Haeundae Beach Busan |
Dari Gamcheon Culture Village, Mat Drat singgah dahulu di Gukje Market semasa on the way balik ke hotel. Kesian kat baby...letih, kena bagi dia berehat dahulu sebelum keluar semula sebelah petang / malam. Dah dua hari dia sporting habis, tak meragam...tak menangis... Jadi bagi dia tidur puas-puas kat hotel sebelum kami keluar semula sebelah petang.
Dari Gamcheon, kami naik tren metro Line 1 dan turun di Station Jagalchi.
Di Station Jagalchi ni ada satu kedai menjual baju ala-ala bundle. Kami pun tertarik juga sebab harga agak murah.
Kot jenama Elle yang kami beli cuma berharga 3,900 won. Lebih kurang RM 15 sahaja. Masih cantik dan seakan baru. Tersangkut juga sorang sepasang kot kat sini.
Jenama Elle ... harga 3,900 won |
Kena memilih untuk dapat yang terbaik |
Gukje Market
- Di Jagalchi Station (Line 1), keluar di Exit 7 dan perlu berjalan sekitar 400 meter sebelum sampai ke Gukje Market. Kalau dari station tu, kiranya atas sedikit dari BIFF Square
- Gukje Market ni merupakan pasar yang cukup terkenal di Busan dan juga tempat tumpuan pengunjung.
- Juga dikenali sebagai Nampodong International Market di mana ia merupakan market terbesar di Busan dan dikatakan lebih kurang seperti Namdaemun Market di Seoul.
- Jika di Malaysia , boleh la kita bayangkan seperti ala-ala Petaling Street. Tetapi di sini mereka bukan berniaga di gerai, tetapi di shop lot. Petaling Street peniaga banyak meniaga di gerai-gerai selain di shop lot.
- Ada beberapa lorong dan setiap lorong mengkhususkan kepada barangan tertentu. Boleh kata macam pasar Chatuncak jika di Bangkok. (Mat Drat balik dari Busan, selang seminggu terus ke Bangkok).
- Di pasar ini pelbagai barangan boleh diperolehi, barnagan elektrik, perkakasan rumah, pakaian, buahan dan sayuran.
- Tapi untuk kita pengunjung luar ni, rasanya lebih tertarik dengan pakaian untuk dijadikan buah tangan.
- Katanya sejarah pasar Gukje Market ni bermula sewaktu perang Korea. Pelarian yang melarikan diri ke Busan, berlindung di kawasan ini dan menjual barangan tertentu untuk menampung kehidupan.
- Di sini, ada 1 atm bank. Manalah tahu kehabisan cash untuk membeli belah. Tapi Mat Drat try nak keluarkan duit hari tu, tak dapat nak keluarkan walaupun kad dah diaktifkan untuk transaksi luar negara.
- Keesoknya (Ahad) Mat Drat datang lagi ke sini kononnya nak habiskan duit korea sebelum terbang balik pagi Isnin. Punya sedap menyopping sampai lupa cash habis. Dah pilih-pilih barang di kedai terakhir (waktu tu dah hampir 7 petang), masa nak bayar baru perasan cash habis. Nak bayar guna kad kredit memang tak diterima di sini. Semua bayar secara cash sahaja. Bersungguh tokey kedai tu tunjukkan ATM terdekat dan berlari la Mat Drat ke ATM yang terhampir, tapi frust sebab tak boleh keluarkan duit. Terpaksa pulangkan semula separuh baju-baju yang dah dipilih.
- Masa dah meninggalkan Gukje Market ni dan mula menghampiri BIFF Square, Mat Drat terjumpa Standard Charetered. Nasib baik boleh kelurkan tunai di mesin ATM sini. Keluarkan je duit, suruh wife tunggu depan bank dan Mat Drat berlari ke kedai tadi. Nasib baik kedai baru tutup separuh, jadi dapatlah beli semua t-shirt yang dah dipilih tadi.
- Mat Drat masa ke Doha, Qatar dulu pun kena sekali. Shopping kat Sauq AlWaqif sampai cash habis. Pun sama, semangat tokey kedai bawa ke ATM terdekat. Opss...Ni Trip Kuala Lumpur - Barcelona - Paris - Doha tajaan Qatar Airways ye. Boleh la baca travelog Mat Drat.
Souveniour / Buah Tangan di Busan
- Nak cari souveniour atau buah tangan di Busan agak sukar sedikit. Tidak banyak kedai atau gerai yang akan kita jumpa.
- Mat Drat hanya jumpa 2 kedai sahaja yang menjual souveniour / cenderahati di Gukje Market ni.
- Selain kedai souveniour ni, boleh la singgah kedai/gerai jual t-shirt, baju, topi atau payung. Ini la barang-barang lain yang Mat Drat rasa boleh dibeli dan dijadikan souveniour / buah tangan.
Suasana Gukje Market. Pakaian... Beg... Payung.....Topi.... |
Apa lagi.... pilih. |
Jom pilih topi... |
Boleh la... chopstick, keychai, fridge magnet, kepit kuku... bukan sahaja ada, murah pulak tu. |
Puas hati dengan harga boleh bagi thumb up !! |
Haeundae Beach
- Pantai ni cukup terkenal dan jadi tumpuan pengunjung. Boleh kata pantai paling disukai di Korea Selatan ni.
- Waktu siangnya terutama ketika summer, pantai akan dipenuhi dengan pengunjung untuk berjemur di sini.
- Hotel cukup banyak di sekitar sini, tempat makan pun banyak.
- Kalau mencari penginapan bawah RM 50 satu malam pun boleh jumpa, ada guest house atau pun motel.
- Jika ingin lihat hotel-hotel pilihan di sekitar Busan, boleh la klik link dibawah.
- Beberapa restoran yang ada tanda 'halal' yang saya jumpa di sini ( sepanjang jalan Novotel Hotel ke Station Metro Haeundae) adalah
- Star Kebab ( Self Certified)
- Punjab Indian Restaurant ( Muslim Friendly)
- Hello India Al Waha
- Indian Restaurant Bombay Brau
- Kami ke sini pada waktu malam, rupanya pada waktu malam ada artis-artis jalanan buat persembahan dan rupanya ia juga menjadi lokasi penduduk setempat bersantai.
- Tengah kami bersantai di sini, ada awek korea ni bagi Mat Drat mercun das... siap tolong bakarkan untuk Mat Drat. Tapi tengah sedap-sedap menembak mercun tu, datang peronda pantai ke arah Mat Drat dan melarang dari main mercun... Apa boleh buat, hanya mampu minta maaf sahaja lah. Tapi mercun das ni bukan boleh padam kalau dah dinyalakan, dia kata main sahaja sampai habis and don't play again.
Risau jugak sebenarnya, takut kena saman atau kena angkut ke balai... . Tapi ramai je yang main. Tapi kesian jugak kat peronda pantai ni sebabnya bila dia datang sini yang kat sana pulak tembak mercun. Dia kejar ke sana, yang sini pulak bakar. Tapi dia kejar pakai jeep ye, bukan berlari.
Tepi-tepi jalan nak sampai ke pantai ni memang ada beberapa gerai yang menjual mercun. Kalau berani nak main, boleh la beli.
Sewaktu sampai dari Gukje Market. Ramai juga pengunjung. Tapi kami balik ke bilik dahulu. Hotel kami betul-betul sebelah ni. |
Artis jalanan buat persemabahan ala-ala sarkas. |
Busker pun ada...enjoy sambil deruan ombak |
Lagi artis busker. Belakang sana pantai... |
Ada uncle sorang tu tolong snap kan gambar |
Dia tak puas hati... dia kata yang tadi ( gambar atas) tak terang. Snap sekali lagi . Baby muka letih..... kesian |
Siap ambil gambar, ajak kami makan dan minum sama-sama. Peramah la orang korea ni |
Ni waktu tengah berjalan kat pantai, ada awek korea bagi mercun das.... Mat Drat main tanpa rasa bersalah sehingga datang peronda pantai bagi amaran !! |
~Mat Drat~
Perkongsian berkaitan Trip Busan ini
👉👉 Percutian Ke Busan Korea Selatan - Tips
👉👉 Travelog Percutian Ke Busan Korea - Part I
👉👉 Travelog Percutian Ke Busan Korea - Part II (Yeongdusan, BIFF, Jagalchi)
👉👉 Travelog Percutian Ke Busan Korea - Part III (Gamcheon Culture Village)
👉👉 Travelog Percutian Ke Busan Korea - Part IV (Gukje Market, Haeundae Beach)
👉👉 Travelog Percutian Ke Busan Korea - Part V (Dalmaji-gil Rd, Oryukdo Skywalk)
👉👉 Travelog Percutian Ke Busan Korea - Part VI (Masjid Al-Fatah, Cappodicia)
👉👉 Travelog Percutian Ke Busan Korea - Part I
👉👉 Travelog Percutian Ke Busan Korea - Part II (Yeongdusan, BIFF, Jagalchi)
👉👉 Travelog Percutian Ke Busan Korea - Part III (Gamcheon Culture Village)
👉👉 Travelog Percutian Ke Busan Korea - Part IV (Gukje Market, Haeundae Beach)
👉👉 Travelog Percutian Ke Busan Korea - Part V (Dalmaji-gil Rd, Oryukdo Skywalk)
👉👉 Travelog Percutian Ke Busan Korea - Part VI (Masjid Al-Fatah, Cappodicia)
No comments:
Post a Comment
Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.
Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.