Monday 3 August 2020

JADUAL DAN TAMBANG FERI KE PULAU PANGKOR DARI JETI MARINA

Feri Pulau Pangkor
Feri ke Pulau Pangkor
Gambar : Marina Island

1. FERI KE PULAU PANGKOR

Ini perkongsian ringkas bagi mereka yang nak ke Pulau Pangkor dengan menaiki feri dari Jeti Marina.

Untuk ke Pulau Pangkor, sebenarnya ada 3 pilihan. Boleh menaiki feri dari ; 
1. Jeti Lumut
2. Jeti Marina
3. Jeti Teluk Batik

Sebelum ada Jeti Marina beberapa tahun dulu, Jeti Lumut pilihan utama.  Sejak jeti Marina dibuka, orang ramai lebih suka ke Pulau Pangkor dari Jeti Marina ni.

Rasanya orang suka guna feri dari Jeti Marina ni sebab jimat masa.

Nota (28.10.2022)
Nanti Mat Drat update trip terbaru Mat Drat ke Pangkor.  3H2M di Pulau Pangkor.

Sebelum tu, jemput baca 2 perkongsian berkaitan...


TEMPAT MAKAN BEST / SEDAP DI MARINA ISLAND RESORT LUMUT
👇👇👇
TEMPAT MAKAN BEST 
 DI MARINA ISLAND RESORT

Kayak di Pangkor Marina Island Pangkor Resort
👇👇👇
 Percutian ke
Marina Island Pangkor 


...............................................................

Jemput singgah Youtube Chanel Mat Drat 😊

Jemput singgah chanel Youtube Mat Drat.
Mat Drat baru start belajar create travelog video. Jangan lupa subscribe ya... TQ 😊😊

.




...............................................................

2. Masa Perjalanan Ke Pulau Pangkor

Menaiki perjalanan feri ke Pulau Pangkor dari Jeti Marina ni dapat jimat banyak masa. 

Masa perjalanan ;
- dari Jetty Marina : hanya 10 minit 
- dari Jetty Lumut : 40-45 minit


NOTA : (UPDATE 2023)

KLIN VIDEO YOUTUBE 

👇👇




3. Tambang Feri Ke Pulau Pangkor dari Jeti Marina

Tambang feri ke Pulau Pangkor dari Jeti Marina berbeza untuk 'warga' Pulau Pangkor dan orang awam.

Tiket dijual untuk 2 hala. Kita pelancong (orang awam), beli tiket 2 hala (pergi balik). Jangan hilangkan tiket tu bila sampai di Pulau Pangkor sebab akan guna tiket yang sama untuk balik.

Tiket Umum (Orang Awam) - Harga 2022*
- Dewasa         : RM 20.00  (2 hala)
- Kanak-kanak   RM 10.00  (2 hala).

Utk trip 2022 baru ni, Mat Drat beli online shj. Print boarding pass siap-siap, tak kelam kabut kat jetty.

Tambang feri ke Pulau Pangkor dari marina Lumut
Tambang Feri Marina - Pangkor - Marina (Harga lama)

Tiket Feri Pulau Pangkor
Kaunter tiket dibuka se awal 6.30 am.
Feri ke Pulau Pangkor Tiket dan tambang jadual
Biar sampai awal, tak perlu berebut dengan orang ramai

4. Jadual Feri Ke Pulau Pangkor dari Jeti Marina

Oleh kerana masa perjalanan Jeti Marina - Pulau Pangkor - Jeti Marina yang singkat, maka di sini kekerapan feri lebih tinggi.

Boleh kata setiap jam ada feri berlepas. Walau bagaimana pun, perlu semak di laman web rasmi mereka untuk jadual jeti terkini.

[ Ingat ] : Jadual feri masih tertakluk kepada perubahan operator feri.

Jadual Feri Jeti Marina ke Pulau Pangkor
Feri terawal 7.15am dan terakhir 8.00pm


Jadual Feri Pulau Pangkor ke Jeti Marina
Feri terawal 6.45am dan terakhir 7.30pm

Jadual Feri Jeti Marina Lumut ke Pulau Pangkor
Jadual Feri Marina - Pangkor - Marina


Jadual Feri Pulau Pangkor ke Jeti Marina sewaktu PKP Covid-19
Pastikan jadual terkini operasi feri dan jeti ini sewaktu PKP kesan dari pandemic Covid-19 ini.

Pastikan patuh SOP yang ditetapkan.

Sila rujuk laman web Marina Island untuk maklumat terkini.


Jadual Feri Pulau Pangkor ke Jeti Marina Lumut

5. Parking di Jetty Marina

1. Lot parking agak luas. Tapi jangkakan kereta akan berparking di tengah panas. 

2. Parking berbumbung sangat limited. Harga mahal sikit, tapi tetap penuh.

3. Parking VIP pun ada, lagi mahal tetapi pun cepat penuh juga.

4. Better datang awal untuk dapat lot parking yang agak berdekatan dengan terminal.
Bukan apa, jika lambat, parking agak jauh. Jadi kena jauh sikit berjalan (tak jauh mana pun). Mat Drat suka parking dekat-dekat dengan terminal, untuk lebih keselamatan.

Kalau bawa anak-anak ramai atau warga emas, boleh terus ke terminal/komplek untuk turunkan penumpang sebelum parking kereta.

[ Ingat ] : 
Jangan tinggalkan barang berharga dalam kereta.
Jangan lupa tutup lampu kereta.
Jangan tinggalkan power bank atau botol air mineral.
Jangan lupa lock kereta.

Kadar Parking
RM 0.70/ jam - tak berbumbung
RM 10/hari - tak berbumbung
RM 15-20/ day - berbumbung (per entry)
RM 20-30/ day - VIP / 

* Parking berbumbung, masuk je terus kena caj parking rate daily. 1 Hari bukan ikut kiraan bilangan 24 jam ye, tapi ikut hari kalender.
* Contoh masuk Sabtu 3pm dan balik Ahad 1pm, ni dah kira 2 hari ye.
RM 30/day (VIP Parking)

Loading Bay. 5 minit.
Bolehlah turunkan penumpang dan barang-barang di sini. 
Tak perlu pikul dan heret dari tempat marking kereta.


Parking Jeti Marina pulau Pangkor
Parking VIP. Berbumbung dan dekat terminal.




6. Bas ke Jeti Marina - Nak ke Pulau Pangkor

Bagi yang menaiki pengangkutan awam (bas ekspress), jangan risau. Boleh terus naik bas dan turun di sini.

Beli tiket online je macam diportal Bus Online lebih senang. Memandangkan operator bas sangat limited, dan bilangan bas pun tak banyak setiap hari, jadi belilah tiket awal dan beli retutn tiket siap-siap.

[Ingat] : 
Jangan lupa beli tiket return siap-siap ye, nanti balik dari Pulau Pangkor tak risau tak dapat tiket.

Cek jadual terkini. Poster ni panduan sahaja ye. Cek online di  Bus Online.


Jadual dan Tambang Bas Kuala Lumpur ke Jety Marina
Jadual Bas Kuala Lumpur ke Jety Marina.
Bukan jadual terkini ni ye.
Untuk jadual terkini, cek link di atas..




Jadual dan Tambang Bas Kuala Lumpur ke Jety Marina
Tambang Bas Kuala Lumpur ke Jety Marina
(Bukan harga terkini). 
Harga terkini cek online link di atas.

7. Kemudahan di Jetty Marina

Surau ada disediakan. Selesa.
Restoran dan Cafe juga ada. Boleh pilih mana berkenan.
Tempat menunggu juga selesa.

Dan nak bergambar sekitar sini pun okey, cantik view di sini.

Signboard surau cukup jelas. 
Jangan lupa tunaikan kewajiban sebagai umat Islam.

Feri Pulau Pangkor Jeti Marina
Kalau masa terluang banyak, pi kat jeti kayu ni.
Cantik kalau awal pagi


Feri Pulau Pangkor Jeti Marina
Berlatar belakangkan Pulau Pangkor

Feri Pulau Pangkor Jeti Marina
Ruang menunggu

Feri Pulau Pangkor Jeti Marina
Marina Yatch Club.
Minta kebenaran nak masuk ye.
Tak boleh masuk suka-suka


Ini perkongsian ringkas bagi mereka yang nak ke Pulau Pangkor dengan menaiki feri dari Jeti Marina.

Harap bermanfaat.


PROMOTION KLOOK

Klook.com

~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !! 


16 comments:

  1. salam sejahtera En Mat, kalau naik motor - blh parking di parking VIP ke? Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry tuan...tak perasan komen pertanyaan tuan.
      Saya tak perasan parking motor vip.

      Delete
  2. Assalam cik mat ada kemudahan utk oku x...cth laluam kerusi roda

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas perkongsian. Sangat bermanfaat.

    ReplyDelete
  4. as salam ...untuk yang berkerusi roda camne...ada kemudahan disediakan tak...

    ReplyDelete
  5. Satu perkongsian info yg terbaik. Sy rancang nak bawa famili ke sini minggu kedua Januari 2022. insya-Allah. Terima kasih. Moga tn beroleh rahmat-nya

    ReplyDelete
  6. Kalau ad emergency case malam nk kena balik dari pangkor mcm mna yaa . Ada bot kecil ke

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  8. Ada feri ke utk bwk moto ke pangkor, jeti yg mana dan tambang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya boleh bawa motor ke pngkor tp bukan Dari Jeti Marina. Kena naik dari Jeti Lumut

      Delete
  9. Salam, tiket feri kn booking online ke bosku

    ReplyDelete
  10. Salam. Berkenaan harga feri tu, sama atau Lumut lagi mahal dari Marina Bay or vice versa?

    ReplyDelete
  11. Tksh ats mklman, amat membantu.

    ReplyDelete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.