Monday, 4 February 2019

Travelog Trip London (Part 10) - Kings Cross Harry Potter Platform 9 3/4




TRAVELOG TRIP PERCUTIAN LONDON - Part 10

HARRY POTTER PLATFORM 9 3/4

Entry sebelum ni... 
πŸ‘‰πŸ‘‰   Trip London -Concert Royal Albert Hall    



HARRY POTTER DI LONDON 


Dan Entry ni agak ringkas, sekadar berkongsi sedikit info berkaitan Movie Tour Harry Potter di London.


Mungkin ada peminat tegar Harry Potter yang nak buat Movie Tour atau sekurang-kurangnya menjejak filming location Harry Potter di London. 

Tak kisah la dari team Ravenclaw atau Gryffindor, kalau follow Harry Potter dan dah sampai sini rugi tak ambil peluang.


Mat Drat cari info sedikit hari tu, dah ada 2 lokasi nak tuju di London ni untuk trip ni. 
  • Platform 9 3/4 King's Cross Station
  • Warner Bros Studio London

Beberapa filem Harry Potter yang awal, pengambaran scene di station kereta api memang di buat di Kings Cross Station, dan untuk siri-siri berikutnya pula ia dibuat di Warner Bros Studio sendiri.


1. Platform 9 3/4 ... 
Memang Mat Drat akan pergi sebab Mat Drat akan beberapa kali menggunakan Kings Cross Station  ni semasa di London
Dan tren London ke Edinburgh pun akan naik dari station ni juga. 

2. Warner Bros Studio London... 
Mat Drat buat itinerari, Kalau Mat Drat nak ke sini, Mat Drat perlu extra sehari di London. Memandangkan ni Thames Park dan Mat Drat tak berapa 'minat' nak naik roller coaster, jadi Mat Drat rasa macam tak berbaloi bayar tiket Thames Park untuk ke Harry Potter world tapi tak naik pulak rides yang ada kat situ.

Bila tak jadi ke Warner Bros Studion ni, ada juga plan nak ke Stonhenge (batu besar tersusun kat atas bukit tu), tapi yang ni pun kena tambah lagi sehari kat London.

Akhirnya pilihan Mat Drat ke Edinburgh (extra sehari) pun sebenarnya boleh dikira menjejaki kisah Harry Potter jugak sebenarnya, sebab Edinburgh ni la permulaan kisah Harry Potter tu. Nanti di entry Edinburgh Mat Drat cerita.

XXXXX



XXXXX



Platform 9 3/4 Kings Cross Station

  • Peminat novel bestselling atau filem Harry Potter pasti tahu yang semua student Hogwarts School of Witchcarft and Wizardry perlu menaiki Hogwarts Express. 
  • Mereka perlu tolak troley ke dinding dan .....plop.....terus berada di satu dunia station lain, dan platform tu adalah platform 9 3/4.
  • Platform 9 3/4 ni kiranya terletak diantara platform 9 dan 10 la, 'dunia nyata' kat Kings Cross ni ada platform 9 dan platform 10 sahaja, dan kedua-duanya dipisahkan dengan track kereta api. 
  • Nak cari platform 9 3/4 ni, kena cari kat dinding (wall). 
  • Suasana platform 9 3/4 dalam filem tu memang dilakonkan di platform yang terdapat di Kings Cross Station, real punya station.

Lokasi Platform 9 3/4
  • Platform ni di dalam station keretapi (tren station) Kings Cross, bukan di Kings Cross Underground Station je. Dua-dua station sebelah-sebelah je, satu underground dan satu overground. Pintu lain-lain.
  • Platform 9 3/4 ni tak wujud ye, cuma ada signboard sahaja.
  • Signboard ni ada di dalam Kings Cross Station, orang awam yang tak ada tiket pun boleh ke sini sebab dia di open area.
  • Terletak di sebelah kedai souveniour "Platform 9 3/4"

Bergambar dengan Troley Platform 9 3/4
  • Tanpa trolley, paltform ni tak nampak special. Ada trolley baru la ada gaya macam nak ke Hogwarts School of Witchcarft and Wizardry  tu.
  • Di dinding ni ada diletakkan trolley tu, jadi boleh la bergambar dengan trolley tu di platform 9 3/4
  • Sebelum ke London, Mat Drat baca
    • Bayaran dikenakan untuk ambil gambar jika minta photographer ambilkan. Siap scarft dia bagi (prop)
    • Bayaran boleh dibuat di kedai sebelah
    • Harga bayaran ambil gambar ....
    • Kalau ambil gambar sendiri tanpa photographer, tiada bayaran
    • Orang agak ramai hujung minggu.
    • Trolley memang ada di situ 


Mat Drat beberapa kali menggunakan Kings Cross Station ni, tapi tak ada rezeki nak bergambar dengan trolley tu.


PAGI Day 2,
  • Kali pertama guna station ni.
  • Waktu tu dah lambat nak ke Buckingham Palace, jadi Mat Drat tak singgah ke platform 9 3/4 ni... dalam hati, PETANG ni ada lagi.

PETANG Day 2
  • kali ke dua guna station ni. 
  • Waktu tu balik dari Portobello Road untuk balik ke hotel sebelum ke Royal Albert Hall. 
  • Singgah hotel sekejap untuk dropkan barang-barang yang dibeli di Portobello Road tadi. Nak singgah pun tak sempat... 
  • Masa ke sini semula untuk ke Royal Albert Hall pun tak sempat ke platform ni....dalam hati, MALAM ni ada lagi.

MALAM Day 2,

  • balik concert Europe kat Royal Albert Hall pun tak sempat. 
  • Kami sampai sini dah hampir 11 malam, tren keretapi (bukan tube) dah tak ada. 
  • Malam tu cuaca agak sejuk sebenarnya, memang menggigil. 
  • Masa Mat Drat masuk ke station ni, suasana sunyi sangat, hanya ada beberapa orang sahaja. 
  • Jadi Mat Drat keluar semula. Bukan keluar sebab takut kesunyian, tapi takut dengan gelagat orang dalam ni.
    • ada sorang tu smart semacam, tapi minta duit kata tertinggal tren
    • sorang tu (pakaian selekeh) follow Mat Drat bila Mat Drat nak sampai kat platform 9 3/4 tu
  • ...dalam hati, MALAM ni ada lagi.


PAGI Day 3,

  • Ni awal pagi nak ke Edinburgh
  • Bila sampai....trolley tak ada .. hu hu hu..
  • Dapat bergambar dengan signboard tu je..
  • Rupa-rupanya trolley tu ada waktu kedai di buka operasi je...hu hu hu, baca info tak habis. Waktu operasi kedai pun Mat Drat tak baca hari tu, tak sempat nak baca semua.




Waktu Operasi : 

- Monday - Saturday : 8am - 10pm

- Sunday : 9am - 9pm

Waktu last beratur nak bergambar 9:45pm (8:45pm - Sunday)


Keciwa.
Trolley tak ada. Rupanya trolley ada waktu kedai souveniour Harry Potter dibuka sahaja


Ni suasana weekend. Beratur nak bergambar.
Sumber - laman web Platform 9 3/4 shop 

Add caption


Balik Concert Europe, sampai sini dah 12am lebih. Station dah agak sunyi


Mat Drat masuk ke dalam, semakin sunyi. Platform 9 3/4 berda di hujung sana, sebelah kanan.
Mat Drat keluar semula sebab ada orang follow.


Pagi Day 3... bergerak ke Kings Cross Station

belum 6am lagi...dah cerah

Check tren kami ke Edinburgh

Platform 9 dan 10. 

Mat Drat dah ready nak ke Edinburgh

Mat Drat buat Harry Potter Movie Tour kat Edinburgh la, lagi real....



..............................................................................


Harry Potter @ Warner Bros Studio London


  • Satu pilihan lagi, boleh la ke Warner Bros Studio London.
  • Mat Drat pernah ke Warner Bros Studion Gold Coast, memang best.
  • Yang Mat Drat baca, nak kesini ada bas dia, ada transport pick up dari London ke Studion
  • Harga 
    • £43.00 (adult)  / £35.00 (child) 

  • Kat laman web tu, Mat Drat jumpa preferred partner Warner Bros untuk Harry Potter Tour termasuk transport dari London.
  • Harga package £85.00
  • Hari tu Mat Drat intai tiket di KLOOK, sebab lagi murah. £79.00. 
  • Jimat £6.00 = RM 35. Banyak tu...
  • Beli tiket di KLOOK ni (copy paste dari laman web KLOOK)
    • Experience a full day in the world of Harry Potter at Warner Bros. Studio Tour London - The Making of Harry Potter
    • Includes return transport from Victoria or Baker Street in central London
    • Get a behind the scenes tour of the set and see actual costumes and props from all eight Harry Potter films
    • Step into the Great Hall, walk down Diagon Alley and visit Dumbledore’s office
    • Visit Platform 9¾ and step on to the Hogwarts Express
    • Watch Harry Potter and the Philosopher’s Stone on board the themed bus (with free WiFi too!)
    • Thousands of 5 star reviews and Winner of Certificate of Excellence 2016 on TripAdvisor
  • Tour ni lebih kurang 7 jam (sekali perjalanan).
  • Boleh guna Mobile atau Printed Voucher


Klook.com

    ~Mat-Drat ~

    Kalau rasa bermanafaat, boleh share. πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

    Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !! 


      No comments:

      Post a Comment

      Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.

      Kalau lambat repy tu, Mat Drat minta maaf ye.

      Dan kepada Cik / Encik Anonymos, lagi manis kalau letak nama (nama samaran pun okey)