Friday 15 April 2016

Jalan Jalan ke Paris : Eiffel Tower dan Sacre Coeur - Day 2

Jalan Jalan ke Paris : Eiffel Tower dan Sacre Coeur
Eiffel Tower

...............................................................................................................
Terbaru 2018 :
Baca perkongsian terbaru Mat Drat jika ingin melancong atau bercuti ke Paris.
Perkongsian ni agak detail dan juga ada info-info terbaru. 
................................................................................................................


sambungan dari entry sebelum ni....
πŸ‘‰πŸ‘‰ Percutian ke Paris : Day 1 Seine River Cruise 


Dan Trip Paris kami  bersambung di Hari ke 2....



Bonjour..... Hello 



Hari ke dua di sini, kami bersarapan simple-simple sahaja pagi ni... oat/nestum segera, buah, roti dan jus buah-buahan. Buah dibeli dari kedai sebelah hotel pada malam tadi (buah cukup segar di import dari Barcelona!). 



Juga sedikit kurma yang di import dari Tunisia, dibeli dari kedai sebelah juga untuk menambah tenaga. Air panas kami kena request di kaunter bawah sebab hotel ni tak provide keetle. Bajet gila hotel kami tidur ni, memang semata-mata untuk tidur je.



Semua pergerakan kami di sini menggunakan tren metro. Hari ni sudah agak mahir dan tahu mana nak bertukar tren.

Hari ni kami akan menjelajahi ke tempat-tempat ni ;
  1. Sacre Coeur Basilica
  2. Eiffel Tower
  3. Arch de Triump
  4. Champ Elsee

Sacre Coeur Basilica

Menuju ke Sacre-Couer Basilica pula
  • Kami turun di tren station metro terdekat dengan Sacre Coeur ni iaitu Station Anvers.
  • Perlu berjalan sejauh 200 meter dari station Anvers ke Sacre Couer ni.
  • Kiri dan kanan lorong menuju ke Sacre Ceour ni ada kedai-kedai souveniour. Singgah lah dari satu kedai ke satu kedai untuk compare harga.
  • Selepas mendaki 200 meter (bukit yang landai), kita akan sampai di satu persimpangan.... sama ada nak teruskan perjalanan dengan mendaki dengan kaki sendiri atau menaiki "Funiculaire - cable car". Kami pilih untuk mendaki sendiri sahaja sebab ramai yang mendaki je. Malu la dengan orang-orang yang lebih tua yang boleh je naik anak tangga ke Sacre Coeur ni.
...



...


Hati-hati dengan peminta sedekah dan cara mereka memperdaya kita.
  • Semasa mendaki kami berjumpa dengan beberapa kumpulan orang kulit hitam yang sedang menunggu pengunjung. Lebih kurang scammer la mereka ni
  • Pelbagai cara mereka cuba mendapatkan duit kita dengan service yang mengarut. 
  • Ada dua kali dari dua kumpulan cuba memaksa saya menghulurkan tangan / jari kepada mereka. Ayat mereka hanya minta tolong kita pegangkan hujung tali anyaman mereka. Apabila kita pegang sahaja tali itu, mereka akan cuba masukkan jari kita di hujung dan mereka akan mula memintal-mintal tali itu. 
  • Saya perhati 2 orang pelancong wanita "minah salleh" terpedaya dengan ayat mereka, dah tidak dapat melepaskan jari dan terpaksa menunggu mereka pintal-pintal tali jadi "gelang". Apabila siap, kena bayar la upah dan caj benang tu... tak pasti berapa pulak yang mereka kena bayar.


Fikir dahulu sebelum masuk ke gereja.. hukumnya , ada berpendapat harus, makruh dan haram
  • Sebagai muslim, di sini tiada apa yang menarik kecuali pemandangan yang cantik dari atas bukit ini. Saya kongskian beberapa gambar kami di sekitar Sacre Coeur ni.

Kedai Souveniour murah di Paris

  • Rasanya di area sini souveniour cukup murah berbanding tempat-tempat lain. Banyak juga barangan yang kami beli di sini..... antaranya repilica Eiffel Tower yang besar, beberapa beg, cap, fridge magnet , note holder dan juga gelas.
  • Di kawasan sini juga (berhampiran) station metro Anver terdapat juga kedai-kedai souveniour yang murah. 
  • Kami juga berjalan dari station Anvers ke station BarbΓ¨s - Rochechouart,  untuk mencari satu lagi luggage bag, selain beli luggage beg.... terbeli juga beberapa beg kecil utk buah tangan di kedai dari area sini. Agak murah cuma bukan jenama terkenal.

Lorong menuju Sacre Couer. Kedai-kedai souveniour di sepanjang jalan
Menu kami utk lunch... bukan peha yam, tapi peha anak ayam. Halus ya amat.
Ada 1 restoran halal di laluan ke Sacre Couer tu



Sebelum memulakan pendakian
Sambil mendaki....boleh bersantai di lereng bukit

Paris..... view dari Sacre Couer

Paris..... sayup mata memandang



Ada penjual jalanan... ada juga yang mengambil kesempatan. Hati hati

Dan... penghibur jalanan ada di mana mana.
Makwe yang kepenatan...



Dari sini, kami terpaksa balik ke hotel dahulu kerana terbeli banyak souveniour di sini. Souveniour-souveniour terpaksa dihantar dahulu ke bilik sebab takkan nak bawa kehulu kehilir dengan barang-barang kat tangan. Lagi pun dah beli luggage siap-siap tadi.




Eiffel Tower

Tak sah kalau ke Paris kalau tak ke Eiffel Tower. Kira tak lengkap lah trip ke Paris ni kalau tak ke sini.

Bangunan yang mula di bina pada tahun 1887, cukup hebat binaannya. Bukan sahaja ketika itu, malah sehingga sekarang.

Detail pasal Eiffel Tower ni,boleh baca di laman web rasmi mereka https://www.toureiffel.paris/en


Pesan "Eiffel Tower" di laman web mereka

"The Eiffel Tower is open all seasons and every single day of the year.

With its elegant sun-kissed silhouette in the summer or with its snowy coat on in winter, The Tower is the place to enjoy some quite unsual experiences in a setting which is different every time !

We do recommend you wrap up well, whatever the temperature at ground level, so that you’re protected against the wind which often blows at the top of the Tower."


Pesan kawan saya pula ;
Fiza yang bekerja di Poto Travel... ko tak naik Eiffel Tower, kira tak lengkap la kalau pergi Paris.
Fairuz  ... "naik sampai atas bro.... kalau 2nd level je rugi"
Imm ... "Ko kena bergambar kat Eiffel Tower art, buat gaya ala-ala Hindustan"

Jadi kalau Paris tak naik Eiffel Tower kira satu kerugian la, kecuali dah selalu sampai Paris. 


Tapi satu masalah Eiffel Tower ni adalah untuk dapatkan tiket dia. 
  • Untuk membeli tiket di sana nanti secara walk in, kita kena bersedia untuk beratur satu atau 2 jam..... itu sudah pasti!
  • Nak beli secara online, memang susah dapat. Kebanyakannya telah di beli oleh travel ejen di sana. Mat Drat dimaklumkan, ejen hanya akan pulangkan tiket yang tidak dijual dalam 1-2 minggu sebelum tarikh tiket.
  • Selama hampir sebulan, boleh kata setiap hari Mat Drat log-in laman web Eiffel Tower untuk lihat tiket ke Eiffel Tower.  Cukup susah nak dapat tiket kosong untuk hari yang Mat Drat mahu, kalau ada pun hanya satu tiket sahaja yang available. 
  • TAPI, Alhamdulillah dalam 5-6  hari sebelum berlepas ke Barcelona, rezeki Mat Drat sebab tidak berputus asa akhirnya dapat juga tiket untuk 2 orang. Itu pun hanya dapat tiket untuk sampai Level 2 sahaja, tiket sampai ke atas masih tidak available. Jadi sambar je la apa yang ada. 
  • Nak pilih waktu (waktu hampir sunset) memang tak dapat la...jadi tengah hari pun kira okey la...
  • Berdasarkan tiket inilah, itinerari Mat Drat di Paris di susun untuk bersesuaian dengan jadual mengunjungi Eiffel Tower. Maklumlah tiket dah beli....


Harga Tiket  Eiffel Tower ke Top :
17 €     Adult
14.5€  Youth 12-24 
8 €        Child 4-11 years old
0 €        Baby - 4 years old


Harga Tiket  Eiffel Tower ke 2nd Level :
11 €    Adult
8.5 €   Youth 12-24 
4 €      Child 4-11 years old
0 €      Baby - 4 years old 0




Tips Beli Tiket Online:
  • Cuba log-in setiaap hari, katanya travel ejen akan pulangkan yang tidak terjual kepada Eiffel Tower seminggu sebelum tarikh tiket.
  • Jika ada tiket online, kena sampai awal, jika lewat dari tarikh dan masa naik ke Eiffel Tower kita tidak dibenarkan naik. Hangus tiket satu hal.... kena beratur lama untuk dapatkan tiket satu hal...
  • Pilihan lain kalau tak dapat tiket online (laman web), kena beli dari ejen.
  • Kalau nak beli dari ejen, Mat Drat cadangkan beli dari KLOOK. Beli dari KLOOK ni, kita dapat diskaun sikit dan dapat kredit. Nanti kredit tu boleh guna untuk next purchase.
  • TAPI ingat, baca dan fahami term n condition serta guude yang diberikan.
  • Dan jangan lupa print voucher selain save di handphone.


Klook.com



Info Berkaitan / Tips
  • Mat Drat lihat mereka yang beratur untuk membeli tiket terlalu ramai, ada yang Mat Drat lihat setelah 30 minit saya di sini.... mereka baru bergerak 1/4 dari barisan. Jadi Mat Drat rasa sejam setengah jugak mereka-mereka ni kena beratur paling kurang. Ini belum lagi kalau hari sabtu atau ahad. Jadi saya sarankan beli la tiket secara online !
  • Dan ada juga yang memilih untuk naik menggunakan tangga ke level 2 tapi level 2 ni macam bangunan 24 tingkat ye ketinggian dia. Ramai yang naik menggunakan tangga sebenarnya, tapi kalau bawak anak kecil atau yang kurang fit, fikirkan semula kalau bercadang nak naik tangga. Kesian Mat Drat tengok yang naik separuh jalan tu.


...


...


  • Sebenarnya kalau kita sampai di sini pun, belum pasti kita ada rezeki dapat naik ke atas tu sebenarnya. Ini kerana seminggu sebelum Mat Drat sampai, Eiffel Tower ditutup sehari kepada pengunjung. Tidak pasti sebab apa. Nasib baik tidak ditutup sewaktu kami sampai, kalau tak keciwa sangat la....
  • Agak lama kami di level 2 ni, bergambar dan menikmati keindahan kota Paris dari sini. Orang memang agak ramai, terpaksa tunggu turn untuk ambil gambar di spot yang cantik. Bebas kita nak berada berapa lama di sini.






Dan gambar sekitar Eiffel Tower

Laluan dari station metro Bir Hakim ke Eiffel Tower... ada public toilet, tapi Q panjang


Yezz...sampai di perkarngan Eiffel Tower
Love it!
Dengan voucher e-ticket... tak perlu beratur. 'Q' dia panjangggg kat belakang saya tu
Ada dua lift... dua dua panjang. Ramai yang tak sabar, naik ikut tangga... panjat!
Kami punya entrance. Tak perlu Q, cuma perlu tunggu masa sahaja.
Tiket kami 2.30 petang, kami sampai awal 20 minit.

Paris..view dari Eiffel Tower. Kalau malam ni pasti cantik
Tracadero... Tempat  kami bergambar semalamnya 
Semua angle kami pergi... view semua sayuppppp




Bola besar atas tu hanya di gantung digantung sempena Kejohanan Tenis Gran Slam - Rolland Gallos

Satu kepuasan dapat menjejaki ke Eiffel Tower


Bersambung....



Entry-entry Trip Paris ini



Day 1 - Part 1




Percutian Melancong ke Paris Tempat Menarik

Day 1 -Part 2

Jalan Jalan ke Paris : Eiffel Tower dan Sacre Coeur

Day 2 - Part 1






Day 2 - Part 2



Day 3 - Part 1

  


Day 3 - Part 2











~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡







5 comments:

  1. Website apa utk booking online naik ke eiffel tower ye cik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://www.toureiffel.paris

      saya beli di web ini

      Delete
  2. sgt details blog tuan.,menariks.

    cuma nak inform psl Louvre Museum, bole beli online, dan print je ticket.
    cum aperlu beratur sikit masa untuk ambil audio guide.

    lama tuan x update blog ya? say ajmpa blog ni masa carik info psl perhentian.
    tq for sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Tuan singgah blog saya ni.

      TQ utk info pasal tiket online Lourve Museum tu, nanti saya update. Dulu saya tak beli online sebab tak nak 'tetap' tarikh ke situ...

      TQ juga komen kat sini, baru saya tahu blog post pasal Paris ni banyak gambar 'hilang'. Antara entry awal-awal di blog saya.

      October, November n Disember baru ni kurang update blog. Banyak travel sikit tuan disamping update blog www.sayangwang. Jemput singgah.

      Delete
    2. October baru ni saya ke Pulau Redang... pun belum update lagi. Kalau belum ke Redang, nanti jemput singgah lagi blog saya... Lagi seronok rupanya Pulau Redang ni terutama masa berenang dengan penyu...

      Delete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.