Monday 4 February 2019

Travelog Trip London (Part 9) Day 2 - Concert Europe Royal Albert Hall

Royal Albert Hall




TRAVELOG TRIP PERCUTIAN LONDON - Part 9

ROYAL ALBERT HALL

Entry sebelum ni... 




DAY 2
Itenerari hari ke-2 ni bersambung lagi dengan aktiviti WAJIB, ke Royal Albert Hall London untuk concert Europe "Walk The Earth"

Sebahagian itinerai yang dirancang untuk Day 2, Mat Drat dah selesai, cuma tinggal 3 part lagi.


Itinerari London Day 2
  1. Buckhingham Palace   ✔️
  2. Palace of Westminster   ✔️
  3. Big Ben  ✔️
  4. Thames River Cruise  ✔️
  5. Tower Bridge  ✔️
  6. Market Portobello Road - Beli souveniour murah ✔️
  7. Harrod - cuci mata / windows shopping
  8. Royal Albert Hall - concert Europe Walk The Eart Tour
  9. Kings Cross Station - Platform 9 3/4 Harry Potter
.............................................................................









.............................................................................


HARRODS
Harrods ni boleh kata shopping mall jenama mewah terbesar di London.
Yang datang sini, bukan orang London dan UK sahaja, tapi pelancong yang ke London pun ramai akan ke sini....termasuk la orang Malaysia

Nak cari barang-barang jenama terkenal macam Versace, Saint Lauren, LV, Prada, Burberry boleh la ke sini. Barangan hadiah yang agak mahal pun boleh la ke sini. Tapi harga sendiri faham la.


Mat Drat bukan nak ke sini nak beli barang-barang branded yang mewah tu, tapi nak intai item-item kat ruangan cenderahati je..... kononnya.

Last year, kawan wife ke London dan balik bagi souveniour kat wife, beg shopper / tote Harrods.... Jadi wife pergi kali ni, teringin nak ke sini.


Cenderahati Harrods
Mat Drat nak ke bahagian ni je. Banyak souveniour dan gift ada kat sini. Boleh intai-intai kat laman web Harrods dulu sebelum ke sini, dah sampai nanti tak la banyak buang masa nak memilih.

Beg beg  shopper / tote serendah RM100 ada. Cenderahati mcm mug pun ada. Semua ada chop nama Harrods

Harrods : Gift for Her




Larangan
Setahu Mat Drat nak ke sini kalau bawa beg/ backpack kena tinggalkan di Left Luggage Services. Caj £25. Jadi , atau plan itinerari elok-elok sebelum ke sini.


Lokasi
  • Terletak di Brompton Rd
  • Station tren (tube) paling dekat adalah station Knightsbridge.
  • Jarak ke sini dalam 300 meter je
  • Google Map Harrods Store



Hari ke-2 Mat Drat kat London ni memang agak kelam kabut, banyak tempat nak kena cover.

Sampai di station Knightsbridge dah hampir 6pm, Mat Drat kira-kira paling kurang (paling cepat) pun sejam akan kat Harrods ni sedangkan 7pm concert Europe kat Royal Alber Hall dah start.

Jadi di simpang nak ke Harrods tu, Mat Drat cakap kat wife, kita tak sempat ke Harrods dan kita kena terus ke Royal Albert Hall.

Tiket masuk concert belum ambil, souveniour belum redeem dan yang paling penting sebelum concert tu Mat Drat ada sessi Meet n Greet dengan band Europe.

Dari station Kinightsbridge menuju ke Harrods / Royal Albert Hall. Sampai di simpang ni, Mat Drat decide, tak jadi belok ke Harrods sebab masa dah suntuk. Blok bangunan ke 2 atau ke-3 depan tu Harrods. 

...................................................................


ROYAL ALBERT HALL LONDON

Konsert Europe Walk The Earth Tour
Sekarang acara kemuncak Mat Drat ke London kali ni, untuk menonton konsert band Rock terkenal EUROPE yang dalam sessi World Tour Walk The Earth.

Yang belum tahu, Mat Drat ke London ni atas tajaan Qatar Airways sebab menang satu contest yang dianjurkan oleh Qatar Airways. Qatar Airways jadi official Airlines untuk World Tour Walk The Earth ni.


Okey, Walk The Earth ni album terbaru kumpulan Europe.

Tapi sebenarnya Mat Drat bukan teruja nak dengar lagu Walk The Earth dan lagu-lagu dalam album ni, tapi nak sangat dengan LIVE lagu-lagu lama mereka
- The Final Countdown
- Cherokee
- Carrie
- Rock The Nite

Rasanya rockers mesti kenal band ni. Yang bukan rockers pun kalau tak kenal band ni, mesti tahu lagu The Final Countdown ni. Lagu ni masih diguna sehingga sekarang utk acara-acara tertentu...


Jadi Mat Drat terus share gambar dan video je,

Qatar Airways Concert Europe Royal Albert Hall
Contest Online


Dalam Flight, biasakan diri dengan lagu-lagu baru dari album Walk The Earth


Royal Albert Hall London

Box Office untuk tetamu VVIP...Kira Mat Drat pun VVIP kali ni


Awek ni memang tengah tunggu Mat Drat...

Sessi meet n great... 
Mat Drat ingatkan ada macam majlis press conference ke, rupa-rupanya kami je belakang stage

Dapat lah berbual beberapa minit sebab mereka dah tengah sibuk nak naik pentas

Akhirnya...bertemu dengan penyanyi THE FINAL COUTDOWN..
Selama ni layan kat CD (dulu kat kaset), dan kat Youtube je


Offical lagu The Final Countdown... dah dekat 30 tahun lagu ni, masih sedap di layan.
Waktu ni, muka Joey Tempass (singer) pun jambu lagi. 





Pentas dah ready

Wife pun terpaksa jadi peminat Europe malam ni

Yeahhhhh....sudah bermula

Kepuasan .... dapat layan LIVE









Kemuncak malam tu bila Europe nanyikan lagu PALING HITS mereka dan paling dinanti-nantikan...The Final Countdown.

Ni video yang Mat Drat rakam waktu melayan concert mereka. Maaf suara-suara sumbang keluar sebab terlalu seronok.









Puas hati gila... Terima kasih betul-betul kpd Qatar Airways sebab select Mat Drat sebagai pemenang. 

Metallica Mat Drat minat, Gun m Roses pun sama... Tapi lagi Final Countdown kumpulan Europe ni lagi paling best bagi Mat Drat. Evergreen sungguh. Dengar sampai skrg pun tetap boleh layan. 

Habis concert, terus balik ke hotel. Kali ni Mat Drat balik naik bas je, sebab tak larat nak menapak ke station Knightsbridge, jauh sangat 1.3 km tu.

Bas pun tak lama, lagi pun malam jalan agak clear, jadi tak buang masa sangat naik bas.

Naik bas kat London tak ada masalah, boleh guna kad Oyster ye dan timetable serta nak naik bas apa dan kat mana, boleh guna google map je.

Bas double decker yang kami naik ni, ada 3-4 couple je, semua lepas layan concert. Bas terus ke Kings Cross Station.

Balik bilik untuk kemas2 barang sebab esok 6am Mat Drat dah nak kejar tren ke Edinburgh.


Kami je duduk kat deck atas je balik ke hotel...




Bersambung ke Entry berikutnya....
👉👉  Harry Potter - Flatform 9 3/4 King's Cross Station

...................................

~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !! 


No comments:

Post a Comment

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.