Wednesday 12 June 2019

Travelog Edinburgh Part 1 - Train London ke Edinburgh Scotland

Bismillahirahmanirrahim...

Intro sikit..... (Skip pun okey kalau tak nak baca)
Hari ni awal Jun, seminggu selepas Syawal baru berkesempatan untuk menulis kembali (menyambung) travelog Percutian London - Edinburgh yang kali terakhir Mat Drat update 4 Feb lalu. Lebih 4 bulan tertangguh.

Sebenarnya 4 Feb tu lebih kurang seminggu sebelum Mat Drat menunaikan umrah bersama isteri. Dan sebenarnya Trip London-Edinburgh ni pun menjadi antara 'push factor' Mat Drat menunaikan Umrah tahun ni.

Ada sebab agak lama tak 'memblogging' ni sebenarnya. 
- Balik dari Umrah hari tu, masa sangat limited. Perlu selesaikan kerja kerja di pejabat yang tertunggak 2 minggu sebab bercuti Umrah.
- Kemudian terpaksa siapkan kerja 'in-advance' sebab awal bulan Mac ada trip ke Pulau Tioman. 
- Selang seminggu lebih, trip ke Perth pula bersama family. Trip ni pun kena buat persediaan juga sbb trip DIY. 
- Selang 2 hari lepas landed di Malaysia dari Perth, Mat Drat ke Turki pula dengan rombongan kawan-kawan, 40 orang semuanya... 

Jadi terpaksalah Mat Drat tinggalkan dulu blog ni untuk pastikan trip Perth dan Turki berjalan lancar.

Maknanya lepas settle update Travelog London - Edinburgh ni, baru la Mat Drat boleh update pasal 
- Pulau Tioman
- Trip Percutian ke Perth 6H 5M
- Trip Percutian ke Istanbul 10H 8M

dan juga update pasal trip dekat-dekat yang Mat Drat buat selepas balik London dan sebelum menunaikan Umrah hari tu. Entry yang masih terhutang
- Percutian Lumut / Teluk Batik / Pulau Pangkor
- Tasik Taiping
- Kellie Castle
- Tambun Hot Spring 


Train London ke Edinburgh




TRAVELOG TRIP PERCUTIAN EDINBURGH 

Part 1 - Train London to Edinburgh


Entry sebelum ni...  👇👇👇



Intro Trip Edinburgh
Seperti Mat Drat share sebelum ni, trip London - Edinburgh ni sangat pendek dan sangat last minit.

3 hari sebelum berlepas, Mat Drat baru decide nak lajak ke Edinburgh dari London. Asalnya dan habiskan 2 hari lagi di London (dan beredekatan), tapi tiba-tiba rasa Edinburgh lagi menarik.

Dan masa di Edinburgh yang sangat suntuk, Mat Drat hanya ada masa kurang 24 jam sahaja di Edinburgh ni. Memang gile sikit trip ni.


.






London ke Edinburgh

Mat Drat pilih ke Edinburgh dgn menaiki train.

Kalau tak nak naik train, ada 3 pilihan lain utk ke Edinburgh. 

Option 1 : Drive Kereta  
  • Pilihan nak drive terpaksa diketepikan kali ni sebab masa yang suntuk, hanya ada 24 jam sahaja termasuk waktu perjalanan. Mat Drat tak nak letih memandu, nanti sampai Edinburg keletihan. Jadi bila naik train ni, sampai di Edinburgh boleh terus ronda-ronda.
  • Mat Drat dah intai-intai di Google Map hari tu, drive akan ambik masa lebih kurang 6 1/2 - 7 jam dari London ke Edinburgh. Tu belum ambil kira berhenti lagi. 7-8 jam memandu, sure akan letih.
  • Ikutkan, memang nak sangat drive, cuma kali ni tak berkesempatan.
  • Memandu memang menarik sebab pemandangan cantik dan banyak tempat boleh berhenti sepanjang perjalanan. Seorang sahabat (Imm) dah kongsikan itinerari dia drive, memang best...
  • Bagi yang ada masa, drive la....  banyak tempat boleh singgah.
  • Kat Europe ni pun agak senang, boleh sewa kereta pickup lokasi lain (cth London), dan drop-off di Edinburgh.

 



Option 2 : Menaiki Bas  
  • Mat Drat cuba juga intai option ni hari tu tapi bila lihat masa perjalanan, sangat lama.
  • Perjalanan akan ambik masa lebih kurang dlm 9 jam hingga ke 10 atau 11 jam, bergantung kepada bas dan traffic.
  • Tambang tak mahal, hanya dalam lingkungan £17- £23 sahaja rasanya (one way).
  • Bagi yang mempunyai masa yang panjang, boleh la consider option ni. Jimat pun jimat.
  • Google je, boleh pilih bas operator dan tahu harga tiket serta masa perjalanan. Masa perjalanan berbeza-beza ikut route.
  • Kes Mat Drat, tak boleh ambil option ni. Masa suntuk. Lagi pun malam terakhir Mat Drat di London, program di Royal Albert Hall dijangka selesai agak lewat. Jadi plan nak ambik bas malam (tidur dalam bas) tak boleh takut tak sempat nak kejar bas.
  • Kalau ambik bas awal pagi pula, sampai di Edinburgh dah petang. Dah hilang 1 hari. Mat Drat tak banyak masa di Edinburgh.

Option 3 : Flight London ke Edinburgh  
  • Mat Drat sempat juga intai tiket flight hari tu. Selain sebab tiket train agak mahal, Mat Drat nak try naik flight sebab masa perjalanan macam lebih pendek.
  • Penerbangan memang ambil masa lebih kurang 1 jam sahaja. Tapi bila tambah masa menunggu sebelum boarding 2 jam. Total dalam 3 jam ++.
  • Memang jumpa tiket flight yang lagi murah (below £50 sehala) tapi Mat Drat tak dapat nak pilih option ni.
    • Tambang tak masuk luggage lagi
    • Airport agak jauh. Perlu masa lagi ke airport.
  • Untuk yang nak intai tiket flight, pilih la penerbangan yang paling dekat dengan hotel.
  • London ni ada beberapa airport lain ye, yang lebih kecil dari Heathrow. Antaranya Airport London Luton, London Stansted dan London Getwick. Mat Drat tahu pun sebab masa cari tiket flight hari tu.

Klook.com



.......................................................



Train London ke Edinburgh

1. Tren
  • Kalau dari London, boleh naik dari station Kings Cross.
  • Naik dari station utama ni senang, boleh pilih tren. Banyak pilihan.
  • Ada banyak tren sehari, lebih kurang 30 tren sehari.
  • Ada beberapa operator (syarikat). Mat Drat ambil tren Virgin Trains.
  • Ada juga yang ke Scotland ingin ke Glascow.
  • Glascow ke Edinburgh dalam 1 jam sahaja. Cuma Glascow ni bandar moden la. Edinburg menarik sebab bandar lama. 
  • Kalau naik tren ke Glascow, pilihan lagi banyak. Dan kebanyakan kena tukar tren. Ada juga tren yang direct London- Glascow,  tapi tak banyak. Google la...
  • Masa perjalanan ke Glascow lebih lama sedikit berbanding London - Edinburgh.



2. Masa
  • Tren paling awal dalam 6.15am, dan terakhir dalam 11.30pm
  • Untuk jadual, cek laman web atau app booking tiket tren.
  • Mat Drat ambil tren 7.00am. Nak ambil 1st tren, awal sangat takut terlepas tren dan tiba pun lebih kurang sama je.
  • Train Mat Drat pula ambil masa 4 jam 20 minit. Kira tren paling cepat la ni.
  • Masa perjalanan berbeza ikut tren, macam tren sebelum dan selepas tren yang Mat Drat naik tu, ia ambil masa hampir 5 jam. 
  • Masa perjalanan lebih lama sebab banyak station yang ia berhenti.
  • Tren Mat Drat naik, hanya berhenti di 5 station (Peterborough, York, Darlingston, Newcastle, Berwick-Upon-Tweed) sebelum tiba di station Waverley Edinburgh Scotland.
  • Kelajuan tren ni boleh mencecah lebih kurang 220 kmj (140 mph). Kira laju la tapi tak la selaju bullet tren.
  • Kita boleh tahu masa nak booking tiket, akan di-mention awal-awal.
  • Tren paling lama tak silap midnight tren , lebih 10 jam tapi kena tukar 2-3 tren, tapi tiket murah la...
  • Datang awal, dalam 1 jam atau paling lewat 45 minit sebelum.
  • Sampai awal, boleh rilek awal dlm tren.
  • Tren tak tunggu, tren bergerak ikut masa. Kalau terlepas, kena beli tiket lain.
  • Station ni besar, jadi ambil masa untuk ke platform.
  • Tren juga agak panjang (banyak gerabak), jadi kalau dapat gerabak yang hujung sekali, akan ambil masa juga nak menapak.
  • Tidak ada pemeriksa tiket nak masuk tren. Pilih seat berdasarkan printed tiket. Jangan duduk seat orang lain.
  • Dalam perjalanan, akan ada petugas memeriksa tiket. Jangan buang tiket.
  • Untuk tren lain (Eurostar), biasanya ada pemeriksaan imigresen di kaunter/station. 

......................
.




3. Beli / Harga Tiket
  • Harga tiket berubah-ubah ye.
  • Nak murah beli awal. Lagi awal lagi bagus.
  • Mat Drat beli dalam 3-4 hari sebelum berlepas, harga dalam £69
  • Lepas Mat Drat beli, harga terus naik + lagi £10.
  • Mat Drat check harga sehari sebelum berlepas ke Edinburgh, tiket dah semakin mahal £115.



4. Pilih seat 
  • Pilihlah prefer seat masa nak booking tiket. Jangan salah pilih seat. Pilihlah sama ada:
    • forward / backward facing
    • isle or window
    • table seat
  • Mat Drat rasa elok pilih forward. Kita nampak pemandangan yang 'mendatang'
  • Table seat ni sesuai kalau ber3 atau ber4, ataupun satu family. Jadi boleh duduk saling mengadap, dan senang nak berborak atau makan (kalau dengan anak-anak)
  • Pemandangan memang cantik sepanjang perjalanan
    • ladang ternakan lembu dan biri-biri yang luas
    • pantai dan cliff
  • Kalau dari London ke Edinburgh, ambil lah seat sebelah kanan forward facing.
  • Kalau dari Edinburgh pula, ambillah seat sebelah kiri forward facing.
  • Pemandangan sangat cantik di sepanjang perjalanan, rugi kalau tidur.
  • Kita akan di allocate dengan pre'seat'. Duduk ikut seat yang ditetapkan dalam tiket.
  • Mungkin seat nampak kosong, tapi di next station mungkin akan ada yang naik, jadi tak payah la suka-suka duduk seat kosong. Di setiap seat dah dilabelkan perjalanan. Contoh "London-Edinburgh", 'London-York' dll.


Loading...




5. Perjalanan London - Edinburgh
  • Dari London, train akan berhenti di beberapa station (bergantung kepada train).
  • Antara station 
    • York : dalam 2 jam dari London
    • Newcastle : dalam 3 jam dari London
    • Berwick-Upon-Tweed : Menghampiri station ni, kita akan banyak disajikan dengan pemandangan yang cantik.


6. Google Map / Virgin App
  • Sepanjang perjalanan, boleh la open app ni untuk tahu lokasi kita pada waktu tu.
  • Bila menghampiri kawasan pantai, rugi kalau tak lihat pemandangan yang cantik.

7. Makan Minum
  • Dalam tren boleh makan.
  • Bawa je makanan, boleh makan dalam tren (ada tray macam dalam flight).
  • Akan ada juga petugas ronda jual minuman dan makanan. Boleh la nak order tea atau coffea panas.
  • Perjalanan 4-5 jam tu lama, jadi makanan banyak membantu buang masa.
  • Makanan yang dijual dalam tren agak limited dan Mat Drat tak jumpa yang ada tanda Halal
  • Dan ingat ye harga pun boleh tahan juga ye.
  • Dan satu lagi, jangan pula bawa makanan yang berbau kuat yang boleh ganggu penumpang lain.



8. Pemandangan London - Edinburgh
  • Mat Drat share gambar perjalanan tren London - Edinburgh di bawah. 
  • Dan di entry berikutnya nanti, Mat Drat share pula pasal Edinburgh.

9. Makanan Halal di Weverley Edinburgh Station
  • Keluar dari station (paltform), boleh ke bangunan Waverley Mall.
  • Ada2 restoran halal. 'Chopstix Noddle' dan Indian Restoran.
  • Mat Drat makan di Chopstix Noodle sbb nampak logo halal (sijil halal) dan pekerjanya seorang student kita.


Mat Drat share juga link video youtube utk gambaran pengalaman yang akan ditempuhi bagi mereka yang akan menaiki tren London- Edinburgh ni.

Video dari seat61
👇👇


Video dari Mat Drat
👇👇




Trip Edinburgh Scotland - Train ke Edinburgh
Sebelum 6am kami dah check-out dari hotel.
Hotel hanya 5 minit berjalan kaki ke station Kings Cross


Trip Edinburgh Scotland - Train London
Belum 6am tapi London sudah mulai sibuk.

Cari paparan digital untuk check nombor platform.
Station ni besar.


Trip Edinburgh Scotland - Virgin Train London
Platform agak lengan awal pagi. Kat sini la pengambaran filem Harry Potter.
Kami punya gerabak, nunnnn dibelakang sana. Jauh nak kena menapak.


Trip Edinburgh Scotland - Virgin Train London
Dah ready...


Trip Edinburgh Scotland - Virgin Train London
Kalau pilih table seat 4, tengah-tengah ada meja dan saling mengadap satu sama lain.
Suasana dalam tren. Beg/luggage jangan letak jauh dari seat ye. Beringat !!


Trip Edinburgh Scotland - Virgin Train London
Sarapan pagi kami, nasi arab.
Ini je packed food yang ada,  makan je la.
Tea / kopi boleh beli dalam tren
Trip Edinburgh Scotland - Virgin Train London
Pemandangan awal...Emirates Stadium.
Mat Drat Chelsea ye, bukan Arsenal.
Day 1 dah ke stadium Chelsea, Stadium Stamford Bridge




Trip Edinburgh Scotland - Virgin Train London
Kincir angin dan matahari baru terbit.
Cantik suasana pagi sepanjang perjalanan



Trip Edinburgh Scotland - Virgin Train London
York, ni station utama yang tren ni berhenti.
Pilih la tren yang tak cepat, dan tak banyak berhenti station.


Trip Edinburgh Scotland - Virgin Train London
Newcastle (Kota Bharu 😃😃 ) ,
 ni pun salah satu 5 station yang tren Mat Drat naik berhenti.
Walaupun station utama, tapi penumpang turun naik tak ramai.


Trip Edinburgh Scotland - Virgin Train London
Agak lengang station New Castle ni. Mungkin sebab ni tren ke-2 awal.

Gulungan-gulungan jerami...


Ladang-ladang gandum akan banyak kita lihat sepanjang perjalanan ni nanti.



Trip Edinburgh Scotland - Virgin Train London
Dari Royal Border Bridge.
Menghampiri Berwick- Upon- Tweed Station.
Pemandangan pantai dan laut boleh dinikmati lebih kurang 30 minir sebelum dan selepas melalui bridge ni.
Kira track tren disepanjang pantai.

Virgin Train London Edinburgh Scotland
Sebahagian pemandangan


Virgin Train London Edinburgh Scotland
Sebahagian pemandangan


Virgin Train London Edinburgh Scotland
Menghampiri Scotland, pantai dan laut disebelah kanan kita



Link video London - Edinburgh




Virgin Train London Edinburgh Scotland
Selepas 4 jam lebih perjalanan, akhirnya tiba di Station Waverley Edinburgh Scotland


Virgin Train London Edinburgh Scotland
Tadi naik tren macam tak ramai orang, bila turun penuh pulak ...


Virgin Train London Edinburgh Scotland
Sedikit info mengenai station Waveley
- station ke-2 tersibuk di Scotland
- jarak 632km dari Station Kings Cross London, macam JB ke Penang la lebih kurang


Virgin Train London Edinburgh Scotland
Sejarah...station ni dah ada dari tahun 1846. Dah lebih 150 tahun


Agak sibuk di station ni.


Virgin Train London Edinburgh Scotland
Tentera agak ramai. Tak tahu kenapa. Mungkin normal


Kalau lapar, keluar dari station ni nanti, boleh makan dulu di Waverley Mall.

Makan halal food di edinburgh scotland
Waverley Mall ( ni gambar waktu malam ye, cari makan malam).
Malam pun tak la malam sangat, baru dalam 7.30pm je pun tapi banyak kedai dah tutup.


Makan halal food di edinburgh scotland
Chopstix


Makan halal food di edinburgh scotland
Tak mahal.. kira sedang-sedang aje


Makan halal food di edinburgh scotland
Add caption


Makan halal food di edinburgh scotland
Beli dan makan di opean area. macam food court la.


Satu lagi option, Indian Food yang disebelah The Chopstix tadi.
Harga pun tak mahal


Dan sebelum menjelajah...singgahla toilet ni.
Kat Europe ni biasanya susah nak cari public toilet.

Masuk toilet yang betul ye.
Men, Women & Scotsmen



Dan Mat Drat dah tak sabar sebenarnya melihat keunikan pemandangan Edinburgh ni, yang terkenal dengan senibina dan bangunan-bangunan lamanya.


Tak perlu berjalan jauh, keluar sahaja dari Waverley Station ni kita dah akan terpegun dengan bangunan-bangunannya terutama Edinburgh Castle.


Baca sambungan ni ye  👇👇👇



👇👇
Travelog Edinburgh Part 2 



~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡


Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !! 

26 comments:

  1. Hi Mat Drat! Finally singgah blog ni. Hehe. Kawan Klook! Next time jumpa lagi kat event Klook eh :D

    ReplyDelete
  2. waa bagusnya macam2 info dapat dari sini, thanks for sharing yea! bestnya jalan2 keliling dunia. moga ada juga rezeki qeela nnt hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga Qeela pun dapat jelajah bumi orang nanti...Aaamin...

      Delete
  3. seronoknya travel negara orang. lagi-lagi negara musim sejuk ni. aduh bila la mood nak update entri travel jepun nak datang. lepas baca blog mat baru rasa semangat nak taip entri. please sambung lagi entri explore tempat menarik area edinburgh

    ReplyDelete
    Replies
    1. susahkan kalau mood malas tu tak nak pergi. Ni pun baru nak start memblogging semula.

      elok la share pasal trip Jepun tu, next trip ke Jepun, boleh kita orang baca lak

      Delete
  4. terbaiklah! teringin nak travel negara lain. seronok bila baca pengalaman orang merantau di negara orang. sebagai peminat filem harry potter pastinya saya teringin nk ke stesen keretapi tu. in shaa Allah kalau ada rezeki di masa akan dtg akan cuba untuk ke london :) terima kasih share :)

    ReplyDelete
  5. Bestnya travel ke tempat orang. Boleh tenhok dan belajar budaya mereka. Erm bukan senang nka buat trip ke tempat orang ni. Kena ambil tahu dan ambil kira beberapa faktor penting supaya tril kita jadi lebih mudah. Terima kasih atas perkongsian yang menarik.

    ReplyDelete
  6. Wah, permandangan tu mcm wallpaper laptop. London masih dalam bucketlist Sam. Tgk mungking tahun depan nak plan trip Europe.

    ReplyDelete
  7. Suka baca travel tips kat sini lengkap dan juga memudahkan kalau kita pertama kalu nak pergi jalan-jalan kat sana ok lah berguna sangat.

    ReplyDelete
  8. wahhhh gunners here! Bestnya dapat tengok Emirates Stadium depan mata. Cantik sangat pemandangan nak menghala ke Scotland, sejuk mata tengok nature cantik macam tu. Bestnya dapat berjalan ke tempat orang.

    ReplyDelete
  9. Memang banyak yer tempat percutian dah dilawati. Bella rasa kalau nak pergi travel memang boleh terjah sini. Tempat local dan overseas, senang nak rujuk. Nak tgk entri lain, nak tengok berapa budget.

    ReplyDelete
  10. Suka sangat baca sebab lengkap dengan info dan tips! Walaupun tak pernah sampai tapi rasa macam dah sampai dah tengok gambar2 ni. TQ share info dan tips berguna ni. 1 day inshaAllah giliran ainy pulak.

    ReplyDelete
  11. seronoknya boleh berkesempatan travel sana sini.. akak simpan link.. nanti bebila nak gi boleh tengok balik nanti.. tq ya share sekali siap harga tu.. terbaik!

    ReplyDelete
  12. Thanks for sharing your trip, I'll love to visit London some days sounds like a really relaxing place to visit. Can't wait for my turn!

    ReplyDelete
  13. Seronoknya dpt travel mkn angin dgn pasangan.. even dpt g umrah pun dah seronok. Beribadah sambil makan angin dibumi Allah swt. 1st time tahu ada toilet special utk scotmen hihihi.. doakan liez dpt g travel mcm ni walaupun umrah lagi best

    ReplyDelete
  14. Wahhh, berderet trip ye. Patut la blog tak berupdate, hehe. Best betul tengok orang pergi jalan sana sini. Tapi tak penat ke kalau jarak setiap trip tu dekat2?

    ReplyDelete
  15. Damn that's so detaile ! It's like Google travel wiki in here. We'll I guess I know where to re-find how to go about to Edinburgh

    ReplyDelete
  16. Thanks for this really comprehensive tips. Will want to visit London too one day and travel to the other neighbouring towns just like you did. :)

    ReplyDelete
  17. Never been to such far for travel, train view is really pretty and nice! Train is the best transport to travel when we are traveling.

    ReplyDelete
  18. seronok jika berpeluang ke Europe. Lihat suasana di tempat orang. bila saya duduk di australia ni. entah bila berpeluang ke europe

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum.. Mcm mana saya nk contact saudara utk dptkn info yg lebih?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam..
      boleh contact saya di email melalui 'contact me'. Nanti saya kongsikan no hp

      Delete
    2. malam tadi baru berbual dgn sorang kawan yang balik buat trip London-Edinburgh juga.

      Delete
  20. Terima kasih... Tengah survey blog org2 yg pernah travel ke Edinburg.. x sabar nye nak pegi

    ReplyDelete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.