Monday, 5 September 2016

5 + 5 Aktiviti Menarik di Tasik Kenyir

bersambung dari entry sebelum ini.... Rumah Peranginan Persekutuan Tasik Kenyir 3H2M


Sebenarnya bagi Trip Cuti Cuti Malaysia ke Tasik Kenyir untuk 3H2M, tidak banyak aktiviti yang boleh di lakukan di sini. Hari pertama sudah pasti di habiskan untuk perjalanan ke sini dan untuk urusan pendaftaran masuk ke RPP. Manakala hari ke-3 pula adalaah untuk pendaftaran keluar.

Walau bagai mana pun, saya kongsikan apa aktiviti yang sempat kami lakukan di Tasik Kenyir ini untuk trip singkat kami 3H2M.

1. Bersiar - siar

Disini, talian telefon sangat terhad dan siaran TV juga kurang memuaskan. Jadi penuhi lah masa dengan aktiviti bersama keluarga.

Petang hari pertama, masa sudah agak suntuk buat aktiviti lain, jadi kami hanya bersiar-siar di sekitar RPP ini. 

Jika hari masih awal, bolehlah berjalan terus ke Taman Herba yang jaraknya lebih kurang 2 km dari RPP ini. Tapi jika sudah lewat petang, saya rasa tidak sesuai untuk kesana kerana jalannya agak gelap. Pukul 5 petang di hutan, kegelapan dia berbeza dengan di luar.

Tidak banyak tarikan sebnarnya untuk bersiar-siar di sini, tapi cukuplah sekadar berjalan-jalan dan menikmati ketenangan dan kedamaian di sini.


Satu-satunya sangkar yang ada tarikan...burung merak


Burung merak ni boring rasanya di sini, jadi kita datang je ia akan kembnagkan sayap/ekornya.


Bawa sekali minuman dan makanan. Boleh minum petang sambil menikmati ketenangan di sini.


Taman Herba. Boleh kelihatan dari RPP


Jambatan menuju ke Taman Herba. Kami tak jadi masuk sebab nampak gelap je laluan ke sana.


Atas jambatan menuju ke Taman Herba


2. BBQ 

Ambil peluang untuk berBBQ di sini memandangkan kemudahan telah disediakan. Lagi pun, waktu malam tiada apa aktiviti boleh dibuat, jadi luangkan masa bersama keluarga dengan aktivit BBQ.






Beli bahan mentah siap-siap, beli lebih tak apa. Kami dah beli lebih tapi untuk 2 kali BBQ tak mencukupi, jadi terpaksa menumpang bot untuk membeli bahan mentah untuk BBQ kali ke 2.
Tempat BBQ disediakan. 












3. Berkayak di Tasik Kenyir

Ini satu lagi aktiviti yang jangan dilepaskan. Sewa kayak di sini cukup murah iaitu hanya RM 7 untuk kayak double, dan RM 5 untuk kayak single. Masa kegunaan pula tiada had... berkayak lah sepuas-puasnya.

Tapi ingat, pakai jaket keselamatan yang disediakan. Dan kena ada orang dewasa yang pantau.

Kmai berkayak 2 sessi, satu sessi di sebelah petang dan satu sessi di sebelah pagi. Berkayak di sebelah petang lebih mencabar kerana angin agak kuat pada waktu itu. Mencabar kerana terpaksa melawan arus ombak yang agak kuat.

Semua self service. Ambil sendiri


Sessi latihan... latihan pengenalan pun sendiri ajar!!


Sessi mengajar anak-anak


Anak-anak semakin mahir


Sudah mula bergerak jauh ketengah tasik


Semakin jauh semakin mengasyikkan



4. Berkelah ke Air Terjun Saok.


Di hari ke-2, seperti dirancang dan telah dimaklumkan kepada penyelia RPP ini yang kami ingin ke Air Terjun Sauk. Jadi perlu ke jety untuk menunggu bot untuk membawa kami ke sana.

Air Terjun Sauk ini agak jauh, lebih kurang 30 minit perjalanan juga. Jika datang ke RPP menggunakan bot besar, tetapi untuk ke AirTerjun Sauk ini, hanya speed bot kecil sahaja.

Air terjun ini memang cantik, masih tidak tercemar dengan sampah sarap. Mungkin kerana jaraknya yang agak jauh, jadi pengunjung agak kurang. Kami tidak lama di sini, sekitar jam 2 petang kami telah balik semula ke RPP kerana jam 2 petang itu yang tinggal hanya kami sekeluarga. Masa untuk pick-up kena maklumkan awal-awal dengan juru pandu bot.

Tambang bot perlu dijelaskan kepada penyelia di jeti.

Selain Air Terjun Saok, terdapat beberapa lagi air terjun di sekitar Tasik Kenyir seperti Air Terjun
Lasir, Air Terjun Tembat, Air Terjun Sungai Buweh dan Lata Terap.



Bot pertama telah penuh, terpaksa menunggu bot seterusnya.





























5. Memancing di Tasik Kenyir


Tasik kenyir memang merupakan salah satu tempat tumpuan kaki pancing. Kaki pancing yang ke sini, biasanya telah tahu 'lubuk' yang ingin di tuju. Pakej-pakej memancing ke tempat tertentu di sediakan, kaki pancing mesti dah ada contact.





Anak saya dan pakciknya juga mencuba memancing di sekitar RPP ini, tetapi 2 kali percubaan tidak mendatangkan sebarang hasil. Jadi bawa pergi dan balik joran kosong sahaja la....




Setelah gagal mendapat hasil engan memancing dari atas bot, mereka beralih ke tempat lain.Juga hampa.

Jika ingin merasai pengalaman memancing yang menarik boleh la menyewa Houseboat. Sewaktu kami ke AirTerjun Sauk, kami sempat melewati 2 houseboat yang sedang berlabuh. Seronok juga melihat mereka bersantai di atas bot, yang paling best dengok anak-anak mereka buat aksi terjun tiruk dari atas bot.

HouseeBoat  Tasik Kenyir
Image : nurainarma.blogspot



Ini sahaja 5 aktivit yang dapat kami lakukan sepanjang 3H2M di Tasik Kenyir. Untuk aktiviti lain boleh cuba aktiviti-aktiviti berikut :


6. Santuari Kelah Sungai Petang

Kami tidak dapat ke sini kerana sewaktu kami ke Tasik Kenyir, dimaklumkan santuari ini di tutup kerana musim ikan kelah bertelur.






7. Mengelilingi Tasik Kenyir

Bagi yang ingin mengelilingi Tasik Kenyir boleh berbuat demikian dengan menyewa bot dari Ketengah. Kadar sewa antara RM450 dan RM600. Boleh rujuk laman web rasmi Ketengah.

8. Water Theme Park Tasi Kenyir

Taman tema air ini baru di buka pada tahun 2015 dan terletak di Pulau Poh.


9. Taman Herba Tasik Kenyir

Taman Herba ini terletak di Pulau Sah Kecil ialah berhampiran RPP Tasik Kenyir. Jarak perjalanan dari Pengkalan Gawi ialah 7 km, iaitu kira-kira 15 minit dengan menaiki bot laju. Dari RPP Tasik Kenyir pula boleh berjalan kaki sahaja kerana ada trek yang disediakan.  Cuma laluan agak sunyi dan gelap. Taman Herba ini mempunyai kira-kira 26,000 pokok herba yang terdiri dari 230 jenis pokok. 

Taman Herba
Taman Herba
Image :pelancongan-terengganu.blogspot



10. Gua Bewah dan Gua Taat

Gua Bewah dan Gua Taat pula merupakan dua buah gua yang penuh dengan bahan-bahan sejarah. Para pengkaji sejarah telah menemui pelabagai kesan peninggalan seperti rangka manusia dan peralatan zaman pra-sejarah termasuk senjata dan peralatan memasak. sesuai untuk mereka yang menggemari aktiviti adventure
Gua Bewah dan Gua Taat
Gua Bewah
Image :pelancongan-terengganu.blogspot


~mat-drat~


dan baca juga entry saya ke Teengganu


Tempahan Tiket Bas  KLIK DI SINI

Tiket Bas Kuala Lumpur Kuala Besut

No comments:

Post a Comment