Friday, 5 August 2016

Udang Galah di Kuala Rompin - JJCM Rompin ( Entry 3 )

Bersambung dari entry sebelum ni ...Entry ke 2 iaitu Pantai Rompin



Selesai urusan check out, kami tak merancang kemana mana. Kami akan pulang terus ke rumah. Tapi kata orang, kalau ke rompin, kena la rasa makanan utama di sini.... iaitu udang galah.

Restoran yang akan di singgah telah kami kenal pasti dan terletak di tepi jalan sahaja...akan kami tempuh semasa nak balik ke Kuala Lumpur.

Tapi sebelum tu singgah tempat menarik di Rompin dahulu.... Pantai Hiburan

Pantai Hiburan Kuala Rompin

Waktu sampai ni sekitar jam 12 tengah hari, jadi memang orang tak ramai la. Tambahan pula memang sekarang ni musim tengkujuh, jadi nak lihat pengunjung mandi manda memang tak ada. Jadi kami sekadar pusing-pusing ambil gambar 2 3 keping sahaja di sini,

Menuju ke Pantai Hiburan

Pantai Hiburan Kuala Rompin


Parking yang cukup luas


Pantai Hiburan Kuala Rompin


Seterusnya kami menuju ke destinasi wajib... restoran udang galah.

Restoran Udang Galah Rompin

Untuk menikmati masakan udang galah, kami pilih restoran /gerai makan yang terletak di Kampung Leban Condong.

Gerai makan ini terletak betul-betul berhampiran persimpangan Muadzam - Rompin, iaitu di Kampung Leban Condong. Jika dari Muadzam, kita akan jumpa kedai makan ni apabila kita membelok ke kanan menghala ke Kuala Rompin. Terletak disebelah kanan kita.

Jika dari Kuala Rompin pula, kedai makan ni terletak di sebelah kiri kita, betul-betul sebelum simpang ke Muadzam Shah.

Ada 2 kedai makan udang galah di sini yang cukup terkenal... boleh pilih sama ada ke gerai makan Mak Ngah atau pun Kedai Makan Mak Andak.


Restoran Udang Galah Mak Andak


Kami Ke Kedai Makan Mak Andak... kedua-dua adalah bersebelahan sahaja. Hari kami datang ni Kedai Makan Mak Ngah ditutup.

Dah alang-alang makan udang galah di Rompin, kena la makan yang saiz A++... tengok udang galah sepit biru ni pun dah rasa tak sabar nak meratah isinya.

Kami ambil 2 ekor udang galah saiz A++ masak berlada, geram sungguh tengok sepit biru udang ni...

Kami juga ambil 2 ekor udang galah masak lemak, tapi yang ni saiz kecil sedikit.

Gerqi Makan Mak Andak

Memilih menu....
Udang Galah sepit biru. Saiz A++

Seekor udang galah ni je yang sempat saya ambil gambar, yang lain.... ambil2 sahaja lauk terus makan, tak sempat nak snap gambar masakan udang galah. Yang seekor udang galah ni pun dah sebesar pinggan lauk...

Tengok sepit dia... perghhh, memang geram je.

Udang galah yang telah dimasak, telah tertulis harga. Jadi boleh tengok harga dulu sebelum ambil.

Asalnya masa nak bayar sangka akan kena RM seratus lebih, rupanya tak sampai RM 100 pun... Ok sangat dah, berbaloi baloi.

Apa yang kami order...

Nasi n Air 7..
Udang Galah Gred A (2 ekor),
Udang Galah Gred B (2 ekor),
Kari Tenggiri sepotong,
Ayam Goreng 2 ketul,
Keli Sambal 2 Ekor,
Sayur Goreng...

Restoran Udang Galah Mak Ngah


Gambar dari google image

Gambar dari Google Image

Siap makan.... dalam kereta balik ke rumah, semua kekenyangan... semua terus terlelap kecuali pemandu....

Sampai dirumah, masih terasa kesedapan masakan udang galah tadi... dah  3 4 jam masih terasa.... 😁😁😁


Untuk pilihan restoran udang galah lain di Rompin, boleh ke Restoran Udang Galah LC atau Restoran Udang Galah King yang terletak di bandar Kuala Rompin.
Saya ada cerita sikit di entry sebelum inki



2 comments:

  1. Bpe rm jumlah semua tu tuan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sory Ms Lis Sa, lambat reply... terlepas pandang. Semuanya dalam RM 80 lebih.

      Delete