keindahan.... |
Menikmati keindahan.... |
Dan bila nak balik tu jangan lupa redeem air percuma yang diberi ye untuk setiap tiket yang kita beli.
Minum dulu sebelum melangkah keluar dari Floating Market |
Selesai bersantai-santaian di Floating Market |
Bersambung di entry berikutnya ....
👉👉 Trip Bercuti Bandung Day 1 - Farm House Susu Lembang
Mat Drat juga kumpulkan semua entry berkaitan trip Bandung ni di bawah ini.
|
|
|
|
| |
|
|
|
|
~Mat-Drat ~
Kalau rasa bermanafaat, boleh share. 👇👇👇
Lebih kurang sama antara satu tempat dengan yang lain.
ReplyDeletelebih kurang sama....cuma di setiap tempat tu ada 1-2 product tarikan dia yang lain dari yang lain
Deletemat drat pakai fon apa?ctk gambar semua sharp
ReplyDeleteNova 2i je.
DeleteTapi gambar2 yang saya update di blog, dah di-reduce-kan size... jadi kualiti kurang sikit.