Tuesday, 18 June 2019

Travelog Edinburgh Part 2 - Tips Percutian






Bersambung dari entry sebelum ni..


..............................................................................

INTRO

Sebelum Mat Drat kongsi travelog Day 1 Trip Edinburgh ni, Mat Drat share dulu serba sikit tips atau general info yang mungkin boleh membantu, terutama kpd mereka yang nak bercuti ala-ala backpacker di sini..

Macam Mat Drat bagi tahu di entry sebelum ni, 
- Mat Drat dari London ke Edinburgh dengan menaiki train. 
- Dan esoknya pula terus balik ke Malaysia dari Edinburgh dengan Qatar Airways.

Bestnya Scotland
Ikut hati sebenarnya nak je sambung 5-6 hari utk Trip Scotland ni tapi sebab ni trip betul-betul last minit, jadi terpaksa sehari je di Edinburgh. Sebabnya 
- Tak dapat cuti lama sbb kerja di office yang agak bertimbun
- Susah nak arrange-kan anak-anak last minit. 
Tak kisahlah sehari je pun, janji dapat jejak kaki ke Edinburgh. Next time boleh repeat pusing 1 Scotland.

Scotland ni banyak tempat menarik, sangat banyak. Plan la betul-betul kalau ke Scotland. 5-6 hari paling pendek, dapat 10 hari memang puas la pusing Scotland ni.

Destinasi yang Mat Drat nak pergi (wajib) kalau dapat banyak hari di Scotland ni...
- Loch Ness
- Loch Lomond
- The Storr
- Isle of Skye
- Stirling

Satu undian laman web travel, Scotland menjadi destinasi paling cantik untuk 2019 mengatasi Switzerland. Memang layak lah...

Ada rezeki lebih nanti, memang Mat Drat nak repeat dan ronda puas-puas bumi Scotland ni. InsyaAllah InsyAllah, akan buat trip sendiri 7-8 hari ke sini, jadi kena kumpul duit dan cuti dulu.


Edinburgh atau Glasgow

Macam Mat Drat bagi tahu sebelum ni, asalnya nak ke Edinburgh dan Glascow, tapi bila masa tak mengizinkan. Jadi dapat ke Edinburgh sahaja.

Bagi yang nak ke Edinburgh n Glascow, Mat Drat kongsi sedikit info....

Edinburgh n Glascow
  • Edinburgh merupakan Capital City of Scotland. Ibu negara Scotland. 
  • Glasgow lebih besar dari Edinburgh dan merupakan bandar terbesar di Scotland.
  • Senibina keduanya lebih kurang sama tetapi Edinburgh lebih 'meriah' senibinannya.
  • Edinburgh Old Town cukup sinonim dengan senibina lama di Edinburgh ni. Edinburgh ni diminati memang semata-mata kerana senibina bangunannya serta castle yang tersergam di sini. 
  • Edinburgh ni terletak di atas bukit (hilly capital)jadi menambahkan keunikan dan 'kecantikan' Edinburgh ni.
  • Glasgow pula boleh dibayangkan sebagai bandar yang lebih moden dan sibuk dari Edinburgh.
Destinasi Pelancongan
  • Jika bercuti ke Scotland, Edinburgh lebih terkenal sebagai tourist destination berbanding Glascow atau bandar-bandar kecil lain seperti Dundee dan Aberdeen.
  • Bagi yang bercuti ke UK, selain London dan Manchester, Edinburgh juga lokasi yang paling diminati
  • Oleh sebab jadi tarikan pelancong, rata-rata rate hotel di sini agak mahal dan lebih mahal dari Glasgow.
  • Satu lagi yang best, rata-rata Scottish yang Mat Drat jumpa kat sini, mereka agak friendly. Sangat friendly.
Day Trip Glascow - Edinburgh
  • Ada juga terbaca dulu, ada yang stay di Glasgow dan buat day trip ke Edinburgh. Bagi Mat Drat buat Day Trip ni akan buang masa sedikit lah walau pun masa perjalanan dengan train lebih kurang 45 minit je.
  • Kalau buat day trip ni, 45 minit perjalanan dengan masa menunggu serta jarak hotel ke station keretapi Glasgow, boleh kata 2 jam jugak la sehala.
  • Untuk perjalanan Glasgow-Edinburgh, harga tiket train hanya £8.50.

Scotland

  • Scotland merupakan sebuah 'negara' dalam 'negara' United Kingdom yang terletak di utara England.
  • Cukup terkenal sebagai destinasi pelancong bagi mereka yang gemarkan keindahan senibina, keunikan kota lama serta pemandangan alam semula jadi.
  • Rasanya Scotland kini menduduki tempat teratas bagi negara paling cantik mengatasi Switzerland dari satu laman web travel (tak ingat apa nama)
  • Pound Sterling (Pound UK) diterima di sini, tak ada masalah. Pound Scottich pun dietrima.
  • Tapi jika dapat duit baki (Notes) currency Pound Scottich, kita akan hadapi masalah nak tukar balik semasa kat Malaysia

Beza United Kingdom, Great Britain dan England
  • Mat Drat dari dulu tertanya tanya apa beza GB, UK dan England ni.
  • Pernah dulu masa di KLIA, berbual dengan sorang Mat Salleh dari UK, puas dia terangkan. Pun Mat Drat masih terconfius.
  • Sehinggalah masa di sini, Mat Drat cari sikit info apa beza antara semua ni.
  • Dan Mat Drat kongsikan di entry di bawah ni, jika ada yang nak tahu beza UK, GB dan England

.............................................................. 

Matawang di Scotland


  • Scotland ada matawang sendiri yang di kenali Scottish Pound
  • British Pound diterima di sini, tiada masalah.
  • Tukaran sama, 1 GBP (British) = 1 GBP (Scottish)
  • Masalah kecil bila kita dapat Notes GBP Scottish di sini dan bawa balik ke Malaysia. Nak jual kat Malaysia, memang susah la sebab money changer tak nak terima. 
  • Jadi ada syiling atau GBP Scottish tu, habiskan masa di sana atau di England.
.............................................................. 

Cuaca di Edinburgh

London tu dah sejuk, Mat Drat rasa di Edinburgh ni lagi sejuk terutama awal pagi dan lewat petang.

Mat Drat dtg waktu summer, ptg dan pagi dah sejuk, apatah lagi kalau dtg waktu winter. 
    Untuk lihat detail month-by-month, boleh rujuk laman web ni
    • Paling sejuk : Dec - Jan (winter) 
      • Siang : 5-7 °C 
      • Malam - 1-2 °C
    • Paling panas : Julai dan Ogos. 
      • Siang - 17-18 °C 
      • Malam - 9-10 °C
    Mat Drat ke sini hujung September, kalau ikutkan 
    - siang dalam 16 °C
    - malam pula dlm 9 °C 

    TAPI, menjelang lewat petang akan mula terasa kesejukan sehingga awal pagi esoknya sekitar 9am.  Petang Day 1 di Edinburgh hari tu, Mat Drat terpaksa beli snow cap sebab tak tahan sejuk.

    ..............................................................

    London ke Edinburgh

    Mat Drat ke sini dari London. Jika dari London, ada 4 pilihan yang biasa 
    1. By Kapal Terbang
    2. By Train (Kereta Api)
    3. Drive kereta
    4. Bas
    Ke empat-empat pilihan tu Mat Drat dah share di entry sebelum ni. 


    1. London to Edinburgh by train

    • Untuk datang dengan kereta api khususnya dari London, Mat Drat dah share agak detail di entry sebelum ni. 
    • Untuk tiket train yang murah dari destinasi lain, boleh intai-intai di KLOOK. 


    Klook.com


    2. Penerbangan Kuala Lumpur - Edinburgh

    • Mat Drat balik ke Malaysia dari Edinburgh
    • Jadi sempatlah survey sikit pasal flight hari tu.
    • Sebelum decide utk ke Edinburgh ni, flight Glascow-Kuala Lumpur pun Mat Drat sempat survey hari tu.
    • Boleh la pilih nak ambik penerbangan Edinburgh(EDI)-Kuala Lumpur(KUL) atau Glascow(GLA)-Kuala Lumpur(KUL)
    • Masa penerbangan lebih kurang sama je (Glascow atau Edinburgh), lebih kurang 16- 17am ++ 

    Stopover
    • Kalau yang jarang travel tu, Mat Drat cadangkan ambillah Qatar Airways atau Emirates dan ambil penerbangan yang stopover lama sikit.
    • Bila ambik stopover lama, cuba ambil peluang pakej tour di Doha atau Dubai jika memenuhi syarat. Boleh pusing-pusing Doha kalau baik Qatar Airways.
    • Untuk detail kena cek laman web Qatar Airways atau Emirates. Nanti sempat, Mat Drat share pasal tour untuk stopover Doha.
    • Tapi kalau tak nak lama-lama, ambil flight dengan stopover 2 jam pun dah memadai. 

    Edinburgh Airport (EDI)

    • Edinburgh Airport ni tak la besar sangat.
    • Airport ni juga banyak penerbangan low cost dan penerbangan antara bandar di UK dan Europe.
    • Ada waktu tertentu, boarding area nampak agak crowded.
    • Laman web 👉 www.edinburghairport.com/

    Ruang menunggu 
    • Agak limited di bahagian luar sebelum masuk ke boarding area.
    • Dah masuk,  di hujung terminal ada disediakan beberapa kerusi menunggu, di kawasan berhampiran prayer room.
    Tempat Makan Halal/Halal Food di Edinburgh Airport
    • Mat Drat tak jumpa restoran atau cafe yang ada tanda halal di sini. 
    • Jadi pilihan yang ada, datang ke sini dengan bekalan kudapan sementara menunggu departure. 
    • Harga minuman dan kudapan di dalam ni memang boleh tahan juga mahalnya. Sama macam airport lain, sentiasa lebih mahal dari bandar terdekat. 
    • Di tingkat atas, ada confectionery shop (macam Tesco Express), kat sini banyak jual kudapan (coklat dan kekacang). Pilih la yang meyakinkan untuk dimakan. Kalau nak balik tu, bolehlah habiskan syiling kat sini.


    Prayer Room  di Edinburgh Airport
    • Surau tak ada di sini, tapi di sediakan 'Prayer and Quite Room'. 
    • Bilik ni dikongsi untuk semua agama
    • Terletak di Ground Floor, sebelah Costa Coffee
    • Untuk Muslim, sejadah ada disediakan. Arah kiblat juga ada ditunjuk.
    • Wudu' kena ambil dari bilik air berhampiran.
    • Tapi ingat, toilet dia orang ni tak basah (tak ada pili paip), jadi pandai-pandai guna sinki. Jangan pulak angkat kaki, basuh kaki dalam sinki ye, buruk sangat nampaknya. Isi air dalam botol dan basuhlah kaki dalam toilet, TAPI janganlah basahkan sangat toilet tu pulak. 

      Prayer Room  di Edinburgh Airport
      Prayer Room

      Prayer Room  di Edinburgh Airport
      Prayer Room

      Prayer Room  di Edinburgh Airport
      Sejadah disediakan di dalam Prayer Room

      ..............................................................

      Airport Transfer (Airport to Edinburgh City)

      2 pilihan untuk Airport Transfer yang Mat Drat cadangkan 
      • Buses and Coaches
      • Trem

      1. BAS AIRLINK  - Pilihan 1
      • Ada beberapa jenis bas / coaches, bergantung kepada lokasi.
      • Untuk ke City Centre, gunakan bas Airlink 100 (Stop D).
      • Mat Drat naik bas dari Edinburgh ke Airport. (Sebab dari London naik train terus ke Waverley Station)
        • Route bas ni : Edinburgh Airport - Waverley Bridge.
        • Waverley Bridge ni berdebelahan Waverey Mall, Waverley Train Station dan Princes Street.
        • Bas Hop On Hop off pun boleh naik dari Waverley Bridge ni
          • Jangan risau, bas banyak, setiap 10 minit ada bas.
          • Masa perjalanan lebih kurang 30 minit.
            • Tambang Single £4.50, return £7.50
            • Tiket tak payah beli online atau in-advance, beli je dari driver bas.
            • Nak naik bas tu nanti dia akan minta duit tiket.
            • Bas tak penuh sangat sebab kekerapan tinggi.
            • Tak payang kelam kabut, terlepas bas boleh naik bas berikutnya, 10 minit  je memenunggu.
              Airport Transfer Edinburgh Airport
              AIRLINK 100 - CITY.
              Bas 2 tingkat yang cukup selesa. 
              Hati hati melintas lintasan trams



              Airport Transfer Edinburgh Airport
              Kami sewaktu waktu nak ke Airporrt di Day2.
              Bayar tiket kpd driver/petugas yang menunggu sebelum naik bas.
              Pergi je Princes Street, boleh nampak bas ni di Waverley Bridge



              Airport Transfer Edinburgh Airport
              Ambil seat atas dan depan sekali,
              jadi boleh lihat keunikan dan keindahan Edinburgh lagi sekali sebelum balik






              2. TRAM - Pilihan 2
              • Pilihan ke-2, boleh naik tram.
              • Tram akan berhenti di beberapa stop di Edinburgh City tu sendiri.
              • Jadai kalau hotel berdekatan dengan trams stop, rasanya baik naik trams je.
                • Maklumat lanjut (info terkini dan maps), boleh ke website 👉👉 Edinburgh TRAMS
                • Tambang Adult  Single £6.00, return £8.50
                • Tiket beli di vending machine sebelum naik trams. Di airport ada , dan setiap stops pun ada vending machine.
                • Senang guna debit/credit card nak beli tiket. 
                • Walaupun unit AirBnB yang Mat Drat duduk hanya dlm 200 meter dari last stop Trams ni, tapi Mat Drat ke airport dengan bas je sebab lepas check-out pagi tu, Mat Drat ronda-ronda dulu sekitar Pinces Street.
                • Mat Drat stay di Albany Street, dan last station trams adalah Yoke Place.

                Edinburgh Trams Airport Transfer
                Trams di Edinburgh. Berkongsi kalan yang sama dengan kereta.
                Setiap trams stop ni akan ada vending machine ticket.
                Nak beli tiket pun senang je.

                Tips Percutian Backpacker Edinburgh Airport Transfer
                Vending Machine Tiket trams

                ..........................................................

                Transport di Edinburgh City

                • Transport utama di sini adalah trams dan bas
                • Kalau datang ke sini untuk lihat keunikan bandar dan bangunannya, jalan kaki adalah pilihan terbaik.
                • Tetapi memandangkan Edinburgh ni bandar di atas bukit, mungkin akan sedikit memenatkan untuk berjalan / menapak dari satu lokasi ke satu lokasi. Jadi 2-3 minggu sebelum ke sini, biasa-biasakan lah berjalan 10,000 -15,000 steps sehari.
                • Jadi Mat Drat cadangkan beli tiket bas Hop-In Hop-Off. Nanti ;
                  • Lokasi yang jauh dan tinggi boleh naik bas
                  • Yang dekat-dekat, baru jalan kaki.
                • Kat sini kita akan perasan, orang ramai berjalan kaki.
                • Mat Drat sendiri, di petang Day-1 itu sahaja lebih 4 km berjalan kaki selepas turun dari bas Hop In Hop Off di stop terakhir. (stop terakhir yang Mat Drat turun sebelum explore Edinburgh City dengan jalan kaki.
                • Mana Mat Drat pergi, baca entry berikutnya ye.
                Tips Percutian Backpacker Edinburgh Tempat Menarik
                Gigih mereka ni menapak dan mendaki ke Edinburgh Castle.
                Mat Drat naik bas Hop-In Hop-Off, kira menapak sikit je la ke Edinburgh Castle ni

                .................................................................

                Bas Hop-on Hop Off Edinburgh

                • Boleh ambil Bas Hop-In Hop-Off ni di Waverley Bridge, sama lokasi dengan Bas ke Airport.
                • Waverley Bridge ni berdebelahan Waverey Mall, Waverley Train Station dan Princes Street.
                • Ada 4 jenis / pakej bas Hop on Hop Off di sini.
                  • CitySightseing Tour (75 mnt)
                  • Edinburgh Tour (75 mnt)
                  • Majestic Tour (75 mnt)
                  • Bridge Tour (up to 3 hrs)
                • Anggaran masa yang diberi tu kalau kita naik dan tak turun kecuali turun di hentian terakhir (Waverley Bridge semula).
                • Mat Drat ambil CitySightseing Tour
                • Kali pertama Mat Drat pusing dan hanya turun di Edinburgh Castle sebelum naik semula di tempat sama.
                • Dan kali kedua Mat Drat naik bas Hop On Hop Off ni pula untuk ke lokasi tertentu, jadi tak payah la menapak jauh sangat.
                • Tambang hanya £16 (+- RM 96) untuk mana-mana salah satu tour. 
                • Tiket boleh guna banyak kali dalam 24 jam.
                • Kalau masa panjang, boleh ambil pakej 'kombo' Grand 48. Jimat sebab 
                  • Boleh naik tiga tour
                  • Valid sehingga 48 jam
                  • Boleh naik banyak kali
                • Nak jimat sikit, boleh juga beli melalui KLOOK
                .
                Klook.com
                .
                ..........................................................

                Sim Kad


                Mat Drat hari tu ke Edinburgh dari London. Dan naik flight dari KL turun di Heathrow Airport London, jadi Mat Drat share info sim kad di Heathrow Airport.  

                Beli sim kad di Airport ni bagus sebab 
                • salesman akan tolong setupkan handphone kita sehingga sim kad boleh digunakan
                • boleh pilih antara telco operator yang ada.
                • Antara pilihan :  Vodafone, EE, Lyra atau Lebara.

                Nak beli kat mana? cari la salah satu 4 tempat ni
                1. Sim card vending machines - self service
                2. Sim Local shops - Paling bagus sebab salesman friendly dan 'expert'
                3. WH Smith shops - Ada juga jual sim kad, tapi kena install sendiri
                4. We Know London - Tourist Information - Bukan semua teminal ada, dan sim kad tak banyak pilihan.
                  Sim Local Shop 
                  • Rasanya paling sesuai kalau nak beli sim kad. 
                  • Banyak pilihan dan akan setup kan sehingga selesai.
                  • SimLocal ni ada kisok / kedai di Terminal 2,3 dan 5 di Heathrow Airport
                  • Boleh semak di >> simlocal.com

                    Memandangkan ni trip yang singkat, flight pun dah berbelas jam jadi Mat Drat tak nak buang masa membeli sim kad kat airport. Letih dan tak nak buang masa.

                    Maklumlah Heathrow ni antara airport yang paling sibuk di dunia, jadi nak mencari kiosk/kedai ni satu hal, nak tunggu turn pasang sim kad satu hal.

                    Mat Drat punya itinerari, sampai London akan terus dengan sessi 'explore' London
                      Bagi yang tak nak beli sim kad kat sini, ada 2 pilihan

                      1. Pakej raoming   
                      • Macam Celcom skrg murah, RM 138 untuk seminggu. Maxis atau Digi pun lebih kurang sama je harga dia.
                      • Bila guna roaming ni, pastikan guna operator yang ditetapkan oleh Celcom/ Maxis / Digi dll.
                      • Mungkin data hanya dalam 3-5 GB shj, tapi cukuplah selagi tak layan youtube sepanjang masa.
                      • Kat hotel pun dan ada wifi.
                        2. Poket Wifi 
                        • Sekarang ada beberapa operator yangs ediakan perkhidmatan ni.
                        • Yang bagus, ambil (sewa) dari KLIA/KLIA2 sebelum berlepas dan pulangkan semula bila balik.
                        • Lagi jimat sebab boleh kongsi dengan beberapa orang. (Biasanya 5 orang). Macam yang kami guna masa ke Turki April baru ni.
                          Visondata pocket WiFi

                          .............................................

                          Luggage Room / Drop Beg

                          Bagi yang sampai awal dan tak dapat nak drop beg di unit airbnb, hostel atau pun hotel, boleh drop beg di Edinburgh Bus Station.

                          Info yang Mat Drat dapat hari tu, letak beg di Bus Station lagi murah berbanding di Railways Station. 


                          Pengalaman Mat Drat...
                          Mat Drat dah plan nak letak beg di Bus Station hari tu.
                          Sewaktu tiba Edinburgh tadi, Mat Drat dah Whatsapp tuan rumah dan tanya sama ada Mat Drat boleh checkin awal atau tidak.

                          Owner, maklumkan bilik masih tak availabe tapi dia benarkan masuk rumah dan beri Mat Drat berehat di Living Hall dan simpan beg di situ.

                          Tips
                          Kalau letak beg di airbnb (bukan dibilik), ni elok jangan letak barang-barang berharga dalam beg. Tak salah kita beringat sebab kita tak tahu siapa lagi yang menginap di unit yang sama


                          ...................................

                          Hotel / Airbnb murah penginapan di Edinburgh


                          1. Hotel pilihan   


                          Pilihlah yang dekat dengan 
                          • Waverley station atau 
                          • tram stop atau 
                          • Edinburgh Central Mosque.

                          Bila pilih dekat dengan tram stop, senang jika dari airport atau nak ke airport (kalau nak naik tram) ataupun nak bergerak di Edinburgh ni.

                          Kelebihan dekat dengan Edinburgh Central Mosque pula senang nak cari makan.
                          Tapi masa Mat Drat intai-intai hari tu, hotel yang berdekatan dengan Edinburgh Central Mosque ni juga berdekatan dengan Waverley Station. Kira pusat Edinburgh. Jadi harga memang agak mahal, dan tak jumpa yang murah... Mahal sungguh, tak sanggup rasanya, lagi-lagi Mat Drat hari tu lagi 3-4 hari nak berlepas baru nak cari hotel.

                          Mat Drat rasa agak mahal bukan sahaja sebab dekat dengan Waverley Station, tetapi lokasinya di Edinburgh Old Town memang menjadi tumpuan pelancong.
                          Waverley Station ke Edinburgh Central Mosque ni lebih kurang dalam 1km. Kalau berjalan tak la letih sangat sebab cuaca sejuk dan pemandangan bangunan yang agak unik.

                          Dan dari Waverley Station ke masjid tu ada beberapa hotel. Kawan Mat Drat suggest menginap kat area sini, tapi Mat Drat tak mampu dan rasa berbaloi sebab nak tidur je




                          Mat Drat senaraikan beberapa pilihan yang boleh dipertimbangkan


                          Berhampiran Edinburgh Central Mosque 

                          (tapi harga boleh tahan ye).

                          a. HOTEL
                          • Lebih kurang dalam GBP 150 / nite
                          1. ibis Edinburgh Central Royal Mile
                          2. Hotel du Vin Edinburgh

                          b. HOSTEL

                          • Lebih kurang hanya dalam  GBP 20 / nite
                          • Kebanyakan hostel adalah bathroom sharing
                          • Kalau bilik tu untuk berdua, check-in lah berdua shj, jangan bertiga atau berempat sebab di Europe ni bilik memang agak kecil.
                          • kebanyakan hostel tak ada kettle, jadi nak masak maggi tu boleh tanya kaunter jika boleh dapat air panas. 


                          Berhampiran Edinburgh Waverley Station 

                          Nak dapat hotel yang jarak dalam 1km dari Waveley Station ni pada harga below GBP100 agak susah sebenarnya.
                          Tapi boleh cuba 2 hotel ni, rasanya ni yang murah. Bila murah, star rating hanya 2 star atau 3 star.

                          Ballantrae Hotel
                          • Menarik hotel ni, sebab bangunan lama
                          • OTW ke Albany Road, Mat Drat perasan hotel ni
                          • Dekat dengan tram station
                          • Harga dalam RM 500++ / nite
                          easyHotel Edinburgh
                          • Lokasi menarik sebab dalam 100-200 meter dari Waverley Station, dan tak perlu mendaki bukit
                          • Lokasi di Prince Street memang agak meriah
                          • Tram stop pun ada kat depan (Prince Street)
                          • Harga dalam RM 450++ / nite


                          Kesimpulan 
                          • Hotel rata-rata RM 500 ke atas / nite
                          • Hostel boleh dapat dalam RM 150-RM250 /nite
                          • Pilihan lain adalah airbnb


                          2. airbnb (pilihan Mat Drat di Albany Street )



                          Mat Drat booking last minute, intai-intai hotel memang agak mahal. Jadi Mat Drat ambil  AirBnb je. Bilik yang Mat Drat ambil hanya RM 240/nite.

                          Cari punya cari, inilah yang Mat Drat jumpa yang masih available dan paling hampir (walking distance) dengan Waverley Railways Station. 


                          Jarak dalam 900  meter (kira 1 km la senang). Bagi Mat Drat tak la jauh, kira okey je.

                          Albany Street
                          • Mat Drat menginap di Albany Street, kawasan kejiranan yang lama dan suasana jalan yang cukup tenang.
                          • Kejiranan Albany Street ni ada dalam 50-60 unit rumah, yang telah mula dibina pada kurun ke-19.
                          • Tapi unit kami ni, bilik air di luar bilik. Jadi kena berkongsi dengan tetamu lain. Tapi okey la, tingkat kami di dua bilik je. Dan tak tahu pun siapa di bilik sebelah dan bila dia masuk (kalau ada)
                          • Albany Street ni pun tak jauh kalau nak ke Tesco Express (mini shop) dan restoran Halal. (Owner claim halal).
                          • Waktu sampai di unit Airbnb kami, ada satu couple yg agak berumur juga baru sampai. Mereka ni lagi hebat, drive dari Paris ke London sebelum sambung ke Edinburgh.
                          • Owner rumah ni Mat Drat tak sempat jumpa pun, semua berhubung melalui Whatsapp je. Dia kata balik kerja 3pm, tapi waktu tu Mat Drat dah ronda-ronda Edinburgh.

                          • Dari Waverley Railways Station, kena mendaki bukit sedikit menuju ke sini, tapi tak rasa letih pun, lagi-lagi bila lihat senibina bangunan lama yang cukup cantik.
                          • Paling cantik ketika suasana hampir sunset, memang sangat cantik pemandangan dari sini sebab kedudukannya seakan dari atas bukit.

                          • Yang nak cari penginapan di AirBNB, boleh guna link ni dan guna kod ni untuk dapat kredit RM 120. Banyak tu!!.....
                          ..................................................................

                          👉👉     Airbnb Kredit RM 120    

                          Kredit diskaun ni untuk 1st time user je. Kalau dah ada akaun, daftar la pakai nama wife ke, tak pun create je akaun baru dengan email lain. Kalau dapat RM 165 diskaun, banyak jimat tu... 

                          Ingat...
                           Lepas daftar,  kredit akan masuk ke akaun dan ia valid untuk tempoh 1 tahun.

                          Pilih lah nak booking unit melalui airbnb di apartment/homestay mana. Ikut berkenan yang mana satu.

                          Jadi nak dapat RM 120 tu, 
                          - Klik LINK di atas dan daftar akaun
                          - Buat tempahan dalam masa 1 tahun.
                          - Nilai reservation melebihi RM 290 (termasuk fee-fee lain)
                          - Boleh kata, rata-rata unit di sini lebih RM 300 untuk satu malam...

                          - Pastikan bila nak bayar, jumlah bayaran dah ditolak dengan kredit yang diberi




                          Beberapa keping gambar untuk dikongsi

                          Menuju ke Albany Street

                          cheap airbnb edinburgh albany road
                          AbbeyStreet, dalam 20 minit jalan kaki dari Waverley Station.
                          Unit kami dibelakang Mat Drat ni.
                          (Ni gambar hari esoknya, selepas check out)

                          cheap airbnb edinburgh albany road
                          Waktu baru sampai, bilik masih belum available. Owner bagi masuk untuk letak bes di ruang tamu. Bolehlah berehat sekejap sebelum memulakan jelajah Edinburgh.

                          cheap airbnb edinburgh albany road
                          Bilik yang luas

                          cheap airbnb edinburgh albany road
                          Dapat Master Bedroom, ada extra katil
                          Tips Percutian Backpacker Edinburgh Hotel airbnb murah
                          Ruang dapur yang selesa dan kemas. Basic item semua ada, macam kopi, tea, gula dan garam Yang lain-lain tu, tak payah makan atau guna la

                          cheap airbnb edinburgh albany road
                          Antara yang disediakan oleh tuan rumah selain coffee, tea, gula dll

                          Tips Percutian Backpacker Edinburgh Hotel airbnb murah
                          Lengkap kemudahan. Kami panaskan sambal/kari dalam tin. Tak guna periuk/kuali secara direct.

                          Tips Percutian Backpacker Edinburgh Hotel airbnb murah
                          Esoknya sewaktu breakfast. Cukup tenang kawasan ni.

                          .............................................................

                          Tempat Makan Halal di Edinburgh (Halal Restaurant)

                          Sebelum sampai Edinburgh, Mat Drat tak sempat nak study kat mana nak cari restoran Halal.

                          Bila sampai airbnb, sambil-sambil berehat tu Mat Drat cari di Google tempat makan halal berhampiran. Perut memang dah sangat lapar. 

                          Mana tak lapar, dalam train tadi tak boleh nak makan sangat nasi arab yang kami bawa tu. Macam mana nak makan, nasi tu dah sejuk macam ais. Sambal / sardin yang kami bawa pulak dah habis. Cuba jugak la nak telan masa dalam train tadi, tapi tak boleh juga masuk...

                          Jadi tugas pertama Mat Drat, adalah mencari restoran halal yang paling hampir  dgn airbnb kami.

                          Search di  Google map, keluar beberapa restoran di sekitar Leith Walk. Terus menapak ke situ dan cari la restoran yang claim halal. (waktu ni Mat Drat tak tahu lagi restoran halal lain di Edinburgh)

                          Jarak dari unit airbnb kami dalam 500 meter sahaja, tak jauh.

                          Beberapa restoran ada sticker 'halal' di luar restoran. Antaranya 2 dibawah ni. Tapi dua-dua ni juga sajikan minuman Alkohol. Sebelum duduk kat meja makan, Mat Drat tanya lagi sekali dengan pelayan sama ada halal or not... 

                          1. ADA Restaurant 
                          • Mat Drat lunch kat sini
                          • Sajikan Turkish Food , dikatakan terbaik di Edinburgh
                          • Harga , macam makan kat Malaysia je (sebelum convert to RM). Lagipun portion dia agak besar. Order 1 set, boleh makan berdua. Kalau makan kebab / nasi tu dalam £10 satu set. 

                          Dan malamnya kami terpaksa makan di area sini juga sebab tak jumpa restoran halal yang berdekatan yang lebih meyakinkan.

                          2. Shezan Restaurant
                          • Sebenarnya malam tu Mat Drat dari bilik ke Waverley Mall nak makan di The Chopstix. Petang tadinya dah makan kat sini, ni kira nak repeat utk dinner.
                          • Sampai situ dalam 7pm, dah tutup la pulak. Rupanya The Chopstix 6pm dah tutup. Nak ke Edinburgh Old Town dan ke Central Mosque agak jauh, hari dah malam, sejuk dan letih. Jadi Mat Drat patah balik ke bilik airbnb sambil melalui Leith Walk.
                          • Sempat bertanya dengan local people (kalau tak salah), dan dia suggest ke The Cosmo, sebab paling dekat dengan Mat Drat waktu tu.
                          • The Cosmo, restoran sajikan makanan Asia secara buffet. Tapi bila Mat Drat sampai dan tanya, petugas kaunter tak tahu bab status halal. Dia hanya kata ada section Asian Food, Western Food dan International Food. Bila Mat Drat tengok, agak kurang confident nak makan.
                            • Shehzan sajikan Indian / Pakistan Food
                            • Harga, pun mahal sikit dari Ada Restaurant tadi. 
                            • Bila dapat menu, kami decide order set yang harga 10-15 pound je. Tu pun dapat starter je.. he he he
                            • 2-3 kali waiter tanya bila kami order starter je (kebab), sebab tak order main dish (nasi atau seumpamanya).
                            • Apa Mat Drat jawab kat dia "We, Malaysian only eat small portion". he he he
                            • Ni dua menu kami malam tu, tak silap satu Lamb Kebab dan satu Tika Lamb. Harga sekali air dalam 10-12 pound shj.

                            Tips Percutian Backpacker Edinburgh Makan Halal Food

                            Tips Percutian Backpacker Edinburgh Makan Halal Food



                            3. Area Edinburgh Central Mosque
                            • Tapi agak jauh dari lokasi airbnb Mat Drat. Mat Drat tak berkesempatan ke sini.

                            4. Waverley Mall / Waverley Railways Station
                            • Dalam Waverley Mall ada 2 restoran halal yang Mat Drat jumpa.
                            • Kalau baru sampai railways station ni atau ke area sini, boleh la singgah.
                            • 2 Restoran Halal yang Mat Drat jumpa The Chopstix Noodle Bar dan Indian Express

                            Tempat Makan Halal di Edinburgh (Halal Restaurant)
                            Chopstix - Noodle Bar

                            Tips Percutian Backpacker Edinburgh Makan Halal Food
                            Banyak Pilihan. Harga pun tak mahal.
                            Pekerja tu student dari Malaysia

                            Tips Percutian Backpacker Edinburgh Makan Halal Food
                            Indian Express - Sebelah Chopstix Noodle Bar

                            Tips Percutian Backpacker Edinburgh Makan Halal Food
                            Food Court Waverley Mall

                            5. Yum Yum Kebab (Edinburgh Old Town)
                            - Mat Drat jumpa secara tak sengaja senbenarnya.
                            - Masa explore jalan kaki di lorong-lorong kecil Edinburgh Old Town ni, terjumpa restoran ni.
                            - Lokasi memang tersorok sikit sebab terletak dilorong kecil
                            - Lokasi Google Map 👉👉 Yum Yum Kebab Edinburgh Old Town

                            - Bila google, juga akan jumpa lokasi yang lain di sekitar
                            - Lokasi Google Map 👉👉 Yum Yum Kebab Original West Port


                            Tips Percutian Backpacker Edinburgh Makan Halal Food



                            Tips Percutian Backpacker Edinburgh Halal Food

                            ............................................................

                            Souvenior Murah

                            Ada 3 kedai yang Mat Drat singgah beli, di 3 lokasi berbeza.
                            1. Edinburgh Old Town
                            2. Waverley Mall 
                            3. Prince Street



                            1. Edinburgh Old Town

                            • Ada beberapa kedai di Cockburn St. dan saling bersebelahan.
                            • Mat Drat hanya ke kedai di sini sahaja, malas nak mendaki ke atas ke kedai-kedai lain.
                            • Dua kedai yang Mat Drat singgah kat sini  Who's Who dan The Scotsman Paper Rack.
                            • Banyak souveniour kat The Scotsman Paper Rack.
                            • Hoodies, snow cap, cap banyak pilihan di Who's Who , dan harga pun menarik.

                            2. Princes Street
                            • Ada beberapa kedai di jalan yang cukup terkenal dengan tempat shopping. 
                            • Princes Street ni jug abanyak butik-butik jenama terkenal macam Primark, Cath Kidson, Swarovski dll.
                            • 2 kedai souvniour yang Mat Drat singgah, The Wooks dan The Romanes & Peterson.
                            • The Works - cap, keychain, fridge magnet banyak pilihan
                            • The Romanes - snow cap, glove, kilt agak menarik

                            Souveniour Edinburgh Romanes & Peterson



                            3. Waverley Mall
                            • Di dalam ni ada beberapa kedai souveniour.
                            • Souveniour banyak dan harga tak jauh berbeza dengan kedai lain yang Mat Drat singggah.


                            Lain-lain Tips

                            Apa-apa lagi tips dan panduan, nanti Mat Drat share di entry berikutnya .
                            Next entry Mat Drat share 'travelog' day 1 & day 2 di sini.

                            Jemput baca di entry seterusnya.



                            Jelajah Tempat Menarik di Edinburgh

                            Travelog Edinburgh Part 3 :



                            ~Mat-Drat ~

                            Kalau rasa bermanafaat, boleh share. 👇👇👇

                            Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !! 

                            4 comments:

                            1. Scotland memang cantik . U shud try kebab kat Masjid dan Mosque kitchen . Tapi x sempat kan . Next time visit . Bandarnya unik . Berbukit2 . Byk tempat u x cover lagi . But believe me , u shud spend more time kat Scotland . Luar bandar the most . I ve been to Scotland more than 15x sejak kerja ulang alik UK . X pernah x singgah Scotland . Tapi nak keluar dari bandar agak susah jika guna travel agent . Cari saya 😁 kalau nek keluar dari bandar Scotland . “ Di antara celah celah gunung ada air yg mengalir “ ? Ingat cerita ini ada dlm Al Quran . Ya gunung2 di Glencore , Isle Of Skye . layla.sham@yahoo.com

                              ReplyDelete
                              Replies
                              1. Thanks komen...next time boleh roger. Tapi tak tahu la kita ni bila boleh start travel semula...😔😔

                                Delete
                            2. Scotland memang cantik . U shud try kebab kat Masjid dan Mosque kitchen . Tapi x sempat kan . Next time visit . Bandarnya unik . Berbukit2 . Byk tempat u x cover lagi . But believe me , u shud spend more time kat Scotland . Luar bandar the most . I ve been to Scotland more than 15x sejak kerja ulang alik UK . X pernah x singgah Scotland . Tapi nak keluar dari bandar agak susah jika guna travel agent . Cari saya 😁 kalau nek keluar dari bandar Scotland . “ Di antara celah celah gunung ada air yg mengalir “ ? Ingat cerita ini ada dlm Al Quran . Ya gunung2 di Glencore , Isle Of Skye . layla.sham@yahoo.com

                              ReplyDelete

                            Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

                            Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.