Arab Saudi telah mengumumkan penggantungan sementara perjalanan ke negara tersebut ke atas umat Islam yang ingin melakukan Umrah susulan kebimbangan terhadap penyebaran wabak COVID-19, seperti mana dilaporkan oleh media tempatan pada hari Khamis.
Memetik Kementerian Luar Arab Saudi, beberapa laman web berita telah melaporkan bahawa penggantungan itu juga berlaku bagi mereka yang ingin melawat Masjid Nabawi di Madinah.
Astro Awani :
Daily mail UK :
Visa Pelancong /Tourist Visa
Menurut kenyataan itu lagi, penggantungan ini turut membabitkan individu yang menggunakan visa pelancong dari negara-negara yang terjejas akibat COVID-19. Walau bagaimana pun, senarai nama-nama Negara terjejas masih belum dikeluarkan.
Update :
Maklumat Mat Drat terima, Malaysia dan Singapore termasuk dlm senarai yang dikenakan sekatan sementara ini.

Menurut laporan Arab News pula, garis panduan yang dikeluarkan ini merupakan usaha pihak Arab Saudi bagi mengekang virus itu dari terus merebak.
Pergantungan ini juga turut dikenakan bagi perjalanan ke dan dari Arab Saudi bagi warganegara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang menggunakan kad pengenalan kebangsaan.
Update 6.00pm
Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji Malaysia (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham pada sidang media petang tadi turut mengedahkan perkara ini.
Beliau turut berkata, pihaknya akan memohon bantuan YDPA Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi mendapatkan pertimbangan dari Raja Salman, raja Arab Saudi untuk mengkaji semula sekatan yang dikenakan ke atas rakyat Malaysia dari menunaikan umrah.
Coronavirus novel, secara rasmi dikenali sebagai COVID-19, yang diyakini merebak bermula dari China, pusat wabak, kini dilaporkan telah merekodkan kematian lebih 2,700 orang dan pakar kesihatan terus berusaha untuk mencari penawar bagi virus merbahaya ini.

Di luar tanah besar China, virus itu telah merebak ke lebih daripada 30 negara, termasuk A.S., U.K., Singapura, Perancis, Rusia, Sepanyol,India dan kini mula menular ke Negara Timur Tengah dan juga Amerika Selatan.
Iran antara Negara yang meningkat bilangan kematian akibat COVID-19 ini.
No comments:
Post a Comment
Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.
Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.