Showing posts with label Tasik. Show all posts
Showing posts with label Tasik. Show all posts

Monday, 5 September 2016

5 + 5 Aktiviti Menarik di Tasik Kenyir

bersambung dari entry sebelum ini.... Rumah Peranginan Persekutuan Tasik Kenyir 3H2M


Sebenarnya bagi Trip Cuti Cuti Malaysia ke Tasik Kenyir untuk 3H2M, tidak banyak aktiviti yang boleh di lakukan di sini. Hari pertama sudah pasti di habiskan untuk perjalanan ke sini dan untuk urusan pendaftaran masuk ke RPP. Manakala hari ke-3 pula adalaah untuk pendaftaran keluar.

Walau bagai mana pun, saya kongsikan apa aktiviti yang sempat kami lakukan di Tasik Kenyir ini untuk trip singkat kami 3H2M.

1. Bersiar - siar

Disini, talian telefon sangat terhad dan siaran TV juga kurang memuaskan. Jadi penuhi lah masa dengan aktiviti bersama keluarga.

Petang hari pertama, masa sudah agak suntuk buat aktiviti lain, jadi kami hanya bersiar-siar di sekitar RPP ini. 

Jika hari masih awal, bolehlah berjalan terus ke Taman Herba yang jaraknya lebih kurang 2 km dari RPP ini. Tapi jika sudah lewat petang, saya rasa tidak sesuai untuk kesana kerana jalannya agak gelap. Pukul 5 petang di hutan, kegelapan dia berbeza dengan di luar.

Tidak banyak tarikan sebnarnya untuk bersiar-siar di sini, tapi cukuplah sekadar berjalan-jalan dan menikmati ketenangan dan kedamaian di sini.


Satu-satunya sangkar yang ada tarikan...burung merak


Burung merak ni boring rasanya di sini, jadi kita datang je ia akan kembnagkan sayap/ekornya.


Bawa sekali minuman dan makanan. Boleh minum petang sambil menikmati ketenangan di sini.


Taman Herba. Boleh kelihatan dari RPP


Jambatan menuju ke Taman Herba. Kami tak jadi masuk sebab nampak gelap je laluan ke sana.


Atas jambatan menuju ke Taman Herba


2. BBQ 

Ambil peluang untuk berBBQ di sini memandangkan kemudahan telah disediakan. Lagi pun, waktu malam tiada apa aktiviti boleh dibuat, jadi luangkan masa bersama keluarga dengan aktivit BBQ.






Beli bahan mentah siap-siap, beli lebih tak apa. Kami dah beli lebih tapi untuk 2 kali BBQ tak mencukupi, jadi terpaksa menumpang bot untuk membeli bahan mentah untuk BBQ kali ke 2.
Tempat BBQ disediakan. 












3. Berkayak di Tasik Kenyir

Ini satu lagi aktiviti yang jangan dilepaskan. Sewa kayak di sini cukup murah iaitu hanya RM 7 untuk kayak double, dan RM 5 untuk kayak single. Masa kegunaan pula tiada had... berkayak lah sepuas-puasnya.

Tapi ingat, pakai jaket keselamatan yang disediakan. Dan kena ada orang dewasa yang pantau.

Kmai berkayak 2 sessi, satu sessi di sebelah petang dan satu sessi di sebelah pagi. Berkayak di sebelah petang lebih mencabar kerana angin agak kuat pada waktu itu. Mencabar kerana terpaksa melawan arus ombak yang agak kuat.

Semua self service. Ambil sendiri


Sessi latihan... latihan pengenalan pun sendiri ajar!!


Sessi mengajar anak-anak


Anak-anak semakin mahir


Sudah mula bergerak jauh ketengah tasik


Semakin jauh semakin mengasyikkan



4. Berkelah ke Air Terjun Saok.


Di hari ke-2, seperti dirancang dan telah dimaklumkan kepada penyelia RPP ini yang kami ingin ke Air Terjun Sauk. Jadi perlu ke jety untuk menunggu bot untuk membawa kami ke sana.

Air Terjun Sauk ini agak jauh, lebih kurang 30 minit perjalanan juga. Jika datang ke RPP menggunakan bot besar, tetapi untuk ke AirTerjun Sauk ini, hanya speed bot kecil sahaja.

Air terjun ini memang cantik, masih tidak tercemar dengan sampah sarap. Mungkin kerana jaraknya yang agak jauh, jadi pengunjung agak kurang. Kami tidak lama di sini, sekitar jam 2 petang kami telah balik semula ke RPP kerana jam 2 petang itu yang tinggal hanya kami sekeluarga. Masa untuk pick-up kena maklumkan awal-awal dengan juru pandu bot.

Tambang bot perlu dijelaskan kepada penyelia di jeti.

Selain Air Terjun Saok, terdapat beberapa lagi air terjun di sekitar Tasik Kenyir seperti Air Terjun
Lasir, Air Terjun Tembat, Air Terjun Sungai Buweh dan Lata Terap.



Bot pertama telah penuh, terpaksa menunggu bot seterusnya.





























5. Memancing di Tasik Kenyir


Tasik kenyir memang merupakan salah satu tempat tumpuan kaki pancing. Kaki pancing yang ke sini, biasanya telah tahu 'lubuk' yang ingin di tuju. Pakej-pakej memancing ke tempat tertentu di sediakan, kaki pancing mesti dah ada contact.





Anak saya dan pakciknya juga mencuba memancing di sekitar RPP ini, tetapi 2 kali percubaan tidak mendatangkan sebarang hasil. Jadi bawa pergi dan balik joran kosong sahaja la....




Setelah gagal mendapat hasil engan memancing dari atas bot, mereka beralih ke tempat lain.Juga hampa.

Jika ingin merasai pengalaman memancing yang menarik boleh la menyewa Houseboat. Sewaktu kami ke AirTerjun Sauk, kami sempat melewati 2 houseboat yang sedang berlabuh. Seronok juga melihat mereka bersantai di atas bot, yang paling best dengok anak-anak mereka buat aksi terjun tiruk dari atas bot.

HouseeBoat  Tasik Kenyir
Image : nurainarma.blogspot



Ini sahaja 5 aktivit yang dapat kami lakukan sepanjang 3H2M di Tasik Kenyir. Untuk aktiviti lain boleh cuba aktiviti-aktiviti berikut :


6. Santuari Kelah Sungai Petang

Kami tidak dapat ke sini kerana sewaktu kami ke Tasik Kenyir, dimaklumkan santuari ini di tutup kerana musim ikan kelah bertelur.






7. Mengelilingi Tasik Kenyir

Bagi yang ingin mengelilingi Tasik Kenyir boleh berbuat demikian dengan menyewa bot dari Ketengah. Kadar sewa antara RM450 dan RM600. Boleh rujuk laman web rasmi Ketengah.

8. Water Theme Park Tasi Kenyir

Taman tema air ini baru di buka pada tahun 2015 dan terletak di Pulau Poh.


9. Taman Herba Tasik Kenyir

Taman Herba ini terletak di Pulau Sah Kecil ialah berhampiran RPP Tasik Kenyir. Jarak perjalanan dari Pengkalan Gawi ialah 7 km, iaitu kira-kira 15 minit dengan menaiki bot laju. Dari RPP Tasik Kenyir pula boleh berjalan kaki sahaja kerana ada trek yang disediakan.  Cuma laluan agak sunyi dan gelap. Taman Herba ini mempunyai kira-kira 26,000 pokok herba yang terdiri dari 230 jenis pokok. 

Taman Herba
Taman Herba
Image :pelancongan-terengganu.blogspot



10. Gua Bewah dan Gua Taat

Gua Bewah dan Gua Taat pula merupakan dua buah gua yang penuh dengan bahan-bahan sejarah. Para pengkaji sejarah telah menemui pelabagai kesan peninggalan seperti rangka manusia dan peralatan zaman pra-sejarah termasuk senjata dan peralatan memasak. sesuai untuk mereka yang menggemari aktiviti adventure
Gua Bewah dan Gua Taat
Gua Bewah
Image :pelancongan-terengganu.blogspot


~mat-drat~


dan baca juga entry saya ke Teengganu


Tempahan Tiket Bas  KLIK DI SINI

Tiket Bas Kuala Lumpur Kuala Besut

Rumah Peranginan Persekutuan Tasik Kenyir 3H2M



Memandangkan saya baru balik dari Cuti Cuti Malaysia ke Kuala Terengganu, jadi saya ambil kesempatan untuk buat entry throwback berkenaan Cuti Cuti Malaysia saya ke Tasik Kenyir.

Trip ke Tasik Kenyir ini adalah trip 3H 2M di mana saya menempah 2 unit Rumah Peranginan Persekutuan (RPP). Cukup murah hanya RM 60 satu malam seunit untuk bungalow 3 bilik. Cuma nak dapat slot kosong, memang susah.... kira nasib la kalau dapat buat tempahan untuk hujung minggu.

Sebenarnya beberapa bulan juga saya mencuba untuk membuat tempahan baru dapat slot yang cantik 3H2M di hujung minggu ini . Biasa tu yang saya lihat hanya ada kekosongan ti tenagh minggu (weekday) atau pun Ahad sahaja.

Tempahan RPP boleh di buat di www.bph.gov.my. Untuk tempahan , kena ambil tahu tarik tempahan di buka. Jadual seperti berikut :



Perjalanan Kuala Lumpur ke Tasik Kenyir


Untuk ke Rumah Peranginan Persekutuan Tasik Kenyir, tetamu rumah peranginan perlu menaiki bot dari Pengakalan Gawi yang terletak berhampiran Kuala Berang. Perlu hubungi penyelia rumah peranginan untuk arrangement waktu ketibaan kita dan waktu bot menunggu. Ini bagi memudahkan semua pihak.

Saya maklumkan kepada Encik Alias (penyelia rumah peranginan) yang kami akan tiba sekitar jam 2 petang. Jadi perancangan perjalanan adalah untuk sampai di Pengkalan Gawi sekitar jam 1.15-1.45 petang.





Kami melepasi Plaza Tol Gombak sekitar jam 7 pagi. Kami akan mengikuti Lebuhraya KL-Karak, dan kemudian terus masuk ke LPT 1 dan LPT2 sebelum menuju terus ke Kuala Berang dan Pengkalan Gawi.

Perjalanan di sambut dengan mentari pagi
Jarak dari Plaza Tol Gombak ke Pengkalan Gawi melalui LPT1 & LPT 2 adalah sejauh lebih kurang 440 km yang mengambil masa lebih kurang 4 1/2 jam perjalanan. Boleh la tambah lagi 1 jam ke 1 1/2 jam untuk ambil kira waktu berhenti mengisi petrol, bersarapan, anak-anak nak ke toilet dan juga masa untuk makan tengah hari.

Jadi saya jangka perjalanan akan mengambil masa 6 jam ( 4 1/2 jam perjalanan + 1 1/2 jam berhenti)

Dari LPT2, perlu keluar di Exit Ajil 858 dan terus menuju ke Kuala Berang. Jika sampai di Kuala Berang sekitar jam 11 - 12 tengah hari, boleh la singgah di mana- mana kedai makan untuk makan tengah hari. Selepas pekan Kuala Berang, pilihan kedai makan untuk makan tengah hari agak terhad. 

Kami tidak singgah makan tengah hari di Kuala Berang memandangkan kami bersarapan agak lewat di Hentian RnR Gambang. Apabila melepasi Pekan Kuala Berang,  tidak banyak kedai makan yang akan dijumpai. Nasib baik sewaktu melalui Kg Kuala Ping ada beberapa kedai makan. Terpaksa la makan apa yang ada sebab di situ sudah di kira jalan kampung di mana kedai-kedai memang kurang.

Jarak dari Kuala Berang ke Pengakalan Gawi adalah lebih kurang 35 km yang mengambil masa lebih kurang 45 minit perjalanan.

Sekitar jam 1.30 petang kami sampai di Pengakalan Gawi

Satu lagi alternatif jika dari Kuala Lumpur adalah dengan melalui Lebuhraya KL-Karak, kemudian melalui Bentong - Kuala Lipis - Gua Musang - Pengkalan Gawi. Jarak lebih pendek sekitar 375km sahaja tetapi mengambil masa perjalanan yang lebih lama.


Bot Ke RPP Rumah Peranginan Persekutuan Tasik Kenyir


Bot yang akan membawa ke RPP - Rumah Peranginan Persekutuan akan menunggu di jeti. Walau pun waktu arrangement adalah jam 2 petang, tetapi bot kami hanya bergerak sekitar jam 3 petang. Ini kerana ada tetamu lain yang terlewat hampir 1 jam.

Rumah Peranginan Persekutuan ini terletak di Pulau Sah Besar dan mengambil masa lebih kurang 30 minit ke situ. Tambang bot juga telah saya bayar awal-awal secara online semasa tempahan rumah peranginan tempoh hari.





Bot ke RPP Tasik Kenyir


Ada signboard yang jelas menuju ke jeti menaiki
 bot ke RPP Tasik Kenyir
Cek semua branag, jangan sampai tertinggal


Bot yang cukup selesa






Lake Kenyir Resor & Spa - Alternatif penginapan selain RPP Tasik Kenyir
Memang luas Tasik Kenyir ni

Signboard penunjuk arah






Apabila melintasi beberapa batang pokok yang masih tertinggal di tengah tasik ini, saya mulaterbayang betapa kayanya khazanah alam di sini dahulu. Kaya raya la yang dapat projek membalak di sini dahulu rasanya.
'Sepohon kayu' yang menunggu masa untuk reput


Bot mula menghampiri Rumah Peranginan Persekutan Tasik Kenyir di Pulau Sah Besar







Rumah Peranginan Persekutuan Tasik Kenyir



Dari jeti RPP ini, kita perlu mendaki anak tangga ke rumah penginapan. Boleh tahan juga la ketinggian yang perlu di daki.

Di Pulau Sah Besar ini hanya terdapat Rumah Peranginan Persekutuan sahaja, jadi memang agak sunyi. Tambahan pula bilangan unit yang sedikit menambahkan lagi kesunyian kawasan ini, lebih-lebih lagi jika bukan hujung minggu.





Memulakan pendakian ke RPP

Rumah Peranginan Persekutuan Tasik Kenyir

Rumah Peranginan Persekutuan Tasik Kenyir
Bungalow Rumah Peranginan Persekutuan

Rumah Peranginan Persekutuan Tasik Kenyir
Suasana dalam rumah


Gazebo yang di sediakan.. Cukup selesa untuk bersantai
Suasana  di sini memang agak sunyi


Kadar sewa RPP Tasik Kenyir adalah seperti di bawah. Sewaktu kami ke sana, unit asrama seakan sudah lama tidak di huni kerana nampak sedikit kusam dan tidak teratur.




Bekalan Makanan Ke Tasik Kenyir


Segala keperluan makanan, sama ada bahan mentah atau makanan segera, seeloknya di bawa siap-siap dari rumah atau pun dibeli di pekan Kuala Berang. Selepas pekan Kuala Berang, kedai tidak banyak yang akan kita temui. Bawa la makanan lebih sedikit kerana di RPP Rumah Peranginan Persekutuan Tasik Kenyir tidak ada dijual apa-apa bekalan makanan. Kalau terputus bekalan makanan, memang akan memeningkan kepala seperti berlaku kepada kami.

Kami di hari kedua telah terputus bekalan makanan kerana pada malam tu telah berBBQ dan hari sebelumnya juga anak-anak asyij makan sahaja kerana di sini tidak ada aktiviti boleh di buat apabila menjelang maghrib.

Nasib baik pada tengah hari di hari ke2, saya dan isteri dapat menumpang En Alias ke Pengakalan Gawi semasa dia mengambil penumpang. Masa 30 minit yang dia berikan kami masa untuk kembali ke jeti sekadar ngam-ngam kerana kedai runcit memang sudah untuk di cari sekitar Pengkalan Gawi ini. .... jika lewat, tak dapat la kami balik ke RPP Rumah Perangian Persekutuan.

Kedai runcit untuk membeli bahan mentah (ikan dan ayam) yang kami jumpa pun hampir 15 km dari Pengakalan Gawi, itu pun jumpa van bergerak yang menjual bahan basah.


bersambung di entry berikutnya..... < 5 + 5 Aktiviti Menarik di Tasik Kenyir >

dan baca juga entry saya ke Teengganu


Tempahan Tiket Bas  KLIK DI SINI

Tiket Bas Kuala Lumpur Kuala Besut