Monday 4 February 2019

Travelog Trip London (Part 8) Day 2 - Portobello Market & Nothing Hill

 Portobello Market & Nothing Hill


TRAVELOG TRIP PERCUTIAN LONDON - Part 8

PORTOBELLO MARKET & NOTHING HILL

Entry sebelum ni... 
👉👉   Trip London -Thames River Cruise    



DAY 2

PORTOBELLO ROAD 

  • Portobello ni terkenal dengan 2 perkara 
    • Barangan Murah souveniour dan barangan antik
    • Lokasi pengambaran filem romantik Nothing Hill

Lokasi:


  • Lokasi Google Map 
  • Mat Drat cadangkan berhenti di Ladbroke Grove Station  (Line Circle, Hammersmith City) 
  • Jarak dalam 300-400 meter sahaja. Mat Drat turun di station ni. 
  • Ada yang cadangkan turun di Nothing Hill Gate Station  (Line Circle, Hammersmith City) 
  • Jarak jauh sedikit sahaja, dalam 800-900 meter. 

Malaysian Hall


  • Kalau yang nak turun di Nothing Hill Station, mungkin boleh rancang itinerari dengan ke Malaysia Hall sebelum atau selepas tu. 
  • Di sini, ada Malaysia Hall Canteen, nak makan murah dan ada pilihan makanan Malaysia 
  • Malaysian Hall ni hanya boleh dimasuki oleh orang Malaysia sahaja, orang lain boleh masuk dengan berteman orang Malaysia. 
  • Boleh turun di Queenway Station, jarak dalam 400 meter sahaja. 
  • Mat Drat tak singgah, sebab tu Mat Drat turun di Ladbroke Grove Station. 
  • Mat Drat tak ke Malaysia Hall Canteen sebab 
    • Masa tak cukup 
    • Baru masuk day-2, tak rindu lagi dengan makanan Malaysia 
  • Sini sebenarnya ni lokasi kalau nak mencari makanan halal yang murah di London. 



Portobello Road Market


  • Dari pembacaan, hari sabtu paling meriah dan paling ramai peniaga. Terutama waktu pagi. 
  • Mat Drat datang waktu petang hari Ahad, pun tetap meriah dan ramai orang kawasan ni. 
  • Kedai-kedai pula masih dibuka, termasuk kedai souveniour yang agak murah. 


Souveniour Murah

  • Portobello Road Market ni Mat Drat baca antara lokasi murah kalau nak beli souvenior. 
  • Tapi kalau setakat nak beli bawah 10, boleh je beli kat mana-mana yang jumpa, tak payah ke sini. Mat Drat memang beli banyak....
  • Macam Fridge Magnet dan Kyechain, kat tempat lain, Mat Drat dalam £5=6, kat sini harga £5=7.
  • Kedai yang Mat Drat pergi ni siap boleh tawar lagi. 
  • Tapi Mat Drat tak beli keychain dan fridge magnet je, banyak barang yang Mat Drat borong dengan dia.. Anak-anak punya souveniour, Mat Drat punya koleksi dan wife punya koleksi.
  • Kedai yang Mat Drat singgah ni, brother ni pernah meniaga di Johor dia kata, tapi dah lama dulu lah. Boleh la cakap sikit-sikit bahasa Melayu sepatah dua kata.


Barang Antik - Banyak dan Murah

  • Bila baca lebih, jumpa info yang Portobello Road Market ni merupakan pasar barangan antik terbesar di dunia. Tak sure betul ke tak. 
  • Barangan antik ni mereka jual macam pasar karat, bukan ada kedai tetap. Jadi nak beli, kena datang awal, elakkan lewat petang.
  • Mat Drat mencari kereta Die-Cast kat sini, ala...kereta macam Hot-Wheel tu, tapi brand  dan model lama.
  • Mat Drat dapat bawak balik beberapa Die-Cast kereta model lama.... 
  • Harga pun tak mahal, puas hati beli.
  • Sekali tengok memang murah, dalam £je. Ikut kan nak je beli semua, tapi bila fikir-fikir kena darab RM5.50, tak jadi nak borong.
  • Nak beli uniform tentera lama pun ada kat sini. Mana dia orang dapat pun tak pasti, yang pasti kebanyakkan pemilik baju ni mesti dah meninggal dunia. WW1 dan WW11, rasanya dah tak ada yang hidup.




Portobello Road Market
Permulaan Portobello Road Market.
Ini kalau turun di Ladbrake Grove Station, akan bermula di sini. Kalau turun di Nothing Hill Gate Station, akan berakhir di sini


Portobello Road Market Army Uniform
Banyak juga baju-baju army kat sini, bukan tentera British je yang ada.


Portobello Road Market Army Uniform
Uniform tentera dari WW 1 pun ada, pilih mana berkenan 


Portobello Road Market Die Cast Car
Die-Cast Car


Portobello Road Market Souveniour Murah
Boleh tawar menawar dengan brader ni


Portobello Road Market Souveniour Murah
Murah barang-barang di sini

Portobello Road Market Souveniour Murah
Banyak pilihan dan murah

Souveniour team bola lagi murah beli di stadium.


Lagi murah di stadium, Semalam Mat Drat beli 15 pound, sini 18 pound





..........................................................................

NOTHING HILL

  • Kawasan ni (Nothing Hill dan Portobello Road) semakin menjadi tumpuan pengunjung selepas filem romantik Nothing Hill lebih 20 tahun dulu.
  • Mat Drat memang ingat dan minat filem tu. Yang ingat-ingat lupa, ni filem lakonan Julia Robert dan Hugh Grant. Artis terkenal bercinta dengan penjual kedai buku 'travel book'.
  • View dalam filem tu pun memang cantik, dengan keadaan deretan rumah dia yang berwarna warni.
  • Nothing Hill ni boleh kata bersambung dengan Portobello Road Market.


 Portobello Market & Nothing Hill
"After all, I'm just a girl, standing in front of a boy, asking him to love her."
- Anna Scott
(ni antara script paling di ingati)


  • Orang kata view London dari sini pun cantik. Tapi Mat Drat tak sure dari mana point view tu.
  • Selepas mengimbau 'Memory Lane' filem / series Sherlock Holmes, Mat Drat mengimbau pula filem Nothing Hill. filem romantik yang Mat Drat minat...NOTHING HILL
  • Nothing Hill ni filem 1999, lakonan Julia Robert dan Hugh Grant, ramai yang ingat kot filem ni.
  • Kalau ada yang minat sama macam Mat Drat, pergi mana-mana nak buat movie-tour sendiri, boleh rujuk laman web ni 
    •  http://www.movie-locations.com/movies/n/Notting-Hill.php



2 trademark yang paling orang pergi adalah
  • The Travel Book Shop - Nothing Hill Kedai buku William Thacker (Hugh Grant) bekerja
  • House With Blue Door, Rumah William Thacker (Hugh Grant) dlm movie tu
1. The Travel Book Shop
  • Kedai dalam filem ni sebenarnya kedai gift. Tetapi kedai tu masih kekalkan signboard The Travel Book Shop
  • Kedai Bookstore Portobello berada berdekatan dengan kedai ni.
  • Jadi nak bergambar kat mana satu, tak kisah....Dua-dua akan merujuk kepada filem yang sama.
  • Lokasi :


2. House with Blue Door
  • Rumah biru tu pulak, pun berdekatan.
  • Sekali tengok memang tak ada apa-apa pun, orang datang untukbergambar sahaja, sebagai kenangan pernah sampai di lokasi filem meletup Julia Robert dan Hugh Grant.
  • Ni la rumah yang William Thacker bawa Anna Scott lepas dia tumpahkan air atas baju...


Jom  kita imbas sikit.... filem romantik best ni.



 Portobello Market & Nothing Hill
2018 , tahun lepas Hugh Grant revisit lokasi filem dia ni. Ada contest, dan pemenang diterbangkan ke sini untuk mengimbau kenangan lama. Tapi Mat Drat tak join la contest ni.

 Portobello Market & Nothing Hill
NO 280....


Ni video Hugh Grant promote last year




Clip 1... kalau yang nak mengimbau kenangan lama



Part Paling Best...Boleh nangis masa tu...





 Portobello Market & Nothing Hill
Dalam filem, ia kedai buku (nama " The Travel Book Shop")


 Portobello Market & Nothing Hill
Ni kedai yang Hugh Grant berlakon


 Portobello Market & Nothing Hill
Rumah di kawasan Nothing Hill





Selesai menyopping dan meronda di Portobello Road ni, Mat Drat terus balik ke hotel untuk hantar barang-barang, mandi, alas perut dan terus bergerak ke Royal Albert Hall pulak.

Barang-barang dalam beg tak boleh bawa sebab lepas ni plan nak ke Harrods dan Royal Albert Hall.

Pagi-pagi esok dah nak bergerak ke Edinburgh. Memang terkejar-kejar trip ni.



Masa untuk balik...




Entry berikutnya 



~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡


Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !! 


No comments:

Post a Comment

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.