Friday, 25 May 2018

TIPS DAPATKAN FREE SEAT AIRASIA



Saya nak kongsi sikit tips nak dapat tiket FREESEATS ni.

PROMO FREE SEAT AirAsia KEMBALI.😃
Air Asia menawarkan 5 juta seat percuma sempena ia dah melepasi #halfabillion guest,.
Setengah BILLION ye, bukan setengah JUTA!! #halfabillion

5 JUTA seats tu banyak, TAPI nak dapat tu kena la rajin sikit mencari dan kena la guna 'teknik' tertentu.

Yang nak cari free seats ni, boleh la guna teknik (tips) saya ni. Harap-harap ada yang berjaya.

1. Pilih Waktu Off-Peak👌
Nak dapat FREE SEATS waktu cuti sekolah atau public holiday tu memang sangat susah. Mungkin FREE SEATS yang ditawarkan pun tak banyak, jika ada pun awal-awal lagi dah disambar orang lain. Jadi plan la bercuti SELAIN CUTI SEKOLAH atau SELAIN PUBLIC HOLIDAY. Jadi mereka yang bujang atau yang masih tiada anak bersekolah, cari la tarikh off-peak ni. Cuba la, mesti boleh jumpa FREE SEATS yang ditawarkan.

2. Minimakan 'Guest' 👌
FREESEATS ni ada limit utk setiap flight. Mungkin waktu kita cari tu, tarikh yang kita nak tinggal berapa seats sahaja.

Jika flight yang kita nak tu hanya tinggal 4 FREESEATS sahaja tapi kita nak travel 6 orang. Mesti semua (6 orang) tak akan dapat FREESEATS tu.

Apa yang biasa saya buat, saya pecahkan bilangan guest kepada 2 kumpulan kecil untuk buat booking berasingan. Jika tadi kita try cari FREESEATS untuk 6 orang tak dapat (sbb ada 4 je FREESEATS), bila kurangkan ahli kumpulan dapat 4 FREESEATS. Dan saya  bookingkan dulu 4 orang pertama untuk dapat FREESEATS tu, dan baki 2 orang saya beli tiket dengan harga yang di’offer’. Jadi.dapatlah kita  travel pada tarikh dan masa yang kita pilih pada kos yang murah walau pun tak dapat semua FREESEATS

3. Booking Awal 👌
Promo ni dah start 21.05.2018 hari tu lagi, patutnya yang nak merebut FREESEATS ni kena tempeh awal-awal. Tapi yang masih belum, masih boleh mencari FREESEATS yang ada. Orang kata Better Late Than Never.

4. Senangkan Proses Booking 👌
Nak cepatkan proses booking ( untuk elak time-out), elok kita log-in dan masukkan maklumat mereka-mereka yang akan terbang bersama kita (ahli keluarga atau sahabat).

Bila dah jumpa FREESEATS, untuk next steps kita perlu klik je nama penumpang (guest). Kan cepat, tak ada la masa tu baru nak key-in satu-satu nama penumpang. Kena macam saya yang biasa tempah 8 tiket, memang ‘masak’lah nak key-in satu-satu nama tiap kali nak beli tiket.

5. Sediakan Beberapa Pilihan Destinasi dan tarikh. 👌
Jangan masa nak cari FREESETAS tu baru nak fikir destinasi dan tarikh. Plan awal-awal dan buat 2-3 pilihan.

PENING atau tak tahu nak pergi mana?? 😏

Boleh tengok gambar-gambar yang saya kongsikan, ni semua antara destinasi yang saya dah sampai dan AirAsia menawarkan penerbangan terus dari Kuala Lumpur.







Nak bercuti “CUTI-CUTI MALAYSIA”, boleh intai-intai tiket ke Langkawi, Kuching atau pun Kota Kinabalu. Nak jauh sikit, boleh intai-intai tiket ke Bangkok, Pattaya atau Bandung. Nak lagi jauh, cuba pula ke Gold Coast, Seoul atau Busan. Ini semua contoh… Saya cadangkan je..

Nak tips bercuti ke salah satu tempat ni, google je… tak pun singgah blog saya www.mat-drat.blogspot.com, semua tempat ni saya dah share pengalaman percutian saya.

DESTINASI saya yang saya rebut dalam promosi sekarang ni…. Saya rahsiakan dulu, tapi tak dekat dan tak berapa jauh. Penerbangan ambil masa 5 jam 30 minit je. Boleh la agak-agak kemana saya akan bercuti nanti… 😄🤭

Saya pernah share di blog dulu, cara nak rebut FREESEATS ni, boleh la jug baca di http://mat-drat.blogspot.my/2016/06/tips-nak-dapatkan-tikets-free-seats.html

DAN INGAT….👇👇

Booking hanya boleh dibuat/ditempah dari 21 to 27 May 2018 di website  AirAsia www.airasia.com dan

Travel period adalah dari 1 November 2018 to 13 August 2019.

 #AirAsiaFreeSeats #halfabillion #AABC #MATDRATBLOGGER

6 comments:

  1. oh....macma tu..SA biasa travel ngan anak dara..so kena la pi hari cuti..ingat lepas raya nanti nak bercuti ngan dia..maybe pi Langkawi kot..nak cuba la cari tiket

    ReplyDelete
  2. Mahai nak mampus kalau public holiday nie....x masuk akal lak rasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. YupY..kalau public holiday atau school holiday, mmg agak mahal..

      Kena booking awal2 la masa ada promosi, ada rezeki dapat yg murah

      Delete
  3. klu nak travel mac2019, bila sepatutnya saya kena beli tiket? Sebab last week sy cek utk ke seoul(6pax) 1.3k/pax include baggage.. this week harga semakin naik...

    ReplyDelete
  4. klu nak travel mac2019, bila sepatutnya saya kena beli tiket? Sebab last week sy cek utk ke seoul(6pax) 1.3k/pax include baggage.. this week harga semakin naik...

    ReplyDelete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.