Saturday, 3 October 2020

Senarai Homestay, Resort dan Chalet Best di Janda Baik



Homestay dan Chalet Best di Janda Baik

Kampung Janda Baik ni antara lokasi percutian pendek yang sentiasa dikunjungi pada hujung-hujung minggu. Ada yang hanya datang hari dan ada yang menginap di sini semalamam.

Ada yang datang sini kerana suka dengan suasananya yang aman dan tenang. Ye la dikelilingi hutan kan.

Ada juga yang kesini kerana kejernihan dan kedinginan air sungainya. Tambahan pula sungai di sini, airnya agak cetek dan landai.

Kalau datang tanpa bermalam, boleh juga cari chalet untuk keselesaan beristirehat sambil mandi-mandi dan selesa untuk bersalin pakaian.

Kebanyakkan homestay atau resort mahupun chalet di sini berdekatan sungai. Tapi sebelum booking tu, re-confirmkan lah dulu dengan owner.

Di Kg Janda Baik ni ada beberapa batang sungai (anak sungai) dan ia mengalir bersebelahan sebahagian besarnya di homestay, resort atau chalet tersebut. Jadi, nak mandi tu lebih privasi sebab orang awam (yang tak menginap) tak akan mandi di kawasan sungai di area homestay atau chalet tu.

Jadi bagi Mat Drat, homestay atau chalet yang ada sungai cantik dan privasi, adalah pilihan terbaik untuk ditempah. Baru best mandi manda, tak la open sangat berkongsi dengan public.

Satu lagi, di Kampung Janda Baik ni pun ada beberapa kawasan private yang sediakan kemudahan untuk camping bagi mereka yang berminat untuk camping. 

Senarai Homestay / Chalet Janda Baik

Mat Drat senaraikan beberapa homestay dan chalet di Kampung Janda Baik ni, juga termasuk resort yang ada di sekitar Kampung Janda Baik ni.

Homestay, resort dan chalet ni ada yang boleh ditempah melalui

  • direct dengan owner
  • agoda /  booking / trivago dll
  • airbnb

Nota :

1. Ranking : Senarai di bawah ni tak ikut rangking ye

2. Untuk tempah : kalau ada link agoda atau booking, Mat Drat sertakan. Kebanyakkan resort boleh. Bagi homestay dan chalet, kena booking direct dengan owner.

3. No telefon : Mat Drat diambil dari google map/facebook, kalau salah mohon maaf ye.

4. Facebook page : Yang Mat Drat share tu, maybe bukan official facebook, mungkin auto link ke location yang di 'tag' oleh netizen sahaja. Double check ye.

5. Google Map Location : Lokasi yang di kongsi di google map pun Mat Drat tak double check ye. Jadi tak sure ketepatan lokasinya, jadi lokasi sebenar boleh tanya owner. 

Tips :

  1. Klik link 'Location' Google Map yang Mat Drat sertakan
  2. Lihat gambar-gambar dikongsi netizen/local guide untuk lokasi homestay/chalet terbabit
  3. Kalau ada review yang ditinggalkan oleh guest sebelum ni, baca review
  4. Jangan lupa minta gambar bilik/chalet dan juga gambar suasana sekitar.
.............................................................

Sebelum ke senarai homestay ni, jemput baca weekend getaway Mat Drat ke Colmar Tropica Bukit Tinggi.

Lokasi tak jauh dari Janda Baik, jadi boleh la plan juga ke sini nanti.


Dan jemput juga nanti baca weekend getaway ke Janda Baik. Kali ni Mat Drat menginap di Damai Arcadia .


Dan sekali lagi sebelum tu... jemput singgah IG Mat Drat dan kita saling follow memfollow

https://www.instagram.com/art_matdrat


Instagram : ART_MATDRAT

.............................................................


.............................................................

Senarai Resort, Homestay dan Chalet Kampung Janda Baik

Ingat : Sekali lagi ye, Senarai di bawah ni tak ikut rangking ye. Dan ada beberapa yang tak ada sungai bersebelahannya.

1. Rumahku Holiday

2. Happy Paradise 


3. Damai Arcadia











4. Cherengin Hill

5. eRYA by Suria


6. Sri Pengantin Resort

    7. Laman Ibu

    8. Le Manah Retreat

    9. Hawa Resort

    10. Anjung Janda Resort

    11. Sugeh Hill Exclusive Eco Resort

    12. Meninjau Chalet

    • Telephone : +6019 304 0303
    • Google Map : Location

      13. Teratak Pak Lah Janda Baik

      • Telephone : +6017 3535 080
      • Google Map : Location

      14. Pondok Impian 

      • Telephone : +6019 2516 777
      • Google Map : Location

      15. Riverside Janda Baik

      16. Danau Daun Chalet

      17. Santai River Side 

      18. Teratak Seri Noris

      19. Teratak Kak Ju

      20. Chalet MamaPapa

      • Telephone : +6019 3688 594
      • Google Map : Location

      21. Mapplewood Cottage

      • Telephone : +6019 912 7002
      • Google Map : Location

      22. D'Lampin Homestay

      • Telephone : +6017 9241 841
      • Google Map : Location

      23. Cherry Chalet

      • Telephone : +6017 982 9381
      • Google Map : Location




      Nanti Mat Drat share , beberapa tempat makan best di Kampung Janda Baik ni

      ~Mat-Drat ~

      Kalau rasa bermanafaat, boleh share. 👇👇👇

      Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !! 

      13 comments:

      1. Janda Baik memang satu tempat percutian yang damai dan menenangkan jiwa. Berkali ke sana memang rasa nak pergi dan pergi lagi. Wow! Banyak lagi chalet yang belum diinap. Nanti boleh try bermalam di chalet yang dinyatakan di atas. Thanks

        ReplyDelete
      2. Uiks .. banyak gak ekkk homestay mewah mewah kat janda baik ni. Saya pernah la menginap kat satu homestay ni .. RM1000 kot satu malam .. tapi ada banyak bilik dan kawasan gila beso, siap ada kolam ikan, kolam renang, ada dusun dalam kawasan rumah. Memang best la ...

        ReplyDelete
      3. Terima kasih sharing banyak info pasal homestay di Janda Baik ni. Saya tengok semua tempat dia boleh tahan dan harga pun okay. Inilah masa nak pergi bercuti-cuti dengan keluarga

        ReplyDelete
      4. Thank you for sharing this list. Now I know where to stay if I visit Janda Baik.

        ReplyDelete
      5. LH jadi rambang mata mata tengok list homestay dekat janda baik tu. Btw LH dah baca entri mat drat yang cerita aktiviti-aktiviti kat situ. Best

        ReplyDelete
      6. It's a great place to get back to nature. Thank you for the list. It will definitely make my next visit to Janda Baik easier.

        ReplyDelete
      7. Memamg ada plan nak pergi bercuti deka janda baik.. Banyaknya homestay.. Tq.. Bolehbla pilih mana nak pergi ye. Banyak pilihan

        ReplyDelete
      8. Wah banyaknya list. Boleh simpan ni. Jadikan reference untuk masa depan. Cantik2 ye

        ReplyDelete
      9. dapat bercuti ke kawasan ini memang best..janda baik..tak pernah sampai tapi teringin nak datang ke sini

        ReplyDelete
      10. uiiiiiiiii.. best nya mandi sungai !! walaupun sejuk tapi puas hati, segar badan.. hee~ nanti lah masukkan Janda Baik sebagai satu lokasi percutian singkat kami sekeluarga..

        ReplyDelete
      11. Betul lah kat Janda Baik memang banyak tempat best untuk bercuti nikmati alam semulajadi kita juga dah pernah pergi sana memang best giler... rasa macam nak pergi lagi jom ramai2...

        ReplyDelete
      12. Banyak Janda Baik punya listing info. Thank you tau. Nnt ada peluang percutian kat Janda Baik, nak cari info kat sini.

        ReplyDelete
      13. Terbaik Tuan. Janda baik antara pilihan percutian saya yang pertama oleh kerana lokasi, iklim dan ketenangannya.. kalau ada rezeki, in sya Allah di sinilah saya ingin menetap apabila pencen kelak

        ReplyDelete

      Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

      Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.