Thursday 7 November 2019

Cara Mohon VISA ETA dan Cara Rayuan VISA ETA Australia Tak Lulus

VISA ETA Australia Rayuan Rejected


VISA ETA Australia

NOTA: (Update 2022)
Mulai tahun 2022, untuk ETA Australia perlu dipohon sendiri oleh pemegang passport melalui App ETA Australia

Service fee dikenakan AUD20 untuk setiap permohonan di app ETA Australia.

ETA ( Electronic  Travel Authority ) adalah satu jenis Visa (Visa subclass 601) yang dikeluarkan oleh pihak Australia. 

Untuk apply VISA ETA Australia, paling mudah adalah dengan memohon secara online atau apply melalui travel agent. 

Mat Drat pernah apply secara walk-in  di travel agent. Tapi tak semua travel agent buat service untuk mohonkan VISA ETA Australia, tapi kebanyakkannya memang boleh uruskan. 

Kos dicaj dalam RM 30 -50 untuk mereka applykan dan kita boleh dapat result on-the-spot sama ada lulus atau refused (TAK LULUS).

Selain walk-in ke travel agent, ada juga travel agent yang terima permohonan secara online. 

Untuk trip ke Australia yang terbaru ni, Mat Drat apply online menggunakan Arba Travel.
Kos dicaj RM 20 seorang. Hanya perlu email salinan passport dan detail kepada mereka, dan dalam satu hari dapat keputusan..


Validity  Visa ETA
VISA ETA Australia ni valid digunakan setahun dari tarikh ia diluluskan. Maknanya kita boleh keluar masuk Australia banyak kali dalam setahun tu.

Dan setiap kali masuk ke Australia, mestilah tidak melebihi 3 bulan.

............................................................................. 

CARA MOHON VISA ETA Australia

NOTA: (Update 2022)
Mulai tahun 2022, untuk ETA Australia perlu dipohon sendiri oleh pemegang passport melalui App ETA Australia. Cara rayuan pun sudah sedikit berbeza. 

Perkara berikut boleh dijadikan sedikit panduan untuk apply ETA Australia

1. Pastikan Passport masih valid
  • Sekurang-kurangnya masih ada 6 bulan validity dari tarikh berlepas
  • Contoh untuk passport anak, seeloknya muka anak tak jauh berbeza. Kalau dulu masa buat passport umur anak baru 8 bulan, sekarang umur anak dah 3-4 tahun. Muka dan banyak berubah! Eloklah buat passport baru.
2. Download app ETA Australia

3. Register dan follow step-step untuk apply
  • Boleh rujuk laman web rasmi IMMI Australia untuk panduan
  • 👉👉 Step-by-step apply ETA Visa
  • Bayaran fee AUD 20 dikenakan untuk setiap application
 3. Keputusan
  • Sebagaian dari pemohon akan dapat result terus (on-the spot).
  • Sebahagian akan mengambil masa sehingga 12 jam untuk tahu keputusan.
4. ETA lulus  / Granted
  • Jika lulus, akan dinyatakan juga di dalam email Visa Grant Number
  • Tempoh validity ETA kita
5. ETA  Tidak diproses atau diluluskan kecuali disertakan Dokumen Tambahan
  • Check email untuk jawapan permohonan ETA.
  • Mungkin dinyatakan yang Visa ETA tidak dapat diproses atau diluluskan sehingga dokumen / informasi tambahan diberikan
  • Contoh makluman di email 
    • " Your application cannot be finalised at this time. For your ETA To be considered further you must follow these instructions to submit further informations through Immiaaccount" 
  • Bagi yang terima ni, follow instruction dalam email cara-cara untuk submit dokumen tambahan seperti yang diarahkan. ( Baca di bawah ye, Mat Drat share detail sikit)

6. ETA Rejected / refusal
  • Bagi yang ETA Rejected/ refusal, Mat Drat rasa ada 3 pilihan yang boleh dibuat. Terpulang rasa mana yang sesuai.
  • Pilihan 1
    • Re-apply guna ETA App untuk visa yang sama, iaitu Visa ETA.
    • VISA ETA ni juga dikenali Subclass VISA 601.
    • Tapi rasanya, kemungkinan result akan sama kecuali ada tambahan dokumen.
    • Cuma re-apply guna app ETA ni, service fee visa ni agak murah.  AUD 20.
VISA ETA Australia Rayuan Rejected re-apply
Tak perlu email mereka. Re-Apply VISA ETA sahaja dengan dokumen tambahan



  • Pilihan 2
    • Re-apply guna SubClass Visa 600.
    • Cost bermula AUD 190
    • Apply online 👉 ImmiAccount 
    • Tak dijamin akan lulus ye. (Not Guaranteed)
    • Dilaman web mereka, memang mereka suggest apply sub-class lain kalau Visa ETA tak lulus.
    • Ada pembaca blog yang Mat Drat kenal,  selepas ETA dia rejected, dia apply pula Visa 600. Tapi visa 600 ni pun rejeted. Kawan-kawan yang lain dah lulus (granted). Jadi dia sanggup re-apply lagi untuk kali ke dua Visa 600 ni, rezeki dia yang kali ke-dua baru lulus.
  • Pilihan 3
    • Divert destinasi. Pergi bercuti tempat lain yang kurang kerenah atau tak perlukan VISA.
    • Kalau belum pernah ke Korea atau Jepun, consider la 2 negara ni. Menarik. Mat Drat dah ke Busan dan Seoul Korea.
    • Atau kalau ada budget lebih dan masa cuti yang panjang, boleh cuba intai-intai Europe. Mat Drat dah 2 kali ke Europe.  Trip pertama, ke Barcelona dan Paris. Trip ke dua pula ke London dan Edinburgh. Ada rezeki nak buat trip Balkan atau Middle Europe pula. 

Elak Rugi tiket flight, booking hotel
Satu masalah bila VISA ditolak, kita akan kerugian duit yang kita dah belanjakan. Tiket flight, booking hotel dan kereta antara kos yang terpaksa 'hangus'.

Jadi nak elak dari terhangus duit bila VISA TAK LULUS, adalah kita apply visa dulu sebelum beli tiket flight, tempah hotel dan kereta.

Tapi masalahnya bila nak apply VISA dulu, nanti takut bila visa dah lulus, tiket flight pulak tak dapat murah...... 






Visa ETAAustralia  rejected rayuan
Contoh surat makluman bila VISA ETA Rejected.
' Mereka maklumkan, VISA ETA tak akan diluluskan
(cannot be granted) kecuali memenuhi kriteria-kriteria mereka 


Visa ETAAustralia  rejected rayuan
Contoh surat makluman bila VISA ETA Rejected.
Mereka akan beri penjelasan sebab di rejected. 



Permohonan VISA ETA Australia Perlu dokumen tambahan

Ada sesetengah pemohon, mereka akan dapat keputusan ETA secara terus atau dalam masa 12 jam selepas permohonan. 

Dan ada juga yang permohonan mereka tidak dapat diproses. Bagi kes ini, mereka akan dimaklumkan yang permohonan tidak diproses/lulus sehingga pemohon bagi dokumen atau maklumat tambahan.

Sewaktu permohonan ETA, kita akan dapat email makluman / jawapan yang mungkin akan nyatakan "
" Your application cannot be finalised at this time. For your ETA To be considered further you must follow these instructions to submit further informations through Immiaaccount" 
  • Bagi yang terima ni, follow instruction dalam email cara-cara untuk submit dokumen tambahan seperti yang diarahkan
    • klik link yang disertakan untuk daftar ImmiAccount
    • jawab soalan online yang ditanya
    • sertakan supporting dokumnen yang diperlukan untuk tunjuk kemampuan kita bercuti dan bukan nak stay kat sana
    • sertakan form 1554 yang disertakan (link yang dia sertakan)

Bagi kes macam ni, perlu ingat yang pihak Australia perlukan maklumat lanjut beserta dokumen sokongan untuk memudahkan mereka buat keputusan.

Cara Buat Rayuan Visa Australia

Kita kena ingat dan faham, kebanyakkan VISA ke Australia tak diluluskan kerana mereka merasakan kita ke Australia bukan untuk bercuti tetapi sebaliknya untuk bekerja.

Seperti yang biasanya dinyatakan oleh pihak Australia dalam email makluman, mereka juga perlukan dokumen yang menunjukkan
  1.     1. Bukti pekerjaan atau masih seorang student.
  2.     2. Bukti menunjukkan wang cukup 'sufficent fund to support yourself during your visit'
Dan kena ingat, dokumen tambahan ni akan di-review oleh officer mereka. Jadi bagi dokumen selengkap boleh. 

Jadi Mat Drat kongsikan sedikit  apa yang perlu untuk memudahkan kelulusan Visa ETA kita. Boleh guna jika rasa sesuai sebab ni yang Mat Drat buat.

Mungkin dokumen-dokumen ni sedikit sebanyak dapat menunjukkan yang kemampuan kita ke Australia untuk bercuti dan bukan untuk stay di sana.


1. Penyata  dan itinerary berkenaan perjalanan dan penginapan sepanjang di Australia.
  • Itinerary Flight. Mat Drat bagi sekali maklumat flight. Pergi dan return bersama salinan itinerary dari airlines.
  • Confirmation booking tempat penginapan. Pastikan saiz bilik hotel atau apartment sesuai dengan bilangan trip kita.
  • Confirmation booking kenderaan. 
2. Evidence of Employment 
Boleh sertakan 
  • payslip 3 bulan
  • kad pekerja
  • Surat /email maklumat cuti diluluskan.
  • Dapat surat dari majikan lagi bagus. 
Kes Mat Drat dulu, yang tak lulus adalah anak.  Jadi Mat Drat sertakan dokumen berikut untuk rayuan anak selain payslip Mat Drat.
  • Surat tawaran masuk U bagi anak yang rejected
  • Kad Matriks
3. Kemampuan Kewangan
Paling kurang  penyata bank 2 bulan, tapi Mat Drat bagi penyata untuk 3 bulan.

Bagi pemohon yang tiada pendapatan, mereka mahukan penyata kemampuan orang yang menanggung percutian ke Asutarlia dan juga maklumat perhubungan.

Kalau anak yang tak lulus, maknanya penyata bank ayah la yang perlu disertakan .

Jadi Mat Drat sertakan dokumen berikut untuk rayuan anak
  • Payslip 4 bulan Mat Drat
  • Bank Statement anak 3 bulan
  • Bank statement Mat Drat 3 bulan
  • Kredit Kad Statement 3 bulan.
Tips
Bank Statement
Mat Drat dah prepare awal, beberapa bulan sebelum pergi dan apply ETA, Mat Drat dah 'cantikkan' akaun bank. Bila tunjuk statement tu, bukan sahaja nampak duit masuk tapi nampak baki yang ada. Jangan masuk RM5,000 dan keluarpun RM 5,000.

Kalau ada duit dalam ASB, Tabung Haji, boleh la sertakan sekali. Biasa orang kita,banyak duit dalam TH  dan ASB. Boleh la support rayuan.

Kredit Kad Statement
Kalau ada beberapa kad, cukuplah bagi penyata kad kredit yang limit agak tinggi.


4. List ahli keluarga
  • Rasanya list nama ni pun mereka perlukan.
  • Beri nama penuh ahli keluarga dan DOB
  • Nyatakan ahli keluarga mana yang akan turut serta dalam perjalanan.
5. List ahli travel (ahli romboongan)
  • Mereka mahu tahu nama orang lain yang bukan ahli keluarga yyang akan bersama-sama dalam trip tu.
  • Nama penuh dan DOB
  • Sertakan juga sekali nama mereka
6. Ahli Keluarga di Australia
  • Kalau ada ahli keluarga atau kenalan di Australia, perlu maklumkan detail seperti Nama Penuh, DOB, status samada rakyat Australia atau Permanent Residents.
  • Jika bukan rakyat atau PR, nyatakan VISA status dan reason mereka stay.
  • Rasanya form 1554 yang mereka minta kita lengkapkan, termasuk maklumat ni

Nota 
Hantar dokumen selengkap boleh dan yang boleh membantu menyokong permohonan rayuan kita. Mereka akan proses berdasarkan dokumen yang kita hantar.

Jawapan akan dimaklumkan melalui email dalam masa 14 hari. Pengalaman Mat Drat, dalam 7 hari mereka dah reply.  Jadi hantar dokumen selengkap yang boleh.


Kisah-kisah VISA ETA

Mat Drat kongsikan beberapa kisah berkaitan VISA ETA. Ada beberapa kes yang Mat Drat tahu bekenaan VISA ETA ni. Boleh la jadikan panduan.

Bagi yang LULUS pula, jangan gembira sangat sebab boleh berlaku pelbagai perkara juga ye !!
  • Kerana segelintir rakyat Malaysia yang salah gunakan VISA ETA (Tourist VISA) ni dengan overstay dan bekerja di sana, membuatkan kerajaan Australia ketatkan pengeluaran VISA ETA ni kepada rakyat kita. 
  • Masalah mereka ni, bila dah overstay, siap bangga pulak tu post kat laman sosial. Siap bagi tips lagi, mana Australia Authority tak ketatkan permohonan VISA untuk rakyat Malaysia.
  • Sebenarnya bukan rakyat Malaysia je ye yang diketatkan pengeluaran ETA, ada lagi beberapa negara yang turut dimasukkan di adalam senarai 'high -risk'. Maksudnya, proses kelulusan VISA diketatkan.

Kes 1 - Hantar dokumen tambahan dan LULUS. 

Ini biasa bagi rakyat Malaysia. Visa ETA lulus selepas hantar dokumen tambahan. 


Kes 1 - Hantar dokumen tambahan dan TAK LULUS. 

Ini pun agak biasa bagi rakyuat Malaysia. Dah hantar dokumen tambahan pun masih tak lulus.Memang susah nak jangka. 

Ikutkan, rasanya kita ni betul-betul nak travel dan duit cukup, tapi tak lulus pulak ETA!!


Kes 3 - Tak Lulus. Re-apply, Tak Lulus. Rayuan pun TAK LULUS. 
Kalau masih ingat beberapa tahun lepas ada kisah sorang brother dari Sabah yang plan nak ke Australia dengan family dia tapi VISA dia tak lepas. 

Tiket flight, hotel dan kenderaan semua dah booking. Buat rayuan beberapa kali, masih tak lepas. Yang haru nya, dia yang jadi leader plan pergi ramai-ramai dengan ipar duai, tapi dia tak dapat VISA. 

Apply lain tak lulus. Rayuan tak lulus. Sehingga saat terakhir di KLIA/KLIA2 pun dia menunggu, tapi masih tak lulus. Terpaksalah family dia terbang ke Australia tanpa dia. Lebih haru tu, bila family dia sampai di KLIA dari Australia, VISA dia baru approved. 

Kes 4 - Tak Lulus. Re-apply sub-class lain baru LULUS. 

Macam Mat Drat kongsikan, ada seorang kenalan yang hanya lulus VISA subclass 600 dengan fee tambahan AUD 190.

Visa ETA 601, rejected.  Apply Visa 600 kali pertama pun rejected. Re-apply Visa 600 baru lulus. Kos visa dia sahaja pun dah AUD 400 lebih !!


Kes 5 - Lulus, Tapi DiBATALKAN. 
Ini kes haru jugak ni. Tak silap wanita ni dengan family nak Australia. Visa dia dan mak dia lulus, tapi adik lelaki dia tak lulus. Bila reapply (rayuan), antara dokumen dia bagi tiket penerbangan yang ada nama dia dan mak dia. Akhirnya Authoritry Australia batalkan semua VISA ETA mereka. Lagi 4 hari nak berlepas tu!!

Mungkin remaja lelaki awal 20-an ni memang risiko tinggi kot tak lepas.


Kes 5 - Lulus, tapi TAK DIBENARKAN TERBANG (NAIK PESAWAT)

Ini kes terbaru dan memang haru... agak viral hari tu. VISA ETA dah lulus tetapi sewaktu nak berlepas, mereka tak dibenarkan terbang.

Tak silap mereka ni perempuan 6 orang. Semua dah dapat VISA ETA. Tapi semasa di airport, di pintu gate berlepas dah pun, 5 dari mereka tak dibenarkan menaiki pesawat.

Rupa-rupanya, pihak Australia ada letakkan pegawai 'Profilers' di airport tertentu untuk screen dan filter pelancong. Malaysia salah satunya yang mereka letak profilers ni.

Walaupun tiket dah ada, VISA ETA dah ada, tapi mereka tak dibenarkan naik pesawat ke Australia. Bila ditanya bawa berapa duit ke Australia, mereka kata bawa AUD 350 seorang. Tak cukup !!! Tak dibenarkan naik pesawat.

Jadi, untuk prepare kalau jadik macam ni, pastikan
- hotel dah booking siap-siap untuk sepanjang hari di sana. Tunjukkan dah bayar.
- kalau datang berempat, pastikan hotel tu untuk 4 orang, jangan suka main sumbat seberapa yang boleh macam kat Malaysia. 
- bawa cash lebih, jangan cukup-cukup. 
- tunjuk kad kredit. Kalau boleh tunjuk la juga kredit limit.
- jika sewa kenderaan, rasanya tu advantage lebih berbanding menaiki public transport

Ni semua nak menunjukkan kita 'mampu' bercuti, dan nak elakkan persepsi mereka yang kita ke sana nak 'bekerja'.


~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !! 

38 comments:

  1. kalau dua tahun lepas sy tak lepas visa. tahun nie sy apply visa lepas ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasti la tuan... apply shj, jika tak lepas, boleh buat rayuan

      Delete
  2. As Salam bang...bolehkh visa yg kita mohon untuk anak kita tue guna email kita?dia kena buat sorang2 kan bang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasallam... boleh je.
      saya apply semua guna email saya waaupun anak2 dah dewasa

      Delete
  3. Salam mat drat...bagaimana nak check status samada Kita kena banned ke x..Saya pernah overstay selama 31 Hari..Saya berkahwin dengan warga negara Australia..kami xbegitu Arif berkenaan overstay..sekarang suami terpaksa ulang alik ke Malaysia setiap bulan..soalan macamana nak buat rayuan bagi kes saya.terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasallam...
      saya tak arif bab ni. Mungkin boleh tanya pihak embassy terus, atau suami puan lebih arif atau try tnya pihak di Australia

      tadi pun baru bwrbual dgn sorang sahabat yang visa ETA direject, rayuan juga ditolak dgn makluman VISA tidak akan dioertinbangkan utk masa akan datang.

      sebabnya adik dia yg bekerja di sana, mklumkan nama ahli keluarga yg lain di Malaysia. Habis yg lain tak boleh masuk Australia.

      Delete
  4. Permohonan visa ETA saya tk lulus dan agent minta saya ke wisma mca utk dpt kn details apa dokumen yg diperlukan... adakah dokumen yg dimaksudkn sama seperti senarai di atas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya agent nak memudahkan urusan rayuan dan check dokumen sblum hantar.

      kalau nak appeal sendiri, pun boleh.
      pastikan guna borang betul, lengkap dokumen yg mereka hendak

      Delete
  5. Saya pemegang kad oku.. adakah perlu saya nyatakn status saya tu sbgai sokongan utk saya tidak tinggal melebihi masa di sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. sewaktu rayuan ke tuan? rasanya mcm tak perlu je, tapi tuan boleh check dan try tanya org lain juga

      Delete
    2. Yer... utk rayuan. Ahli keluarga lain semua dh lepas... saya nk pegi bulan Ogos 2020 ni

      Delete
    3. OOO... Utk appeal.
      Saya pun tak pasti tuan. Rasanya nyatakan dalam email status shaja pun okey kot walau dia tak minta, untuk support yang kita ke sana untuk bercuti.

      saya hari tu, nyatakan juga dlm email rayuan, trip2 family oversea sebelum ni yg 3-4 tahun sebelum


      Delete
  6. untuk buat rayuan visa ni, memang kena ada bukti dah beli tiket flight, booking accommodation n sewa kereta ke? sebab semua tu saya belum beli lagi. risau juga nanti dah beli dan bayar semua, tp visa tak lepas juga walaupun dah buat rayuan

    ReplyDelete
  7. Salam. Boleh saya tahu, hari tu process rayuan untuk anak encik ambil masa berapa lama dapat keputusan approved ke tidak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasallam
      seminggu lebih dpt email request maklumat n dokumen tambahan.
      kemudian seminggu lebih dpt keputusan. Lulus

      Delete
  8. ooo. Cepat jugak.Boleh saya tahu seminggu waktu bekerja ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. seminggu dari date apply.
      case by case kot, ada yg 3 minggu pun x dpt result lagi

      Delete
  9. sy nk travel march..appeal 28/1/2020 still xdpt jwpn..so sad..bole direct call ke..atau diorang xlayan call sbb dkt email da state..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg mcm lama sikit process dia skrg, maybe volume besar kot. kenalan saya, appeal 13.01, baru semalam dpt result.

      tapi ast week dia call tanya status. Boleh je call kalau dah lebih 3 minggu, tanya status.

      Delete
    2. Boleh saya tahu nombor apa yang dia guna untuk call tu? Sebab saya nak fly dah 29 ni, tapi suami saya tak dapat lagi reply

      Delete
    3. Assalam boleh minta no untuk call tu? Dah buat rayuan still x dpt jwpn lg

      Delete
  10. Boleh saya tahu cik/encik dah dapat ke jawapan appeal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah...dia dpt jwpan isnin baru ni, apply 13.01

      Delete
  11. Saya dah buat rayuan 17.1.2020 tp sampai skrg masih x ada jawapan.dah masuk 30 hari bekerja dah.boleh saya dapatkan no telefon untuk saya tanyakan status? Sbb saya nak fly lg 2mggu sj lg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenalan saya appeal 13.01, isnin baru (24.02) ni baru dpt reply approve.

      pun fly mid Mac

      Delete
  12. Untuk yg buat rayuan, jika 3 minggu masih tiada jawapan, kita boleh email kepada mereka dan tanya status rayuan kita. Letakkan maklumat no passport.

    Panggilan telefon, agak sukar mereka layan skrg.

    Pilihan terbaik, cuba apply 3-4 bulan sblum ke Australia.

    ReplyDelete
  13. Nak tulis apa kat email untuk tanyakan kita punya status rayaun.sebb sy hntr 6/2/20 sampi skrg msh blm ada jawapan

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum bang, saya nak travel oct/2020
    Untuk supporting documents semua perlu in english kan? Khidmat translator nak dapat mana ye? Ada suggestion?

    ReplyDelete
  15. Nak tanya duik yang kita masuk untuk visa macam mana ye kalau dah di tolak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Duit mana ye? Rasanya kalau AUD20 masa byr kat App ETA Australia tu service fee...

      Delete
  16. saya nak tahu adakah orang yang akan guide kita cara untuk buat rayuan..seperti agent..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanya follow step yang mereka email. Sertakan dokumen yang mereka nak

      Delete
  17. mat drat, xdak kabel boleh ejas bagi lepas ka? kita boleh bayaq..kemon mat drat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kabel takde boss....Ada tali halus je... :-)

      Delete
  18. mat drat xdak orang boleh ejas ka? kemonn lar

    ReplyDelete
  19. Visa sy granted cepat..ahad submit, selasa tgh hari dah dpt email granted..ikut je steps & show extra money nk bgthu kita afford to travel

    ReplyDelete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.