Sunday 4 September 2016

5 Kedai Keropok Lekor Sedap Kuala Terengganu

Jika ke Kuala Terengganu, jangan lupa untuk beli keropok lekor sebagai buah tangan.




Saya senaraikan 5 kedai keropok lekor pilihan ramai di Kuala Terengganu. Untuk makluman, senarai ini tidak mengikut ranking.





1. Kedai Keropok BTB 2209 / Dynar Lekor

Keropok Lekor BTB 2209
Keropok LekoBTB 2209 - Image Website Dynar Lekor
Kedai Keropok BTB 2209 ini merupakan antara kedai yang paling menjadi tumpuan pengunjung. Terletak di Bukit Tok Beng, Seberang Takir ianya cukup popular dari dahulu sehingga kini. Dulu dikenali dengan Keropok BTB, kini mula dikenali dengan Dynar Lekor.

Bersedia untuk beratur jika ke sini, dan beratur panjang sekiranya cuti sekolah atau puclic holiday.

Tak silap saya, keropok lekor Dynar ini menyediakan pembelian secara online. Boleh la google kalau nak beli secara online...




Dynar Lekor
Kena sabar menanti dan beratur


Nama Kedai : Keropok Lekor BTB 2209 / Dynar Lekor
Lokasi          : Jalan Tengku Ampuan Bariah, Kampung Bukit Tok Beng, 
K.Terengganu
Laman Web : http://www.btblekor.com.my/




2. Kak Yah Keropok Losong


Kedai Keropok Losong Kak Yah ini terletak di Kampung Lorong Haji Su. Kampung Lorong Haji Su ini memangterkenal dengan pengusaha-pengusaha keropok lekor.

Kedai ini memang luas, jadi boleh berhenti dan makan di sini dahulu. Memang sedap makan kerokok masa panas-panas yang baru keluar dari dapur.




Nama  Kedai  : Kak Yah Keropok Losong
Lokasi            : 140, Kampung Losong Haji Su, Kuala Terengganu
FB                   : https://www.facebook.com/pages/Kak-Yah-Keropok-Losong/186469778039769


3. Keropok Lekor Sukaramai

Keropok Lekor Sukaramai
Keropok Lekor Sukaramai
Kedai Keropok Sukaramai ini terletak di Kampung Mengabang Lekar Batu Rakit. Jika menikmati ikan celup tepung di kawasan sini boleh la singgah terus di kedai keropok lekor ini. Dari Warung Pok Nong ikan celup tepung hanya dalam 7 km sahaja.

Keropok Lekor Sukaramai
Keropok Lekor Sukaramai

Nama Kedai : Keropok Sukaramai
Lokasi          : 179, Kg. Mengabang Lekar Batu Rakit,  Kuala Terengganu.



4. Keropok Lekor Adik Beradik


Kedai Keropok Lekor Adik beradik ini terletak di Kampung Kuala Hiliran dan tidak jauh dari Kampung Losong Haji Su. Berhampiran kedai ini juga terdapat beberapa kedai keropok lekor lain, cuma kurang menjadi tumpuan.






Nama Kedai : Keropok Losong Adik Beradik
Lokasi          : Kampung Kuala Hiliran, Kuala Terengganu


5. Warisan Losong 14


Kedai Keropok Warisan Losong 14 ini juga terletak di Kampung Losong Haji Su. Di sini, selain membeli keropok lekor boleh juga menjamu selera dengan keropok lekor yang panas, yang baru keluar dari dapur. Tempat duduk yang selesa disediakan untuk makan di sini.






Edited: 12.03.2017


6. Pok Din

Saya ke Kuala Terengganu pada 11.03.2017 dan saya ada perasan beberapa signboard 'KEROPOK LEKOR POK DIN'. Cara marketing dia sedikit sebanyak menarik minat saya sebab banyak tempat saya nampak signboard / banner diasehingga di Marang juga boleh nampak signborad/ banner Keropok Lekok Pok Din ini.

Kedai menjual keropok lekor ni banyak terdapat di kawasan Seberang Takir, di Losong, di Marang dan juga di Kemaman. Selain yang saya nyatakan ini, ada lagi kedai lain yang agak terkenal sebenarnya. Pilih la mana yang berkenan... 

Baca juga entry berkaitan semasa saya ke Kuala Terengganu




~mat-drat~


Entry berkaitan trip Kuala Terengganu kali ini
👉👉 Jalan Jalan Ke Kuala Terengganu

Entry berkaitan destinasi lain di Terengganu
👉👉 Trip Ke Pulau Perhentian
👉👉 Trip Ke Tasik Kenyir 

5 comments:

  1. Hello very cool blog!! Man .. Excellent ..

    Wonderful .. I will bookmark your site and take the feeds also?
    I am glad to find a lot of useful information right here within the publish,
    we want work out extra strategies in this
    regard, thanks for sharing. . . . . .

    ReplyDelete
  2. Kepok lekor pulau rusa pon sedap..selalu oder balik trg

    ReplyDelete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.