Monday 4 February 2019

Travelog Trip London (Part 10) - Kings Cross Harry Potter Platform 9 3/4




TRAVELOG TRIP PERCUTIAN LONDON - Part 10

HARRY POTTER PLATFORM 9 3/4

Entry sebelum ni... 
👉👉   Trip London -Concert Royal Albert Hall    



HARRY POTTER DI LONDON 


Dan Entry ni agak ringkas, sekadar berkongsi sedikit info berkaitan Movie Tour Harry Potter di London.


Mungkin ada peminat tegar Harry Potter yang nak buat Movie Tour atau sekurang-kurangnya menjejak filming location Harry Potter di London. 

Tak kisah la peminat Harry Potter dari team Ravenclaw atau Gryffindor, kalau follow Harry Potter dan dah sampai sini rugi tak ambil peluang jejaki film location ni.


Mat Drat cari info sedikit hari tu sebelum ke London, dan dah ada 2 lokasi 'Harry Potter'  untuk dituju di London ni: 
  • Platform 9 3/4 King's Cross Station
  • Warner Bros Studio London

Untuk yang bekum tahu, beberapa filem Harry Potter yang awal, pengambaran scene di station kereta api memang di buat di Kings Cross Station. King Cross Station ni station kereta api betul dan masih digunakan sehingga sekarang ye. Manakala untuk siri-siri berikutnya pula pengambaraan dibuat di Warner Bros Studio sendiri, dan bukn lagi di station King Cross ni


1. Platform 9 3/4 ... 
Memang Mat Drat akan pergi sebab Mat Drat akan beberapa kali menggunakan Kings Cross Station  ni semasa di London
Dan tren London ke Edinburgh pun akan naik dari station ni juga. 

2. Warner Bros Studio London... 
Masa buat itinerari, kalau Mat Drat nak ke sini, Mat Drat perlu extra sehari di London. Memandangkan ni Themes Park dan Mat Drat tak berapa 'minat' nak naik roller coaster, jadi Mat Drat rasa macam tak berbaloi bayar tiket Harry Potter World tapi tak naik pulak rides yang ada kat situ.


Bila keluarkan Warner Bros Studio ni dari Itinerari, Mat Drat ada juga plan nak ke Stonhenge (batu besar tersusun kat atas bukit tu), tapi yang ni pun kena tambah lagi sehari kat London. Tengok batu je.

Akhirnya Mat Drat susun itinerari dengan ke Edinburgh (extra sehari). Pergi ke Edinburgh pi pun sebenarnya boleh dikira menjejaki kisah Harry Potter jugak sebenarnya, sebab kisah/novel Harry Potter tu dihasilkan di Edinburgh. Nanti di entry Edinburgh Mat Drat cerita.








Platform 9 3/4 Kings Cross Station

  • Peminat novel bestselling atau filem Harry Potter pasti tahu yang semua student Hogwarts School of Witchcarft and Wizardry perlu menaiki Hogwarts Express. 
  • Mereka perlu tolak troley ke dinding dan .....plop.....terus berada di satu dunia station lain, dan platform tu adalah platform 9 3/4.
  • Platform 9 3/4 ni kiranya terletak diantara platform 9 dan 10 la, 'dunia nyata' kat Kings Cross ni ada platform 9 dan platform 10 sahaja, dan kedua-duanya dipisahkan dengan track kereta api. 
  • Nak cari platform 9 3/4 ni, kena cari kat dinding (wall). 
  • Suasana platform 9 3/4 dalam filem tu memang dilakonkan di platform yang terdapat di Kings Cross Station, real punya station.

Lokasi Platform 9 3/4

  • Platform ni di dalam station keretapi (tren station) Kings Cross, bukan di Kings Cross Underground Station ye. Dua-dua station sebelah-sebelah je, satu underground dan satu overground. Pintu lain-lain.
  • Platform 9 3/4 ni tak wujud ye sebenarnya, cuma ada signboard sahaja.
  • Signboard ni ada di dalam Kings Cross Station, orang awam yang tak ada tiket tren pun boleh ke sini sebab dia di open area.
  • Dan ia terletak di sebelah kedai souveniour "Platform 9 3/4"


Bergambar dengan Troley Platform 9 3/4

  • Tanpa trolley di platform 9 3/4 ni, paltform ni tak nampak special pun. Apabila ada trolley baru la ada gaya macam nak ke Hogwarts School of Witchcarft and Wizardry tu.
  • Di dinding ni ada diletakkan trolley tu, jadi boleh la bergambar dengan trolley tu di platform 9 3/4. 
  • Sebelum ke London, Mat Drat baca
    • Bayaran dikenakan jika minta photographer ambilkan. 
    • Siap scarft dia bagi (prop). 
    • Bayaran boleh dibuat di kedai (disebelah)
    • Harga bayaran untuk caj 'photographer' ambil gambar .... 
    • Kalau ambil gambar sendiri tanpa photographer, tiada bayaran. 
    • Orang agak ramai hujung minggu. 
    • Trolley memang ada di situ (sehingga kedai ditutup)
Nota :
Mat Drat beberapa kali menggunakan Kings Cross station ni masa di London, tapi tak ada rezeki nak bergambar dengan trolley di platform 9 3/4 ni.













i. Pagi Day 2,

  • Kali pertama guna station King Cross ni.
  • Waktu tu dah agak lambat nak ke Buckingham Palace, jadi Mat Drat tak singgah ke platform 9 3/4 ni...
  • Dalam hati, PETANG ni ada lagi, boleh singgah.


    ii. Pagi Day 1,
    • Ni kali pertama guna station King Cross ni. 
    • Waktu tu dah agak lambat nak ke Buckingham Palace, jadi Mat Drat tak singgah ke platform 9 3/4 ni... 
    • Dalam hati, PETANG ni ada lagi, boleh singgah.

    ii. Petang Day 2,
    • kali ke dua guna station ni.
    • Waktu tu balik dari Portobello Road untuk balik ke hotel sekejap sebelum ke Royal Albert Hall. 
    • Singgah hotel sekejap untuk dropkan barang-barang yang dibeli di Portobello Road tadi. 
    • Tapi kelam kabut nak ke Royal Albert Hall, nak singgah pun tak sempat...
    • Dalam hati, MALAM ni ada lagi. 

    iii. Malam Day 2

    • Balik dari konsert Europe kat Royal Albert Hall pun Mat Drat ke King Cross ni. Naik bas, dan bas berhenti depan King Cross ni juga. 
    • Kami sampai sini dah hampir 11 malam, tren keretapi dah tak ada jadi station agak sunyi. 
    • Malam tu cuaca agak sejuk sebenarnya, memang menggigil waktu ni. 
    • Masa Mat Drat masuk ke station ni, suasana sunyi sangat, hanya ada beberapa orang sahaja. 
    • Jadi Mat Drat keluar semula, tak jadi nak ke Platform 9 3/4 ni. 
    • Mat Drat keluar bukan sebab takut kesunyian, tapi takut dengan gelagat orang dalam ni. 
      • ada sorang tu pakai smart semacam, tapi minta duit dengan Mat Drat kata tertinggal tren dan nak kejar girl friend la.
      • Ada sorang tu pulak (pakaian selekeh) follow Mat Drat bila Mat Drat dari Mat Drat masuk station sampai ke dalam. Platform 9 3/4 tu pulak hujung sekali...
    • Dan dalam hati, Esok pagi ada lagi. 


    iv. Pagi Day 3

    • Ni awal pagi 6.00am nak ke Edinburgh sebenarnya
    • Bila sampai kat sini....trolley tak ada pulak .. hu hu hu..
    • Dapat bergambar dengan signboard tu je..
    • Rupa-rupanya trolley tu ada waktu kedai di buka operasi je...hu hu hu, baca info tak habis. 
    • Waktu operasi kedai pun Mat Drat tak baca hari tu, tak sempat nak baca semua.




    Waktu Operasi : 

    - Monday - Saturday : 8am - 10pm
    - Sunday : 9am - 9pm

    Nota : Waktu last beratur nak bergambar 9:45pm (8:45pm - Sunday)




    Keciwa.
    Trolley tak ada. Rupanya trolley ada waktu kedai souveniour Harry Potter dibuka sahaja


    Ni suasana weekend. Beratur nak bergambar.
    Sumber - laman web Platform 9 3/4 shop 

    Add caption




    Balik Concert Europe, sampai sini dah 12am lebih. Station dah agak sunyi



    Mat Drat masuk ke dalam, semakin sunyi. Platform 9 3/4 berda di hujung sana, sebelah kanan.
    Mat Drat keluar semula sebab ada orang follow.




    Pagi Day 3... bergerak ke Kings Cross Station

    belum 6am lagi...dah cerah

    Check tren kami ke Edinburgh

    Platform 9 dan 10. 


    Mat Drat dah ready nak ke Edinburgh

    Mat Drat buat Harry Potter Movie Tour kat Edinburgh la, lagi real....





    ..............................................................................


    Harry Potter @ Warner Bros Studio London


    Satu pilihan lagi, boleh la ke Warner Bros Studio London.
    Mat Drat pernah ke Warner Bros Studion Gold Coast, memang best.
    Yang Mat Drat baca, nak kesini ada bas dia, ada transport pick up dari London ke Studio.
    • Satu pilihan lagi, boleh la ke Warner Bros Studio London kalau nak 'menjejaki' Harry Potter di London ni.
    • Yang Mat Drat baca, nak kesini ada bas di sediakan, ada transport pick up dari London ke Warner Bross Studio ni.
    • Mat Drat baca detail hari tu, sebab plan nak ke sini tapi trip ni pendek jadi Mat Drat ke Edinburgh. (pun menjejaki Harry Potter)


    • Harga
      • £43.00 (adult) / £35.00 (child)

    • Kat laman web tu, Mat Drat jumpa pakej Harry Potter Tour termasuk transport dari London.
      • Harga package £85.00

    • Hari tu Mat Drat intai tiket di KLOOK pulak,  lagi murah. £79.00 sahaja
    • Jimat £6.00 = RM 35. Banyak tu...

    • Beli tiket di KLOOK ni (copy paste dari laman web KLOOK)
      • Experience a full day in the world of Harry Potter at Warner Bros. Studio Tour London - The Making of Harry Potter
      • Includes return transport from Victoria or Baker Street in central London
      • Get a behind the scenes tour of the set and see actual costumes and props from all eight Harry Potter films
      • Step into the Great Hall, walk down Diagon Alley and visit Dumbledore’s office
      • Visit Platform 9¾ and step on to the Hogwarts Express
      • Watch Harry Potter and the Philosopher’s Stone on board the themed bus (with free WiFi too!)
      • Thousands of 5 star reviews and Winner of Certificate of Excellence 2016 on TripAdvisor
      • Tour ni lebih kurang 7 jam (sekali perjalanan).
      • Boleh guna Mobile atau Printed Voucher

    Klook.com


      ~Mat-Drat ~

      Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

      Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !! 


        1 comment:

        1. Memang best trip London kat Harry Potter Platform 9 3/4 ni. Sentiasa penuh dengan orang.

          ReplyDelete

        Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

        Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.