Sunday 17 September 2017

Travelog Percutian ke Busan - Part V ( Masjid Al-Fatah, Cappadocia)

Masjid Al-Fatah




Masjid Al-Fatah

Islam sudah lama menapak di Korea. Walau bagaimana pun, bilangan penganut agama islam di sini amat kecil dan tidak sampai 5%. Kira muslim adalah minoriti di sini. Walau minoriti, di Busan terdapat juga sebuah masjid. Jadi jika ke Busan, ambillah kesempatan untuk melawat masjid ini.

Masjid ini agak kecil, di bina dengan bantuan pihak Turki sebagai lambang kerjasama kedua negara,

Masjid ini juga menjadi pusat pembelajaran agama Islam bagi mereka yang baru menganut agama Islam. Ada kelas agama diadakan di tingkat bawah.

Sewaktu kami tiba di sini, ada beberapa orang (tidak sampai 10 orang) berkumpul di sini. Ada yang berjumpa rakan di sini dan menjadi ia sebagai tempat pertemuan. 5-6 orang warga Indonesia (bekerja di Busan dan pelajar) dan juga beberapa orang tempatan.

Selesai kami solat Asar, masjid ini kembali sepi. Tinggal kami berdua serta satu pasangan yang datang dari Seoul. Suaminya orang Egypt dan isterinya warga tempatan. Melihat mereka di sini, kita akan merasakan cukup bersyukur dengan keadaan 'Islam' di Malaysia. 


Lokasi dan cara ke Masjid Al-Fatah
Lokasi masjid ini agak jauh dimana kita perlu menaiki tren Line 1 dan turun di Station Dusil.

113-13, Geumdan-ro (Namsan-dong 30-1), Geomjong-gu, Busan

Kami tadi dari Oryukdo Island, ambil teksi ke Station Metro Kyungsung Univ. Dari situ kami ambil tren metro Line 2 sebelum bertukar ke Line 1 di station metro Seomyeon. 

Dari Station Seomyeon, lebih kurang 17 station/stop barukami tiba di station metro Dusil. Dari station Seomyeon ke station Dusil ambil masa lebih kurang 30 minit, memang agak jauh. 

Kemudian kami keluar di Exit 8, jalan lebih kurang 300 sehingga berjumpa satu station minyak SK . Sebelum station minyak, kalau perhatikan betul-betul ada signboard ISLAM CENTRE. Tapi signboard agak kecil, kena perhatikan betul-betul. Ada satu jalan kecil di sebelah kanan menghala ke masjid. Bertentangan stesyen minyak tu ada McD di seberang jalan.

Masjid ni agak kecil dan tersorok, tetapi akan jumpa sebuah restoran 'halal' Cappadocia Turkish Kebab' dahulu. Masjid terletak di sebelah/belakang Cappadocia Turkish Kebab ni. Kami makan di restoran ni. Di sebelah masjid , ada lagi satu kedai makan halal iaitu Morocco Restaurant.


Dari EXIT 8 Station dusil, kami jalan terus.
Kami masih perlu berjalan ke hadapan dalam 100 meter lagi
sebelum sampai station minyak dan belok ke kanan.
Seberang sana ada McD yang saya cakap tadi.

Selepas belok ke kanan, dalam 50 meter kita akan jumpa restoran halal ni
'Cappadocia Turkish Kebap".
Masjid terletak di bahagian belakang restoran ni,
ada jalan kecil ditepi restoran ni.

Sampai akhirnya ke Masjid Al-Fatah,
satu-satunya masjid di Busan.
Sedikit sebanyak sejarah Masjid Al Fatah ini

Ruang solat Masjid Al-Fatah Busan


Cappadocia Turkish Kebap - Tempat Makan Halal di Busan

Selesai solat, kami singgah makan di restoran Cappadocia Turkish Kebab. Restoran ni agak terkenal bagi mereka yang mencari makanan halal di Busan. 



Jika diperhatikan deco restoran ini, hiasannya dalamnya agak cantik dengan kebanyakkannya dari turki. Banyak cenderahati yang diterima oleh restoran ni, dari Malaysia pun banyak.




Makanan menu turki seperti kebab disediakan. Harga okey dan tidak terlalu mahal.




Sebelah hadapan masjid, ada sebuah lagi restoran halal iaitu restoran 'Morocco Casablanca'. Satu lagi alternatif untuk mencari makanan halal.



Resoran Cappadocia Turkish Kebap

Antara menu yang ada

Pembuka selera kami - sup dan roti.

Suasana di dalam Cappadocia Turkish Kebap

Sebuah lagi restoran halal di kawasan Masjid Al-Fatah,
Restorsn Morocco Casablanca

Sebuah lagi restoran halal di kawasan Masjid Al-Fatah,
Restorsn Morocco Casablanca



Selesai menjamu selera, kami terus balik ke hotel sebelum keluar semula. 

Hari dah petang, tak banyak tempat yang kami boleh pergi, jadi kami ke Gukje Market sahaja. Petang terakhir sebelum kami berangkat pulang esok pagi, jadi di Gukje Market ni kami akan habiskan duit "won" yang kami ada. Pengalaman kami di Gukje Market boleh baca di perkongsian sebelum ini.



Day 4 - Terbang balik ke Kuala Lumpur


Seperti di jangka, penerbangan balik dari Busan - Kuala Lumpur,
juga penuh seperti penerbangan Kuala Lumpur - Busan


Baby kami tak sabar nak check-in, tak sabar nak balik.


Juga tiada aerobridge di Gimhae Airport untuk Air Asia

Tengah sampaikan pesanan kat baby...
"jangan menangis dalam flight tau.... ayah dah bawa jalan sampai ke Korea"


3 jam pertama, baby masih steady... tak meragam. 




Bawa ronda-ronda dalam flight, elakkan baby rasa boring








Stewardess AirAsia bagi duduk di seat hadapan yang kosong.
Ada geng... bersama jejaka dari Korea


Dua-dua baby ni relax je....
sebab daddy keduanya selang seli jaga dan layan mereka berdua.


Awan Malaysia.... Ready untuk landing....


Sebahagian souveniour yang di bawa balik...

Alhamdulillah akhirnya selamat mendarat di KLIA2.  Penerbangan lancar, baby pun tak menangis atau meragam dalam flight yang selama 6 jam tu. 

Akhirnya dapat juga Mat Drat tamatkan travelog Busan ni, selepas entry pertama Mat Drat tulis iaitu Percutian Ke Busan - Tips lebih sebulan lalu. Memang susah nak curi masa menulis, dari entry pertama tu Mat Drat bercuti pula ke Langkawi 5H4M, kemudian bersambung pula ke Pulau Redang 4h3M.

Selesai bab percutian Busan ni, akan menyusul perkongsian Mat Drat ke Bangkok dan Pattaya, kemudian trip ke Kuching, Ke Langkawi dengan feri Roro serta di ikuti trip ke Pulau Redang.

Harap-harap, semua perkongsian ni dapat di selesaikan sebelum trip Cuti-Cuti Malaysia baru... Wife dah sibuk tunjuk kalender yang pertengahan Oktober ni ada cuti seminggu!!

Akhir kalam, terima kasih kepada pihak Astro Circle untuk hadiah yang tak dijangka ini, serta terima kasih juga kepada pihak Mayflower terutama Elaine yang mengaturkan semuanya walaupun tarikh penerbangan yang saya beri agak short-notis.



TAMAT TRAVELOG BUSAN. 



~Mat Drat~



Perkongsian berkaitan Trip Busan ini

No comments:

Post a Comment

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.