Tuesday 29 October 2019

Travelog Perth Part 10 : The Pinnacle Desert & Lancelin Sand Dunes




THE PINNACLE DESERT & LANCELIN SAND DUNES

Travelog Perth Day 4 bersambung lagi. Macam Mat Drat bagi tahu sebelum ni, The Pinnacle ni antara lokasi 'wajib' sebenarnya jika ke Perth. Dan jika ke The Pinnacle, orang juga akan ke Lancelin Sand Dunes sekali.

Jadi untuk entry ni, Mat Drat kongsi pengalaman Mat Drat di The Pinnacle Desert dan Lancelin Sand Dunes.

Perkongsian pengalaman memandu ke sini, Mat Drat dah kongsikan di entry sebelum ini.  

👇👇
 Trip Perth - 
 Drive to Pinnacle


Bagi yang tidak menyewa kereta, atau pergi ke Perth dengan pakej agensi pelancongan tetapi The Pinnacle tidak temasuk di dalam itinerrari, masi boleh ke sini dengan mengambil pakej dari mana-mana tour.  

Klook.com
............................................................................


THE PINNACLE DESERT - NAMBUNG NATIONAL PARK




The Pinnacle Desert, yang terletak di Nambung National Park merupakan tarikan utama di kawasan WA dan lagi-lagi yang bercuti ke Perth. 

Formasi batuan kapur semula jadi di sini memang menakjubkan... Tengok gambar kita tdah terpegun, dah sampai sini bertambah terpegun. SubhanAllah, sangat-sangat unik.

Formasi dan struktur batuan kapur di sini, ada yang setinggi 5 meter, terbentuk diantara 25,000 hingga 30,000 tahun yang lalu.

Ada beberapa pendapat dan teori akan pembentukan struktur batuan di sini. 

Pendapat dan teori yang Mat Drat rasa agak menarik adalah ia dikatakan berlaku akibat paras air laut surut, dan sisa cengkerang laut menjadi pasir-pasir dan ditiup angin dan akhirnya menjadi formasi ini. Proses ini memakan masa ribuan tahun ye...  

Apa pun teori dan pendapat, bagi Mat Drat ini semua keajaiban alam dan kuasa ciptaan Allah.

Nota (Selit Sikit)
Sebenarnya, 2 hari selepas landed di Malaysia dari Perth ni, Mat Drat sambung pula ke Turki. Trip bawa rakan-rakan 40 orang.
Satu kawasan yang bagi Mat Drat juga unik di Turki adalah di Cappadocia. Sangat-sangat unik. Unik kerana batuan-batuan bukit dan gunung di situ dijadikan tempat kediaman.

Habis update trip Perth ni, Mat Drat sambung terus trip Turki.

Trip Turki


Memandu ke The Pinnacle
  • Pengalaman pemanduan secara amnya, Mat Drat dah share di entry sebelum ni.
  • Setelah hampir 2 jam memandu (180km) lebih kurang di India Ocean Drive, sampai di simpang ke The Pinnacle (sebelah kanan). Pakai WAZE, jangan sampai terlepas simpang tu nanti. Dah masuk simpang, dlm 6 km sampailah.
  • Menghampiri The Pinnacle nanti, ada kaunter tiket.
  • Harga Tiket $13/kereta (bukan ikut per head). Tiket ni boleh digunakan untuk mana-mana National Park pada hari yang sama. 
  • Ada parking area / tempat parking caravan. Di sini ada tolilet. Tak perlu park kereta di parking area ni, kita boleh terus memandu ke kawasan batuan. Tak perlu jalan kaki ikut walking trail.
  • Pandu ikut sahaja laluan yang ada, kira one way. Sedikit laluan berpasir. Tak ada masalah untuk kereta melalui kawasan ni.
  • Terus memandu sehingga jumpa tempat untuk parking, berhampiran batuan-batuan yang banyak. Jangan berhenti di lorong sempit.


Antara sajian pemandangan sekitar 50km menghampiri The Pinnacle


Di The Pinnacle
  • Jangan pakai baju tebal. Sini panas. Jangan lupa bawa air minuman.
  • Nak gambar cantik, pakailah baju yang warna terang sikit. Elakkan warna kuning atau coklat sebab tu hampir sama dengan warna batuan / pasir
  • 1 jam di sini sudah mencukupi rasanya. 1 1/2 jam pun sudah agak lama rasanya. Jangan sekejap sangat sudah la sebab kita drive 200 km ke sini.
  • Mat Drat rasa suasana di sini pada waktu petang juga cukup cantik, apabila matahari hampir terbenam, tetapi masalah nak balik ke Perth pulak. Bahaya drive lewat petang.

    6 km ke The Pinnacle dari simpang jalan besar (Indian Ocean Dr)

    Dari pintu masuk selepas bayar tiket,
    ikut sahaja laluan yang ada... 

    Selepas kawasan sedikit belukar tadi, kita akan disajikan dengan 'gurun' dengan batuan-batuan ini


    Terus sahaja memandu sehingga jumpa kawasan lapang untuk park kereta.
     Batu-batu kecil kiri jalan tu tanda tak boleh park di situ.

    Luas kawsan ni....sangat luas

    Akhirnya sampai di tempat park kereta.
    Ni kawasan utama untuk bergambar.

    Antara batuan besar dan tinggi

    Kereta kami dibelakang sana...lokasi bergambar ni masih tak jauh berjalan, cukuplah dekat-dekat je. Kalau jalan jauh-jauh ke tengah, nanti nak patah balik ke kereta, letih pulak.




    Starwars

    sorok-sorok..

    10:00 am lebih, matahari dah terasa semakin terik

    Satu lagi area, di Pinnacle Lookout. Anak-anak tak larat nak turun sebab panas terik

    Pinnacle Lookout
    Sumber : https://parks.dpaw.wa.gov.au/park/nambung




    ............................................................................. 




    ............................................................................. 

    LANCELIN SAND DUNES



    Balik dari The Pinnacle, destinasi wajib seterusnya adalah Lancelin Sand Dunes. 

    Di sini sangat popular untuk aktiviti papan luncur pasir (sandboarding on dunes on white sand). 

    Bagi Mat Drat, bukan lah aktiviti sand boarding tu semata-mata yang jadi tarikan, tetapi keunikan kawasan ni sendiri. Sungguh terpegun tengok keunikan bumi ciptaan Allah ni. 

    Bayangkan di tengah kawasan daratan, ada 'bukit' pasir yang memutih seakan 'gurun' pasir. Jika kita memandu di sepanjang Indian Ocean Drive tadi ke The Pinnacle, kita akan perasan ada beberapa 'bukit' pasir yang memutih di tengah-tengah daratan tanah lapang. 

    Pasir yang sangat putih, dan langit membiru membuatkan gambar-gambar di sini sangat cantik. 

    Lokasi :
    Mat Drat hanya gunakan waze. Waze bawa terus ke lokasi sand boarding ni.
    Sewaktu isi petrol di peran Lancelin, Mat Drat turut tanya lokasi dengan staff petrol station untuk kepastian.
    Kita akan melalui sedikit kawasan perumahan untuk sampai ke kawasan ni.

    Lokasi : 👉👉 Google Map Lancelin Sand Dunes

    Hati-hati memandu :
    Masuk kawawan ni, akan nampak signboard peringatan elakkan memandu kawasan berpasir. 
    Ada nombor telefon 'towing', ambil je nombor tu. Kalau tersangkut, memang kita akan perlukanmereka.

    Selepas melepasi kawasan trak sewaan papan luncur menuju ke bukit berpasir, kita akan melalui kawasan berpasir. Elakkan kawasan berpasir walaupun kita nampak ia adalah laluan utama (sebab ada kesan bekas tayar). 

    Lalu sahaja di atas kawasan berbatu, tak rata tak apa sebab kalau tersangkut di kawasan berpasir memang akan menyusahkan kita. Lagi-lagi kalau kita memandu kenderaan berat seperti MPV / van. Lagi senang sangkut. Ni tokey kat trak yang sewakan papan luncur tu beritahu, jangan lalu di laluan berpasir... 2-3 kali dia pesan.

    Hari Mat Drat ke sini, ada 3-4 biji kenderaan sangkut. Ada yang dapat pertolongan dari 4 wheel drive yang kebetulan lalu, dan ada yang perlu bertungkus lumus nak lepaskan 'diri' dari perangkap tu. Memang susah, dan perlu bantuan pihak lain.

    Tiket:
    Tak ada tiket dikenakan untuk masuk ke kawasan ni. Free

    Sewa papan luncur:
    Ada Mat Drat baca sebelum ke sini, boleh sewa papan luncur di kedai sebelum sampai di sini. $10 satu dengandeposit $50.
    Bila Mat Drat tanya staff station petrol tadi, dia suruh terus sahaja ke sana. Disana ada disediakan dan lagi murah.
    Mat Drat sewa $10 satu, tapi sewa 2 dapat free 1 . Tiada deposit, hanya letakkan lesen memandu.

    Dah datang sini, sewa la papan luncur tu. Kita datang jauh nak rasa pengalaman. Bukan apa, sebab ada 2-3 orang geng anak dara yang tak sewa tapi pinjam anak-anak Mat Drat tengah main. Bukan berkira tapi macam tak sesuai je sebab kalau hilang, Mat Drat yang kena tanggung.


    Menghampir kawasan ni nanti, akan jumpa trak yang ada sediakan sewa papan luncur.

    $10 satu. Sewa lah berapa lama.
    ATV pun ada...



    Aktiviti Papan luncur/ sandboarding :
    Aktiviti ni memang memenatkan sebab kita perlu mendaki ke atas dalam keadaan berpasir. Tengah hari pulak tu.
    Rasanya 2-3 kali turunnaik, kita dah letih. Kalau yang dapat buat lebih 5 kali tu memang power la....

    Mat Drat rasa, paling lama pun mungkin 30-45 minit sahaja di sini. Maksimum sejam la.

    Ingat lagi masa sewa papan luncur tu. Bila Mat Drat tanya berapa lama maksimum hours, dia kata sewalah seberapa lama. Tapi sure tak akan lebih dari sejam dia kata, sangat meletihkan.

    Dan betul apa yang dia kata...

    Nak fel lebih, kita perlu mendaki setinggi yang boleh. Baru masa turun tu lebih laju dan lebih lama. Tapi nak naik tinggi, tu yang letih tu...


    Kita perlu memanjat ke atas sana..
    Sekali sekala main pasir
    Untuk lebih selamat, cari la kawasan yang landai sedikit.

    Kanak-kanak riang...

    Nak naik atas ni yang letih ni... ni baru separuh ketinggian...

    Untuk sessi ke dua...letih ooo

    Sessi ke 3... cukuplah 3 kali

    Anak nak cari laluan yang lebih curam...lebih laju lebih trill dia kata
    ............................................................................


    WATERTOWN BRANDED HOUSE

    Shoping Murah di Perth


    Dari Lancelin, Mat Drat terus balik ke Perth sebab anak nak mencari barangan Smiggle. Oleh kerana 5:30 semua dah tutup, jadi Mat Drat terus balik tanpa singgah mana-mana.

    Nanti Mat Drat kongsi di entry tempat shopping  murah di Perth.


    ~Mat-Drat ~

    Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

    Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !! 

    20 comments:

    1. wahh! selama ni fikir perth tu kawasan kangaroo.hehe..memang x sangka ada tmpt menarik macam ni. dekat lak tu dgn malaysia kan?

      Sebab anak pun ada minta untuk main slide kat salji, tapi kalau dpt slide pasir gini pun kira okayla slide ala2 salji.hahahah

      ReplyDelete
    2. Mat drat, nak request kot next entry boleh share benda yang boleh dibeli / wajib beli bila ke perth. Kiranya kalau tak beli macam rugi sebab kat sana murah / kat sana je yang ada.

      ReplyDelete
    3. wahh rasa luas je pemandangan kalau pi situ kan.. macam nampak langit dengan tanah je.. cuaca macam mana kat situ ye? panas ke biasa je?

      ReplyDelete
    4. Wow, looks like your family had so much fun at the Lancelin Sand Dunes. Great post with lots of tips driving to Pinnacle Dessert too! Shall take note of these tips when travelling to Perth.

      ReplyDelete
    5. Besttt.. Rindu Perth.. 2x pi pun rasa xpuas LG... Masa ktorg kt Lancelin tu angin kuat gila.. Hbis pasir3 tu msuk dlm rmbut la

      ReplyDelete
    6. Tak sabarnya nak baca trip turka pula. Airah tak merasa lagi pergi Perth. Harap dapat kumpul duit banyak

      ReplyDelete
    7. Ya Allah! Cantiknya tempat ni. Teringin sangat nak pergi tempat2 menarik macam ni. Tapi belum ada rezeki. Bila baca rakan2 blogger kongsikan, lagilah rasa jealous. In shaa Allah doakan saya dapat pergi nnti. ;)

      ReplyDelete
    8. Oh my god..bestnyaa..tengo batuan dekat situ macam-macam bentuk ada..main pasir pulak..syokla..nampak seronok anak-anak tu..

      ReplyDelete
    9. Looks fun! I love nature ~ nature is so cool and unique. Hopefully one day I will have the chance to visit.

      ReplyDelete
    10. Bestnya dapat main salji. Kalaubsaya memang main puas puas. The Linnacle Desert tu memnag cantik dan unik sangat. Kalau ada rezeki nak juga datang kat sini dengan family.

      ReplyDelete
    11. Cantiknya tempat ni. Unik. Nak bergambar pun lawa. Bestnya dapat pi

      ReplyDelete
    12. Going to ANY desert is in my wishlist, ahhh jeles ni! kena forward artikel n kat husband la bagi hint sikit hahaha

      ReplyDelete
    13. Seronoknya dapat berjalan-jalan ke negara orang. Cantik sangat bila dapat bergambar dengan pemandangan indah dan tempat yang unik macam ni kan hee

      ReplyDelete
    14. Seeonok baca pengalaman kaki2 travel nie..mcm2 info yg kita boleh dapat.walaupun xpernah lg jejakkan kaki kat sana, pemandangannye..subhanallah..cantikk sangat..

      ReplyDelete
    15. Tempat idaman kita nak travel ni... Syoknya dah sampai Perth... Suka baca kisah2 travel orang rasa inspirasi sgt nk pi travel... Nanti nk buat rujukan sini lah

      ReplyDelete
    16. syoknya, insyaALlah tahun depan saya bawa anak2 dan family ke sini. insyaAllah

      ReplyDelete
    17. Perth belum pernah sampai lagi, semoga next year ada waktu nak ke sana. btw, nice photos !

      ReplyDelete
    18. Australia antara wishlist saya nak pegi satu hari nanti..

      ReplyDelete
    19. canteknya tempat ni..rasanya kalau ke perth mmg kena pergi sini..pengalaman priceless...ok masuk dalam list...hehe

      ReplyDelete

    Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

    Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.