Sunday, 21 January 2018

Travelog Bangkok Part VI- Shopping Murah di Bangkok

Bersambung dari entry sebelum ini, 





DAY-3


Trip ke Bangkok diteruskan lagi.... 

Day-3 ini tak ada buat aktiviti lain selain shopping.... shopping dan shopping dari pagi sampai ke tengah malam. Jadi entry ni banyak kongsi pasal tempat-tempat shopping di Bangkok.

Bangkok ni banyak tempat membeli belah. Tumpuan utama adalah shopping mall dan pasar malamnya. 

Shopping Mall di Bangkok ni rasanya lagi banyak dari KL. Antara shopping mall  yang besar dan utama adalah Centre Chitliom, MBK Center, Pantip Plaza, Siam Dicovery, Siam Center, Siam Paragon, Terminal 21 dan Central World. Kawasan Pratunam juga terdapat beberapa shopping mall yang sentiasa jadi tumpuan pengunjung.

Tapi rasanya kebanyakkannya shopping mall ni lebih kurang macam yang ada di KL juga kot. Kat KL kita ada Pavillion, Suria KLCC, Mid Valley, One Utama, Starhill dan macam-macam lagi la....

Dalam banyak-banyak shopping mall di atas, cuma dua shopping mall yang Mat Drat pergi iaitu MBK Center dan Terminal 21. Mat Drat pergi ke dua-dua mall ni sebab ianya lain sikit dari yang lain dan tak ada kat KL!!


Selain pergi shopping mall, kalau ke Bangkok jangan lupa ke pasar yang terkenal iaitu Chatucak dan 'night market' Neon Talad di Bangkok ni. Selalu jugak rasanya filem Hollywood buat shooting menggambarkan suasana market ni.


TAILOR MURAH DI BANGKOK - Tempah Baju

Day 3 Mat Drat dimulakan dengan pergi ke tailor untuk ambil suit yang telah ditempah pada day-1. Nak ambil sebelah petang, takut terjalan jauh dan balik lewat ke sini (area Nana), maklumlah hari ni free n easy... itineary tu bebas, danbila bebas tu langkah biasanya lebih panjang.


Seperti yang Mat Drat share di πŸ‘‰πŸ‘‰ Travelog Bangkok Part I (Day 1), area Nana ni banyak tailor yang menawarkan perkhidmatan tempahan suit baju / kot pada harga yang agak murah. Tetapi cuma sekarang tidak la semurah dulu sebab RM dah sedikit jatuh.

Ada pakej USD 199 (Lebih kurang RM 800++), USD 299... yang lagi mahal pun ada.

Kalau yang USD 199 tu dapatlah sehelai baju, seluar, suits dan tie. Murah sikit di sini berbanding kalau tempah di KL. Tapi nak jimat, ambil pakej yang USD 299, baru berbaloi boleh dapat 2 pasang semuanya.

Harga ikut kualiti kain yang di pilih. Ada beberapa pakej. Bolej kata kualiti jahitan sangan bagus dan kemas.

Travelog Bangkok Day 3 - Shopping di Bangkok tailor murah



Seperti dijanjikan yang tempahan suit baju siap dalam 2 hari. Jadi hari ni bayar, ambil dan simpan kat hotel. Takkan nak bawak kehulu kehilir... berat baju-baju ni nak pikul ke sana ke mari... 



Travelog Bangkok Day 3 - Shopping di Bangkok tailor murah
Add caption





TERMINAL 21 - Shopping Mall



Travelog Bangkok Day 3 - Shopping di Bangkok


Aktiviti utama untuk Day 3 ni bermula dengan menyopping di Terminal 21. Sebenarnya tak la menyopping mana kat sini, lebih kepada window shopping je. 

Di sini harga lebih kurang macam kat KL je, banyak barang-barang 'branded' dan berjenama, jadi harga tu kita dah boleh agak.

Selain hanya untuk window shopping di sini, Mat Drat juga ke sini sebab Terminal 21 ni agak 'special' sikit berbanding shopping mall lain.... ia berkonsepkan / bertemakan ala-ala terminal lapangan terbang... ada 'arrival hall' dan ada 'departure hall'. Sesuai lah dengan namanya Terminal 21.


Terminal 21 ni terletak berhampiran station BTS Asok.

Lokasi ni Google Map : πŸ‘‰πŸ‘‰ Terminal 21

Nak masuk pun, kena cek macam pemeriksaan kastam... tapi kebanyakan mall di Bangkok ni memang pemeriksaan keselamatan dia agak ketat. Kalau bawa beg je, mesti akan diperiksa.

9 tingkat dengan hampir 600 kedai/butik , memang perlukan masa untuk explore seluruh mall ni.

Dan setiap tingkat / floor ada tema ia sendiri seperti Carribien, Paris, Rome, Tokyo, Istanbul, London, San Francisco dan Hollywood.

Boleh lah sambil shopping (window shopping) tu, bergambar dengan ikon-ikon tempat-tempat yang menjadi tema setiap floor di sini.


Travelog Bangkok Day 3 - Shopping di Bangkok
Ikon-ikon seperti San Fransicso Bridge, Telefon London 
dan Eiffel Tower Paris  melambangkan  tema yang dipilih 


Travelog Bangkok Day 3 - Shopping di Bangkok
Ini pula di area "Jepun' dan 'Istanbul'






MBK Center


Travelog Bangkok Day 3 - Shopping di Bangkok



Dah selesai cuci mata kat Terminal 21, Mat Drat terus ke MBK Center Mall.  Kali ke-3 Mat Drat ke sini. Hari pertama dah kesini dengan Mr BAI. 'Day-1' pula ke sini dengan beberapa rakan-rakan lain dan hari ni Mat Drat ke sini dengan rakan-rakan yang lain pula.

MBK Center Mall atau dikenali juga dengan 'MAHBOONKRONG' di antara shopping Mall yang menjadi tumpuan warga Thailand sendiri serta pelancong luar.

Mall 7 tingkat yang cukup luas dan boleh kata one stop centre untuk membeli belah. Setiap tingkat mengkhususkan produk tertentu.







Transport nak ke MBK ?
Paling dekat adalah station BTS National Stadium 'Lane Hijau Tua(National Stadium - Bang Wa).

Macam Mat Drat yang dari Terminal 21 ni naik BTS 'Lane Hijau Muda' (Bearing - Mo Chit) dari Station BTS Asok (kalau dari hotel pula, station Nana). Lane ni station BTS terdekat adalah Station Siam, tapi dari Station Siam perlu menapak dalam 600-700 meter ke MBK ni. Hari pertama dah menapak, dah tak sanggup untuk hari ni.

Hari ni Mat Drat tukar tren di Station SIAM , ambil lane Hijau Tua dan turun di station berikutnya... station Nasional Stadium station ni bersambung dengan MBK Centre Mall tu.


Barang Murah di MBK
Pakaian, t-shirt-t-shirt untuk suvenior, hand beg, beg bagasi dan pelbagai barangan souvenior ada di sini. Harga agak murah dan boleh tawar menawar.

Selendang Silk , Pashmina Silk juga banyak di sini. Perempuan tengok ni kalau tak borong, tak tahu la...Mat Drat sendiri pun terbeli banyak!!

Beg tangan jenama terkenal cukup banyak, jadi pandai-pandailah survey dan tawar menawar ye. Tengok kualiti dan buat pilihan.


MBK Centre Mall Shopping Murah Bangkok
THB 199 lebih kurang RM 25

Jeans, beg bagasi dan barangan kulit pun ada. Ada satu kedai kulit tu, barang agak murah. Terletak di tengah-tengah floor yang banyak menjual baju-baju.

Kalau rasa tak cukup pusing kat bahagian dalam, di bahagian luar juga terdapat banyak kiosk-kiosk menjual perbagai barangan.  Pun murah-murah harga di sini.



Surau /Prayer Room di MBK
Kalau berjam-jam di sini, tak sempat balik hotel untuk solat, solat saja di surau yang disediakan di Tingkat 6. Cuma kedudukannya di kawasan parking kereta, jadi kena tanya kepada petugas di situ. Nak cari susah juga sebab MBK Mall ni luas.

Restoran Halal di MBK
Di MBK ni nak cari makanan halal tak ada masalah. Boleh pilih sama ada nak makan di Yana Restoran ataupun di Food Court Fifth Food Avenue.


Restoran Yana  
-Masakan Thai dan harga kira berpatutan (harga dalam mall)
-Sepanjang trip ni, 2 Kali Mat Drat makan di sini.
-Boleh KLIK link Google Map ni untuk lokasi dan gambar πŸ‘‰πŸœYANA MBK 

The Fifth Food Avenue
-Depan Restoran Yana tu ada 'ala-ala Food Court" - The Fifth Food Avenue.
-Restoran Halal di sini 
Ali Arabic Food
Chutney Indian Cuisine
Restoran Jinbaran Bali (tapi Mat Drat tak perasan pulak  logo halal dia).

-Hari ni Mat Drat menjamu selera di Fifth Avenue, dah tak larat nak makan makanan Thai 

- Waktu Mat Drat makan di sini, ada promosi dari Thailand Tourism, pelancong yang bawa passport boleh tuntut air cordial/soft drink free. Sape tak suka benda free πŸ˜‹



Berhati-hati menyopping di sini, jangan sampai shopping sampai lupa daratan. 

Macam Mat Drat... terpaksa beli satu luggage untuk tambahan bagasi. Bukan luggage saiz cabin ye, saiz besar. Nasib baik harga agak murah dan kualiti sangat baik... 

Sample product untuk dijual peniaga ni guna beg jenama "Swiss Gear' tapi product sebenar jenama lain buatan Thailand tapi kualiti dan design hampir sama... Siap dia offer lagi kalau Mat Drat nak tukar logo kepada 'Swiss Gear' pun dia boleh buatkan... πŸ˜†

Sama juga dengan beg jenama Samsonite... Yang dipamerkan lain, yang dijual lain. Tu sample je.

Punya lama shopping, sampai petang dan penuh satu beg...  balik hotel dan ready untuk dinner malam akhir di Bangkok.  

Nanti lepas dinner , kita sambung pulak ke NEON Talad Night Market.




Dinner - Sinthorn Steak House Halal Restaurant

Tempat ni  kawan Mat Drat, Mr BAI yang pilih. Pagi-pagi tadi dia dah ajak Mat Drat cari restoran ni untuk dinner malam ni. Mat Drat minta maaf... tak larat bila dia kata jarak ke sana lebih kurang satu jam perjalanan. Terpaksa lah dia survey dengan ditemankan dengan sorang lagi sahabat kami.



Asalnya kami plan untuk dinner ramai-ramai di Restoran Yusuf Ponchana, juga sebuah restoran yang sajikan halal food. Tapi hasil pemerhatian, rasanya macam tak berapa sesuai untuk dinner di malam akhir - kurang privasi. 





Malam akhir... dan trip ramai-ramai, jadi kami plan nak buat majlis makan-makan yang special sikit. Ada la simple event sikit masa dinner tu nanti... tu kena cari tempat yang ada privasi sikit.


Dan dinner kami malam ni di... Sinthorn Steak House.


Halal Food Makanan Halal di Bangkok  Sinthorn Steak House
Sinthorn Steak House
Sumber Google Map




Jarak Sinthorn Steak House ni dari hotel penginapan kami, IBIS Nana tak jauh... lebih kurang 20km sahaja. Tapi nak sampai kesini ambil masa dalam sejam jugak ( jem + sesat ).



Untuk dinner malam ni, kami masih gunakan perkhidmatan van Thai Transport. Malam ni kami ambil pakej 1/2 day.... 400 Baht setiap van untuk 4-5 jam.


Boleh pilih nak makan :
- di dalam bangunan (menu utama western food) atau 
- di ruang terbuka (menu utama steamboat dan BBQ).


Halal Food Makanan Halal di Bangkok  Sinthorn Steak House
Sinthorn Steak House
Sumber Google Map



Memandangkan kami nak makan dalam suasana privasi, jadi kami makan di ruang dalam bangunan dan kebanyakkan kami order western food.




Harga makanan kira reasonable berpadanan dengan rasa serta suasana yang agak privasi. Tak murah dan tak mahal, sedang-sedang saja..... 😊


Lokasi ni Google Map : πŸ‘‰πŸ‘‰ Lokasi Sintorn Steak House

Laman Web : πŸ‘‰πŸ‘‰ http://sinthornsteak.com/




Halal Food Makanan Halal di Bangkok  Sinthorn Steak House
Kami tak la tempah satu hall restoran ni, cuma 4 meja di hadapan.
Kebetulan malam ni tak ada tempahan lain... cuma ada beberapa walk-in customer sahaja.
(Gambar : Google Map)

Halal Food Makanan Halal di Bangkok  Sinthorn Steak House
Dekorasi dalam yang cukup cantik.....
(Gambar : Google Map)

Halal Food Makanan Halal di Bangkok  Sinthorn Steak House
Antara menu pilihan kami malam tu

Halal Food Makanan Halal di Bangkok  Sinthorn Steak House
Antara menu pilihan kami malam tu



Kalau rasa tak nak makan western food, boleh makan steamboat n BBQ di sini. Ruang makan yang cukup luas di bahagian luar dan pasti malam weekend akan dipenuhi pengunjung. 




Waktu Mat Drat makan di sini adalah malam weekday, kata petugas malam weekday pelanggan kurang sedikit..


Halal Food Makanan Halal di Bangkok  Sinthorn Steak House
Suasana di kawasan makan terbuka untuk steamboat dan BBQ

Halal Food Makanan Halal di Bangkok  Sinthorn Steak House
Suasana di kawasan makan terbuka untuk steamboat dan BBQ




Halal Food Makanan Halal di Bangkok  Sinthorn Steak House

Halal Food Makanan Halal di Bangkok  Sinthorn Steak House
Steamboat dan BBQ





TALAD NEON NIGHT MARKET - PRATUNAM

Selesai dinner di Sinthorn Steak House tadi, Mat Drat terus singgah di pasar malam (night market) Talad Neon Night Market.

Van dropkan di sini, dan balik nanti cari grab car sahaja. Tak ada masalah nak cari grab car di Bangkok ni walaupun dah tengah malam.

Di Thailand ni night market turut menjadi satu tempat tarikan pelancong. Ia dikomersialkan menjadi tempat yang wajib dilawati jika ke Bangkok.

Talad Neon Night Market ni antara night market yang terbesar di Thailand dan cukup meriah.





Jarak dari IBIS Nana hanya 5 km.. tak jauh. 



Talad Neon Night Market ni terletak di area Pratunam, dan lokasi tepatnya adalah di sebelah shopping mall The Palladium.




Waktu Operasi Talad Neon Night Market ni adalah 4.00pm - 12.00am

Lokasi ni Google Map : πŸ‘‰πŸ‘‰ Talad Neon Night Market Pratunam





Seperti mana-mana pasar malam, kebanyakan barangan yang dijual adalah tempatan, pakaian dan makanan.


Harga lebih murah berbanding shopping mall dan disini jangan segan untuk tawar menawar.




Talad Neon Tempat Shopping Bangkok



Talad Neon Tempat Shopping Bangkok



Talad Neon Tempat Shopping Bangkok
Kredit : Aroi makmak.com

Talad Neon Tempat Shopping Bangkok
Add caption

Talad Neon Tempat Shopping Bangkok
Model Tuk Tuk dari tin coca-cola / pepsi ni dijual pada harga 200 Baht. Menarik.
Kapal terbang lagi mahal/



Jam dah hampir 12am, Talad Neon ni pun dah hampir nak tutup. Dah kira separuh night market ni Mat Drat jelajah, jadi dah tiba masa balik hotel.





Tapi otw nak ambil grab car, dari Talad Neon Market ni, Mat Drat lalu depan The Palladium. Depan Palladium ni banyak pulak penjual yang masih berniaga... Jadi tersinggah lagi untuk beli apa yang berkenan...



Talad Neon Tempat Shopping Bangkok

Talad Neon Tempat Shopping Bangkok


Talad Neon Tempat Shopping Bangkok




Talad Neon Tempat Shopping Bangkok
Walau pun Tuk-Tuk ada menunggu, kami lebih rela naik grab car...



Chatucak Market

Sebenarnya .... Ada satu lagi pasar yang cukup terkenal di Bangkok ni iaitu Weekend Chatucak Market.

Kalau weekend masih berada di Bangkok, WAJIB ke sini. 

Mat Drat tak sempat, sebab weekend berada di Pattaya tapi Mat Drat kongsikan info yang Mat Drat cari sebelum ke Bangkok.

Boleh rujuk laaman web rasmi Weekend Chatucak Market di 
      πŸ‘‰πŸ‘‰ http://www.chatuchak.org/









Info Mengenai Chatucak

  • Chatucak Weekend Market  (disebut juga Jatujak Market) ni merupakan salah satu pasar hujung minggu terbesar di dunia. 
  • Merangkumi 27 ekar dengan dibahagikan kepada 27 bahagian dengan terdiri hampir 15,000 gerai yang menjual perlabagi barangan dan makanan.
  • Chatucak Weekend Market ni cukup popular kepada pelancong, jadi weekend sahaja hampir 200,000 pengunjung memenuhi kawasan ini.
  • Apa yang dijual di sini....kira macam-macam barangan la, dari pakaian, perhiasan, bunga, makanan dan macam-macam la....



Lokasi ni Google Map : πŸ‘‰πŸ‘‰ Chatucak Weekend Market


Waktu Operasi
  • Walaupun ia dikenali dengan Chatucak Weekend Market, ia juga dibuka pada hari-hari weekday lain mulaihari Rabu. 

  • Rabu - khamis: 6.00am - 6.00 pm ( Plants & Flowers )
  • Jumaat          : 6.00am - 6.00 pm ( Wholesale )
  • Sabtu-  Ahad  : 6.00am - 6.00 pm (Weeekend Market- Macam-macam ada)

Section di Chatucak
  • Boleh la di bahagikan Chatucak ni ikut section seperti berikut :
  • Clothing & Accessories (sections 2-6, 10-26) 
  • Handicrafts (sections 8-11) 
  • Ceramics (sections 11, 13, 15, 17, 19, 25) 
  • Furniture and Home Decoration (sections 1,3,4,7,8) 
  • Food and Beverage (sections 2, 3, 4, 23, 24, 26, 27) 
  • Plants and Gardening tools (sections 3, 4) 
  • Art and Gallery (section 7) 
  • Pets and Pet Accessories (sections 8, 9, 11, 13) 
  • Books (sections 1, 27) Antiques and Collectibles (sections 1, 26) 
  • Miscellaneous and Used Clothing (sections 2, 3, 4, 5, 6, 22, 25, 26)

Punyalah banyak sectioan, rasanya 1/2 hari tak habis pusing ni!!!

2 minggu sebelum ke Bangkok, Mat Drat ke Busan Korea. Dan salah satu tempat mesti dilawati adalah Gukje Market. Gukje Market ni ada beberapa lorong dantak la sebesar Chatucak ni... Tapi itu pun Mat Drat hanya dapat jelajahi 1/5 je rasanya. 

Gukje Market tu pun dah rasa luas... Chatucak ni lagi la luas...Tak sanggup nak teroka rasanya.

Sedikit perkongsian Trip Busan tempoh hari πŸ‘‰πŸ‘‰ Travelog Busa - Gukje Market



Cara ke Chatucak
  • Naik BTS Skytrain dan turun di station Mo Chit. Ambil exit 1 dan tuju terus ke kawasan orang meniaga.
  • Naik Subway (MRT) dan turun di station Chatucak Park. Ambil exit 1 dan berjalan menuju ke kawasan khemah peniagasambung....


Ingat
  • Jaga duit, jaga dompet dan jaga beg. Pick pocket suka tempat macam ni.
  • Bawa cash... ni pasar malam. Kredit/Debit kad tak diterima.
  • Pakai kasut yang sesuai.


Rasanya ini lah sedikit perkongsian itinerari Day-3 dan lebih kepada aktiviti shopping.

Balik bilik dan tidur...esok satu hari yang panjang perlu ditempuh.



DAY-4


Trip ke Bangkok diteruskan lagi untuk Day 4.... 

Day-4 ini merupakan hari terakhir untuk trip Bangkok ini. Hari terakhir untuk rakan-rakan yang lain dan bukannya  untuk Mat Drat dan 4 orang kawan lain.

Van Thai Transport dah sedia menunggu dan 8am kami semua bergerak ke Airport. 

Sebahagian besar rakan-rakan Mat Drat balik ke KL dengan penerbangan jam 12pm.

Bila mereka dan basuk ke boarding area, Mat Drat bersama 4 rakan lain... meneruskan misi jelajah bumi Thailand... Kami ke Pattaya.

Nanti Mat Drat sambung cerita Trip Pattaya 3H2M







Entry-entry berkaitan trip Bangkok ini :

 Tips Bercuti ke Bangkok
Percutian ke Bangkok Thailand Travelog I: Bangkok
 Travelog II : Floating Market
Elephant Village Damnoen Saduak Housing Travelog III : Elephant Village 
Travelog Percutian Bangkok - Maeklong Railway Station Market Travelog IV : Maeklong Railways  
 Travelog V : River Cruise
Travelog Bangkok Day 3 - Shopping di Bangkok Travelog VI : Shopping Murah 
Tempat Makan Halal Di Bangkok Tempat Makan Halal di Bangkok 
Tempat Menarik di Bangkok Thailand Tempat Menarik di Bangkok 
Percutian ke PATTAYA







~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

No comments:

Post a Comment