Friday 5 August 2016

Cuti Cuti Malaysia Ke Kuala Rompin Pahang

Tempat Menarik di Pahang - Kuala Rompin

Antara tempat yang menarik di Pahang adalah Kuala Rompin. Tempat-tempat lain tu semua dah biasakan.....

Mercu Tanda Kuala Rompin Pahang
Throwback.... Trip ni dah beberapa bulan, cuma hari ni rasa nak upload untuk share di sini.


Trip ni sebenarnya satu trip yang tidak dirancang sama sekali, main terjah je. 
Asalnya waktu makan malam bersama anak-anak, wife ajak ke Melaka sempena cuti sekolah. Katanya dah lama tak jalan-jalan ke Melaka dengan anak-anak. Memang betul pun, dah lebih 5 tahun kami tak pusing-pusing melaka. 

Waktu wife ajak tu, saya hanya diam sahaja.... dan biasalah alasan untuk elak ke Melaka. "Cuti-cuti sekolah ni jem teruk kat Melaka tu... tak sanggup tempuh jem bla bla bla.... " 

Setahu saya ( pengalaman juga), di Melaka ni kalau masa cuti sekolah, jem dia boleh tahan juga. Dari bandar Melaka nak sampai ke tol Ayer Keroh tu kalau nasib tak baik memang akan jem. Belum lagi ambil kira jem di Highway PLUS dari Melaka hala ke KL.
.
.



Dan pagi tu masa sarapan wife tanya lagi sekali, jadi ke kami Melaka. Saya tolak 'permohonan' sekali lagi dengan suggest kami ke tempat lain iaitu ke pantai dan destinasi pilihan saya ke Mersing. Wife tak menolak dan okey je....

Kelam kabut la masa tu call resort, hotel dan juga homestay area Mersing. Semua fully booked, maklumlah pagi sabtu dan tengah cuti sekolah pula. 

Mencuba nasib pula booking online last minit melalui , semua fully booked. Cuma dapat resort di Rompin iaitu Rompin Beach Resort. 

Rompin pun Rompin la..... janji pantai. Tak jadi ke Mersing, tapi akan ke Kuala Rompin.

Terus saya booking online, dan saya beri anak-anak masa 30 minit untuk bersiap. Sebelum bertolak saya call pihak hotel untuk sahkan mereka dapat tempahan. Confirm sahaja nama saya ada di hotel, terus kami bergerak ke Kuala Rompin.

Kuala Lumpur ke Kuala Rompin

Perjalanan ke Kuala Rompin paling cepat adalah melalui  KL - Negeri Sembilan (Plus Highway atau LEKAS) iaitu melalui  Kuala Pilah - Jempol - Felda Keratong - Muadzam Shah - Kuala Rompin dan biasanya mengambil masa hanya 4 jam ke 4 1/2 jam. Memandangkan WAZE menunjukkan ada kesesakan dan mengambil masa lebih 6 jam jadi saya memilih jalan yang sedikit jauh iaitu KL - Pahang (KL Karak dan LPT1) iaitu melalui Karak - Gambang - Muadzam Shah - Kuala Rompin.

Perjalanan lancar dan mengambil masa lebih kurang 4 1/2 jam ke 5 jam sahaja, Cuma perjalanan agak membosankan kerana keluar sahaja Highway LPT1 di exit Gambang, kiri dan kanan adalah ladang sawit...... Tak banyak tempat untuk berhenti.

Sempat saya suruh wife google apa-apa yang patut berkaitan rompin seperti tempat menarik dan yang paling penting 'Makan Best di Kuala Rompin"

Bila tiba di pekan Kuala Rompin, mercu tanda Kuala Rompin di atas akan ditemui.  Tak silap saya ikan besar yang tersergam tu adalah 'ikan layaran' atau dikenali dgn nama Billfish... 

Kaki pancing laut, memang suka memancing di sini kerana dapat menguji skill mereka memancing ikan ini. Tak silap saya bukan sahaja pemancing dari dalam negara, Kuala Rompin juga menjadi tumpuan pemancing dari luar negara kerana ikan ini. Katanya nak jinakkan ikan ni memang cukup mencabar, kata kaki pancing la. Sebab tu kalau yang berjaya pancing ikan ni terasa satu kepuasan.

Dan rasanya setiap tahun di Rompin akan ada satu pertandingan memancing antarabangsa iaitu Royal Pahang Billfish International Challange. (RPBIC) . 


Udang Galah Kuala Rompin


Udang Galah Kuala Rompin

Sekitar jam 2 petang kami sampai di Kuala Rompin. Terus mencari restoran untuk makan tengah hari.

Hasil carian di google, isteri kata makanan paling dicari di sini adalah masakan Udang Galah. Tak rasa udang galah kira tak sah kalau ke sini.

Untuk tak nak pening-pening cari tempat makan, saya tanya sorang kawan yang biasa memancing di sini. Dan dia cadangkan saya singgah di Restoran Udang Galah LC. Terletak berhampiran bandar Kuala Rompin atau lebih tepat sebelah kiri sebelum simpang ke pekan Kuala Rompin. Berhampiran Restoran ni juga terdapat satu lagi Restoran Udang Galah KING.

Udang Galah LC Kuala Rompin
Sewaktu kami sampai, lauk-lauk sudah tidak banyak. Jadi pilihan kami agak terhad. Pelanggan lain juga tidak ada. Kedai pula nampak macam sunyi sahaja, mungkin malam baru ramai orang kot... mungkin la. Tak pun, pengunjung dari luar memang kurang di musim tengkujuh ni ( baru nak start tengkujuh).

Entahla... 
sama ada lauk tak ada sebab pelanggan ramai dah datang dan habiskan semua lauk..... atau 
memang lauk tak berapa nak ada sebab tak ramai pelanggan kesini.







Lauk udang galah yang telah dimasak dah habis, jadi kami makan lauk2 lain sahaja. Nak order yang fresh.... tak jadi sebab restoran agak sunyi.... Tambahan pula kena menunggu lama, anak-anak dah lapar. Lain kali la makan udang galah.

Untuk panduan, harga masakan untuk udang galah fresh/mentah di restoran Udang Galah LC ini adalah mengikut saiz, dari RM 50 hingga RM 75 sekilo. Harga ini juga akan berubah-ubah mengikut bekalan.

Harga Udang Galah gred A++ semasa saya datang adalah RM 75 sekilo dan boleh mencecah RM 95 pada masa-masa tertentu.

Pelanggan kena pilih udang terlebih dahulu (ikut kategori saiz) , kemudian akan ditimbang dahulu sebelum dimasak.

Harga Udang Galah - Ikut Gred (Size)

Dah tak banyak menu yang ada....

Siap makan kami terus ke Rompin Beach Resort untuk check in.

Seingat saya, di Rompin ini dahulunya resort yang paling terkenal adalah Lanjut Beach Resort. Sekarang telah ditutup , tak tahu sama ada ditutup sementara atau selamanya. Beberapa tahun dahulu saya hubungi untuk buat progam di sini, mereka maklumkan di tutup sementara untuk ubahsuai.


Rompin Beach Resort

Chalet yang saya tempah rupanya 2 unit yang terakhir, rezeki saya dapat buat tempahan melalui Booking.com tadi. Bilik hotel juga ada di resort ini tetapi memang telah sedia penuh. 

RBR - Rompin Beach Resort

Senyum je bila suruh ambil kunci sorang satu. RBR Kaunter Check-in

Semasa perjalanan ke sini, 2 kali saya telefon untuk reservekan 2 unit chalet yang berdekatan, dan semasa check-in,  pihak resort berikan 2 chalet yang saling membelakangi satu sama lain. Dekat tapi membelakangi antara satu sama lain. 


Rompin Beach Resort. 1 chalet di hadapan,
 dan satu lagi di belakang

Rompin Beach Resort - Lanskap depan chalet yang kemas dan cantik



1 chalet yang diberikan kurang memuaskan saya kerana keadaan bilik yang kurang bersih (mungkin belum sempat dibersihkan sepenuhnya) dan juga terdapat kesan-kesan peninggalan tetamu sebelum ini serta bau rokok masih kuat melekat di dalam bilik. Cukup tak selesa bagi saya.  Di samping itu,  kedudukan unit ini yang betul-betul mengadap pagar dan semak,  jadi saya minta tukar unit lain. 

Nasib baik ada satu lagi chalet kosong tetapi chalet paling hujung,  ti gkat atas dan menghala ke pantai...  Tiada pilihan lain walau pun agak jauh antara satu sama lain. Saya terima juga kerana unit yang asal sangat tidak selesa bagi saya. 


Chalet yang diberikan untuk saya... berada di tingkat atas dan paling hujung.

Di Rompin Beach Resort ni ada 4 jenis penginapan iaitu Deluxe Room, Family Room, Chalet dan Perdana Studio Chalet.


Bangunan yang menempatkan deluxe room dan family room.


Sewaktu berehat-rehat di bilik sebelum menemani anak-anak ke swimming pool, sempat saya up status di Facebook. Dan selang beberapa minit,  seorang sahabat bertanyakan keadaan bilik kerana dia pun bercadang untuk bermalam di sini kerana ada urusan di Muadzam.

Saya pesan, datang kesini jangan expect lebih-lebih sebab saya tahu dia biasanya menginap di hotel 4-5 bintang. Saya kata resort ni jauh dari bandar besar dan bukan resort yang ada banyak 'bintang'. Kelengkapan perabot di bilik agak simple. 

Chalet yang kami dapat masih dikira cukup selesa,  padan dengan harga yang kami bayar. 

Rompin Beach Resort - Chalet dengan 2 Queen dan 1 Single

TV ada tapi tanpa astro atau chanel hotel. 



.
.
.
Selesai berehat sebentar.... terus temankan anak-anak mandi manda di kolam renang. 

Swimming pool di resort ni boleh di katakan sangat okey,  cuma waktu cuti sekolah ni agak crowded sikit terutama di bahagian kanak-kanak.

Swimming Pool Rompin Beach Resort
Swimming Pool Rompin Beach Resort

Siap ada gelongsor lagi ke swimming pool

Pool untuk kanak-kanak 


Anak-anak ni kalau tak dipanggil naik, berjam-jam pun sanggup dalam swimming pool.





Dah rasa 2 jam kat sini, saya bawa pula anak-anak ke pantai. Menikmati suasana pantai pula.

Di laluan ke pantai, terdapat padang berpasir yang juga terdapat pelbagai kemudahan untuk aktiviti sukaneka atau mini team building. 

Bersedia menuju ke pantai pulak....

Di tepi laluan ke pantai
Memandangan waktu kami kesini, memang musim permulaan tengkujuh.... ombak cukup kuat. Memang tak ada yang berani mandi laut, semua sekadar bermain di tepi pantai dan di gigi air sahaja.

Pengunjung pun tak ramai, cuma ada satu kumpulan kelab kereta yang mengadakan aktiviti sukaneka sesama mereka di pantai. Yang mandi laut, memang tak ada la... tak ada yang berani. Tengok awan di atas pun dah rasa takut, belum lagi tengok ombak.

Kami hanya bermain di pantai,  saya tak bagi pun anak-anak bermain di gigi air. 


Air laut keruh... menandakan memang musih tengkujuh la sekarang
Seronok sangat bila ditiup angin pantai

Pantai Kuala Rompin dengan ombak yang agak kuat menghempas. 

Awan berarak gelap. Menandakan akan hujan lebat. Jadi kami bersedia untuk balik ke bilik.

Pantai yang tiada pengunjung selain kami.... 


Makan malam di Kuala Rompin

Rompin Beach Resort

Untuk makan malam, kami tiada tempat tujuan yang khusus. Menurut makluman dari petugas kaunter resort, kedai makan agak banyak dan dia pun tak berani nak suggest mana-mana restoran. Jadi kami akan pusing-pusing cari restoran sendiri untuk makan malam.

Pusing-pusing di di pusat Pekan Kuala Rompin, boleh kata semua restoran penuh dengan pengunjung. Jadi kami terpaksa ke jalan besar dan terjumpa satu restoran yang mengadap Restoran Udang Galah LC iaitu Restoran Azree Tom Yam. Kira boleh la, sebab di sini bukan lah bandar besar yang banyak pilihan restoran.

Dan seperti yang di jangka, kami terpaksa menunggu agak lama kerana restoran juga hampir penuh.

Siap makan... balik bilik dan tidur... TV di bilik pun ta berapa clear. Line internet pun tak berapa 'kuat', jadi dari sakit hati dengan line internet, elok tidor je la....

Sambung ke entry ke 2... Pantai Kuala Rompin




5 comments:

  1. Jauh juga pusing tu..KL ke gambang dulu..Kalau saya alang-alang terus ke terengganu..ke kemaman atau kertih ke..lagi dekat..

    tapi oklah..rompin pun memang lawa..mmg percutian waktu kecil-kecil dulu..udang galah segar-segar.. 😊

    ReplyDelete
  2. Next nanti boleh singgah di warung kami di Warung Kopi Johan ( www.warungkopijohan.blogspot.my ) lokasi warung kami berdepan Petrol station shell Kuala Rompin... Atau hubungi kami untuk tempahan di 0122409954...

    ReplyDelete
    Replies
    1. menarik cadangan tu....
      boleh la sape sape nak singgah

      Delete
    2. boleh datang ke warung mokla juga..untuk menikmati suasana bawah pokok dengn rasakan masakan kelantan..seperti nasi kerabu,nasi dagang..hehe

      Delete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.