Monday 22 October 2018

Japan Rail JR Pass Murah




Entry ni Mat Drat nak share mengenai Japan JR Pass. Boleh la juga kata rentetan dari entry minggu lepas mengenai 👉👉 Pakej Percutian Ke Jepun KHN - Kembara Halal Nippon

Perkongsian entry pakej ke Jepun tu sesuai untuk mereka yang nak pergi bercuti ke Japan tapi tak nak pening-pening buat titinerari dan tak nak 'letih' menapak sebab kena banyak naik public transport.

Manakal entry ni pula khusus untuk mereka yang nak bercuti ke Jepun secara DIY dan akan menggunakan banyak public tranport. Macam Mat Drat, suka DIY je...







Sebelum bercerita panjang, Mat Drat bagi tahu awal-awal yang Mat Drat tak pernah sampai lagi ke Jepun. Jadi perkongsian ni adalah perkongsian info yang Mat Drat dapat semasa ke Matta Fair, ke seminar oleh JTO (Japan Tourism Organization), email dari JTO/KLOOK dan juga dari cerita kawan-kawan.

Mat Drat pernah ke seminar oleh JTO di Matta Fair untuk dengar perkongsian mereka mengenai 'pass-pass' tren yang ada di Japan ni. Di Matta Fair pun Mat Drat ada juga ambil pamplet, baca sikit-sikit.... Boleh pening juga baca nak pilih JR Pass ni...

Dan maklumat dari KLOOK banyak membantu Mat Drat memahami JR Pass ni.








Japan Rail Pass - JR Pass 





Dari laman web Japan Rail Pass dan info dari KLOOK Mat Drat kongsikan semula apa yang Mat Drat faham.

Jadi yang baca entry di blog ni pun Mat Drat sarankan baca link tu untuk lebih faham syarat-syarat nak guna JR Pass ni.

Secara ringkasnya....
  • Japan Rail Pass atau lebih dikenali dengan JR Pass, adalah 'tiket' dengan harga diskaun untuk membolehkan kita menaiki pelbagai jenis transport yang disediakan oleh Japan Railways Group (JR). Sangat sesuai untuk mereka yang nak 'explore' Jepun sebab dia cover satu Jepun.... kira berbaloi sangat kalau nak travel inter-city.
  • JR Pass ni boleh digunakan di semua JR lines di Jepun (seperti ke bandar-bandar biasa dilawati seperti Osaka, Tokyo dan Kyoto). 
  • JR Pass ni tak boleh guna untuk subway atau train private (syarikat lain) selain yang dikendalikan oleh JR-Japan Railways Group tadi. 
  • Boleh juga digunakan untuk 
    • Tokyo Monorail
    • Aoimori Railways ( ada syarat-syarat dia)
    • Local JR Bas
    • Feri JR Miyajima
  • Jadi jangan lupa baca di sini 👉👉  Japan Rail Pass untuk maklumat detail.
  • Ada beberapa jenis 'Pass' untuk public transport di Jepun, sesuai untuk keperluan yang naki melancong. 
  • Perlu pilih 'pass' yang sesuai untuk itinerari kita, untuk penjimatan maksima. Bergantung kepada tempoh masa, destinasi nak pergi dan kawasan kita berada.
  • Boleh pilih yang cover Nationwide seperti JR Pass ni dan pilih yang validity untuk 7, 14 atau 21 hari.
  • Atau boleh pilih untuk zon-zon tertentu sahaja seperti
    • JR Hokaido Pass
    • JR Kansai WIDE Pass





  • Transport sistem di Jepun ni memang terkenal dengan ke'efisien'nya, tapi  ia agak komplek. Fahami betul-betul sebelum ke sini, lagi-lagi kalau bercadang 'melompat' atau travel dari satu bandar ke bandar lain.
  • Untuk entry ni, Mat Drat akan lebih cerita untuk JR Pass ( Nationwide ). Penerangan cara beli di KLOOK juga Mat Drat terangkan step by step kalau nak beli JR Pass. Untuk 'pass'-'pass' lain pun cara beli adalah lebih kurang sama sahaja.

Harga Japan Rail Pass - JR Pass 

Macam Mat Drat bagi tahu tadi, JR Pass ni kita boleh pilih validity untuk 7, 14 atau 21 hari.

Jadi nak beli tu, tengok itinerari dan baru decide perlu beli yang berapa hari. Biasanya yang 7 hari dah cukup. Tapi kalau nak travel lagi lama kat Jepun tu, mungking kena ambil yang 14 hari.

Kalau ikut laman web Japan Railways Group, harga JR Pass seperti kat bawah ni.


7 Hari
14 Hari
21 Hari
Dewasa
(12 tahun ke atas) 


¥ 29,110

 *RM 1,073  


¥ 46,390

 *RM 1,710 


¥ 59,350

 *RM2,188 

Kanak-Kanak
(6 - 11 tahun)
¥ 14,550

*RM 536 
¥ 23,190

*RM 855

¥ 29,110

*RM1,093


* Harga dalam "RM", adalah anggaran berdasarkan exchange rate ¥100 - RM 3.69
sumber http://www.japanrailpass.net/en/about_jrp.html (Harga Oktober 2018)



Boleh tahan juga harga kalau beli secara online, sebab tu ada juga yang cari JR Pass ni di Matta Fair.

Tahun ni Mat Drat pernah 'ditugaskan' ke Matta Fair oleh seorang kawan untuk belikan Japan JR Pass untuk dia. Tapi bila sampai di Matta Fair, Mat Drat lihat harga yang ditawarkan tidaklah murah sangat....murah sikit je. Jadi tak jadi lah Mat Drat belikan untuk dia di Matta Fair. 


Japan JR Pass Murah di KLOOK




Satu option lagi untuk beli JR Pass Murah adalah melalui KLOOK.

Semalam, ada seorang sahabat bertanya mengenai cara beli JR Pass di KLOOK, ada part 'departure date' dia tak sure nak letak date mana. Mat Drat kata, tak pernah beli.... tak berani nak jawabkan.

Dan pagi ni, buka-buka email KLOOK hantar email promosi Japan JR Pass. Macam tahu tahu je.... Jadi Mat baca attachment yang diberi, memang detail perkongsian oleh KLOOK.

Dah alang-alang baca dan kongsi dengan sahabat Mat Drat, Mat Drat tulis juga la di blog ni untuk panduan pembaca yang mencari info mengenai Japan JR Pass.

Bila lihat harga KLOOK jual JR Pass ni, kira murah sedikit berbanding beli di sana. Bagus beli di KLOOK ni bukan sahaja murah tetapi juga lebih memudahkan sebab....

1. Kita beli, terus dapat confirmation melalui KLOOK Voucher.
2. Exchange Order (MCO) akan di pos ke alamat secara pos berdaftar.
3. Bawa Exchange Order (MCO)  ke Jepun untuk tukar kepada JR Pass.



Setakat 22.10.2018, dah lebih 92,000 JR Pass yang dibeli




Harga Japan Rail Pass - JR Pass di KLOOK

Mat Drat lihat ini harga yang ditawarkan di KLOOK....


7 Hari
14 Hari
21 Hari
Dewasa
(12 tahun ke atas) 

 *RM 1,048  


 *RM 1,669 


 *RM 2,193  

Kanak-Kanak
(6 - 11 tahun)
*RM 530 
*RM 829

*RM 1,096

*Harga mungkin berubah mengikut perubahan harga JR Pass di Jepun dan exchange rate.

Kalau lihat kategori JR Pass 7 Hari, penjimatan kita dapat lebih kurang
- JR Website  RM 1,073
- KLOOK        RM 1,048
- Jimat          RM     25



Klook.com

KUPON DISKAUN KLOOK


Jangan lupa gunakan kod di bawah untuk diskaun bernilai RM 15 / RM 50 / RM 100 bagi pembelian di KLOOK.
Redeem by:2018-12-31 / Use by:2018-12-31
Terms Apply.

   RM 15  
KOD : SHOPEFESTFIRSTMY 
RM15 Off for 1st booking
Applicable Platform: All

   RM 50  
KOD : JOMHOLIDAY50 
With Minimum Spend of RM800. 
Applicable Platform: All

   RM 100  
KOD : JOMHOLIDAY100 
With Minimum Spend of RM1,200. 
Applicable Platform: Klook App


Proses Beli JR Pass di KLOOK , sehingga tukar JR Pass.

Boleh ikut step-step di bawah ni sebagai panduan. Tapi ingat ye, baca dahulu juga info-info di laman web KLOOK. 


1. Klik LINK 
👉👉 KLOOK JR Pass - 7 Day


Klook.com

2. Letakkan tarikh DEPARTURE DATE.
Ini tarikh akan ke Jepun.

3. Pilih  "Malaysia Mail Delivery".
Kategori tiket yang sama (7, 14 atau 21 hari) ada pilihan mengikut negara.
Jangan salah pilih negara!!

4. Select DATE 
Ini tarikh ingin terima Exchange Order (MCO) "- Ini penting

  • Exchange Order (MCO) akan di hantar secara pos berdaftar dalam masa 7 hari.
  • Untuk kita di Malaysia, semua JR Pass akan di hantar secara pos berdaftar, tidak ada perkhidmatan 'pick-up'.
  • Exchange Order (MCO) adalah 'dokumen' sangat penting, ia diperlukan untuk ditukar kepada JR Pass bila tiba di Jepun.
  • Exchange Order (MCO) valid untuk 90 hari dari tarikh JR Pass ini dibeli dari KLOOK. 
5. Pilih pakej 
Pilih kuantiti dewasa dan kanak-kanak JR Pass yang ingin dibeli.



1. Departure Date = Tarikh akan ke Jepun
2. Pilih "Malaysia Mail Delivery"
( Kalau dari  Singapore atau Indonesia, pilih ikut negara)
3. Pilih Date dan Jenis Pass ( Dewasa / Kanak-kanak)


6. Masukkan Maklumat ( ALAMAT, NAMA PENUH , DOB )
Pastikan nama di tulis ikut yang tertera di passport
Email untuk kita terima pengesahan pembelian (KLOOK Voucher)


7. Buat bayaran
Bayaran akan di caj dalam currency SGD di kredit / debit card.
Gunakan kod / kupon diskaun (rujuk kod di atas)


8. Terima confirmation - KLOOK Voucher
  • Klook Voucher akan diterima di email terus selepas membuat tempahan sebagai pengesahan pembelian.
  • Klook Vouche ini tidak boleh digunakan untuk tukar kepada JR Pass. Untuk menukar kepada JR Pass, perlukan Exchange Order (MCO)



9. Terima Exchange Order (MCO)
  • Exchange Order (MCO) akan di terima melalui pos berdaftar dalam masa 7 hari.
  • Exchange Order (MCO)  MESTI di bawa ke Jepun untuk ditukar kepada JR Pass.
  • Tanpa Exchange Order ini, pembeli tidak dapat menukar kepada JR Pass!!



10. Tukar JR Pass di JR Ticket Office /Kaunter di Jepun
  • JR Pass boleh ditukar bila-bila masa dalam tempoh validity (90 hari dari tarikh belian di KLOOK)

Passport + Exchange Order Untuk dapatkan JR Pass




11. Aktifkan JR Pass di Jepun - Date Start
  • Semasa menukar MCO kepada JR Pass, tetapkan tarikh mula aktif.
  • Plan tarikh mula aktif JR Pass elok-elok.
  • Tarikh mula TIDAK semestinya tarikh tukar MCO kepada JR Pass, ia bolehg mana-mana date dalam masa 30 hari dari tarikh pertukaran.












PERINGATAN SEBELUM BELI.

1. Beli awal
Untuk bagi masa yang cukup untuk KLOOK buat delivery Exchange Order (MCO).

2. Nama seperti di PASSPORT
Semasa pembelian, isikan nama mengikut nama di Passport. Pastikan nama betul-betul mengikut passport. 
Jika ada BIN di passport, tulis BIN. Jika ada "@" tulis "@".

Selain nama, pastikan jantina betul mengikut passport. Jangan tersilap pulak.


3. Silap nama , tarikh atau jantina.
Seeloknya buat cancellation dan beli baru. KLOOK akan caj 10% dari amaun yanga kan dipulangkan.

Boleh email support@klook.com


4. Pertanyaan atau permasalahan
Boleh hubungi terus pihak support KLOOK (24 JAM)

Email : support @klook.com

Chat di Klook Website : Klook Website 

Chat di FB : FB Klook

Call Hotline : (+60)3 9212 8188 (Malaysia) / (+81) 3 4530 6990 (Japan)


5. Beli di Japan
JR Pass juga boleh dibeli di Japan. Tetapi perlu beli dalam YEN. Ada beberapa tempat / office untuk beli di sana.



Untuk lain-lain JR Pass, boleh klik banner di bawah... TAPI BACA dulu syarat untuk pastikan pass tu sesuai atau tidak dengan itinerari kita.

Antaranya.....

5 Days JR Kansai WIDE Area Pass
Flexible 5 Days JR East Tohoku
3/5 Day Jr All/ North / South



Klook.com

1 Day JR West Kansai Pass (KIX)

Flexible  5 Days JR East 
4 Days JR West Kansai Pass (KIX)



Klook.com

5 Days JR Kansai Hiroshima Pass

7 Day JR Hokkaido Pass
3 Days All Shikoku Pass




Klook.com



18 comments:

  1. Menarik perkongsian tips ini. LeYa pun daat sedikit info darinya. Nnti kalau ke Jepun, boleh refere sekali lagi blog ni. Syabas!

    ReplyDelete
  2. so many informative information about japan.. great tips to start planning for japan's trip.. nice..

    ReplyDelete
  3. Wah bagusnya informasi ni jadi boleh dijadikan bahan rujukan untuk masa depan hehehe maklumlah belum pernah pun jejakkan kaki ke Jepun tapi dalam perancangan untuk ke sana

    ReplyDelete
  4. Lengkap penerangan yang diberi.Sangat membantu untuk mereka yang plan nak ke jepun

    ReplyDelete
  5. Wah berbaloi juga ya harga guna JRP ni. Ada juga saya baca haritu ramai yang share pasap ni.

    ReplyDelete
  6. perkongsian yang bagus untuk mereka yang tak tahu pasal JR Pass ni..semoga membantu mereka yang memerlukan

    ReplyDelete
  7. Perkongsian yg hebat..sesuai utk mereka yg selalu travel..SA mmg teringin nak pi Japan...kalau termakbul nanti boleh la guna cara Mat Drat ni...

    ReplyDelete
  8. Perkongsian yang menarik. Boleh refer kat sini juga nanti. Amat membantu dan berguna sangat terutamanya kepada mereka yang ingin travel ke Jepun ni.

    ReplyDelete
  9. Good info buat mereka yang baru nak travel ke Jepun. Masa sis ke Jepun pun beli pass ni..senang nak gerak sana sini

    ReplyDelete
  10. jepun!!!
    sgt best kalau la dpt gi.
    one day in shaa Allah, jepun wajib aida jejak kan kaki nih.
    sejuk. indah. damai. negara terbit mentari.
    entry ni sgt bagus, mat drat. bakal memberi manfaat pada ramai org tau.
    tq for sharing.

    ReplyDelete
  11. tq atas perkongsian ni..japan ni antara negara yang dalam bucket list nak lawat satu hari nanyi. so nanti blh rujuk pd entri ini

    ReplyDelete
  12. Bulan 3 hari tu, pergi ke Jepun memang amik simcard dan beberapa servis lain drp Klook..memang berbaloi dan puas hati dengan servis diorg..JR Pass sesuai utk mereka yg fit..kalau bawa anak-anak, agak mencabar juga

    ReplyDelete
  13. amni pnh tahu pasal jaapn pass ni sebab tgk cite travel korea.hehe.cite tu best sbb dia share mcm ne nk bjimat bila travel.
    byk jugak dpt input dari cite tu.

    ReplyDelete
  14. Suatu hari ni aku akan ke Jepun juga la...Tq bro membuka mata dengan artikel ni...panduan sebegini juga yang akan di google nanti utk memudahkan perjalanan semasa di Jepun nanti

    ReplyDelete
  15. What a great information. Though is too long for me to browse but I still can find the information I want. Really thanks.

    ReplyDelete
  16. Menarik perkongsian ni. Sedikit sebanyak bagi kengkawan yang nak ke sana, boleh la fahami ni dulu. Yela, bila berada di negara orang, tak sama caranya macam di negara sendiri.

    ReplyDelete
  17. Boleh buat sebagai rujukan bila nak ke Jepun nanti. Qiss masih menabung ni. Bagus perkongsian ni sebab dapat membantu Qiss nak buat persiapan ke Jepun.

    ReplyDelete
  18. info yang berguna. Bila ada info macam ni, dah tak susah nak guna perkhidmatan kat sana.

    ReplyDelete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.