Monday 7 January 2019

PERCUTIAN KE PULAU REDANG : Laguna Redang Island Resort


Pengalaman Percutian ke Pulau Redang Pakej Laguna Redang Island Resort


PERCUTIAN KE PULAU REDANG : Pakej Laguna Redang Island Resort ( Part I )



Dua entry sebelum ni Mat Drat dah share mengenai percutian ke Pulau Redang, info berkaitan dan juga tips serta sedikit pengalaman Mat Drat :




Kali ni Mat Drat share pengalaman percutian Mat Drat di Pulau Redang, entry ni mengenai percutian Mat Drat dengan pakej Laguna Redang Island Resort (3H2M)

Untuk perkongsian secara menyeluruh dan tips serta panduan, boleh baca di entry sebelum ni, link di atas yang Mat Drat share.



PAKEJ LAGUNA REDANG ISLAND RESORT / REDANG LAGOON

  • Resort di Pulau Redang ni (termasuk Laguna Redang Island Resort / Redang Lagon ) ditutup mulai 1 November sehingga 28 Februari kerana musim monsun.
  • Boleh menginap di sini sama ada menempah bilik sahaja atau ambil pakej yang disediakan.
  • Tempahan dibuka untuk penginapan 1 Mac sehingga 21 Oktober setiap tahun.

    Tempah Bilik Sahaja
    • Ada beberapa kategori bilik, dari Standard Room, Deluxe Garden, Deluxe Pool, Deluxe Sea, Premier Sea dan Laguna Suite.
    • Tempahan bilik sahaja serendah RM560 untuk standard room (termasuk breakfast). Ini harga publish rate di laman web .
    • Untuk summer season naik sikit ke RM610. Summer ni antara 1 Julai - 15 Sept
    • Nak murah (bilik sahaja termasuk breakfast) boleh cuba booking di AGODA 


    Pakej Laguna Redang
    • Pihak Resort ada sediakan beberapa pakej seperti 2D1N, 3D1N dan honeymoon sebagainya.
    • Harga pakej yang di caj adalah per person
    • Setiap pakej berbeza harga  mengikut
      • jenis bilik
      • bilangan guest setiap bilik (single, double, triple atau quad). 
    • Weekend, Cuti sekolah dan Public Holiday ada extra charges ye
    • Untuk pakej-pakej boleh semak di laman web rasmi 
    • Mat Drat ambil pakej Deluxe Garden (Triple)
    • Rate RM518/ person untuk 3H2M.
    • Nak jimat boleh ambil pakej Deluxe Garden (Quad). Duduk la dalam bilik 4 orang (4 bed), selesa je rasanya. Harga dapat RM478. Dapatlah jimat sorang RM40.
    • Nak jimat lagi boleh ambil pakej bilik Standard Room (Triple), harga RM488 shj seorang.
    Pakej (Inclusive)
    Ambil pakej ni tak payah nak pening-pening sebab pihak resort cover
    • nights accommodation 
    • 2 buffet breakfasts 
    • 2 buffet lunch 
    • 1 buffet dinner and 1 BBQ dinner 
    • 1 Marine Park snorkeling trip
    • 2 Deep Sea snorkeling trips 
    • 2 ways boat transfer from Jetty to Redang Island
    Sampai Jeti Kuala Terengganu, cuma beli tiket marine pass sahaja (RM5) dan tak payah nak fikir lain-lain kos dah. Dah boleh bercuti di Pulau Redang.

    Tapi kalau nak buat aktiviti lain yang tak masuk dalam package, kena bayar atau cari pihak yang provide service la...Kat pantai-pantai atau resort, akan ada nombor-nombor contact mereka yang tawarkan service bot, pakej snorkeling dan sebagainya.



    KL ke Kuala Terengganu 

    • Mat Drat dan rakan naik bas dari KL ke Kuala Terengganu
    • Paling sesuai Mat Drat rasa ambil bas 11.59 malam dan sampai di KT dalam pukul 6:30am - 7:00am.
    • Bas akan berhenti sekejap sahaja (dalam 30 minit) di RnR. 
    • Akan sampai awal pagi di Kuala Terengganu, jadi boleh la sarapan pagi di Kuala Terengganu, masa ni la nak makan nasi dagang ke, nasi kerabu ke....pior Terengganu punye.
    • Lepas sarapan boleh terus ke Jetty Shahbandar dan tunggu feri paling awal 9:30am.
    • Yang ambil pakej Laguna Redang, terus ke kaunter dan check point. Jangan salah gate sebab mereka sediakan feri khas untuk guest hotel mereka.

    Pengalaman Percutian ke Pulau Redang Pakej Laguna Redang Island Resort
    Jam lebih kurang 2-3 pagi...  gerai pun ada 1-2 je yang buka. Boleh la sekadar nak minum teh atau kopi panas.

    Dan kita berhenti bersama abang abang lori di RnR waktu 2 - 3 pagi ni.
    Kalau ni Lebuhraya Utara Selatan, kereta masih banyak.


    Feri ke Pulau Redang

    • Sampai di sini boleh redeem tiket feri. Jangan lupa beli tiket marine park (wajib). 
    • Jangan berada jauh dari jety, dalam 15 minit sebelum feri bertolak dah kena ada. Nanti terpelas feri, kes haru.
    • Di Pulau Redang nanti, feri akan terus ke jeti Laguna Redang Island Resort. Mereka ada jeti mereka sendiri.
    • Dalam feri, cukup selesa. Ada air-cond.
    • Mat Drat cadang duduk la bahagian atas.
    • Jangan lupa bawa [lastick beg atau paper beg muntah
    • Tak pun, makan je pil tahan muntah macam Mat Drat walau pun biasanya tak mabuk laut. Ni kawan kata, elok makan sebab nanti kalau ternampak orang lain muntah tak ada la kita pun termuntah sekali.
    • Perjalanan ambil masa lebih kurang dalam 1 jam 30 minit.


    Pengalaman Percutian ke Pulau Redang Pakej Laguna Redang Island Resort
    Kaunter 'check-in' khas untuk guest / customer pakej Laguna Redang Island Resort.

    Pengalaman Percutian ke Pulau Redang Pakej Laguna Redang Island Resort
    JANGAN pergi beli tiket kat kaunter ni pulak!


    Pengalaman Percutian ke Pulau Redang Pakej Laguna Redang Island Resort
    Boarding Pass dan Tiket Marine Park 

    Pengalaman Percutian ke Pulau Redang Pakej Laguna Redang Island Resort
    Ruang menunggu.
    Kalau awal boleh menunghgu di bilik ber air-cond.


    Pengalaman Percutian ke Pulau Redang Pakej Laguna Redang Island Resort
    Feri Laguna Redang. Hanya untuk guest dan customer mereka.

    Pengalaman Percutian ke Pulau Redang Pakej Laguna Redang Island Resort
    Pergi pulau... guna backpack ye.
    Jangan bawa beg beroda.
    Plastik hitam..... sebagai persediaan.



    Check In , Taklimat dan Lunch

    • Kalau ambil feri 9:00 am, kita akan sampai dalam 10:30-10:45 pagi.
    • Waktu ni belum boleh check in, bilik belum ready
    • Kita akan di bawa ke bilik khas dahulu untuk dengar sedikit taklimat berkaitan pakej serta sedikit info mengenai Laguna Redang Resort dan Pulau Redang ni.
    • Siap taklimat, boleh ke kaunter untuk drop beg sebelum menjamu selera untuk lunch.
    • Dari bilik taklimat tu nak ke lobby/kaunter tak la jauh mana, tapi resort ada sediakan 'tren'. Kalau penuh, jalan kaki je...tak jauh mana. Cuma kalau bawa anak-anak kecil tu, atau veteran...cuba la naik tren ni,
    • Bilik taklimat tu depan jeti je...




    Pengalaman Percutian ke Pulau Redang Pakej Laguna Redang Island Resort
    Adoi...Kacau gambar sungguh. lori ni ...

    Pengalaman Percutian ke Pulau Redang Pakej Laguna Redang Island Resort
    Sessi taklimat... Elok sangat dengar terutama untuk yang jarang snorkeling di deep sea.

    Pengalaman Percutian ke Pulau Redang Pakej Laguna Redang Island Resort
    Fisrt come first serve ye...
    Lambat, tunggu 2nd round


    Pengalaman Percutian ke Pulau Redang Pakej Laguna Redang Island Resort
    Kami jalan dulu...

    Pengalaman Percutian ke Pulau Redang Pakej Laguna Redang Island Resort
    Rumai juga yang bercuti ke pulau bawa beg beroda... hu hu hu..

    Pengalaman Percutian ke Pulau Redang Pakej Laguna Redang Island Resort
    Selamat Datang...

    Pengalaman Percutian ke Pulau Redang Pakej Laguna Redang Island Resort
    Mat Drat bab makan...pantas.
    Orang pertama sampai untuk lunch lepas drop beg.


    Pengalaman Percutian ke Pulau Redang Pakej Laguna Redang Island Resort
    Makan di sini tak perlu risau.
    Banyak pilihan, menyelerakan dan cukup untuk semua.


    Pengalaman Percutian ke Pulau Redang Pakej Laguna Redang Island Resort
    Dan kalau lambat, lunch mesti penuh sebab semua datang serentak.











    Bilik di Laguna Redang Island Resort

    • Bilik view sangat selesa.
    • Nak lagi best, ambil kah yang sea view. Tak pun request yang pool view.
    • Mat Drat ambil garden je. (deluxe garden)
    Unit Deluxe Garden

    Katil dan Bilik





    Pakej Snorkeling 

    • Mat Drat ambil pakej 3H2M
    • Pakej ni sekali dengan sessi snorkeling 
      • 2 sessi di deep sea
      • 1 di Redang Marine Park
    • Petang hari pertama, sessi snorkeling terpaksa dibatalkan kerana hujan (agak lebat).
    • Jadi kami ganti dengan aktiviti lain. Kami pinjam juga set snorkeling untuk snorkeling di depan resort.
    • Boleh baca detail di 👉👉  Aktiviti Di Pulau Redang   


    Snorkeling Sessi 1 : Day 1 - Pantai depan resort
    • Depan resort ni pun ada lokasi menarik untuk snorkeling.
    • Menuju sikit ke sebelah kiri Pantai Long Beach ni,  jalan sedikit menghala ke tanjung.
    • Dah snorkeling, jangan lupa pulangkan snorkeling set.
    Pengalaman Percutian ke Pulau Redang Pakej Laguna Redang Island Resort
    Gambar ni diambil dari depan resort.
    Lokasi snorkeling yang agak bagus, di hujung sana.



    Snorkeling Sessi 2 : Day 2 -Redang Marine Park
    • Cuaca pagi Day 2 agak baik, cerah. Jadi sangat sesuai untuk kami bersnorkeling
    • Pihak resort sediakan beberapa bot, jadi akan dipecahkan ikut bilangan. (penuh bot, jalan)
    • Elok datang awal, sebab kalau lewat nanti nak snorkeling dah tak best sebab panas dan terik.
    • Kalau lambat sangat, bot dah lepas semua...tak merasa nak ke Marine Park
    • Detail pasla snorkeling di Marine Park ni Mat Drat dah share di link atas tadi ye.

    Pengalaman Percutian ke Pulau Redang Pakej Laguna Redang Island Resort
    Semua dah ready....better awal.

    Pengalaman Percutian ke Pulau Redang Pakej Laguna Redang Island Resort
    Bot bot yang akan membawa ke Marine Park

    Pengalaman Percutian ke Pulau Redang Pakej Laguna Redang Island Resort
    Semangat semua....


    Pengalaman Percutian ke Pulau Redang Pakej Laguna Redang Island Resort
    Dengan room-mate...orang Ganu ni...


    Pengalaman Percutian ke Pulau Redang Pakej Laguna Redang Island Resort
    Vlogger Pok Yem tengah live FB... Dia ni memang kaki pulau.
    Yang lagi dua orang tu, kaki panjat bukit dan gunung.


    Pengalaman Percutian ke Pulau Redang Pakej Laguna Redang Island Resort
    Menikmati keindahan dan ketenangan..

    Pengalaman Percutian ke Pulau Redang Pakej Laguna Redang Island Resort
    Jeti Redang Marine Park

    Pengalaman Percutian ke Pulau Redang Pakej Laguna Redang Island Resort


    Pengalaman Percutian ke Pulau Redang Pakej Laguna Redang Island Resort
    Dah ramai yang berSnokeling rupanya

    Pengalaman Percutian ke Pulau Redang Pakej Laguna Redang Island Resort
    Jangan lupa live jacket ye.


    Pengalaman Percutian ke Pulau Redang Pakej Laguna Redang Island Resort
    Jangan lupa Tips Mat Drat bagi :
    Bawa botol air mineral kosong untuk 'tarik' ikan.



    Pengalaman Percutian ke Pulau Redang Pakej Laguna Redang Island Resort
    JANGAN LUPA :
    DILARANG GUNA FIN / KAKI ITIK


    Pengalaman Percutian ke Pulau Redang Pakej Laguna Redang Island Resort
    INGAT PESANAN  :
    DON'T STEP ON THE CORALS





    akan bersambung ke part II...


    ~Mat Drat~

    11 comments:

    1. salam mat drat.. station bas ke jetty syahbandar jauh ker? atau berhampiran..

      ReplyDelete
      Replies
      1. Wasallam. Maaf, lambat reply. Hari tu tgh travel, balik terus terlupa nak reply.

        Tak jauh. Dekat je. Boleh tgk di google map juga

        Delete
    2. wahhhh....bestnya...
      Macam yg abg ckp tadi Deluxe Quad tak ada in list la bro

      ReplyDelete
      Replies
      1. Ada.. Cuba tgk dlm web resort (link pakej), pilih mana mana pakej dan tgk detail...

        Cth pakej Deluxe 2H1M, atau 3H2M, ada table rate utk Single, Double, Triple dan Quad

        Delete
    3. Nak tanya, bila nak redeem tiket feri tu just tunjuk resit booking hotel ke macam mana ye?

      ReplyDelete
      Replies
      1. Tersu ke kaunter check point Laguna Redang untuk redeem tiket feri. Make sure room yang dibooking termasuk return ferry

        Delete
    4. klau sy yg nk walkin je mcm mna ye,cmne ye nk dptkn tiket pergi balik n nk pgi resort untuk booked

      ReplyDelete
    5. hai mcm mana awak amek pakej ni?

      ReplyDelete
    6. This comment has been removed by the author.

      ReplyDelete

    Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

    Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.