Wednesday, 12 June 2019

Trip Edinburgh Scotland Part 1 - Train London ke Edinburgh

Bismillahirahmanirrahim...

Intro sikit.....
Hari ni awal Jun, seminggu selepas syawal baru berkesempatan untuk menulis kembali (menyambung) travelog Percutian London - Edinburgh yang kali terakhir Mat Drat update 4 Feb lalu. Lebih 4 bulan tertangguh.

Sebenarnya 4 Feb tu lebih kurang seminggu sebelum Mat Drat menunaikan umrah bersama isteri. Dan sebenarnya Trip London-Edinburgh ni pun menjadi antara 'push factor' Mat Drat menunaikan Umrah tahun ni.

Masa di KLIA sewaktu baru landed dari Makkah tempoh hari, ada seseorang whatsapp minta share pasal biznes kereta sewa dia. Dan itu lah satu-satunya entry yang Mat Drat tulis selepas balik Umrah. Itu pun ambik masa nak menulis.

Ada sebab agak lama tak 'memblogging' ni sebenarnya. Balik dari Umrah hari tu, masa sangat limited. Selain kerja di pejabat yang tertunggak 2 minggu sebab bercuti Umrah, Mat Drat pun terpaksa siapkan kerja 'in-advance' sebab awal bulan Mac ada trip ke Pulau Tioman. Selang seminggu lebih, trip ke Perth pula bersama family. Trip ni pun kena buat persediaan juga sbb trip DIY. Selang 2 hari lepas landed di Malaysia dari Perth, Mat Drat ke Turki pula dengan rombongan kawan-kawan, 40 orang semuanya... Jadi terpaksalah Mat Drat tinggalkan dulu blog ni untuk pastikan trip Perth dan Turki berjalan lancar.

Maknanya lepas settle update Travelog London - Edinburgh ni, baru la Mat Drat boleh update pasal 
- Pulau Tioman
- Trip Percutian ke Perth 6H 5M
- Trip Percutian ke Istanbul 10H 8M

dan juga update pasal trip dekat-dekat yang Mat Drat buat selepas balik London dan sebelum menunaikan Umrah hari tu. Entry yang masih terhutang
- Percutian Lumut / Teluk Batik / Pulau Pangkor
- Tasik Taiping
- Kellie Castle
- Tambun Hot Spring 


Train London ke Edinburgh



TRAVELOG TRIP PERCUTIAN EDINBURGH 

Part 1 - Train London to Edinburgh


Entry sebelum ni... 




Intro Trip Edinburgh
Seperti Mat Drat share sebelum ni, trip London - Edinburgh ni sangat pendek dan sangat last minit.

3 hari sebelum berlepas, Mat Drat baru decide nak lajak ke Edinburgh dari London. Dan masa di Edinburgh yang sangat suntuk, Mat Drat hany ada kurang 24 jam sahaja di Edinburgh ni.


.






London ke Edinburgh

Mat Drat pilih ke Edinburgh dgn menaiki train.

3 pilihan lain utk ke Edinburgh yang Mat Drat ketepikan (drive kereta, bas dan flight)

Option 1 : Drive Kereta
  • Pilihan nak drive terpaksa diketepikan sebab masa yang suntuk, Mat Drat tak nak letih memandu, jadi sampai di Edinburgh boleh terus ronda-ronda.
  • Memandu memang menarik sebab pemandangan cantik dan banyak tempat boleh berhenti sepanjang perjalanan. (Kawan Mat Drat, Imm yang suggest Mat Drat drive sbb dia hari tu drive ke sini.
  • Mat Drat check di Google Map hari tu, drive akan ambik masa lebih kurang 6 1/2 - 7 jam. Tu belum kira berhenti lagi. 7-8 jam memandu, sure akan letih.


Option 2 : Menaiki Bas
  • Mat Drat cuba juga intai option ni hari tu tapi bila lihat masa perjalanan, sangat lama.
  • Perjalanan akan ambik masa lebih kurang dlm 9 jam hingga ke 10 atau 11 jam, bergantung kepada bas dan traffic.
  • Tambang tak mahal, hanya dalam lingkungan £17- £23 sahaja rasanya (one way).
  • Malam terakhir Mat Drat di London, program di Royal ALbert Hall pasti selesai agak lewat. Jadi plan nak ambik bas malam (tidur dalam bas) tak boleh takut tak sempat nak kejar bas.
  • Kalau ambik bas awal pagi pula, sampai di Edinburgh dah petang. Mat Drat tak banyak masa di Edinburgh.
  • Kalau yang ada masa, boleh la ambil option ni ke Edinburgh.
  • Google je, boleh pilih bas operator dan tahu harga tiket serta masa perjalanan. Masa perjalanan berbeza-beza ikut route.

Option 3 : Flight London ke Edinburgh

  • Mat Drat sempat juga intai tiket flight hari tu. Selain sebab tiket train agak mahal, Mat Drat nak try naik flight sebab masa perjalanan macam lebih pendek.
  • Penerbangan memang ambil masa lebih kurang 1 jam sahaja. Tapi bila tambah masa menunggu sebelum boarding 2 jam. Total dalam 3 jam ++.
  • Memang jumpa tiket flight yang lagi murah (below £50 sehala) tapi Mat Drat tak dapat nak pilih option ni.
    • Tambang tak masuk luggage lagi
    • Airport agak jauh. Perlu masa lagi ke airport.
  • Untuk yang nak intai tiket flight, London ni ada beberapa airport lain ye, yang lebih kecil dari Heathrow. Antaranya Airport London Luton, London Stansted dan London Getwick. Mat Drat tahu pun sebab masa cari tiket flight hari tu.

Klook.com



.......................................................



Train London ke Edinburgh


Tren
  • Kalau dari London, boleh naik dari station Kings Cross.
  • Naik dari station utama ni senang, boleh pilih tren. Banyak pilihan.
  • Ada banyak tren sehari, lebih kurang 30 tren sehari.
  • Ada beberapa operator (syarikat). Mat Drat ambil tren Virgin Trains.
  • Ada juga yang ke Scotland terus ke Glascow.
  • Kalau ke Glascow, pilihan lagi pelbagai sebab banyak tren kena tukar tren. Ada juga yang direct, tapi tak banyak.
  • Masa perjalanan ke Glascow lebih lama sedikit.



Masa
  • Tren paling awal dalam 6.15am, dan terakhir dalam 11.30pm
  • Untuk jadual, cek laman web atau app booking tiket tren.
  • Mat Drat ambil tren 7.00am. Nak ambil 1st tren, awal sangat takut terlepas tren dan tiba pun lebih kurang sama je.
  • Train Mat Drat pula ambil masa 4 jam 20 minit. Kira tren paling cepat la ni.
  • Masa perjalanan berbeza ikut tren, macam tren sebelum dan selepas tren yang Mat Drat naik tu, ia ambil masa hampir 5 jam. 
  • Masa perjalanan lebih lama sebab banyak station yang ia berhenti.
  • Tren Mat Drat naik, hanya berhenti di 5 station (Peterborough, York, Darlingston, Newcastle, Berwick-Upon-Tweed) sebelum tiba di station Waverley Edinburgh Scotland.
  • Kelajuan tren ni boleh mencecah lebih kurang 220 kmj (140 mph). Kira laju la tapi tak la selaju bullet tren.
  • Kita boleh tahu masa nak booking tiket, akan di-mention awal-awal.
  • Tren paling lama tak silap midnight tren , lebih 10 jam tapi kena tukar 2-3 tren, tapi tiket murah la...
  • Datang awal, dalam 1 jam atau paling lewat 45 minit sebelum.
  • Sampai awal, boleh rilek awal dlm tren.
  • Tren tak tunggu, tren bergerak ikut masa. Kalau terlepas, kena beli tiket lain.
  • Station ni besar, jadi ambil masa untuk ke platform.
  • Tren juga agak panjang (banyak gerabak), jadi kalau dapat gerabak yang hujung sekali, akan ambil masa juga nak menapak.
  • Tidak ada pemeriksa tiket nak masuk tren. Pilih seat berdasarkan printed tiket. Jangan duduk seat orang lain.
  • Dalam perjalanan, akan ada petugas memeriksa tiket. Jangan buang tiket.
  • Untuk tren lain (Eurostar), biasanya ada pemeriksaan imigresen di kaunter/station. 

......................
.




Beli / Harga Tiket
  • Harga tiket berubah-ubah ye.
  • Nak murah beli awal. Lagi awal lagi bagus.
  • Mat Drat beli dalam 3-4 hari sebelum berlepas, harga dalam £69
  • Lepas Mat Drat beli, harga terus naik + lagi £10.
  • Mat Drat check harga sehari sebelum berlepas ke Edinburgh, tiket dah semakin mahal £115.
  • Harga tiket ni pun berbeza ikut waktu berlepas, tiket awal pagi agak murah berbanding peak hour.



Pilih seat 
  • Pilihlah prefer seat masa nak booking tiket. Jangan salah pilih seat. Pilihlah sama ada:
    • forward / backward facing
    • isle or window
    • table seat
  • Mat Drat rasa elok pilih forward. Kita nampak pemandangan yang 'mendatang'
  • Table seat ni sesuai kalau ber3 atau ber4, ataupun satu family. Jadi boleh duduk saling mengadap, dan senang nak berborak atau makan (kalau dengan anak-anak)
  • Pemandangan memang cantik sepanjang perjalanan
    • ladang ternakan lembu dan biri-biri yang luas
    • pantai dan cliff
  • Kalau dari London ke Edinburgh, ambil lah seat sebelah kanan forward facing.
  • Kalau dari Edinburgh pula, ambillah seat sebelah kiri forward facing.
  • Pemandangan sangat cantik di sepanjang perjalanan, rugi kalau tidur.
  • Kita akan di allocate dengan pre'seat'. Duduk ikut seat yang ditetapkan dalam tiket.
  • Mungkin seat nampak kosong, tapi di next station mungkin akan ada yang naik, jadi tak payah la suka-suka duduk seat kosong. Di setiap seat dah dilabelkan perjalanan. Contoh "London-Edinburgh", 'London-York' dll.


Loading...




Perjalanan London - Edinburgh
  • Dari London, train akan berhenti di beberapa station (bergantung kepada train).
  • Antara station 
    • York : dalam 2 jam dari London
    • Newcastle : dalam 3 jam dari London
    • Berwick-Upon-Tweed : Menghampiri station ni, kita akan banyak disajikan dengan pemandangan yang cantik.


Google Map / Virgin App
  • Sepanjang perjalanan, boleh la open app ni untuk tahu lokasi kita pada waktu tu.
  • Bila menghampiri kawasan pantai, rugi kalau tak lihat pemandangan yang cantik.

Makan Minum
  • Dalam tren boleh makan.
  • Bawa je makanan, boleh makan dalam tren (ada tray macam dalam flight).
  • Akan ada juga petugas ronda jual minuman dan makanan. Boleh la nak order tea atau coffea panas.
  • Perjalanan 4-5 jam tu lama, jadi makanan banyak membantu buang masa.
  • Makanan yang dijual dalam tren agak limited dan Mat Drat tak jumpa yang ada tanda Halal
  • Dan ingat ye harga pun boleh tahan juga ye.
  • Dan satu lagi, jangan pula bawa makanan yang berbau kuat yang boleh ganggu penumpang lain.



Pemandangan London - Edinburgh
  • Mat Drat share gambar perjalanan tren London - Edinburgh di bawah. 
  • Dan di entry berikutnya nanti, Mat Drat share pula pasal Edinburgh.

Makanan Halal di Weverley Edinburgh Station
  • Keluar dari station (paltform), boleh ke bangunan Waverley Mall.
  • Ada2 restoran halal. 'Chopstix Noddle' dan Indian Restoran.
  • Mat Drat makan di Chopstix Noodle sbb nampak logo halal (sijil halal) dan pekerjanya seorang student kita.


Mat Drat share juga link video youtube utk gambaran pengalaman yang akan ditempuhi bagi mereka yang akan menaiki tren London- Edinburgh ni.

Video dari seat61
👇👇


Video dari Mat Drat
👇👇




Trip Edinburgh Scotland - Train ke Edinburgh
Sebelum 6am kami dah check-out dari hotel.
Hotel hanya 5 minit berjalan kaki ke station Kings Cross


Trip Edinburgh Scotland - Train London
Belum 6am tapi London sudah mulai sibuk.

Cari paparan digital untuk check nombor platform.
Station ni besar.


Trip Edinburgh Scotland - Virgin Train London
Platform agak lengan awal pagi. Kat sini la pengambaran filem Harry Potter.
Kami punya gerabak, nunnnn dibelakang sana. Jauh nak kena menapak.


Trip Edinburgh Scotland - Virgin Train London
Dah ready...


Trip Edinburgh Scotland - Virgin Train London
Kalau pilih table seat 4, tengah-tengah ada meja dan saling mengadap satu sama lain.
Suasana dalam tren. Beg/luggage jangan letak jauh dari seat ye. Beringat !!


Trip Edinburgh Scotland - Virgin Train London
Sarapan pagi kami, nasi arab.
Ini je packed food yang ada,  makan je la.
Tea / kopi boleh beli dalam tren
Trip Edinburgh Scotland - Virgin Train London
Pemandangan awal...Emirates Stadium.
Mat Drat Chelsea ye, bukan Arsenal.
Day 1 dah ke stadium Chelsea, Stadium Stamford Bridge




Trip Edinburgh Scotland - Virgin Train London
Kincir angin dan matahari baru terbit.
Cantik suasana pagi sepanjang perjalanan



Trip Edinburgh Scotland - Virgin Train London
York, ni station utama yang tren ni berhenti.
Pilih la tren yang tak cepat, dan tak banyak berhenti station.


Trip Edinburgh Scotland - Virgin Train London
Newcastle (Kota Bharu 😃😃 ) ,
 ni pun salah satu 5 station yang tren Mat Drat naik berhenti.
Walaupun station utama, tapi penumpang turun naik tak ramai.


Trip Edinburgh Scotland - Virgin Train London
Agak lengang station New Castle ni. Mungkin sebab ni tren ke-2 awal.

Gulungan-gulungan jerami...


Ladang-ladang gandum akan banyak kita lihat sepanjang perjalanan ni nanti.



Trip Edinburgh Scotland - Virgin Train London
Dari Royal Border Bridge.
Menghampiri Berwick- Upon- Tweed Station.
Pemandangan pantai dan laut boleh dinikmati lebih kurang 30 minir sebelum dan selepas melalui bridge ni.
Kira track tren disepanjang pantai.

Virgin Train London Edinburgh Scotland
Sebahagian pemandangan


Virgin Train London Edinburgh Scotland
Sebahagian pemandangan


Virgin Train London Edinburgh Scotland
Menghampiri Scotland, pantai dan laut disebelah kanan kita



Link video London - Edinburgh




Virgin Train London Edinburgh Scotland
Selepas 4 jam lebih perjalanan, akhirnya tiba di Station Waverley Edinburgh Scotland


Virgin Train London Edinburgh Scotland
Tadi naik tren macam tak ramai orang, bila turun penuh pulak ...


Virgin Train London Edinburgh Scotland
Sedikit info mengenai station Waveley
- station ke-2 tersibuk di Scotland
- jarak 632km dari Station Kings Cross London, macam JB ke Penang la lebih kurang


Virgin Train London Edinburgh Scotland
Sejarah...station ni dah ada dari tahun 1846. Dah lebih 150 tahun


Agak sibuk di station ni.


Virgin Train London Edinburgh Scotland
Tentera agak ramai. Tak tahu kenapa. Mungkin normal


Kalau lapar, keluar dari station ni nanti, boleh makan dulu di Waverley Mall.

Makan halal food di edinburgh scotland
Waverley Mall ( ni gambar waktu malam ye, cari makan malam).
Malam pun tak la malam sangat, baru dalam 7.30pm je pun tapi banyak kedai dah tutup.


Makan halal food di edinburgh scotland
Chopstix


Makan halal food di edinburgh scotland
Tak mahal.. kira sedang-sedang aje


Makan halal food di edinburgh scotland
Add caption


Makan halal food di edinburgh scotland
Beli dan makan di opean area. macam food court la.


Satu lagi option, Indian Food yang disebelah The Chopstix tadi.
Harga pun tak mahal


Dan sebelum menjelajah...singgahla toilet ni.
Kat Europe ni biasanya susah nak cari public toilet.

Masuk toilet yang betul ye.
Men, Women & Scotsmen



Dan Mat Drat dah tak sabar sebenarnya melihat keunikan pemandangan Edinburgh ni, yang terkenal dengan senibina dan bangunan-bangunan lamanya.


Tak perlu berjalan jauh, keluar sahaja dari Waverley Station ni kita dah akan terpegun dengan bangunan-bangunannya terutama Edinburgh Castle.

Baca sambungan travelog ni nanti ye...







~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. 👇👇👇


Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !! 

2 comments:

  1. Hi Mat Drat! Finally singgah blog ni. Hehe. Kawan Klook! Next time jumpa lagi kat event Klook eh :D

    ReplyDelete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.

Kalau lambat repy tu, Mat Drat minta maaf ye.

Dan kepada Cik / Encik Anonymos, lagi manis kalau letak nama (nama samaran pun okey)