Thursday, 14 September 2017

Travelog Percutian ke Busan - Part V ( Dalmaji-gil Road, Oryukdo Skywalk )

Skywalk - Oryukdo Island






Bersambung dari entry sebelum nya.... 
👉👉 Percutian Ke Busan Korea Selatan - Tips

Okey .... Travelog Busan bersambung untuk hari ke-3, hari terakhir untuk jalan-jalan di Busan. Seperti semalam, pagi ni Mat Drat bersarapan dahulu di hotel sebelum keluar. Selesai sarapan kami terus ke destinasi pertama kami untuk hari ni.


Dalmaji-gil Road

- Dalmaji-gil road dikatakan antara tempat yang cantik untuk melihat cherry blossom.... itu kalau datang tepat pada waktunya la. Ia termasuk di antara tempat paling cantik di Korea untuk menikmati cherry blossom.

- Tahun ni 2017, Cherry Blossom di Busan agak awal berbanding Seoul. Busan bermula penghujung Mac dan berakhir awal April. Manakala di Seoul pula ia bermula sekitar pertengahan April.

- Di sepanjang jalan Dalamaji-gil road ni dihiasi dengan pokok sakura, jadi ketika full cherry blossoom, maka jalan ni akan cukup cantik dengan bunga-bunga sakura. 

- Selain bunga sakura disepanjang jalan, di sini juga terdapat sebuah taman jika ingin berehat sambil menikmati keindahan pantai dan laut. Dalmaj-gil ni terletak di atas bukit dan di tebing. Jadi pemandangan agak cantik.

Cara ke Dalmaji-gil Road
- Untuk ke sini, perlu menaiki metro Line 2 dan turun Jangsan Station, dan keluar di EXIT 6. Kemudian perlu naik bas Town Bus nombor 7 atau 10 dan turun di hadapan "The World's Mystery Library" yang terletak di Dalmaji-Gil Road.

- Jangan salah station ye, kena turun di station Jangsan, bukannya Yangsan. Yangsan berlawanan arah di mana dari Jangsan ke  Yangsan perlu menempuhi 41 station metro. Memang jauh. Satu 'pangkal', satu 'hujung'.

- Mat Drat ke Dalmaji Road ni menaiki teksi dari hotel. Hari ni macam agak padat sikit, jadi Mat Drat tak nak buang masa berjalan ke station metro dan tunggu serta naik bas. Jadi nak cepat, naik teksi sahaja. Lagi pun Dalmaji-gil Road ni tak berapa jauh dari hotel penginapan Mat Drat, Hotel Ambassador Novotel Busan. Cuma agak sukar sikit nak dapat teksi pagi-pagi ni memandangkan orang Korea sibuk nak ke tempat kerja.

- Memandangkan Mat Drat datang ke Busan 2-3 minggu selepas cherry blossom, jadi tak dapatlah menikmati keindahan pokok sakura berbunga penuh di sini.


Dalmaji-gil road Tempat menarik di Busan Korea Interesting Place
Look - out point yang disediakan di sini.
Sana tu Haeundae Beach dan juga Dongbaek Island.

Dalmaji-gil road Tempat menarik di Busan Korea Interesting Place
Mangga...10,000 won. Dalam RM 40.
Dalmaji-gil road Tempat menarik di Busan Korea Interesting Place
Tenang.........



Dalmaji-gil road Tempat menarik di Busan Korea Interesting Place
Damai.............

Dalmaji-gil road Tempat menarik di Busan Korea Interesting Place
Damai dan tenang.....

Dalmaji-gil road Tempat menarik di Busan Korea Interesting Place
Laluan di sepanjang Dalmaji-gil road.
Sepatutnya csepanjang laluan ni 

antik dengan sakura... tapi cherry blosom dah lepas.


Dalmaji-gil road Tempat menarik di Busan Korea Interesting Place Cherry Blossom
Laluan di sepanjang Dalmaji-gil road.
Sepatutnya cantik dengan sakura... tapi cherry blosom dah lepas.

Dalmaji-gil road Tempat menarik di Busan Korea Interesting Place cherry blossom sakura
Bukan Sakura ye belakang tu,,,, macam bunga kertas je

Dalmaji-gil road Tempat menarik di Busan Korea Interesting Place cherry blossom sakura
Tertera....
"Entrance to best spot to take photo"
Tapi Mat Drat tak cukup masa nak ke situ.
Terletak di kawasan taman di Dalmaji-gil road ni

Dalmaji-gil road Tempat menarik di Busan Korea Interesting Place cherry blossom sakura
Jalan-jalan...akhirnya jumpa jugak pokok sakura yang masih berbunga.
Tersampai la hajat... 

Dalmaji-gil road Tempat menarik di Busan Korea Interesting Place cherry blossom sakura
Saki baki sakura yang tinggal

- Bila dah jumpa sakura ni.... kiranya dah boleh tinggalkan Dalmaji-gil road. Sampai lah tunaikan hajat isteri nak merasai cherry blossom walaupun tinggal saki baki sahaja bunga sakura kat sini.

- Kami tahan teksi dan terus menuju ke Station Jangsan. Terpaksa menunggu juga beberapa minit sebab teksi tidak berapa banyak dikawasan ini.

- Tips : Nak naik teksi, kena bawa map untuk tunjukkan mana kita nak pergi. Tapi ada kalanya map pun tidak membantu.

- Kami dari Dalmaji-gil Road ambil teksi untuk ke Station Jangsan, tetapi masalah nak berkomunikasi dengan pemandu teksi. Bila tunjukkan "Station Jangsan" di peta, dia tak tahu membaca English. Bila Mat Drat sebut "Jangsan" dia pun tak faham. Mungkin sebutan berbeza.

- Nasib baik dalam melilau tu ternampak signboard di jalan, "Station Metro Jangsan" Terus tunjukkan kepada dia dan barulah dia faham "Jangsan" yang Mat Drat sebut. Mereka sebut keluar bunyi lain.

- Jadi mungkin boleh "download" siap-siap google translate untuk Malay - Korean atau Enlish - Korean, jadi walaupun tiada data kita boleh translate ke bahasa korea.

- Untuk trip ni, Mat Drat tak download pula. Macam trip Barcelona - Paris dulu, memang transalte siap-siap. Walau pun tak ada data, mak guna google translate tu tak ada masalah.

Tiket Daily Pass terakhir untuk Mat Drat dan isteri.
Pagi esoknak balik dah.


Oryukdo Skywalk - Oryukdo Island

- Oryukdo Skywalk ni terletak di Oryukdo Island, agak jauh sedikit ke Selatan dari pusat bandar Busan. Oryukdo Island ni sebenarnya terdiri dari 5-6 buah pulau batu... boleh dikatakan ia pulau-pulau yang terdiri dari batuan sahaja.

- Susunan pulau-pulau ini agak cantik kedudukannya. Ia menjadi 5 atau 6 pulau kerana bergantung kepada hari dan air pasang surut. Ada kala ia hanya menjadi 5 pulau, ada kalanya menjadi 6 pulau.

- "O" bermaksud lima (5), manakala yuk bermaksud enam (6)


Oryukdo Skywalk

- Tarikan utama di sini adalah Skywalk yang disediakan.

- Flatform kaca dimana pelancong dan pengunjung boleh berjalan di atas batuan dan laut, sambil menikmati keindahan Oryukdo Island. Kalau ada yangh gayat tu, jangan risau...ketinggian flatform ni tak la tinggi sangat.

- Sebelum menjejaki ke flatform kaca tu, semua pengunjung perlu sarung kaki dengan kasut khas untuk mengelak licin dan mengelak dari kaca bercalar.

- Bayaran tidak diperlukan, cuma perlu beratur sedikit. Kami beratur dalam 30 minit, mungkin sebab weekend.

- Musim Winter, mungkin Skywalk akan di tutup  - ia bergantung kepada cuaca dan keadaan salji.

- Disamping Skywalk, di sini juga ada trek untuk pejalan kaki yang ingin menikmati keindahan pantai dan laut di sekitar sini. Trek di Igadae Coastal Walk.

Cara ke Skywalk Oryukdo
- Kalau nak kesini ada beberapa option sama ada : 

  1. Naik bas Tour Busan  (hop in hop off) - jika pilih option ni, akan ambil masa lama untuk sampai sebab berhenti di beberapa tempat
  2. Naik Metro Line 2 dan turun Station Kyungsung Univ & Pukyung National Univrsity. Keluar di Exit 3atau 5. Kemudian ambil bas nombor 27 atau 131.
  3. Naik Metro Line 2 dan turun Station Kyungsung Univ & Pukyung National Univrsity dan sambung perjalanan dengan teksi.
- Kami pilih option 3, dengan menaiki teksi dari Station Kyungsung Univ .

- Dari Station Kyungsung Univ tu jauh juga rupanya nak ke Oryukdo ni. Lebih kurang 30 minit perjalanan. Rasanya kalau dengan bas lagi makan masa, mungkin dalam 45 minit sebab bas akan berhenti-henti.

- Teksi di sini seperti Mat Drat bagi tahu sebelum ni. teksinya cukup selesa. Mat Drat naik teksi beberapa kali di sini, semua teksi menggunakan meter. Jadi tak perlu risau di tipu pemandu atau sebagainya.



Oryukdo island Skywalk Tempat menarik di Busan Korea Interesting Place
Menghampiri Oryukdo Island / Skywalk. 
Agak jem sedikit. Pengunjung gaak ramai kerana bulan April - Mei 
memang biasanya ramai pengunjung / pelawat datang ke Busan.




Oryukdo island Skywalk Tempat menarik di Busan Korea Interesting Place
Oryukdo Island

Oryukdo island Skywalk Tempat menarik di Busan Korea Interesting Place
Berlatar belakangkan Oryukdo Island

Oryukdo island Skywalk Tempat menarik di Busan Korea Interesting Place
Kena menapak sedikit ke puncak bukit untuk ke Oryukdo Skywalk di belakang sana tu..

Oryukdo island Skywalk Tempat menarik di Busan Korea Interesting Place
Tempat tumpuan pengunjung dan pelancong.
Jadi kena beratur ...dalam 30 minit lebih kurang,
bergantung kepada crowded waktu tu




Oryukdo island Skywalk Tempat menarik di Busan Korea Interesting Place
Sebelum menjejaki kai ke flatform,
kasut kena sarung dulu dengan kasut getah khas yang disediakan



Oryukdo island Skywalk Tempat menarik di Busan Korea Interesting Place
Mula berjalan di atas laut....
Tapi flatform ni hanya beberapa meter, bukan jauh ke tengah laut.


Orang belakang kami tu start ambil gambar sakan.
Jadi yang belakang-belakang dia dah stuck.
Ambil sikit-sikit cukul la, buat syarat, tak ada la ganggu orang lain


Oryukdo island Skywalk Tempat menarik di Busan Korea Interesting Place
Belakang tu...Antara kepulauan Oryukdo Island





Oryukdo island Skywalk Tempat menarik di Busan Korea Interesting Place


Oryukdo island Skywalk Tempat menarik di Busan Korea Interesting Place



Bagi Mat Drat, untuk ke sini kita akan habis lama masa untuk naik tren dan bas/teksi. Kemudian perlu beratur pula. Tetapi masa berada di skywalk tu hanya sekejap, kurang dari 5 minit.

Kalau rasa tak berbaloi, tak payah la datang. Bagi Mat Drat yang suka merakamkan keindahan pemandangan dan menikmatinya, ia satu perjalanan yang sangat berbaloi.

Dah selesai berjalan di atas skywalk Oryukdo ni, boleh la sambung dengan berjalan di trek Igadae Coastal Walk. Trek jalan kaki ni akan melalui tepian pantai dan pastinya pemandangannya sangat cantik. Cuma sanggup berjalan atau tidak sahaja.

Kami tak di Igadae Coastal Walk ni, masa tak ada dan stamina pun tak berapa nak ada. Tengok trek dia agak jauh, sayup mata memandang. Cukuplah kami bergambar di laluan menuju ke trek Igadae Coastal Walk tu.



Oryukdo island Skywalk Tempat menarik di Busan Korea Interesting Place
Nak ke Igadae Coastal Walk, kena menapak ke atas dahulu sebelum sampai ke entrance.


Oryukdo island Skywalk Tempat menarik di Busan Korea Interesting Place

Oryukdo island Skywalk Tempat menarik di Busan Korea Interesting Place
Jadi Mat Bunga di Busan....







 - Bersambung di entry berikutnya... Mat Drat ke Masjid Al- Fatah di Busan, makan di Cappodica sebelum esoknya berangkat balik ke Kuala Lumpur.

1 comment:

  1. I am regular visitor, how are you everybody? This paragraph
    posted at this web site is really good.

    ReplyDelete