Wednesday 13 September 2017

Travelog Percutian ke Busan - Part III ( Gamcheon Culture Village )

Add caption




Bersambung dari entry sebelum nya.... 
👉👉 Percutian Ke Busan Korea Selatan - Tips


- Hari ke dua ni Mat Drat bercadang hanya ke Gamcheon Culture Village dan sebelah petangnya ingin ke Gukje Market atau ke shopping mall yang katanya amat besar iaitu Lotte Duty Free Shop ataupun ke Shinsegae Duty Free Shop.

- Sebelum memulakan langkah, Mat Drat breakfast dahulu di hotel. Cukuplah sekadar makan buah sebab itu sahaja yang Mat Drat yakin untuk makan. Dan seperti biasa, chocolate bar Mat Drat bawa bersama untuk alas perut semasa jalan-jalan di Busan ni.



Morning !!!
Saya makan nestum, ayah saya makan buah sahaja !!



 Gamcheon Culture Village

- Gamcheon Culture Village ni Mat Drat berani cakap... ia lokasi wajib di lawati jika ke Busan!!

- Gamcheon Culture Village ni terletak di kaki bukit dan mengadap pelabuhan. Deretan rumah seperti susunan kiub yang berwarna warni menjadikan pemandangan di sini cukup cantik.

- Di sini rumah-rumah di hiasi dengan pelbagai mural, ada tempat-tempat yang dihiasi secara kreatif, lorong-lorong juga ada tarikan tersendiri menjadi tempat ni sangat unik.

- Gamcheon Culture Village ni dapat macam-macam gelaran. Ada yang panggil sebagai Machu Picchu Korea, ada yang panggil Santorini Korea dan juga ada yang pangil kampung Lego. Mungkin ada sedikit persamaan kerana kedua-duanya terletak di lereng bukit dengan susunan struktur bangunan yang agak sama.

- Santorini?? Mungkin ada yang tak pernah dengar... dan tak tahu kat mana kan... Mat Drat pun baru tahu tempat ni di mana selepas join satu contest Norwegian Airlines. Nasib baik tak menang lagi ..😃

- Gamcheon Village ni dahulunya dikatakan sebagai pertempatan ala-ala setinggan kerana ia agak terpinggir dari bandar Busan. Kemudian ada cadangan untuk memajukan kawasan ini untuk dijadikan sebagai kawasan tarikan pelancong, maka jadilah kawasan ini sebagaimana sekarang.

- Gamcheon ini masih lagi sebagai perkampungan penduduk setempat, jadi kita masih boleh lihat kehidupan seharian pendudk di sini. Sebab tu ada signboard-signboard yang meminta para pelancong menghormati privasi penduduk dan tidak menggangu dengan buat bising. Tidak semua rumah dijadikan sebagai tarikan pelancong.

Gamcheon Culture Village Tempat Menarik di Busan Korea
Gamcheon Culture Village

Gamcheon Culture Village Tempat Menarik di Busan Korea
Gambar Gamcheon Culture Village - dari bilik tourism




Gamcheon Culture Village Tempat Menarik di Busan Korea

Gamcheon Culture Village Tempat Menarik di Busan Korea
Pesanan :
Gamcheon masih merupakan rumah kepada penduduk di sini.
Jadi hormati dan respek privasi mereka



 Cara ke Gamcheon Culture Village

- Untuk ke sini tak susah, boleh ambil subway Metro Line 1 dan turun di Toseong Station.
- Keluar di Exit 6 jalan terus kehadapan sedikit sampai ke simpang.
- Kemudian ke kanan (mendaki sedikit) menuju ke hospital dan depan hospital tu ada bus stop.
- Hospital tu tak jauh pun, dalam 100 meter je
- Boleh tunggu bas Saha-gu Town nombor 1-1, 2 atau 2-2 untuk terus ke Gamcheon Village ni.
- Bas kecik macam bas mini kat KL dulu, tambang dalam 900 won dan akan berhenti betul-betul depan Gamcheon Culture Village.
- Rasanya tak sampai 5 minit dah boleh sampai ke Gamcheon tu.

- Tapi Mat Drat tak jadi tunggu bas, sebab kesian kat baby berpanas. Jadi Mat Drat naik teksi sahaja dari situ terus ke Gamcheon Village. Tambang tak silap daalm 3,000 won (lebih kurang)

- Balik dari Gamcheon pun Mat Drat naik teksi ke Station Metro Teseong sebab tengok ramai pulak yang menunggu bas untuk turun. Nak cepat, Mat Drat naik teksi je yang sedia menanti depan pintu Gamcheon.

- Teksi di Busan ni cukup selesa, Kebanyakkannya kereta agak baru. Driver teksi kata setiap 5 tahun mesti kena tukar kereta.


Gamcheon Culture Village Tempat Menarik di Busan Korea
Dari simpang, belok kanan dan dihadapan tu bus stop depan  hospital

Bus to Gamcheon Culture Village Tempat Menarik di Busan Korea
Ini gambar dari teksi semasa turun dari Gamcheon.
Jalan agak sempit dan boleh tahan laju driver teksi ni bawa.
Jalan yang sama bas guna.

Taxi to Gamcheon Culture Village Tempat Menarik di Busan Korea
Teksi-teksi di Busan.
Kami berhenti di simpang ini dan Station Metro di seberang sana.




 Jalan-jalan di Gamcheon Culture Village

- Nak masuk ke sini tak dikenakan bayaran tetapi map/peta boleh dibeli di kaunter tourism Gamcheon ni pada harga 2,000 won. Ada kaunter/rumah untuk tourist di awal perkampungan ini.

- Ikut pada map tu, ada berpuluh tarikan di Gamcheon ni, tapi kami hanya jelajahi sebahagian sahaja. Itu pun dah makan masa lebih 4 jam kat sini. Tak sanggup nak jalan sampai kebawah, sebab nanti kena mendaki naik semula kalau jalan sampai ke parkampungan sebelah bawah.

- Mat Drat dan isteri ni  jalan-jalan santai, ambil gambar lepas tu relax....ada kedai jual barang menarik kami singgah. Baby menangis kami bagi makan dan minum.... Jadi memang ambil masa sedikit.

- Di awal Gamcheon ni ada kedai menyewakan baju tradisional Korea Hanbok. Kami tak perasan kedai ni pada awalnya, bila dah balik baru jumpa. Itupun lepas tanya 'adik-adik' yang berbaju hanbok ni.

- Kat awal-awal Gamcheon ni pun ada kedai jual strawberry.... beli la kalau ada sebab masa Mat Drat balik, buah tu dah habis. Fresh...besar dan murah.

- Banyak restoran di sini tetapi Mat Drat tak jumpa yang ada tanda 'halal'.

- Ada beberapa ikon arau mural yang menjadi tarikan utama di sini, siap kena beratur panjang untuk bergambar di sini seperti di Little Princes dan Desert Fox. Mat Drat sharekan gambar di bawah nanti



Strawberry - besar  dan  fresh 

Gamcheon Culture Village
Permulaan Gamcheon Culture Village.
- Bas berhenti di belakang Mat Drat tu.
- Kaunter untuk tourist beli map ada di sebelah kanan Mat Drat

Gamcheon Culture Village
Kedai menyewakan baju tradisional Korea - Hanbok
Kedai berdekatan dengan kaunter tourist

Boleh pilih Hanbok. Ada banyak saiz



Gamcheon Culture Village
Cuaca agak cantik sewaktu kami ke sini

Gamcheon Culture Village
Selang 10-15 minit selepas Mat Drat tiba,
 pelancong mulai ramai di Gamcheon ini.
Gamcheon Culture Village
Antara mural pertama... mural berbentuk 'ikan'
menarik dan sentiasa ramai yangnak bergambar.
Boleh kata antara ikon Gamcheon ini

Gamcheon Culture Village
Ramai yang berkampung depan murak ikan tu...
Masing-masing tunggu turn untuk bergmbar


Gamcheon Culture Village
Dan dapat kami bergambar tanpa interframe dari mana-mana pelancong lain.

Gamcheon Culture Village
Tengah Mat Drat bergambar,
datang pulak kru produksi dan artis-artis k-pop ber-empat ni.
Mat Drat tak kenal... tapi gayanya
seperti tengah mengacara rancangan ala-ala
Jalan Jalan Cari Makan..

Gamcheon Culture Village
1...2...3...action

Gamcheon Culture Village
Kita interframe sikit... 

Gamcheon Culture Village
My Angle

Gamcheon Culture Village
Ni bersungguh dia bergambar

Gamcheon Culture Village
Pakailah kasut ni kalau nak rasa 'Lucky'
Tapi tengok harga macam tak berapa nak lucky je....

Gamcheon Culture Village
Rumah - rumah kecil di luar rumah...

Dengan dongseng... cantik dengan Hanbok mereka

Adik-adik Korea - dongseng

Bergambar je la mana kita suka

Cak.....


Yang ni Mat Drat suka... sebab mereka hanya letak
kertas/plastik tebal untuk menzahirkan 'cinta' mereka.

Tidak seperti di Pon't De Art  Paris dahulu,
penuh sepanjang jambatan tu dengan kunci-kunci
yang akhirnya pihak disana terpaks menutup dinding jambatan
dan kemudian ditukar dinding-dinding jambatan.
Jambatan menjadi terllu berat
sampai nak roboh dinding jambatan bersejarah rdi sana!!


Sorry...gambar lagi

Opsss .....
Little Prince and Fox Gamcheon Culture Village
Litle Prince and Fox. Glamer sungguh dia.Selalu menjadi ikon Gamcheon Culture Village ni.

Seronok agaknya bersandar sebelah Litle Prince
sambil melihat keindahan Gamcheon Village ni
Little Prince and Fox Gamcheon Culture Village
Rata-rata perempuan bergambar
mesti nak bersandar sebelah Little Prince...

Little Prince and Fox Gamcheon Culture Village
Takkan Mat Drat nak bergambar sebelah prince kan....
gambar jauh-jauh okey la

Little Prince and Fox Gamcheon Culture Village
Beratur untuk bergambar dengan Little Prince.

Jadi nak berposing lebih-lebih atau
nak bergambar lama-lama dengan Little Prince ni,
 datang awal-awal sebelum pengunjung ramai.
Kalau boleh elakkan weekend

Little Prince and Fox Gamcheon Culture Village
Sanggup mereka beratur panjang............


Grand Budapest Hotel Gamcheon Culture Village
Ingat tak filem The Grand Budapest Hotel??
Filem komedi yang sempoi 2014 dulu tu.
Yang ingat sahaja akan bergambar kat sini







Little Prince and Fox Gamcheon Culture Village
Opss... I did it again 

Hanbok Korean Girl Gamcheon Culture Village
Aum cak.....

Hanbok Korean Girl Gamcheon Culture Village
Auw.... apa pesen la depa ni bergambar
Hanbok Korean Girl Gamcheon Culture Village
No Caption.....



Ni Little Prince versi naik skuter

Gamcheon Culture Village
Add caption

Lagi...dengan adik-adik Korea


Little Prince - versi kecil.
Sebiji rumah ni harga bermula dari 10,000 won.
Boleh la beli buat souveniour

Little Prince - versi kecil.
Sebiji rumah ni harga bermula dari 10,000 won.
Boleh la beli buat souveniour

Ada kedai poskad. Beli 4 free 1.
Kemudian tulis alamat dan pos sendiri.
Boleh pilih tarikh bila hendak dia poskan poskad kita tu.

Kalau nak suruh dia pos tahun setahun lagi, lagi setahun la dia akan pos.

Ada kedai poskad. Beli 4 free 1.
Kemudian tulis alamat dan pos sendiri.
Boleh pilih tarikh bila hendak dia poskan poskad kita tu.



- Rasanya ini sahaja lah perkongsian Mat Drat untuk Gamcheon Culture Village ni. Kalau ingat apa-apa yang lain, nanti Mat Drat tambah. Kalau nak tanya, boleh tinggalkan komen di bawah.


- Bersambung di entry berikutnya...

No comments:

Post a Comment

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.