Wednesday 25 March 2020

FILEM PILIHAN BERKAITAN CORONAVIRUS, PANDEMIC, OUTBREAK DAN VIRUS

Filem Movie Best Mengenai Coronavirus Covid19, Pandemic, Outbreak dan Virus epidemic


FILEM PILIHAN BERKAITAN CORONAVIRUS

Masuk Day 9 MCO, Movement Control Order atau Perintah Kawalan Pergerakan.

Mat Drat hold dulu kongsi bab travel atau percutian, nanti Pandemic Covid-19 ni dah reda, baru kita sambung bab travel. Berdoalah kita diberi peluang untung terus menghirup udara dimuka bumi ini............................

Kali ni Mat Drat nak share sikit beberapa filem yang berkaitan virus, outbreak, pandemic atau seangkatan dengannya.

Pandemic akibat wabak Coronavirus (Covid-19) tiba-tiba turut melonjak semula filem-filem yang bersangkutan dengan serangan dan wabak virus, outbreak dan pandemic. 

Boleh la layan di youtube atau netflix untuk mengisi masa yang sangat banyak sewaktu Movement Control Order atau pun 'Partial Lockdown' ini. Lama lagi nak tunggu ni, lagi 3 minggu!!
.....................................................

1. Contagion (2011)

Coronavirus Filem Movie Best Mengenai Coronavirus Covid19, Pandemic, Outbreak dan Virus
Filem yang Mat Drat rasakan dapat menggambarkan keadaan pandemic Coronavirus (Covid-10) ini. Penceritaan yang cukup memberikan kefahaman bagaimana sesuatu pandemic itu boleh bermula, hanya dari seorang kluster boleh menyebabkan satu dunia terkena wabak ini dan seterusnya menjadi pandamic.

Di dalam filem ini, kita dapat melihat sedikit gambaran bagaimana contact trace dibuat. Dan kita tahu betapa pentingnya dan betapa kritikalnya tindakan itu di awal jangkitan wabak. 

Keadaan pihak CDC (Centre of Desease Control), keadaan barisan frontliners', masyarakat dunia sewaktu pandemic melanda dan realiti masa vaksin dicipta cukup menggambarkan seakan itulah keadaan yang kita seluruh dunia alami sekarang dan akan alami.

Ramai yang menggambarkan filem Contagion ini seakan pandemic Covid-19 kerana di dalam filem itu juga bermula dari China!!!

Mat Drat berani kata filem arahan Steven Soderbergh dengan lakonan hebat Matt Damon dan Kate Winslet pasti akan membuatkan kita menonton sehingga keakhir filem. 

Trailer Filem Contagion 👇👇

.....................................................

2. Outbreak (1995)

Filem Movie Best Mengenai Coronavirus Covid19, Pandemic, Outbreak dan Virus
Sebuah kisah berdasarkan novel nonfiction The Red Zone dan dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Dustin Hoffman, Rene Russo, Morgan Freeman and Donald SutherlandBagi peminat Morgan Freeman, pasti tak akan ltertinggal filem ni. Memang mantap lakonan dan filem ini sendiri.

Filem ni mengisahkan outbreak berpunca dari virus seakan virus Ebola yang dikenali sebagai Motaba dan ia berasal  dari  Zaire, di benua Afrika.  

Kisah wabak ini bermula apabila seorang pekerja di 'animal testing lab' apabila seekor monyet yang mempunyai virus telah diseludup ke Amerika. Dan dari situlah bermulanya sehingga California di kuarantine seluruhnya. 

Filem ini pula ramai yang membayangkan Epidemic Ebola yang melanda benua Afrika. 

Trailer / sedutan Filem Outbreak 1995 👇👇

.....................................................

3. I am Legend (2007)

Coronavirus Filem Movie Best Mengenai Coronavirus Covid19, Pandemic, Outbreak dan Virus
Filem ini lain dari 2 filem di atas. Filem ini tidak mengisahkan keadaan semasa dunia mula dilanda wabak, ataupun suasana ketika pandemic melanda, tetapi lebih kepada keadaan dunia selepas pandemic melanda.

Filem ini juga berdasarkan sebuah novel karya  Richard Matheson (1954) yang menggunakan judul yang sama.

Mengisahkan bagaimana seorang US Army Virologist, Richard Neville lakonan Will Smith yang merupakan manusia terakhir di New York yang juga imun kepada virus ini berusaha untuk menghasilkan vaksin dan mengubati mereka yang terkena virus ini.

Virus yang asalnya bertujuan mengubati cancer, tetapi akhirnya telah menghapuskan manusia sejagat. Filem ini banyak berkisar di New York selepas pandemic.

Trailer / sedutan Filem I am Legend ðŸ‘‡ðŸ‘‡

.....................................................

4. Train To Busan (2016)

Coronavirus Filem Movie Best Mengenai Coronavirus Covid19, Pandemic, Outbreak dan Virus
Boleh dikatakan filem fiction ini antara filem yang melonjakkan industri perfileman Korea dan secara tak langsung turut memperkenalkan Busan di saentero dunia, terutamanya kepada Asia.

Kisah yang agak ringkas, mengisahkan keadaan dan suasana manusia (penumpang) di dalam keretapi ke Busan cuba menyelamatkan diri masing-masing.

Kalau dibandingkan dengan keadaan sekarang, menyelamatkan diri dari zombie (pembawa virus) lebih mudah disekat berbanding Covid-19 kerana zombie-zombie itu jelas kelihatan dan mudah dimusnahkan dengan senjata biasa. Filem 

Kerana filem Train to Busan ini jugalah membawa Mat Drat ke Busan (tajaan  Astro Circle)



Trailer / sedutan Filem Train To Busan ðŸ‘‡ðŸ‘‡



.....................................................

5. The Flu (2013)

Coronavirus Filem Movie Best Mengenai Coronavirus Covid19, Pandemic, Outbreak dan Virus
T R Y   TO   R E M A I N  C A L M
Sebuah lagi filem dari Korea, yang menggambarkan keadaan bagaimana suasana ketika berlakunya penularan wabak.

Plot cerita mengisahkan keadaan di sebuah bandar, Bundang berhampiran Seoul yang di kanda wabak selsema (flu) H1N1 yang mampu membunuh manusia dalam masa 36 jam selepas seseorang itu dijangkiti.

Ada yang berpendapat, filem ini cukup menggerunkan apabila melihat keadaan manusia ketika pandemic melanda dunia.

Mat Drat bayangkan, mungkin begini keadaan Wuhan ketika wabak Coronavirus ini mula-mula dikesan di sana. Dangat pantas dan keadaan terlalu kelam kabut.


Dan setahun selepas balik dari Busan, Mat Drat membuat trip ke Seoul, Korea Selatan bersama rakan-rakan pula



Trailer / sedutan Filem THE FLU ðŸ‘‡ðŸ‘‡


.....................................................

6. 28 Days Later (2002)

Coronavirus Filem Movie Best Mengenai Coronavirus Covid19, Pandemic, Outbreak dan Virus
YOUR DAYS ARE NUMBERED.....

Sebuah lagi filem yang turut menonjolkan watak 'zombie' di dalam filem, dimana filem ini ditulis dan diterbitkan oleh Danny Boyle.

Kisah bermula apabila sekumpulan aktivis hak-hak haiwan secara tidak sengaja membebaskan seekor beruang yang dijangkiti virus 'Rage' dari sebuah makmal perubatan.

Seorang kurier basikal di London, Jim lakonan Cilliam Murphy yang terjaga dari koma selepas sebulan virus ini tersebar, mendapati dia berada di sebuah bandaraya yang sepi.... London tanpa manusia lain.
Filem Best Mengenai Pandemic , Outbreak dan Virus

Seterusnya plot filem ini berkisar kepada keadaan dimana Jim terserempak dengan sekumpulan penduduk yang selamat, dan mereka terpaksa mengharungi pelbagai halangan untuk terus hidup.

Lokasi keadaan di kota London


Setahun yang lalu, Mat Drat ke London untuk menyaksikan konsert kumpulan rock terkenal, EUROPE di Albert Hall jemputan Qatar Airways. Bagi yang tak kenal kumpulan EUROPE ni, kumpulan ni cukup terkenal dengan lagu-lagu seperti The Final Countdown, Carries,  Cherokee dan Rock The nITE.

Konsert sempena jelajah album terbaru mereka - WALK THE EARTH



Percutian ke London
Albert Hall


Trailer / sedutan Filem 28 Days Later ðŸ‘‡ðŸ‘‡


.....................................................

7. 28 Weeks Later (2007)

Coronavirus Filem Movie Best Mengenai Coronavirus Covid19, Pandemic, Outbreak dan Virus

THE IS NO ESCAPE
Sebuah filem kesinambungan 28 Days Later.

Plot cerita mengisahkan beberapa penduduk di luar London yang terselamat. 

Selepas enam bulan, hampir keseluruhan penduduk Kepulauan British mati kerana virus dan kelaparan, NATO melalui Angkatan Tentera US mengisytiharkan bahaya telah berlalu Britain dan diantara langkah adalah memulihkan ketenteraman dan memulakan penempatan baru.

Malangnya, salah seorang pelarian yang kembali adalah pembawa virus maut 'RAGE' tersebut. Virus ini bukanlah telah lenyap sepenuhnya, tetapi 'bersembunyi' hanya di dalam bdan seorang lelaki yang terselamat.  Virus kembali lebih bahaya dari sebelumnya!!




.....................................................

8.  Twelve Monkeys / 12 Monkeys (1995)

Coronavirus Filem Movie Best Mengenai Coronavirus Covid19, Pandemic, Outbreak dan Virus

T H E   F U T U R E   I S   H I S T O R Y
Sebuah filem dengan gandingan mantap Bruce Willis dan Brad Pit.

Plot filem sci-fiction ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang dihantar dari tahun 2035 ke masa sekarang (1995) untuk menghentikan wabak pandemic yang mengorbankan hampir keseluruhan penduduk dunia.

Mangsa yang terselamat terpaksa tinggal di bawah tanah untuk meneruskan hidup.

Hidup di bawah tanah ye!!
Jadi kita yang baru 'terkurung' dirumah beberapa hari ni, tersulah patuh arahan #dududirumah atau #stayathome untuk mengelak pandemic Coronavirus (Covid-19) ini semakin memburuk.




.....................................................

9. Resident Evil (2002, 2004, 2007, 2010,2012 2016)

Coronavirus Filem Movie Best Mengenai Coronavirus Covid19, Pandemic, Outbreak dan Virus


Filem sci-fic yang asalnya berdasarkan permainan video. Siri filem ini sentiasa dinanti peminat Resident Evil.

Kisah seperti mana I Am Legend, di mana filem ini mengisahkan keadaan manusia selepas pandemic melanda dunia, tetapi lebih jauh kehadapan.

Siri filem ini
2002 - Resident Evil
2004 - Resident Evil: Apocalypse
2007 - Resident Evil: Extinction
2010 - Resident Evil: Afterlife
2012 - Resident Evil: Retribution
2017 - Resident Evil: The Final Chapter


.....................................................

10. Nipah - Virus (2019)


T R Y   TO   R E M A I N  C A L M

Sebuah filem dari India, yang berdasarkan kisah di mana Virus NIPAH melanda Kerala, India. Filem ini mengisahkan seorang lelaki yang dijangkiti virus ini dan 'membawa' virus tersebut ke sebuah kolej. Dalam beberapa jam, symtom mulai kelihatan dan dia akhirnya mati. 

Apa yang menggusarkan, dia sempat 'memindahkan' virus kepada orang lain yang berada di sekitar dia.

Kalau ada yang masih belum tahu, Virus Nipah ini diberi nama sempena kawasan yang teruk dilanda wabak ini ketika itu iaitu di Kampung Sg Nipah, Malaysia.

Malaysia okey je, virus dinamakan sempena kawasan asal ia ditemui, tetapi China berkeras tidak mahu Covid-19 dinamakan Coronavirus Wuhan.


.....................................................

11. Black Death (2010)

Coronavirus Filem Movie Best Mengenai Coronavirus Covid19, Pandemic, Outbreak dan Virus

J O U R N E Y    I N T O   H E L L 

Black Death juga dikenali dengan nama lain sebagai Pestilense, Great Bubonic Plaque, Great Plaque atau The Plaque. 

Wabak Black Death ini sebenar adalah merupakan satu wabak pandemik yang paling teruk dan paling dasyat yang dirakam dalam sejarah manusia, di mana ia mengakibatkan kematian kira-kira 75 kepada 200 juta manusia di Eurasia. Ia memuncak di Eropah pada tahun 1347 hingga 1351.

4 tahun tempoh kemuncak!!! Bersediakah kita seandainya pandemic Covid-19 ini memakan masa beberapa tahun.

Manakala Filem Black Death ini pula menceritakan keadaan sewaktu peristiwa penularan wabak itu.

Plotnya menceritakan sewaktu England dilanda wabak tersebut, seorang biarawan muda bernama Osmund diarahkan untuk memimpin sekumpulan askar ke sebuah kampung yang misteri di mana laporan mengatakan di situ wujud kejadian orang yang mati hidup kembali. Misteri.....




Filem Black Death dan Game of Thrones (GoT)
Entahla.... menonton filem ni seakan ada kaitan dengan TV Series hebat Game of Thrones. 
Mat Drat terbayangkan filem ini turut dibintangi oleh beberapa bintang Game of Thrones.

Hero filem ini, Sean Bean (Osmund) yang didalam GoT pula sebagai Ned Stark, ke kampung tersebut untuk mencari seorang necromancer, lakonan Carice van Houten, aka "Wanita Merah" di dalam GoT, di mana dia merupakan seorang wanita yang boleh membangkitkan orang mati. Sama di dalam filem Balck death dan di dalam Siri GoT.
.......................................................

Trip London dahulu, Mat Drat lajak ke Scotland. Kononnya untuk ke Dones Castle yang digunakan sebagai castle utama di dalam GoT. Tapi masa agak suntuk, hanya sempat ke Edinburgh sahaja. Edinburgh ni kira terkenal dengan bandar yang cantik dihiasi bangunan-bangunan lama.



.....................................................

12. Carriers (2009)

Coronavirus Filem Movie Best Mengenai Coronavirus Covid19, Pandemic, Outbreak dan Virus
T H E   R U L E S   A R E   S I M P L E
Y O U   B R E A K    T H E M, Y O U   D I E

Ketika virus mula melanda manusia, Danny (Lou Taylor Pucci), saudaranya Brian (Chris Pine), dan 2 rakannya yang dalam perjalan untuk bercuti ke sebuah pantai terpencil terpaksa melintasi padang pasir yang dilanda pandemik. 

Mereka terpaksa berhenti disebuah motel/resort sementara menunggu pandemic tamat. Sementara menunggu pandemic tamat, mereka perlu berusaha menyelamatkan diri kekalutan yang wujud dari pandemik ini.



.....................................................

13. World War Z (2013)

Coronavirus Filem Movie Best Mengenai Coronavirus Covid19, Pandemic, Outbreak dan Virus

Sebuah filem yang turut menampilkan Brad Pitt dan Mireille Enos sebagai pelakon utama.

Plot cerita mengisahkan kisah penularan wabak yang berpunca dari virus yang akhirnya 'melahirkan' zombie. Brad Pitt memainkan watak sebagai bekas penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang bersetuju untuk turun ke lapangan kawasan yang dijangkiti untuk mencari sumber wabak itu berpunca seterusnya mendapatkan anti vaksin yang mampu mengubati manusia yang telah dijangkiti.

.....................................................

14. Blindess (2008)

Coronavirus Filem Movie Best Mengenai Coronavirus Covid19, Pandemic, Outbreak dan Virus

Filem ni lain sikit, pandemic ini tidak mengakibatkan mereka yang dijangkiti mati atau menjadi zombie, tetapi sebaliknya menjadi buta.

Keadaan dunia yang dilanda wabak ini menjadi kucar kacir apabila semua orang yang dijangkiti menjadi buta.

Apa yang Mat Drat suka filem ni, sebab plot dia lain dari lain dan Mark Ruffalo turut berlakon sebagai hero yang menjadi doktor penyelamat.

Teringat Mark Ruffolo... Teringat filem Now You See Me

Salah satu scene dlm Now You See Me
Ini adalah scene ending
Lokasi yang sama... Scene berbeza 





Percutian ke Paris 
Tips dan Panduan

.....................................................

15. Deranged (2008)

Coronavirus Filem Movie Best Mengenai Coronavirus Covid19, Pandemic, Outbreak dan Virus

Sebuah lagi filem epidemic yang menarik selain The Flu, yang turut berkisar di Korea. 

Filem ini mengisahkan bagaimana mangsa yang dijangkiti akan terjun ke sungai dan akan mati lemas. Keadaan ini mengakibatkan suasana panic dan akhirnya memaksa kerajaan mengisytiharkan Darurat di seluruh negara.

Dan filem ini berkisar kepada kisah seorang salesman Jae-Hyuk (Lakonan Kim Myung-Min) yang mengsyaki keluarganya turut dijangkiti dan mula menunjukkan symptom. Bersama abangnya, Detectif Jae-Pil (Lakonan Kim Dong-Wan), Jae-Hyuk , mereka mempercayai antidote ada disimpan disebuah warehouse.

~Mat-Drat ~

Kalau rasa menarik, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

13 comments:

  1. Infection... Movie dari Japan pun best

    ReplyDelete
  2. Awal-awal pandemik Covid-19 tak berani nak tengok filem yang berkisarkan pandemik atau epidemik ni. Nanti Covid-19 dah reda boleh la layan.

    ReplyDelete
  3. byk juga movie berkaitan coronavirus ni...br sempat tgk CONTAGION sbb yg movie ni rmi org share masa awal2 PKP aritu

    ReplyDelete
  4. Banyaknya movie yang best-best.
    Raya nanti bolehlah cari dan tengok dengan anak-anak tersayang.

    ReplyDelete
  5. Ada diantara filem diatas sudah saya tonton next saya nak tonton yang lain juga... terima kasih sharing

    ReplyDelete
  6. Seriau tengok cerita2 macam ni, dok bayangkan terjadi kat kita camgitu..Allahu x leh bayangkan

    ReplyDelete
  7. Banyak filem tentang virus, pernah tengok 3,4 ngan 13. Anak siap takut lagi tengok train to busan

    ReplyDelete
  8. Banyak juga ya filem yang berkisarkan virus dan post-pandemik... takut juga bila tonton... bukan apa, scene-scene yang ditampilkan tu mungkin boleh berlaku sekiranya masyarakat hanya mengambil enteng segala saranan dan guideline yang telah digariskan... semoga kita semua terhindar dari segala keburukan...

    ReplyDelete
  9. Nice list you have here. I especially like Train to Busan even though it was few years back. Take care and stay safe

    ReplyDelete
  10. Banyak rupanya ek...minggu lepas baru tengok Infection tu...yang lain banyak juga tu dalam senarai Sis belum tengok, kecuali Train dan FLU, dah berkali-kali nengok heheheh

    ReplyDelete
  11. Dalam banyak-banyak senarai diatas Yaya pernah tengok train to busan dan the flu sahaja. Memang mendebarkan huhu semoga virus bahaya yang sedang menyerang dunia segera hilang

    ReplyDelete
  12. Nanti boleh la tengok. ada yang masih belum tengok lagi dari list ni. saya suka filem bergenre begini.

    ReplyDelete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.