Sunday 12 August 2018

Tempat Menarik di Bandung

Percutian Bandung Melancong Tempat Menarik di Bandung


Sambungan dari perkongsian pengalaman percutian Mat Drat ke Bandung baru ni di Travelog Trip Bandung, Mat Drat summarykan Tempat Menarik di Bandung ikut kategori berikut untuk memudahkan serta jadi rujukan dan panduan mereka yang nak ke Bandung. Harap-harap dapatlah beri sedikit manfaat.

Bandung ni banyak tempat menarik dan ia merangkumi semua umur. Bandung menawarkan pelbagai jenis daya tarikan dari alam semula jadinya yang pelbagai, taman temanya dan yang paling diminati adalah ia menjadi tarikan untuk membeli belah kerana harga barang di sini agak murah.

Ada sebahagian tempat ni Mat Drat tak pergi, maklumlah trip 4h3M tak dapat nak cover semua tempat di Bandung.

Untuk memudahkan, Mat Drat bahagikan tempat-tempat menarik di Bandung ni mengikut 3 kawasan iaitu:
  • Bahagian Utara (Lembang)
  • Bahagian Selatan (Ciwadey)
  • Bandarraya Bandung
Nota :
Senarai ini tidak mengikut rangking ye !! Untuk koleksi-koleksi gambar di setiap lokasi,boleh klik link google map yang Mat Drat sertakan di setiap lokasi/destinasi.










TEMPAT MENARIK DI BANDUNG


TEMPAT MENARIK DI BANDUNG - UTARA (SEKITAR LEMBANG)


1. TANGKUBAN PERAHU

Percutian Melancong Tempat Menarik di Bandung Tangkuban Perahu
Tangkuban Perahu
Kredit : Johnny memonic


Gunung Tangkuban Perahu (Parahu) sebenarnya adalah sebuah gunung berapi yang masih aktif. Kawahnya yang masih mengeluarkan gas belerang menunjukkan ia masih aktif sehingg kini. 

Terletak 20 km ke utara Bandung dengan mengambil masa perjalanan lebih kurang 30-45 minit dari Bandung. Kedudukannya 2,084 meter atas paras laut, ia di kira kawasan tanah tinggi dan elok datang dengan baju tebal. 

Melawat Gunung Tangkuban Perahu dan secara tepatnya melawat kawah gunung berapi yang masih atif pasti memberikan satu pengalaman yang cukup berbeza dan menarik.

Harga Tiket : 50,000 Rp (Pelawat)

Laman Web :

Lokasi : Cikahuripan, Lembang, Kabupaten Bandung Barat, Jawa Barat


Peta Lokasi : ðŸ‘‰Google Map Tangkuban Perahu



2. FLOATING MARKET LEMBANG

Percutian Melancong Tempat Menarik di Bandung Floating market Lembang


Floating Market Lembang Bandung ni agak berbeza dengan 'Floating Market' di Thailand atau Vietnam.  Di Thailand dan Vietnam tu, floating market kita akan menyusuri sungai/terusan dan banyak kedai/gerai disepanjang sungai/terusan tu. Di sini pula, tasik buatan ni mereka sediakan bot kecil/sampan dan kita boleh ke kedai/market yang terletak di tebing tasik ni. 

Selain tasik, tarikan di sini adalah Kota Mini yang terdapat pelbagai 'ride' dan game serta juga Taman Bung Rainbow Garden yang cukup indah dengan bunga-bunganya yang pelbagai warna.


Bayaran Tiket : (Tak kira umur ye)
Weekend - Rp 15,000 seorang (+- RM 4.20) 
Weekday - Rp 10.000 seorang (+- RM 2.80)  

Tiket layak untuk ditukar dengan secawan di kaunter tiket.

Bayaran Parking:
Bas - Rp 20,000
Kereta - Rp 10,000




Address :  Jalan Grand Hotel No.33E, Lembang, Kabupaten Bandung Barat,  Jawa Barat.

Lokasi  : ðŸ‘‰ Google Map Floating Market Lembang



Boleh baca pengalaman Mat Drat ke sini
👉👉 Trip Bercuti Bandung Day 1 - Floating Market Lembang


.
Klook.com .


3. FARM HOUSE LEMBANG

Percutian Melancong Tempat Menarik di Bandung Farm House Lembang


Farm House meruapakan antara tarikan terbaru di Bandung yang semakin mendapat tumpuan.

Istimewanya tempat ini adalah ia mengenengahkan 'bandar dengan senibina eropah', di mana para pengunjung berpeluang menyewa pakaian lelaki dan wanita Belanda dan bergambar di sekitarnya kawasan ini. 

Petting Zoo  yang terdapat di sini pasti menggembirakan kanak-kanak apabila mereka dapat bermesra dengan binatang-binatang yang ada di sini.

Dan jangan lupa bergambar di rumah 'Hobbit' apabila ke sini.


Bayaran Tiket : (Tak kira umur ye)
Rp 25,000 seorang (+- RM 7.00) 

*Tiket layak untuk tukar secawan susu murni (susu segar) di sini...

Bayaran Parking:
Kereta - Rp 10,000




Address : Jl. Raya Lembang No.108, Gudangkahuripan, Lembang, Gudangkahuripan, Lembang, Kabupaten Bandung Barat, Jawa Barat

Lokasi  : ðŸ‘‰ Google Map Farm House Susu Lembang



Boleh baca pengalaman Mat Drat ke sini



4. Kebun Begonia

Percutian Melancong Tempat Menarik di Bandung Kebun Begonia Lembang


Kebun Begonia ni merupakan kebun bunga yang cukup cantik dengan pelbagai bunga terutamanya bunga Begonia itu sendiri. Warna warni bunga-bungaan dan deko dan erhiasan yang ada pasti mencantikkan gambar yang diambil di sini. 

Boleh kata sangat sesuai kepada mereka yang sukakan bunga-bunga dan juga suka bergambar. 

Saiz kebun yang tidak besar, jadi  tidak akan ambil masa yang lama di sini. Jangkakan masa akan dihabiskan sekitar 30-45 minit sahaja di sini. 

Kedudukan lokasi di tepi jalan utama, juga menjadi sebab ia sering dikunjungi pengunjung.

Bayaran : Rp 15,000 seorang ( +- RM 4.20)

Website http://www.kebunbegonia.com/contact

Address :  Jalan Maribaya No. 120 A, Lembang, Bandung, Jawa Barat.

Lokasi  : 👉 Google Map Kebun Begonia Lembang



Boleh baca pengalaman Mat Drat ke sini

5. Kopi Luwak

Percutian Melancong Tempat Menarik di Bandung Kopi Luwak Cikole Lembang



Kopi Luwak Cikole agak terkenal di Indonesia khususnya di Bandung ini. Ada beberapa pengusaha kopi luwak tetapi ini antara yang agak 'komersial' dan sesuai untuk dilawati.

Luwak itu bermaksud musang, manakala Cikole itu adalah nama kawasan ini.


Datang ke sini, para pengunjung boleh melihat proses penghasilan kopi luwak itu dan dapat ber'mesra' bersama musang.

Address :  Jl. Nyalindung No.9, Cikole, Lembang, Kabupaten Bandung Barat

Website :  http://kopiluwakcikole.business.site/


Lokasi  : 👉 Google Map Kopi Luwak Cikole

Boleh baca pengalaman Mat Drat ke sini



.

.



6. Dago Dreampark

Percutian Melancong Tempat Menarik di Bandung Dago Dreampark Lembang
Dago Dreampark
Kredit : Dago Dreampark


Dago Dreampark mula dikenali apabila gambar-gambar pengunjung di 'Karpet Aladin' menjadi viral.

Kebanyakkan pengunjung ke sini adalah untuk bergambar di karpet aladin ini. Selain itu 'Love Seat' juga agak menarik dengan 'makan' bersama pasangan anda dalam keadaan tergantung di udara.

Jika anda rasa berani dengan ketinggian, bergambar di atas karpet terbang ini mungkin sesuatu yang perli dilakukan ketika berkunjung ke Bandung.

Lokasinya di tanah tinggi dengan pemandangan yang cantik menjadikan lokasi ini antara pilihan pengunjung apabila ke Bandung.

Harga Tiket Rp 30,000 seorang 

Laman Web :https://dagodreampark.co.id/

Address :  Jl. Dago Giri KM. 2,2, Mekarwangi, Pagerwangi, Lembang, Kabupaten Bandung Barat

Peta Lokasi : ðŸ‘‰ Google Map Dago Dreampark



7. The Lodge Maribaya

Percutian Melancong Tempat Menarik di Bandung The Lodge Maribaya Lembang
Aktiviti Zip Bike The Lodge Maribaya
Kredit :Fahmi_Yudiarto

The Lodge Maribaya di desa Cibodas, tidak jauh dari Lembang juga terletak di kawasan tanah tinggi dan pastinya ia menjanjikan pemandangan yang menghijau dan mendamaikan. Datang ke sini  para pengunjung juga boleh menikmati makanan di salah satu restoran yang terdapat disini di sambil menikmati keindahan alam semula jadi. 

Mula beroperasi pada tahun 2005 dengan nama The Lodge Eartbound and Adventure Park sebelum ditukar kepada The Lodge Maribaya. Dulunya ia hanya menyediakan perkhidmatan perkhemahan dan aktiviti outbound, tetapi mulai 2016 ia telah mempelbagaikan akriviti dan tarikan di sini.

Antara tarikan di sini pastilah bergambar di beberapa spot yang menarik
- zip bike
- mountain swing
- sky tree
- hot air ballon
- sky plane

Bayaran: Bergantung kepada aktiviti photoshot yang ingin dilakukan di sini. Boleh rujuk laman web untuk senarai tiket/bayaran bagi aktiviti yang dilakukan.

Alamat: Jalan Maribaya No. 149-252 RT 03/ RW 15 Kampong Babakan Gentong, Cibodas Maribaya, Lembang

Laman
 Web :
https://www.thelodgemaribaya.com/


8. Tebing Keraton
Percutian Melancong Tempat Menarik di Bandung Tebing Keraton Lembang
Tebing Keraton
Kredit : ton_rizwan


Tebing Keraton sesuai kepada mereka yang meminati adventure dan menikmati pemandangan keindahan alam. Ia menjadi tumpuan bagi mereka yang ingin melihat keindahan pergunungan terutama ketika sunrise atau pun sunset.

Untuk panduan ke sini, boleh rujuk  blog atau laman web ini :



Harga Tiket : -

Laman Web : -

Lokasi : Lembang, Ciburial, Cimenyan, Ciburial, Cimenyan, Ciburial, Cimenyan, Kabupaten Bandung Barat

Peta Lokasi : Google Map Tebing Keraton 




9. Kampung Daun

Percutian Melancong Tempat Menarik di Bandung Kampung Daun Lembang
Kampung Daun
Kredit : Kampung Daun


Kampung Daun ini sebenarnya  merupakan satu destinasi untuk menjamu selera. Memandangkan ia di kelilingi dengan suasana yang menghijau dan para pelanggan dapat menikmati hidangan dalam suasana yang agak berbeza, ia sentiasa menjadi tumpuan pengunjung tempatan dan juga luar.

Menjamu selera di pondok-pondok dengan dikelilingi pokok menghijau dan desiran anak sungai, pasti menambah selera ketika menikmati hidangan di sini. 



Waktu Operasi  : 11am -11 malam

Laman Web :
https://www.instagram.com/kampungdaun/

Lokasi Villa Triniti, Jalan Sersan Bajuri KM. 4,7, Cihideung, Cigugur Girang, Paronpong, Cigugur Girang, Parongpong, Kabupaten Bandung Barat,

Peta
Lokasi : Google Map Restoran Kampung Daun


10. Dusun Bambu

Percutian Melancong Tempat Menarik di Bandung Dusun Bambu  Lembang
Dusun Bambu
Kredit : like_bandung

Dusun Bambu ini merupakan 'Leisure Park' yang sesuai untuk seisi keluarga yang terletak di kawasan kaki gunung. Konsep 'eco tourism'nya sangat sesuai kepada mereka yang meminati keindahan alam semula jadi.

Jika ingin menginap di sini, penginapan juga disediakan. Paling menarik adalah menginap di lodge di tepi tasiknya.

Di sini juga terdapat restoran untuk pengunjung menjamu selera.



Lokasi : Dusun Bambu Lembang, Kertawangi, Cisarua, Kabupaten Bandung Barat.


Peta Lokasi : Google Map Dusun Bambu




TEMPAT MENARIK DI BANDUNG - SELATAN (CIWADEY)

Tempat lawatan di kawasan Selatan Bandung ini terletak di tanah tinggi di mana kebanyakkanya berada di 1,500 atas paras laut. Di nasihatkan datang ke sini dengan pakaian yang agak tebal, terutama sekiranya cuaca hujan.



11. Kawah Putih

Percutian Melancong Tempat Menarik di Bandung Kawah Putih Lembang
Kawah Putih
Kredit : maman0401

Kawah Putih yang terletak di Selatan Bandung di daerah Ciwadey boleh dikatakan antara destinasi wajib jik ake Bandung. 

Jarak dari Pusat Bandar Bandung lebih kurang 50 km, tetapi mengambil masa perjalanan hampir 2 jam dengan separuh perjalanan perlu mendaki bukit.

Kawah Putih ini terbentuk dari letupan Gunung Berapi Patuha. Ia mendapat nama kerana pasir di kawahnya yang berwarna putih, akibat percampuran dengan belerang.

Datang ke sini, boleh membuatkan kita berasa sungguh tenng dengan pemandangannya yang cukup cantik.


Harga Tiket :
Individu : Rp 50,000 / seorang

Kenderaan Persendirian: Rp 150,000 / kenderaan
Kenderaan Local  : Rp 15,000 / kenderaan

Laman Web : -

Lokasi : Jl. Raya Ciwidey - Patengan No.946, Patengan, Rancabali, Bandung

Peta Lokasi : Google Map Kawah Putih


Boleh baca pengalaman Mat Drat ke sini

👉👉 Trip Bercuti Bandung Day 3 - Kawah Putih n Lakeside Rancabali


12. Lakeside Rancabali / Situ Patenggang

Percutian Melancong Tempat Menarik di Bandung Glamping lakeside Rancabali Ciwidey


Situ Patengan terletak tidak jauh dari Kawah Putih. Ia menawarkan pemandangan tasik di tengah hutan yang juga dikelilingi ladang teh menjanjikan pemandangan yang cukup indah dan menenangkan.

Jaraknya yang hanya 7 km dari Kawah Putih, biasanya ia turut menjadi destinasi yang dilawati bagi mereka yang ke Kawah Putuh.

Antara tarikan utama adalah tapak perkhemahan Glamping Lakeside Rancabali yang terdapat di sini. Berkhemah dan bermalam di kawasan menghijau dengan ketinggian 1600 meter dari aras laut pasti memberikan suasana yang cukup dingin. 

Selain itu, Restoran Pinisi turut menjadi tumpuan pengunjung. Restoran yang berbentuk kapal/bahtera di tengah ladang teh di tebing tasik / danau ini memberikan pemandangan yang cukup indah.

Harga Tiket :
Individu : Rp 20,000 / seorang
Kenderaan Persendirian: Rp 5,000 / kenderaan

Laman Web :-

Lokasi : Jalan Raya Ciwidey Situ Patengan Km. 39, Patengan, Rancabali, Patengan, Rancabali, Bandung.

Pe
ta Lokasi : Google Map Situ Patengan / Lakeside Rancabali

Boleh baca pengalaman Mat Drat ke sini

👉👉 Trip Bercuti Bandung Day 3 - Kawah Putih n Lakeside Rancabali



13. Ranca Uncas

Percutian Melancong Tempat Menarik di Bandung Ranca Uncas Rancabali Ciwidey
Ranca Uncas
Kredit: trimsi_moto

Ranca Upas atau pun Kampung Cai Ranca Upas merupakan salah satu tapak perkhemahan yang terdapat di tanah tinggi Ciwadey ini. Jaraknya kurang 2 km dari Kawah Putih, turut menjadi tempat kunjungan mereka yang ingin merasai kedamaian alam semulajadi.

Kedudukannya pada 1700 atas paras laut memberi gambaran kawasan ini agak dingin. Jangkakan suhu di sini sekitar 17 °C - 20 °C. Jadi bawa pakaian yang agak sesuai jika ke sini.
Aapa yang menarik di sini, para pengunjung dapat 'bermesra' dengan rusa (Ranca Upas) di sini 



Harga Tiket :
Individu : Rp 10,000 / seorang
Kenderaan : Rp 2,000 - Rp 10,000
Perlatan perkhemahan boleh disewa bagi yang ingin berkehmah.

Laman Web :

Lokasi : Jalan Raya Ciwidey, Patengan, Rancabali, Patengan, Rancabali, Bandung.

Peta Lokasi : Google Map Ranca Upas



.



TEMPAT MENARIK DI BANDUNG - BANDAR


14. Trans Studio

Percutian Melancong Tempat Menarik di Bandung Trans Studio


Trans Studio Bandung ni merupakan taman tema yang terletak di dalam bangunan. Kalau di Malaysia bolehlah bayangkan Berjaya Theme Park ataupun First World Theme Park Genting. Cuma Trans Studio jauh lebih besar dari kedua-dua theme park di Malaysia yang Mat Drat sebut tadi.

Nak bayangkan keluasan dia, bayangkan Legoland la....sebab di Transtudio ni ada beberapa section.... tapi tak la seluas Legoland tu. Kalau yang pernah ke Seoul Korea, boleh kata  ala-ala Lotte World.

Trans Studio ni bawah kumpulan syarikat konglemerat Trans, yang juga memiliki rangkaian tv di Indonesia. Jadi karektor dan water yang ada diketengahkan di Trans Studio ni adalah dari karektor dan watak rancangan tempatan.


Harga Tiket :
Harga tiket berbeza ikut hari. 
Paling murah hari Weekeday (Isnin-Khamis). Tiket untuk hari Sabtu/Ahad/ Public Holiday hampir 2 kali ganda.
Tiada umur minima, semua wajib membeli tiket.

Isnin - Khamis : Rp 100,000
Jumaat            : Rp 200,000
Sabtu n Ahad n Public Holiday : Rp 280,000
Lokasi : Jl. Gatot Subroto No.289, Cibangkong, Batununggal, Kota Bandung, Jawa Barat 


Peta Lokasi : ðŸ‘‰ Google Map Trans Studio Bandung



Boleh baca pengalaman Mat Drat ke sini
👉👉 Trip Bercuti Bandung Day 2 - Trans Studio Bandung


.


.


15. Saung Angklung Udjo

Percutian Melancong Tempat Menarik di Bandung Angklung udjo






Saung Angklung Udjo merupakan salah satu destinasi di Bandung yang juga menarik untuk dikunjungi. Di tempat ini, pengunjung akan disajikan dengan persembahan alam semulajadi yang di adun dengan persembahan kebudayaan.


Persembahan 'Bambu" yang terdiri dari penampilkan persembahan arumba, wayang golek, helaran, tarian sunda dan pertunjukkan permainan angklung pasti mengasyikkan.



Harga Tiket :
Weekday : Rp 60,000
Weekend : Rp 75,000

Laman Web :https://angklung-udjo.co.id/

Lokasi : Jalan Padasuka No.118 Pasirlayung, Cibeunying Kidul, Bandung

Peta Lokasi : Google Map Angklung Udjo Bandung








~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

.

10 comments:

  1. Salam encik.. Tangkuban perahu tu utk foreigner mmg hrga RP 50,000 k?
    Semua harga tiket yg dinyatakan semua harga foreigner k? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasallam. sorry, terlepas pandang. Yup, harga foreigner

      Delete
  2. Salam encik.. Harga utk tangkuban perahu RP 50k k? Harga tu utk foreigner?

    ReplyDelete
  3. slm Mat Drat.. sy akan ke bandung on nov thn ni. entrance fee tu semua en beli di sana @ blh beli online yea.. sbb senarai harga agent bagi sgt berbeza dgn yg en nyatakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasallam.
      sorry, terlepas pandang.
      harga saya tulis ikut laman web. mungkin ada tersilap tulis.

      saya hari tu, semua tiket , supir saya yang belikan kecuali ke Transtudio

      Delete
  4. jemput lawat ya

    https://destinasipercutian.com/tempat-menarik-di-bandung-bahagian-1/

    ReplyDelete
    Replies
    1. menarik perkongsian.. tq singgah blog saya

      Delete
  5. Salam en mat, nak tanya tempat tempat semua diatas ni sesuaikah utk warga emas yang bertongkat, yang kurang bole jalan jauh? TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasallam...
      kawasan lawatan yang kecil, yg saya rasa boleh (tak meletihkan mereka) macam Farm House Lembang, Kebun Begonia, Kopi Luwak.
      Yang lain-lain pun okey, cuma tak perlu jalan / ronda seluruh kawasan la. Tapi intai-intai la dulu gambar di google street/google map utk tgk gambaran jelas kwsan tu

      Delete

    2. macam kawasan Ciwade, tu agak tak sesuai sbb jauh. Saya Dec ni ke sana lagi dengan mak mertua yang dah berumur. Kwsan Ciwade, mungkin saya tak pergi.

      Delete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.