Showing posts with label Umrah. Show all posts
Showing posts with label Umrah. Show all posts

Saturday, 13 June 2020

Arab Saudi Pertimbang Tangguh Ibadah Haji



Arab Saudi Pertimbang Tangguh Ibadah Haji

Malaysia Tangguh Hantar Jemaah Haji

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah umumkan pendirian kerajaan Malaysia mengenai ibadah haji pada tahun ini di mana Malaysia akan menangguhkan penghantaran semua untuk  menunaikan ibadah haji.

Arab Saudi tangguh Ibadah Haji...??

Satu laporan dari Financial Times, Arab Saudi sedang mempertimbangkan untuk membatalkan ibadah haji tahunan tahun ini kerana wabak coronavirus.

Haji, adalah ibadah wajib bagi semua umat Islam (yang berkemampuan)  melakukan perjalanan menjalankan semua rukun haji di Makkah. 

Ibadah Haji ini juga adalah satu perhimpunan keagamaan terbesar di dunia, di mana hampir sekitar 2 juta orang berkumpul pada satu masa.

Ibadah Haji tahun ini dijangka akan berlaku pada 29 Julai - 4 Ogos, di mana pada tarikh ini semua umat Islam akan berada di Makkah.

Kita harus ingat, kebanyakkan jemaah Haji juga biasanya akan di 3 bandar utama iaitu Makkah, Madinah dan Jeddah (airport) dan purata mereka akan berada di Arab Saudi adalah melebihi 2 minggu.

Jemaah Haji dari Malaysia (pakej Muhassasah) puratanya pula akan berada sebulan di sana.

Setelah penangguhan acara besar lain seperti Olimpik Tokyo 2020, adakah Arab Saudi akan turut membatalkan haji tahun ini untuk membantu mengekang penyebaran koronavirus, akan kita tahu dalam minggu ini.


Financial Time menyatakan
......Officials are considering different scenarios and a “decision will be made within one week,” a senior official from the Saudi Ministry of Hajj and Umrah ministry told the newspaper. ......


Awal April tempoh hari, Kerajaan Arab Saudi juga telah menasihatkan supaya umat Islam membuat penangguhan persedian Ibadah Haji


Status Statistik Coronavirus di Arab Saudi 

Arab Saudi sebenarnya sedang terkesan dengan peningkatan semula secara mendadak kes Covid-19 selepas mereka melonggarkan sedikit 'lockdown' di sana. 

31 May lalu, kerajaan Arab Saudi telah membenarkan semula solat berjemaah di Masjid, domestik travelling dibenarkan semula dan sektor ekonomi banyak yang dibuka kembali. 

Kurang 2 minggu selepas itu, kes meninggkat semula dan kerajaan Arab Saudi terpaksa mengetatkan kembali perintah Lockdown di Jeddah.

Riyadh merupakan bandar yang paling teruk terkesan dengan bilangan kes tertinggi di sana. Manakala Jeddah ke-2, Makkah ke3 dan Madinah ke 4 bilangan kes tertinggi di sana.


Kesan Ekonomi Penangguhan Ibadah Haji kepada Arab Saudi 

Ibadah Haji juga merupakan satu sumber pendapatan kepada kerajaan Arab Saudi dan juga kepada sektor ekonomi di sana. Penangguhan ibadah haji ini pasti akan turut memberi kesan kepada peniaga-peniaga di sana dan juga kepada kerajaan Arab Saudi itu sendiri.

Mereka juga sudah terkesan dengan penangguhan Ibadah Umrah, kemudia kejatuhan harga minyak yang mendadak bulan lalu. Jadi penangguhan ibadah haji ini juga pasti akan menambahkan lagi kesan kepada perniagaan dan ekonomi mereka di sana.




~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !! 

Ibadah Haji Tangguh : Maysia Tangguh Ibadah Haji 1441 ke Tahun Hadapan



Tabung Haji Arab Saudi Malaysia Tangguh Ibadah Haji 1441 ke Tahun Hadapan
Add caption


3 hari lepas kerajaan memaklumkan bahawa ibadah Haji untuk semua rakyat Malaysia bagi musim tahun ini (1441 Hjirah) ditangguhkan.

Kira Ibadah Haji batal untuk semua pakej sama ada yang pergi dengan Tabung Haji atau pihak swasta lain. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, keputusan itu dicapai berdasarkan kepada taklimat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Lembaga Tabung Haji (TH), serta perbincangan ahli-ahli Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang telah bersidang pada 9 Jun 2020.

Datuk Seri Dr Zulkifli turut berkata, perkara itu telah pun mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dan telah disampaikan kepada Kerajaan Arab Saudi.

Pasti berita dan keputusan kerajaan ini agak berat diterima oleh sesetengah kita tetapi Mat Drat percaya inilah keputusan terbaik setakat hari ini.


Keselamatan nyawa adalah lebih utama buat masa ini dan Arab Saudi juga masih belum memberikan kata putus sama ada Ibada Haji 1441 akan diteruskan atau tidak.

👉👉
 

Bakal haji yang telah terpilih sebelum ini, perlu banyak bersabar dan redha dengan keputusan ini. 

TH juga telah mengeluarkan kenyataan rasmi dan solat lazim (FAQ) berkaitan urusan penangguhan ibadat haji bagi Musim Haji 1441H ini. Sudah pasti mereka yang terlibat dengan penangguhan ini akan ditawarkan tempat pada tahun hadapan. 

Sama sama lah kita berdoa semoga pandemic covid19 ini segera berakhir, bukan sahaja di Malaysia, malahan di Arab Saudi dan sekuruh dunia juga. 

Berakhirnya pandemic ini nanti, maka kita dapatlah lihat kembali 2 masjid utama iaitu Masjidil Haram di Makkah dan Masjidil  Nabawi di Madinah dibuka semula

Sebelum ini,  pada Mac lalu telah kerajaan Arab Saudi telah mengumumkan penangguhan ibadah umrah. Sehingga kini, penangguhan ibadah umrah turut masih berkut kuasa.

Kita boleh lihat, sejak 3 bulan yang lalu suasana Mataf di Masjidil Haram adalah lengang. Selama ini, boleh dikatakan manusia tidak pernah berhenti tawaf mengelilingi Kaabah 24 jam sehari, tanpa henti. 

👉👉  Arab Saudi Tangguh Ibadah Umrah


Datuk Seri Dr Zulkifli juga berkata, beliau juga telah bertemu dengan Duta Arab Saudi ke Malaysia semalam bagi menyerahkan surat rasmi penangguhan ibadat haji bagi Malaysia, untuk disampaikan kepada Dr Mohammed Saleh bin Taher Banten selaku Menteri Haji dan Umrah Kerajaan Arab Saudi.

Selain Malaysia, antara negara-negara lain yang turut menangguhkan penghantaran jemaah Haji mereka pada tahun ini adalah Indonesia, Singapura, Kemboja, Thailand dan Brunei.


👉👉 Indonesia Tangguh Ibadah Haji


Sekali lagi, marilah kita sama sama berdoa semoga pandemic covid19 ini segera berakhir di seluruh dunia. Berakhir pandemic ini, daptlah kita kembali beribadah di Masjid dan dapatlah umat Islam menunaikan kembali ibadah Umrah dan Haji.



~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !! 





Wednesday, 26 February 2020

Arab Saudi Gantung Kemasukan Tujuan Umrah - Bimbang Merebak COVID19


Arab Saudi Gantunf Umrah




Arab Saudi telah mengumumkan penggantungan sementara perjalanan ke negara tersebut ke atas umat Islam yang ingin melakukan Umrah susulan kebimbangan terhadap penyebaran wabak COVID-19, seperti mana dilaporkan oleh media tempatan pada hari Khamis.


Memetik Kementerian Luar Arab Saudi, beberapa laman web berita telah melaporkan bahawa penggantungan itu juga berlaku bagi mereka yang ingin melawat Masjid Nabawi di Madinah.


Astro Awani :
Daily mail UK :

Visa Pelancong /Tourist Visa
Menurut kenyataan itu lagi, penggantungan ini turut membabitkan individu yang menggunakan visa pelancong dari negara-negara yang terjejas akibat COVID-19. Walau bagaimana pun, senarai nama-nama Negara terjejas masih belum dikeluarkan.

Update :
Maklumat Mat Drat terima,  Malaysia dan Singapore termasuk dlm senarai yang dikenakan sekatan sementara ini. 


Menurut laporan Arab News pula, garis panduan yang dikeluarkan ini merupakan usaha pihak Arab Saudi bagi mengekang virus itu dari terus merebak.

Pergantungan ini juga turut dikenakan bagi perjalanan ke dan dari Arab Saudi bagi warganegara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang menggunakan kad pengenalan kebangsaan.







Update 6.00pm
Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji Malaysia (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham pada sidang media petang tadi turut mengedahkan perkara ini. 

Beliau turut berkata,  pihaknya akan memohon bantuan YDPA  Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi mendapatkan pertimbangan dari Raja Salman, raja Arab Saudi untuk mengkaji semula sekatan yang dikenakan ke atas rakyat Malaysia dari menunaikan umrah. 


Coronavirus novel, secara rasmi dikenali sebagai COVID-19, yang diyakini merebak bermula dari China, pusat wabak, kini dilaporkan telah merekodkan kematian lebih 2,700 orang dan pakar kesihatan terus berusaha untuk mencari penawar bagi virus merbahaya ini.

Di luar tanah besar China, virus itu telah merebak ke lebih daripada 30 negara, termasuk A.S., U.K., Singapura, Perancis, Rusia, Sepanyol,India dan kini mula menular ke Negara Timur Tengah dan juga Amerika Selatan.


Iran antara Negara yang meningkat bilangan kematian akibat COVID-19 ini.