Sebagai intro, 4 perkataan nak gambarkan Neffos ni...
"Harga Murah, Ciri Hebat"
Pelancaran Model Baru Neffos
Sebagai intro, nak update sikit je yang Mat Drat turut 'singgah' ke majlis pelancaran model terbaru Neffos di Kuala Lumpur baru-baru ni. Majlis yang cukup meriah, tak sangka pulak handphone yang dalam kategori harga agak 'budget' tapi majlis pelancaran agak gah!!
Mat Drat pernah hadiri satu majlis pelancaran satu model handphone yang harga RM2000++ tahun lepas, tapi tak semeriah ni rasanya.
Pada majlis pelancaran tersebut, Neffos Malaysia lancarkan 4 model terbaru serentak!!!
Model yang dilancarkan adalah Neffos C7A, C9, C9A dan X9.
Tak biasa dengan jenama Neffos....jangan risau
Jangan risau, Mat Drat dulu pun rasa janggal jugak dengar nama Neffos ni. Rasa macam tak biasa je dengar. Tapi sejak beberapa bulan lalu, bila nampak bebeapa kawan pakai dan nampak iklan Neffos ni, lama-lama jadi biasa.
Beberapa tahun dulu Mat Drat pengikut setia jenama Sxxxxxx, sempat la pakai model 'Es'3 dan 'Es'4, harga masih boleh tahan lagi masa tu. Sekarang punya model, harga macam melampau-melampau..
Satu ketika tu, nak cari handphone kedua (backup), cari yang murah sikit.... waktu tu berkenan dengan jenama Asus sebab harga dia agak murah tapi spesifikasi agak tinggi. Mat Drat sambar la Asus, walau pun waktu tu Asus agak baru dengan handphone.
Kemudian bila handphone jenama Sxxxxxx model 'Es'4 tu dah agak perlu ditukar, Mat Drat mula agak yakin nak pakai handphone yang harga dalam range 'budget' atau murah. Waktu tu dah kira berani tinggalkan semangat "aku peminat Samsung". Opss tersebut pulak nama jenama.
Dan Mat Drat 'terbeli' jenama Xiomi Redmi. Sebelum tu konon-kononnya Redmi ni murah lah, kualiti China la. bla bla bal. Tapi bila dah pakai, sangat berpuas hati.... So, dah tak ada lagi risau pasal jenama baru ke, harga murah sikit ke... Yang penting, dapatkan dulu info dan review mengenai product tu atau jenama tu.
Dan tahun lepas, gatal lagi tangan... nak tukar handphone sebab Redmi mengalami 'kecederaan'. Mat Drat terbeli lagi jenama dari China, yang dulu Mat Drat cukup tak percaya dengan nama jenama ni...Huawei. Pun sangat berpuas hati sebab harga agak murah untuk spesifikasi yang agak tinggi.
Dan bila Mat Drat hadir ke majlis pelancaran ni, dapat try handphone ni... Kira kualiti dan spesifikasi memang boleh diyakini sangat berbaloi dengan harga yang ditawarkan.
Ni gambar yang di ambil dari handphone Neffos model X9. Tak tahu la kamera handphone ni memang 'power' ke, sebab Mat Drat tengok gambar Mat Drat rasa lain macam lak... he he hee
Dan semalam, terperasan Neffos Malaysia repost gambar Mat Drat yang Mat Drat up di IG. Terus teringat nak tulis sikit pasal Neffos ni. Tapi bukalah tulis sebagai review. Nak review macam mana, Mat Drat pun baru cadang nak beli Neffos ni.
Ciri-ciri yang sangat akan mempengaruhi Mat Drat
Mat Drat nak tulis atau review pasal ciri-ciri, memang tak ada skill...tapi sebagai pengguna biasa, beberapa perkara ni Mat Drat akan ambil kira sebelum putuskan harga untuk sesuatu model ni berbaloi atau tak.
Harga
Sudah sepastinya harga faktor utama. Mat Drat dah tak pakai dah handhone 'mahal-mahal'... Mat Drat akan letakkan budget nak beli, dan lihat hand phone apa yang boleh berikan spesifikasi terbaik.
Kadang-kadang bagi Mat Drat tak boleh pakai juga ayat-ayat "harga murah, kualiti rendah", sebaliknya kadang kala kita kena percaya "kenapa perlu bayar lebih untuk jenama".
Kadang-kadang bagi Mat Drat tak boleh pakai juga ayat-ayat "harga murah, kualiti rendah", sebaliknya kadang kala kita kena percaya "kenapa perlu bayar lebih untuk jenama".
Tepuk dada tanya selera.
Tepuk Poket tanya jenama!!!
Tepuk Poket tanya jenama!!!
Camera
Sudah pasti Mat Drat perlukan handphone dengan camera yang cukup bagus. Baru la nak upload gambar kat FB / IG, tak rasa segan dengan kualiti.
Nak share pengalaman bercuti kat blog pun, rasa seronok la sikit bila gambar agak memuaskan.
Dan camera selfie pun penting, walau pun jarang-jarang selfie, tapi sekali sekala kalau kualiti gambar tak menarik....pasti kecewa.
.
.
Bateri
Baterti kena ambil kira. Sangat-sangat penting. Kita sekarang banyak mobile. Lagi lagi kalau travel. Tak termasuk lagi kalau on 'waze' 2-3 jam, kalau bateri tak tahan.... tension gak tu.
Lagi satu, tengah nak ambik gambar sebab pemandangan cantik, tiba-tiba perasan bateri handphone dah low....sangat la mengecewakan waktu tu.
Memori ROM
Memori penting ye lagi-lagi kalau suka ambik gambar, suka simpan gambar. Mat Drat memang biasa akan utamakan handphone dengan memori yang agak besar sebab suka simpan lagu, save youtube dalam handphone. Bukan apa, kalau tengah travel, boleh layan movie atau video clip masa kat airport terutamanya, tak adalah boring menunggu tak buat apa-apa.
Mat Drat rasa kalau 32 GB ROM dah kira okey. Ada budget cari yang 64GB. Kalau setakat 16GB tu nanti, sekeajp-sekejap kena delete gambar atau video, sebab memory full. Tapi kalau buat handphone backup, mungkin okey.
Mat Drat rasa kalau 32 GB ROM dah kira okey. Ada budget cari yang 64GB. Kalau setakat 16GB tu nanti, sekeajp-sekejap kena delete gambar atau video, sebab memory full. Tapi kalau buat handphone backup, mungkin okey.
RAM
RAM....Kalau nak murah, cari la handphone dengan 1GB RAM. Tapi kalau nak okey sikit, paling kurang cari lah yang 2GB RAM. 2GB ni harga mahal sikit je. Tapi rasanya tak banyak dah handphone dengan 1GB RAM ni sekarang.
Kalau nak puas hati, beli lah yang 3GB RAM atau 4GB RAM. Harga memang agak mahal la kalau 3GB atau 4GB ni. Nasib baik NEFFOS ni ada, harga murah la kalau banding dengan jenama lain. Serius murah....susah nak jumpa handphone yang RAM macam ni, harga rendah macam ni.
Design
bagi Mat Drat la, handphone ni lebih kurang sama je design dia. Beli design mcam aman pun, akhir sekali kita sarungkan dia jugak dengan casing.
Rasan nak nampak 'lawa' semula, kita bukak casing sekejap....nampak la handphone kita tu nipis dan elegence.
Okey....Kalau Neffos ni, terutamanya model X9, memang design dia boleh tahan. Tak percaya tengok gambar dia....
Antaranya
πΈSiap Dual Camera tu....
Gambar memang cantik "Pushing the boundaries of capturing photos".
ππ8MP front camera...
Confirm la gambar selfie nampak muda remaja...
πππ±5.99inch FullView Display..
Puas hati layan video YouTube atau main game.
ππ3840mAh battery – tahan lama tu...
Untuk la in-line ciri boleh rujuk banner ni
ππ NEFFOS C9
Kalau rasa tak puas dengan 3GB RAM dan 32GB ROM, ambil X9 dengan 4GB RAM dan 64GB TOM.. Tapi harga jadi RM799 la.
Antara ciri yg agak best (harga RM599 je ni)
πΈDual Camera tu....
(tengok iklan dia, memang cantik gambar)
πGambar memang cantik "Pushing the boundaries of capturing photos" dengan 13MP + 5MP rear camera.
π8MP front camera...
Confirm la gambar selfie nampak muda remaja...
π€Ada features fingerprint sensor, Al Fave Unlock, Eye Protection, Al Beautify
π±5.99inch FullView Display..
Puas hati layan video YouTube atau main game.
π3060mAh battery – tahan lama tu...
Minima cari la handphone dengan 3000++ mAh
Untuk la in-line ciri boleh rujuk banner ni ni
ππNEFFOS X9
Spesifikasi Neffos C9
Neffos C9 ni bagi kalau cari handphone below RM500, yg ni memang berbaloi... RM 479 je tapi spesifikasi memang agak mantap....Antaranya
πΈSiap Dual Camera tu....
Gambar memang cantik "Pushing the boundaries of capturing photos".
ππ8MP front camera...
Confirm la gambar selfie nampak muda remaja...
πππ±5.99inch FullView Display..
Puas hati layan video YouTube atau main game.
ππ3840mAh battery – tahan lama tu...
Untuk la in-line ciri boleh rujuk banner ni
ππ NEFFOS C9
Spesifikasi Neffos X9
TAPI.... Mat Drat lebih berminat dengan Neffos X9niX. Harga mahal sikit je, RM 599 je tapi spesifikasi lagi mantap....Kalau rasa tak puas dengan 3GB RAM dan 32GB ROM, ambil X9 dengan 4GB RAM dan 64GB TOM.. Tapi harga jadi RM799 la.
Antara ciri yg agak best (harga RM599 je ni)
πΈDual Camera tu....
(tengok iklan dia, memang cantik gambar)
πGambar memang cantik "Pushing the boundaries of capturing photos" dengan 13MP + 5MP rear camera.
π8MP front camera...
Confirm la gambar selfie nampak muda remaja...
π€Ada features fingerprint sensor, Al Fave Unlock, Eye Protection, Al Beautify
π±5.99inch FullView Display..
Puas hati layan video YouTube atau main game.
π3060mAh battery – tahan lama tu...
Minima cari la handphone dengan 3000++ mAh
Untuk la in-line ciri boleh rujuk banner ni ni
ππNEFFOS X9
Harga Neffos
Neffos C7A RM359
Neffos C9A RM427
Neffos C9 RM479
Neffos X9 RM599 (3GB RAM+ 32GB)
Neffos X9 RM799 (4GB RAM+ 64GB)
Memang agak murah Phone ni.
Hari ni Mat Drat intai-intai di Lazada, ada special offer dari Official Neffos Malaysia.
Ada promosi untuk beberapa model dari Neffos sendiri.
Ada promosi untuk beberapa model dari Neffos sendiri.
Akhir kata, berkira-kiralah dalam membuat pembelian.
Sayangilah wang anda.
Nota :
Lepas update gambar pelancaran Neffos ni hari tu di FB dan IG, ada beberapa kawan yang bertanya mengenai Neffos ni. Harap-harap tulisan ni dapat juga la menjawab beberapa pertanyaan kawan yang bertanya mengenai handphone Neffos ni, dan juga bertanya mengenai pendapat Mat Drat.
~Mat-Drat ~
Kalau rasa bermanafaat, boleh share. πππ
.
Kalau rasa bermanafaat, boleh share. πππ
.
No comments:
Post a Comment
Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.
Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.