Thursday 2 August 2018

Percutian Bandung Day 2 - Trans Studio Bandung



Ini entry ke-4 untuk 'travelog' Trip Bandung ini.  Destinasi untuk hari ke-2 ini adalah ke Trans Studio Bandung.

Sebelum tu, entry ni bersambung dari entry sebelum ni...



TRANS STUDIO BANDUNG

Trans Studio Bandung ni merupakan taman tema yang terletak di dalam bangunan. Kalau di Malaysia bolehlah bayangkan Berjaya Theme Park ataupun First World Theme Park Genting. Cuma Trans Studio jauh lebih besar dari kedua-dua theme park di Malaysia yang Mat Drat sebut tadi.

Nak bayangkan keluasan dia, bayangkan Legoland la....sebab di Transtudio ni ada beberapa section.... tapi tak la seluas Legoland tu.

Kalau yang pernah ke Seoul Korea, boleh kata  ala-ala Lotte World la.

Plan asal Mat Drat nak habiskan masa dalam 4-5 jam sahaja di sini, tapi Gunawan ( supir kami) kata kalau ke sini biasanya akan sampai lewat petang... Jadi  Mat Drat akan berada di sini dari 10am ia dibuka hingga 4 pm. Kira 6 jam.....

Trans Studio ni bawah kumpulan syarikat konglemerat Trans, yang juga memiliki rangkaian tv di Indonesia. Jadi karektor dan water yang ada diketengahkan di Trans Studio ni adalah dari karektor dan watak rancangan tempatan.

.


.



Sedikit Tips dan info 
  • Harga tiket berbeza ikut hari.  Paling murah hari Weekeday (Isnin-Khamis). Nak rasa tiket mahal, masuklah hari Sabtu/Ahad/ Public Holiday sebab masa ni kita bayar 2 kali ganda.
  • Beli online dari website pun boleh, kadang-kadang ada promosi di website. Cuma masalah beli dari website ni, tarikh nak datang kena tetapkan ... tu masalah sikit tu.
  • Datang awal. Kalau boleh sebelum pintu dibuka.
  • 10.00am sewaktu pintu dibuka akan ada pertunjukkan 'Welcome Shows' - tarian selamat datang. Meriah dan menghiburkan.
  • Masuk awal, tak perlu nak berebut atau beratur dengan pengunjung lain.
  • Karektor / watak akan berlegar di laluan utama sekitar 30 minit sahaja selepas pintu dibuka. Bolehlah kalau nak bergambar.
  • Kalau ada anak-anak kecil, di tingkat bawah juga ada section permainan untuk kanak-kanak.  
  • Sebelah pagi pengunjung tidak ramai tetapi akan mulai ramai selepas tengah hari, lagi-lagi kalau rombongan sekolah tiba.

  • Makanan luar tak boleh dibawa masuk, mereka akan cek beg. Kalau nak bawa juga, pandai-pandailah.
  • Makanan dan minuman banyak dijual di dalam. Tak ada masalah, harga pun tak mahal mana.
  • Trans Studio ni bersambung dengan Trans Studio Mall, jadi kalau dah keluar nak makan-makan kat shopping mall pun boleh. Banyak restaurant/café

  • Pertunjukkan 'stunt' di sini antara yang ditungggu-tunggu. Tapi bagi Mat Drat tidak lah menghiburkan sangat. Mungkin sebab lokasi yang agak kecil dan budget yang rendah. Mat Drat masih terbayang pertunjukkan stunt di USS Singapore dan Warner Bross World di Gold Coast yang cukup menghiburkan.
  • Pertunjukkan 'parade' di sebelah petang pula, okey la....dan bolehlah...sebab kita tak kenal watak-watak yang mereka bawa, jadi kurang feel....
  • Tapi ada satu pertunjukkan dipentas tengah sebelum 'parade', pertunjukkan pentas ni agak menghiburkan.

  • Surau ada disediakan. Masjid juga ada diluar Trans Studio, cukup besar Masjid Trans Studio ni

     

 

Harga Tiket Trans Studio Bandung

Harga tiket berbeza ikut hari. 
Weekeday murah, Jumaat mahal sikit, dan Sabtu / Ahad lagi mahal.

Isnin - Khamis : Rp 180,000
Jumaat            : Rp 200,000
Sabtu n Ahad n Public Holiday : Rp 280,000

Jadi kalau nak jimat, elakkan pergi hari Jumaat, Sabtu dan Ahad  (dan public Holiday)

Tiket wajib untuk setiap umur, tak kira baby. Baby setahun pun kena bayar ye.  Masa Mat Drat nak masuk hari tu, nampak satu family kelam kabut sebab separuh dah lepas masuk tetapi si ibu dan anak kecil tak dapat masuk kerana baby kecil tak ada tiket. Jadi ingat ye, tiket wajib untuk semua pengunjung tak kira umur.

Kalau tengok harga tiket, hari Khamis vs Sabtu, Ahad....  naik hampir sekali ganda. Jadi Mat Drat terpaksa ke sini di hari kedua iaitu hari Khamis. Banyak jimat tu kalau kami 8 orang!!!


.


.

Tiket Murah Trans Studio Bandung

Okey, nak murah kena pergi hari weekday (Isnin- Khamis).

Kalau nak murah lagi, cuba intai-intai di kedai serbaneka Indomaret. Mat Drat hari tu jumpa promosi beli air botol (soft drink), dan boleh dapatkan harga tiket Trans Studio Bandung ni dengan harga yang lebih murah.




Pagi masa hendak bertolak tu Mat Drat bagi tahu Gunawan yang tiket ke Trans Studion ni Mat Drat akan beli sendiri sebab ada offer di Indomaret. Gunawan terus call kawan dia yang menunggu Trans Studio. Selepas seketika (tawar menawar) kawan Gunawan berikan harga yang sama Mat Dart boleh dapat di Indomaret. IRD135,000 seorang. Kira banyak jimat tu....


Lokasi  : ðŸ‘‰ Google Map Trans Studio Bandung

Address : Jl. Gatot Subroto No.289, Cibangkong, Batununggal, Kota Bandung, Jawa Barat 

Lamanb Web : http://www.transstudiobandung.com/



Jom layan beberapa gambar Mat Drat di sini....


Yang paling seronok....budak-budak ni la....



Sekali pandang macam Ninja Turtle...
Ada a few karektor kat ruang legar sebelum....

Beg kena periksa masa nak masuk.... 

Sebelum masuk ada pertunjukkan yang cukup menarik dan menghiburkan di kaunter/pintu masuk ....jadi sampai lah awal ye. 

KLIK LINK ni untuk VIDEO TRANS STUDIO


Dah siap menari dalam pertunjukkan tu, mereka akan menyambut kita...meriah...


Kat laluan utama ni....karekotor-karektor mereka akan berlegar.. Jadi bolehlah nak bergambar. Cuma kita kurang kenal la karektor tersebut.

Ala-ala Charlie Caplin.... boleh lah..

Ride pertama kami...sebelum kami berpecah.

Tak tahu nama watark/ karektor awek ni...



Antara game / ride yang agak ramai orang...

Puas hati anak-anak dapat naik ride ni...

BAHAGIAN KANAK-KANAK - LEVEL BAWAH
Kat bahagian ni, waktu kami sampai memang tak ramai orang. Ada satu family lain je. Mungkin kedudukannya agak terpencil dan dibahagian bawah, jadi ramai yang tak perasan. Lagi pun masa ni masih awal...

Bumper Car - Anak-anak kecik  tadi memandu kat Kereta ala-ala F1  kat atas tadi ,
kat bawah ni mereka boleh la drive sendiri 


Tak puas sekali, naik 2-3 kali sampai jemu.  Masa kami kat sini, ada 3 orang budak je termasuk anak kami!

Anak-anak kami je yang naik... ha ha ha

Pun anak-anak kami je....Tak ada pengunjung lain. 

Ada pool...  Tak bawa baju spare, tak main la kat sini. Takut basah.



Nak main bola pun tak seronok sebab tak ada partner nak main.... nasib baik ayahnya toleng sepakkan bola.

Lengang.....

Last section....ramai petugas dari pengunjung. Jadi memang di layan betul-betul di bahagian kanak-kanak ni.



JOM NAIK BAHAGIAN ATAS SEMULA


LOST CITY
- Banyak cafe makanan di area sini
- Ada 2 game/ride yang boleh membasahkan kita 



Masa nak naik ride ni, dah sekitar jam 12 tengah hari. Pengunjung dah ramai dan kena Q sedikit.

MAGIC CORNER
- Antara yang paling menarik....rumah hantu dia. Memang real
- Pertunjukkan stunt pun area sini. Kira okey la...
- Di sini pun ada 2 'game'/section untuk kanak-kanak kecil

Ada a few ride yang menarik pengunjung. Jadi memang ramai orang.

Ada ruang untuk kanak-kanak kecil...

Untuk kanak-kanak kecil

Bahagian untuk kanak-kanak


Pertunjukkan stunt... Agak membingitkan. Intro lama sangat sebelum show


SHOW DI STUDIO CENTRAL
- Kira ni kawasan central.
- Ada pertunjukkan pentas BedRock Circus di kawasan ni, jadi kena tunggu waktu yang ditetapkann kalau nak dapat seat yang best. Kira terhibur lah dengan pertunjukkan ni.

- Dan parade show juga akan berakhir di bahagian tengah Studio Central ni.



Laluan Parade Show


Lama sangat nak tunggu show.... kita makan dulu



Pertunjukkan BedRock Circus... Lebih kiurang dalam 30 minit juga pertunjukkan ni.
Okey, menghiburkan.

Antara aksi Bedrock Circus

Dapatkan tempat paling best sebelum parade show bermula. Kawasan tengah ni menjadi tumpuan. 
Parade Show....99% tak kenal karektor yang berbaris ni




Maung & Monty...Tak pernah dengar pun

Tak habis parade masuk...kami bergerak keluar.


Kiranya kami menamatkan aktiviti bergumbira di Trans Studio ni sewaktu parade sedang berlangsung. Takut keluar lambat nanti, berebut-rebut pulak. Lagi pun anak-anak dah puas main kat dalam ni...


Jam baru menunjukkan sekitar jam 4... hari masih panjang.

Jadi untuk Day 2 ni kami singgah di beberapa tempat sebelum makan malam dan balik ke hotel.





Day 2 diteruskan lagi ke destinasi berikutnya..



Toko Jean ( Tiga Original Jeans Center)

Kedai yang menjual jeans original pada harga yang agak murah tapi tak la murah sangat. Stock/design lama dapatlah dengan harga murah. Tersangkut juga la 2 helai kat sini. 

Tapi kalau nak beli Levi's rasanya beli kat JPO lagi puas hati.... harga lebih kurang sahaja di JPO.

Lokasi : Google Map Toko Jeans



Jalan Cibaduyut

Dari Toko Jeans, Gunawan bawa kami ke sini pula.
Sini merupakan tempat tumpuan jika ingin mencari barangan kulit. Tapi kami singgah 1 kedai je, tak ada yang berkenan (tak ada dalam list nak cari barang kulit). 
Boleh la kalau nak cari kasut kulit murah kat sini, jaket kulit ke, tali pinggang ke.... boleh tahan juga harga dia, agak murah. Cuma bukan jenama terkenal la, hanya jenama tempatan.
Memang banayk kedai kasut dan kedai barangan kulit di kawasan ni.

Lokasi : Google Map Jalan Cibaduyut



Rumah Kain Sulam M-Collection

Semalamnya isteri dah beritahu nak mencari kain sulam di Bandung, dan hari ni Gunawan bawa ke salah satu tempat yang bagus dan murah untuk mencari kain sulam.

Selain kain sulam, kat sini juga ada kain telekung, kain pelikat dan kain pasang. Harga memang murah kalau banding dengan kat Malaysia. 

Kebetulan hari tu tokey kedai ada, dapat lah diskaun lebih sikit. Banyak tak banyak, kain pasang bersulam lebih 10 pasang, telekung bersulam tak silap 5 pasang, kain pelikat pun lebih 5 helai. 

Tak cukup duit, jangan risau sebab boleh guna kad debit/kredit kat sini. 

Kalau bawa anak-anak kecil pun tak jadi masalah di sini sebab ia berkonsepkan macam rumah, sambil ibu bapa memilih kain anak-anak boleh rileks di sofa tanpa gangguan.

Lokasi : Google Map Jalan Cibaduyut


Sessi memilih kain pasang bermula....


Datang sini membeli untuk baju tema majlis kahwin dan hari raya... memang berbaloi


Kualiti sulaman

Kita yang lelaki pun, boleh juga ambik kesempatan beli barang sehelai dua kain pelikat

Kain telekung kualiti seperti 'Siti Khadijah' tapi pada harga yang jauh lebih murah


Restoran SA Sederhana Masakan Padang 

Ni Lokasi kami makan malam untuk hari ke-2. Restoran ni menjadikan masakan Padang, dan dikatakan antara yang tersedap dan paling menjadi tumpuan di Bandung. 

Lauk yg dipilih akan diletak dalam piring-piring kecil, kalau lauk dalam piring tu kita tak sentuh isinya (tak luak), piring tu tak akan di kira. 




Lauk yang rasa tak nak makan, jangan ambil dan sentuh isi dia, nanti tidak akan dikira.



Selesai makan di Restoran SA Selera Sederhana Masakan Padang ni, kami terus balik ke hotel. Dan untung menginap di jalan Cihampelas ni, boleh jalan kaki je untuk sambung sessi nyopping apa yang patut di situ....

Bersambung di entry berikutnya ....


👉👉 Percutian Bandung Day 3 - Rancabali Glamping Lakeside




Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡




11 comments:

  1. Fee kemasukan ke Trans Studio katakan selepas diskaun (Rph 75,000). Beli di kedai Indomaret. Kenaikan atau permainan dalam studio kena bayar lagi ?

    ReplyDelete
  2. Salam. Very useful entry bro. Thumbs up. Nak tanya, saya check harga tiket online rp180k.. Betuk ke harga di kaunter boleh dapat 100k. Next week plan nak ke sana. Tqvm in advance bro

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq bro... Saya silap tulis ni. Patut harga weekday Isnin - Khamis mcm yg bro bagi tahu (IRD 180,000).
      Harga offer saya dpt dari ejen pun salah, patut IRD 135,000.

      TQ...n enjoy your trip bro

      Delete
  3. bestnya panduan bagus ni. Pakai pak supir apa ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ambil Gunawan Transport. Detail di entry pertama travelog bandung ni

      Delete
  4. HYE,.. cmne nak contact Gunawan Transport tu??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi.. Ada saya kongsikan di entry pertama Travelog Bandung ni
      (Tips & Panduan)

      Delete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.